Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Muhamad Khalid Jamlus menegaskan dia akan tetap menjual Kasut Emas miliknya yang dilelong dalam media sosialnya baru-baru ini.
Tambah legenda pasukan Perak itu, keputusan sukar tersebut perlu dibuat demi kelangsungan hidupnya. Baca lagi..
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan membidas Kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan tular di media massa sama sekali tidak boleh diterima oleh pemimpin dan ahli UMNO seluruh negara.
Kenyataan yang menyifatkan UMNO Sabah sebagai tidak laku ini adalah cukup biadap, angkuh dan tidak mencerminkan realiti. Baca lagi...
Penyelaras Pakatan Harapan (PH) Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan meletakkan jawatannya serta merta.
Beliau yang juga merupakan orang kuat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tidak mahu bernaung di bawah ‘pemimpin sewel dan berpenyakit’.
Baca lagi…
Laporan tidak tepat oleh agensi berita Al-Jazeera, melalui satu dokumentari pendek bertajuk “Locked Up In Malaysia Lockdown” – mengenai kaedah pihak berkuasa Malaysia menangani pendatang tanpa izin semasa perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mendapat bantahan majoriti pengguna media sosial di platform dimana ia disiarkan seperti YouTube.
Please "like" and "subscribe" to my "channel", and click the "bell" icon to get video updates. Thanks!
Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon [SUBSCRIBE] serta tekan butang [Notification] untuk mengikuti lebih banyak video menarik di masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon [LIKE] dan [SHARE] sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.
Zizan Razak bertemu Adik Puteri Nur Zulaika di Hospital Port Dickson atas permintaan adik tersebut yang merupakan peminatnya. Adik tersebut mengalami kerosakan paru-paru. Semoga Adik Puteri Nur Zalika kuat dan cepat sembuh. Amin.
#ZizanRazak #MalaysiaTrending
Please "like" and "subscribe" to my "channel", and click the "bell" icon to get video updates. Thanks!
Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon [SUBSCRIBE] serta tekan butang [Notification] untuk mengikuti lebih banyak video menarik di masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon [LIKE] dan [SHARE] sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.
Baru-baru ini tular mengenai kisah kehidupan penyanyi To’ki atau nama sebenarnya, Mohd Zaki Mansur, 58, yang kini menjalani hidup serba kekurangan.
Sejak lebih setahun lalu, pondok kecil di pinggir hutan di Batu 12 Gombak, Selangor menjadi tempat berteduh buat penyanyi yang pernah mengecap populariti menerusi lagu Biasan dan Seni Berzaman itu.
Namun, penyanyi itu dan isterinya Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, tetap bahagia menjalani kehidupan tanpa mengeluh dengan segala kekurangan dihadapinya.
Kisah To’ki juga menarik perhatian pendakwah terkenal, Ustaz Ebit, yang turut berkunjung ke kediaman penyanyi itu untuk menghulurkan bantuan.
Menerusi tulisan Ustaz Ebit di Facebooknya, To’ki dilihat berasa cukup senang dan gembira dengan kedatangannya. Sepanjang berjumpa, Ustaz Ebit mengetahui serba sedikit ujian hidup yang dialami penyanyi bersuara emas itu.
"Pondok kecil ini syurga buat saya dan isteri" - To'ki
Please "like" and "subscribe" to my "channel", and click the "bell" icon to get video updates. Thanks!
Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon [SUBSCRIBE] serta tekan butang [Notification] untuk mengikuti lebih banyak video menarik di masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon [LIKE] dan [SHARE] sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.
Jika sebelum ini, Konvoi Misi Kemanusiaan Misi Bantuan Ikhlas Syawal Sayap-Sayap Wings dan Wings Motor Gang Society telah melawat artis-artis yang sakit, terkini mereka telah ziarah rumah Pak Hamid Gurkha pula.
Kedatangan mereka bukan hanya disambut genbira, malah dengan linangan air mata oleh pelakon yang berusia 88 tahun itu kerana sebak dengan ingatan artis tersebut.
"Aku tak sangka kau dengan kawan-kawan kau datang Awie," ujar Pak Hamid.
Untuk makluman, Pak Hamid popular dengan lakonan hebatnya dalam filem-filem komedi seperti Sikit Punya Gila dan Zombi Kampung Pisang. Beliau merupakan pelakon veteran yang disegani ramai ketika zaman kegemilangannya dahulu.
Doa kita, moga Pak Hamid terus kekal sihat dan senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Amin!
Pengarah filem, Mamat Khalid cerita pengalaman koma 21 hari, mengembara di Alam lain!
Pada Januari lalu, Mamat Khalid berada dalam keadaan kritikal ketika dirawat di sebuah hospital di Petaling Jaya, Selangor selepas mengadu sakit dada dan batuk.
Mamat Khalid yang berusia 56 tahun berada dalam koma selama tiga minggu di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Namun ini setelah pulih, Mamat Khalid bersyukur, terima kasih kepada Allah kerana mengurniakan kesihatan yang baik juga berterima kasih juga pada keluarga dan rakan-rakan yang tidak putus mendoakan dirinya.
Ikuti sembang bual Datuk Rosyam Nor bersama Khalid Mamat
Please "like" and "subscribe" to my "channel", and click the "bell" icon to get video updates. Thanks!
Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon [SUBSCRIBE] serta tekan butang [Notification] untuk mengikuti lebih banyak video menarik di masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon [LIKE] dan [SHARE] sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.
Misi Kemanusiaan Bantuan Ikhlas Syawal Sayap2Wings & Wings Motor Gang Society di Rumah Pak Hamid Gurkha di Klang
….“Aku Tak Sangka Kau Datang Awie”, Itulah ungkapan pertama dan penuh kesyukuran dan kemesraan pelakon dan pelawak veteran Hamid Gurkha (Pak Hamid) menyambut rombongan Dato Awie ke rumah beliau sempena Misi Kemanusiaan & Bantuan Khas Syawal 2020 anjuran Wings Motor Gang Society dan Sayap-Sayap Wings...
Please "like" and "subscribe" to my "channel", and click the "bell" icon to get video updates. Thanks!
Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon [SUBSCRIBE] serta tekan butang [Notification] untuk mengikuti lebih banyak video menarik di masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon [LIKE] dan [SHARE] sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.
Polis menyerbu sebuah syarikat penerbitan buku di Petaling Jaya yang mengeluarkan sebuah buku didakwa menghina jata negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) melakukan serbuan itu 3 petang tadi dan mendapati 1,000 naskhah buku sudah dicetak.
“Sejumlah 313 naskhah yang masih disimpan sudah dirampas dan 687 naskhah telah diedarkan setelah pembelian dibuat dalam talian,” katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.
Beliau berkata, polis sudah mempunyai alamat syarikat percetakan buku itu dan siasatan sedang dijalankan.
“Kita juga dalam proses meneliti butiran buku tersebut. Siapa pereka grafik muka depan buku tersebut juga kita telah kenal pasti dan akan siasat.”
Katanya, setakat ini, polis menerima 32 laporan berhubung kes itu dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) (Pindaan) 2016, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 8 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Terdahulu, buku bertajuk “Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia” mempamerkan satu logo mirip jata negara yang didakwa diubah suai dan dijadikan penghias muka depannya.
Logo itu mengandungi seorang kanak-kanak bogel di atas bulan dan bintang, bentuk 2 harimau diubah suai dan seekor buaya di bahagian bawahnya.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin berkata, polis sudah diarah menyiasat dan mengambil tindakan tegas berhubung buku yang didakwa menghina jata negara.
Katanya, Putrajaya tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan perbuatan tidak patriotik dan bertanggungjawab.
Please "like" and "subscribe" to my "channel", and click the "bell" icon to get video updates. Thanks!
Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon [SUBSCRIBE] serta tekan butang [Notification] untuk mengikuti lebih banyak video menarik di masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon [LIKE] dan [SHARE] sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.
Jata negara adalah identiti negara kita. Mengubahsuai jata negara bermakna menyerang dan mencemarkan identiti kita. Mohon pihak berwajib ambil tindakan segera atas isu ini !
Pemuda Barisan Nasional (BN) dan Pas membuat laporan polis berhubung kulit hadapan sebuah buku yang didakwa menghina Jata Negara.
Exco Pemuda UMNO Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo berkata, isu sebegini boleh menggugat ketenteraman awam.
"Saya berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat secara terperinci berhubung kes ini.
'Saya difahamkan buku ini diterbitkan pada tahun lalu, adakah buku ini mendapat kelulusan daripada KDN atau dijual di luar negara," katanya pada sidang media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizam Abdullah Hamidi, Exco Pemuda PAS, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai; Exco Pemuda MCA, Lim Soon Pin dan setiausaha Pemuda MIC, G Theeageesh.
Sementara itu, Mohamed Nizam meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk mengambil tindakan tegas terhadap pereka grafik kulit buku berkenaan.
"Kita minta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pereka yang menghina lambang negara.
"Ia bukan soal agama dan bangsa, tapi soal tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia yang memandang serius terhadap isu ini," katanya.
Mohamed Nizam menyifatkan, kulit hadapan buku yang mirip Jata Negara itu memberi gambaran merendah-rendahkan taraf Jata Negara dan memberikan gambaran buruk tentang negara kepada pembaca buku tersebut.
"Saya mengesyaki rekaan kulit buku itu sengaja dibuat begitu untuk merendahkan taraf lambang rasmi negara selain bermotifkan politik untuk menghasut kebencian kepada negara," katanya.
Dalam perkembangan sama, Muhammad Faizzuddin pula memaklumkan, kes itu sebagai percubaan awal untuk memberikan ancaman kepada negara.
"Kita percaya ini hanya permulaan dan akan datang lagi 'serangan' yang lebih dahsyat kepada negara kita.
"Apa mesej kami? Mesej kami ialah 'enough is enough!' Sehingga setakat ini saja mereka boleh melampaui batas," tegasnya.
Dia turut memberi amaran agar tiada pihak yang 'melanggar lampu merah'.
"Kita akan menganjurkan perhimpunan yang lebih besar daripada Himpunan Icerd sekiranya perkara ini berlanjutan," katanya.
Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon [SUBSCRIBE] serta tekan butang [Notification] untuk mengikuti lebih banyak video menarik di masa akan datang! Jika anda menyukai berita ini mohon [LIKE] dan [SHARE] sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.
Seorang lelaki dipercayai mabuk merempuh sebuah kedai makan di Taman Melawati di Ampang, malam tadi.