Ketegasan anggota polis ketika melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertujuan melindungi masyarakat daripada terdedah kepada jangkitan Covid-19, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata, setiap anggota polis menggunakan budi bicara dalam melaksanakan PKP dan mereka yang didapati melanggar perintah itu diberikan nasihat terlebih dahulu sebelum tindakan tegas diambil terhadap yang masih berdegil dan ingkar.
Pas tidak bersetuju Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa yang mendakwa kononnya kerajaan Perikatan Nasional menggunakan ‘harta milik’ bekas kerajaan Pakatan Harapan.
Penolong Setiausaha Agung Pas, Syahir Sulaiman berkata, tuduhan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) selama 22 bulan itu tidak berasas sama sekali.
Menerusi laman sosial Facebook Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin memuat memuat naik video dan pesanan kepada rakyat Rembau supaya duduk rumah diam-diam dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.
[Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon subscribe channel YouTube ini untuk mengikuti lebih banyak video menarik pada masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon like dan share sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.
Pendekatan kreatif oleh warga Hotel Tenera, Bangi, Selangor menyalakan lampu-lampu pada bilik penginapan menarik perhatian dan menaikkan semangat barisan hadapan PDRM di lapangan.
Justeru itu seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan jutaan terima kasih atas paparan mesej gergasi "♥️ POLIS" pada bangunan Hotel Tenera, semalam.
Bersama-sama kita berjuang demi membebaskan Malaysia daripada wabak #COVID-19.
Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan menyelar sikap pemimpin Pakatan Harapan yang dilihat meroyan diatas kecewaan hilang kuasa disebabkan oleh kelemahan dan kecelaruan mereka sendiri.
[Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon subscribe channel YouTube ini untuk mengikuti lebih banyak video menarik pada masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon like dan share sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.
Disaat Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP sudah masuk ke Fasa ke dua bermula 1 April hingga 14 April 2020, nampak masih ada lagi segilintir orang awam yang tidak faham atau tidak patuh pada arahan pihak berkuasa.
Perkara ini amat mengecewakan apabila majoriti rakyat Malaysia yang sudah patuh pada arahan mengharapkan PKP Fasa ke dua ini menjadi lebih pendek agar mereka dapat menjalani kehidupan seperti biasa semula.
[Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon subscribe channel YouTube ini untuk mengikuti lebih banyak video menarik pada masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon like dan share sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.
Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan hari ini menyelar sikap pemimpin Pakatan Harapan yang dilihat meroyan diatas kecewaan hilang kuasa disebabkan oleh kelemahan dan kecelaruan mereka sendiri.
Berikut petikan kenyataan Shahril yang dipetik menerus laman facebook beliau.
KOLEKSI RINGKAS PH MEROYAN
Seboleh-bolehnya pada waktu krisis ini, suhu politik diturunkan. Sedia maklum, kita tidak hidup di alam fantasi - sudah tentu industri politik akan terus berjalan. Tetapi pada masa sama, jaringan gol politik jangka pendek menjadi pertimbangan kedua, ketiga atau kesepuluh. Keutamaan seluruh rakyat Malaysia termasuk pengamal politik sewajarnya kepada usaha menyelamatkan negara dari krisis Covid19, termasuklah pematuhan kepada PKP, sokongan kepada barisan hadapan di KKM, kemudian pencernaan idea dan pelaksanaan pakej ekonomi.
Seorang Pengurus Jualan sebuah syarikat swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret 4 Petaling Jaya pagi ini atas kesalahan mengeluarkan kata kesat terhadap penjawat awam.
Tertuduh, Tong Poh Kim yang berusia 44 tahun itu dituduh di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil-Kecil 1955 kerana mengucapkan perkataan tidak sopan kepada penjawat awam.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu semasa sekatan jalan raya Op Covid-19 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Persiaran Surian, Jalan Damansara-Kota Damansara pada hari Selasa, 31 Mac 2020 jam lebih kurang 9.40 pagi.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh ketika berada di Jalan Persiaran Surian Menghala Masuk ke Pelangi Damansara telah didapati berkelakuan kurang sopan terhadap anggota polis bernama Koperal Izuan Hasim Nor Hamzah dengan berkata “idiot”.
Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM100.
Manakala dalam pertuduhan kedua, wanita itu didakwa pada hari, masa dan tempat yang sama telah dengan sengaja menghalang penjawat awam iaitu polis Korporal Izuan Hasim Nor Hamzah daripada menjalankan tugas-tugas dengan fungsi jawatannya.
Dia boleh dihukum penjara sehingga 2 tahun dan denda RM10,000 atau kdua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Tertuduh yang tampil ke mahkamah, bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan memohon dibicarakan selepas kertas pertuduhannya dibacakan di hadapan Hakim Nurshahira Abdul Halim.
Wanita itu difahamkan sudah berada di mahkamah seawal 8.30 pagi lagi bersama kakak saudaranya dan peguam belanya Datuk Suraj Singh dari firma guaman Messrs Suraj Singh & Co.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed Idris mencadangkan mahkamah supaya tertuduh dibenarkan dijamin sebanyak RM1,000.
Bagaimanapun, Suraj meminta mahkamah mengurangkan jumlah wang jaminan kerana tertuduh bekerja dengan berpendapatan RM2,000 sahaja.
Namun Hakim Nurshahira Abdul Salim yang mendengar kes membenarkan tertuduh dijamin dengan wang jaminan RM1,000 untuk pertuduhan pertama dan RM3,000 untuk pertuduhan kedua dengan seorang penjamin.
Mahkamah menetapkan 20 Mei ini sebagai tarikh serahan dokumen kes dan sebutan semula.
