Lanjutan tempoh Perintah Kawalan pergerakan (PKP) sehingga 14 April bukan keputusan mudah, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.
"Sudah pasti ini akan membebankan rakyat. Namun segala fakta kesihatan, sains dan epidemiologi menuntut agar ia dialanjutkan untuk meratakan lengkung jangkitan," katanya menerusi Twitter.
Khairy juga menegaskan bahawa negara sedang berperang dengan musuh yang tidak dapat dilihat, yang mendorong banyak negara melaksanakan perintah berkurung atau lebih ketat.
"Masa untuk berperang memerlukan pengorbanan yang luar biasa.
"Sekiranya penyebaran jangkitan tidak dibendung, kita mungkin tidak mempunyai peralatan kesihatan yang mencukupi seperti ventilator dan katil di unit rawatan rapi untuk merawat pesakit," katanya petang ini.
Menteri itu berkata jika PKP, yang bermula pada 18 Mac dan dijadualkan berakhir pada 31 Mac, tidak dilanjutkan, pengorbanan rakyat selama dua minggu yang lalu akan menjadi sia-sia.
[ Jika anda menyukai video ini mohon [SUBSCRIBE] [SHARE] dan [LIKE] sebagai tanda sokongan anda kepada saya. Sokongan anda amat saya hargai. Terima kasih.