"Dah tua pun bod0!" Pelakon Shanaaz Ahmad menyela4r tindakan ahli politik Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Maslan yang mendesak kerajaan agar melaksanakan PRU dalam masa terdekat ketika negara dilanda pandemik koronavirus dan banjir!.
Selepas mengambil keputusan untuk berdiam diri mengenai video yang tular di media sosial baru-baru ini, usahawan kosmetik Sajat tampil membuat pendedahan ditahan JAIS!
Parlimen tidak akan bersidang dan tiada pilih raya umum akan diadakan semasa tempoh darurat, kata perdana menteri.
Bagaimanapun, badan kehakiman akan terus berfungsi seperti biasa.
Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang cuba ganggu urusan kerajaan tangani COVID-19 dan urus ekonomi negara
Muhyiddin Yassin mengumumkan perkara itu dalam pengumuman khasnya sebentar tadi.
KDYMM YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN ZIARAH RAKYAT DI LIPIS MENAIKI MOTOSIKAL
LIPIS, 7 JANUARI 2021: KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan menaiki motosikal menyantuni rakyat jelata di Kampung Binjai, Lipis dalam ziarah Baginda Tuanku ke daerah itu, hari ini.
KDYMM Tuanku menyantuni sebuah keluarga dan mengurniakan sumbangan kepada mereka.
Sejak semalam hangat diperkatakan apabila tular video di aplikasi TikTok memaparkan usahawan kosmetik popular, Sajat Kamaruzzaman dipercayai telah digari tanpa diketahui sebab yang sebenar.
Menerusi video tersebut, Sajat dipercayai sedang melakukan Instagram ‘Live’ dalam keadaan menangis teresak-esak dengan tangan bergari.
Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan surat sokongan yang ditandatangani oleh pemimpin tertinggi UMNO kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Annuar, ini merupakan pertama kali surat bertarikh 11 Oktober itu didedahkan kerana beliau tidak bersetuju dengan pendirian menyokong Presiden PKR itu.
Beliau juga menjelaskan antara isi kandungan surat sokongan yang dihantar kepada Yang Dipertuan Agong itu ialah untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN)
Syukur alhamdulillah Ustaz Ebit Liew berhati mulia tidak pernah berasa penat menghulurkan segala bentuk bantuan tanpa mengira kaum dan apa keadaan sekali pun, semoga Allah permudahkan segala urusan dan kesihatan yang baik pada beliau.
YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memandu sendiri meredah banjir di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) untuk menghantar bantuan kepada mangsa di Pahang.
Turut mengiringi baginda adalah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah.
Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dipecat sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).
Sumber BN yang dihubungi sebentar tadi mengesahkan perkara itu, serta memaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan akan mengambil alih tugas Annuar selepas ini.
"Pecat jawatan (Setiausaha Agung BN) saja," katanya ringkas ketika dihubungi sebentar tadi.
Difahamkan, keputusan itu dibuat Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu mesyuarat di ibu pejabat UMNO, hari ini.
Ahmad Zahid pada hari ini juga, mengadakan pertemuan bersama ketua-ketua UMNO bahagian bagi mendapatkan penjelasan berhubung usul UMNO bahagian menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.
Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini dikritik hebat akar umbi UMNO yang mengaitkan beliau kononnya membawa suara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam BN.