“Walaupun saya adalah seorang haluan tengah, yang melihat Malaysia sebagai negara yang majmuk, yang perlu kita jaga asal usul progresifnya, tetapi soal perjuangan bangsa Melayu itu sangat-sangat penting. Tanpa kesedaran dan tanpa pencapaian atau kemajuan orang Melayu, tidak akan ada stability di negara kita. Sebab itulah saya terlibat dan saya telah memilih parti UMNO.”
Pelakon Sharifah Sakinah mengambil pendekatan bersemuka secara langsung di Instagram Live dengan Zarina Anjoulie (Anju).
Sakinah secara berterus terang memberitahu Anju bahawa dia tidak menyukai sikap Anju yang ingin bergelar jaguh dalam situasi yang melanda.
Katanya, Anju seorang wanita baik dan akan bercakap apa saja dan mereka berdua tahu rahsia kebanyakan artis.
Dalam perbualan itu, Anju menjelaskan dia hanya bercakap perkara yang betul.
Katanya, dia bercakap berdasarkan kebenaran yang berlaku dan dia juga pernah bergelar artis sebelum ini.
Anju berkata, dia kemudian menjadi orang biasa dan menjalankan perniagaan. Malah, ada artis pernah mengambil kesempatan terhadap perniagaannya.
Dia tidak kisah jika orang menganggap dia cuba menjadi hero kerana dia hanya bercakap untuk diri sendiri, bukannya netizen.
Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon subscribe channel YouTube ini untuk mengikuti lebih banyak video menarik pada masa akan datang! Jika anda menyukai video ini mohon, like dan share sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.
Cleopatra nafi gambar intim dengan mirip Syed Saddiq
Cleopatra hari ini menafikan pembabitan dirinya, susulan tersebar gambar mirip Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang intim bersama seorang wanita.
Cleopatra, nama popular Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin, berkata ramai mengajukan soalan serupa membuatkannya tampil memberikan kenyataan.
“Dalam dunia politik, gosip dan fitnah berpisah tiada. Gambar wanita tersebut adalah bukan saya. Berhenti ajukan soalan ini kepada saya.
“Saya penat dengan pelbagai isu setiap hari. Harap maklum,” katanya di Instagram hari ini.
Tular beberapa foto mirip bekas menteri belia dan sukan tidak berbaju di media sosial hari ini.
Foto menunjukkan seorang lelaki sedang tertidur di sebelah wanita yang tidak ditunjukkan gambar penuh wajahnya.
Wujud dakwaan di media sosial mengatakan gambar berkenaan berkait dengan kehilangan wang ratusan ribu ringgit milik wakil rakyat Muar dan ibu bapanya.
Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon subscribe channel YouTube ini untuk mengikuti lebih banyak video menarik pada masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon, tekan butang, like dan share sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.
Tindakan seorang wanita menjerit dan memaki anggota polis yang melakukan sekatan jalan raya di Persiaran Surian, Petaling Jaya, hari ini, mengundang padah apabila dia ditahan.
Wanita berusia 30-an berkenaan dikatakan bertindak sedemikian kerana bengang selepas terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas berikutan pemeriksaan dilakukan polis dan ten tera di lokasi itu.
Malah, wanita berkenaan yang memandu kenderaan utiliti sukan turut membunyikan hon hampir 30 minit ketika cuba mencari jalan keluar daripada kesesakan ke rumahnya yang terletak berhampiran.
Difahamkan wanita itu kemudian menghampiri anggota polis untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sekatan jalan raya yang didakwa menyusahkannya untuk membeli barang keperluan rumah.
Anggota polis kemudian menahan wanita itu dan dibawa ke Balai Polis Damansara untuk tindakan lanjut mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon subscribe channel YouTube ini untuk mengikuti lebih banyak video menarik pada masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon, tekan butang, like dan share sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.
Malaysia berkata dunia memerlukan pendekatan saintifik lebih meluas bagi mendepani pandemik berikutnya yang melangkaui sains perubatan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, pendekatan itu antara lain perlu merangkumi sosial, tingkah laku dan data saintis kerana pandemik mendatangkan kesan sosial yang mendalam.
Beliau melontarkan idea itu semasa Dialog Maya Menteri-Menteri Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Audrey Azoulay dari Pejabat UNESCO yang berpengkalan di Paris, Perancis.
Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon subscribe channel YouTube ini untuk mengikuti lebih banyak video menarik pada masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon, tekan butang, like dan share sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.
Bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat laporan polis berhubung kehilangan wang berjumlah RM250,000 dari perti besi di rumahnya.
"Saya telah membuat laporan polis terhadap kes kecurian yang berlaku di rumah saya.
"Pihak polis dan forensik telahpun datang dan membuat siasatan di rumah sejak malam semalam," katanya dalam kenyataan di Twitter. Kiriman itu disertakan laporan polis berkenaan.
Beliau meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan berita tidak sahih.
Dalam laporan polis itu, Syed Saddiq berkata beliau kali terakhir membuka peti besi berkenaan pada 13 atau 14 Mac lalu. "Tiada sebarang kesan umpil dan keadaan rumah dan bilik kemas.
"Peti besi milik saya telah saya tetapkan kod rahsia dan hanya orang tertentu sahaja yang tahu di mana saya simpan," katanya.
Sementara itu Papagomo di twitter, berkata. “Bertabah lah bro, RM250 ribu tu Saya tahu duit hasil kamu menabung sejak lahir. Ini duit makan ada ke tak? Takde roger aku bank in.”
[ Jika anda menyukai video ini mohon [SUBSCRIBE] [SHARE] dan [LIKE] sebagai tanda sokongan anda kepada saya. Sokongan anda amat saya hargai. Terima kasih.