Saturday, November 29, 2008

Serah pada budibicara PM tentukan kedudukan : KJ

Seremban – Naib Ketua Pemuda UMNO , Khairy Jamalludin berpendapat keputusan sama ada Ketua Pemuda UMNO diletakkan ke dalam pentabiran kerajaan adalah mengikut budibicara Perdana Menteri (PM) ketika itu.

Oleh itu, katanya, tidak timbul soal sama ada seseorang calon yang bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda perlu meletakkan syarat sama ada mahu dilantik atau tidak dalam Kabinet.

”Saya rasa, ini bukan tempat kita untuk meletakkan syarat nak dilantik didalam Kabinet dan sebagainya. Itu hak mutlak PM. Insya-Allah, apa-bila Datuk Seri Najib Razak mengambil alih jawatan PM Mac nanti, beliau sendiri akan tentukan dan bukan tempat kita mahu tentukan.

”Lagipun, kita hanya baru jadi calon dan belum tentu jadi Ketua Pemuda lagi. Tak payahlah nak letak syarat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan serta sesi dialog dengan penduduk Kampung Sentosa Jaya, dekat paroi, di sini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendiriannya jika menang jawatan Ketua Pemuda serta ditawarkan menjadi angota cabinet.

Sebelum ini, dua calon Ketua Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohamad Khir Toyo menyatakan pendirian tidak mahu jawatan Kabinet jika menjadi Ketua Pemuda.

Mukhriz memberi alas an mahu menumpukan usaha memperkukuhkan Pemuda dalam menangani pelbagai isu termasuk mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO, manakala Mohamad Khir pula dilaporkan berkata, keputusannya itu disebabkan jawatan dalam Kabinet akan mewujudkan banyak halangan dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Pemuda.

Sementara itu Khairy berkata, sekiranya PM merasakan perlunya perkhidmatan Ketua Pemuda UMNO sebagai angota pentabiran, dalam apa sekalipun, penyandang jawatan itu perlu menurutinya.

”Kalau PM pada waktu itu rasa mungkin tidak ada tempat untuk Ketua Pemuda, kita kena terima juga. Sekarang, bukan tempat kita untuk kata ‘Saya nak terima atau tidak’. Itu sepatutnya tak menjadi isu,” katanya.

Ketika ditanya sama ada keenganan dua calon Ketua Pemuda itu dilantik ke dalam kabinet sebagai strategi untuk meraih undi pada pemilihan nanti, Khairy berkata, beliau enggan member i alasan andaian dangan alasan tidak adil untuk mengulas visi serta misi calon lain yang layak bertanding.

Menurutnya, sepanjang pengalamannya selama lapan tahun dalam barisan kepimpinan Pemuda, beliau tidak pernah berdepan masaalah menjalankan tugas dalam Pemuda dan Kabinet.

”Isu sama ada Ketua Pemuda perlu memengan jawatan Kabinet sebenatnya berganyung kepada pemimpin itu sendiri berdasarkan cara mana nak menguruskan masa terbaik.

“Kalau kita nak ‘check and balance’ tetapi berada diluar kerajaan, kita mungkin tak dapat membawa suara Pemuda kepada pentabiran (kerajaan) dengan baik. Kalau ada dalam pentabiran, suara Pemuda dapat disampaikan kepada platform paling tepat katanya.

Sumber Sinar Harian

RESOLUSI SIDANG 29 NOVEMBER 2008

TAJUK UTAMA : RESOLUSI SIDANG 29 NOVEMBER 2008

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, semakin ramai yang berani dan bersemangat menyertai Parlimen Blogger Pembela Negara yang kini samada yang lama dan baru berjumlah 55 laman blog keseluruhannya. Kesungguhan dan sokongan ini yang kami mahukan agar semua umat islam dan melayu dapat sama-sama berkumpul dan berbincang bersama mengutarakan pendapat dan berbicara mengenai hal ehwal semasa samada dari pihak kerajaan dan juga pembangkang. Dewan BPN juga telahpun diganggu oleh beberapa orang yang tidak bertanggungjawab membuat kacau dengan menyamar sebagai seorang bukan melayu, seorang gay dan seorang pejuang pro pakatan rakyat. Kira-kira 50% ahli BPN malam semalam, 29 November 2008 bersama berkumpul di dewan persidangan maya di laman pena picisan telah membincangkan isu tindakan Timbalan Presiden MCA, iaitu Chua Soi Lek yang membuat kenyataan berbaur perkauman apabila menafikan hak ketuanan melayu. Kepada rakan-rakan BPN, sila maklumkan che moq jika terdapat maklumat atau info yang tidak dinyatakan semasa perbincangan di sini.

Justeru, kami dengan sebulat suara berbincang mengusulkan :1. Kenyataan Chua Soi Lek menentang ketuanan melayu adalah demi populariti dan juga cuba menjadi seorang lagi jaguh masyarakat cina. Kenyataan Chua juga seperti mempunyai agenda tersembunyi mengkaburkan isu skandal seksnya bagi mempromosikan dirinya kembali ke pintu kabinet sebagai menteri setelah menang mengejut di dalam pilihanraya parti lalu. Ianya bukanlah kenyataan yang bernas dan bijak kerana di dalam situasi keadaan politik yang tegang, tidak seharusnya Chua menambahkan lagi bahang suasana demi tujuan politik peribadi dan populariti. MCA seharusnya memberikan nasihat dan hukuman di atas kenyataan Chua yang berbaur perkauman.

2. Semua pemimpin dan menteri kabinet bukan melayu seharusnya tidak menentang keistimewaan dan ketuanan melayu di bumi Malaysia kerana sebagai 'role model' dan ikutan teladan kepada pengikut-pengikut, perlunya mereka memahami dan menuruti untuk mendukung perlembagaan Malaysia sepenuhnya demi menjamin kestabilan politik semasa.

3. Perlunya menteri-menteri, exco-exco, pemimpin-pemimpin dan juga pegawai tertinggi tidak kira samada dari parti-parti kerajaan (UMNO) mahupun parti-parti pembangkang (PKR&PAS) untuk bersatu teguh bersama dan sepakat dengan lebih berani bersuara mengenai campurtangan hal ehwal agama Islam dan juga campurtangan mengenai hak dan keistimewaan melayu. Tindakan YB Zulkifli Nordin (PKR-Kulim-Bandar Bharu) bersuara dan menegur semua jemaah YB kerajaan dan pembangkang di sidang Parlimen Malaysia suatu ketika dulu amat terpuji dan berani kerana katanya mengenai agama yang perlu diutamakan seterusnya barulah berfikir mengenai parti adalah tepat.

4. Oleh kerana islam dan melayu adalah kelompok agama dan bangsa utama dan terbesar di Malaysia, seharusnya kita bersatu dan bukan berpecah belah sehingga memberi kelebihan kepada bukan bumiputera mempertikaikan hak-hak kita. Kerjasama kepimpinan akar umbi, pemuda dan wanita bagi kesemua parti dari kerajaan dan pembangkang perlulah diwujudkan bagi menghasilkan satu ikatan teguh dan berani bertindak membela dan memperjuangkan hal ehwal agama islam dan hak ketuanan melayu yang semakin dinafikan bukan islam. Kerjasama ini walaupun agak sukar diadakan, cukuplah sekadar tidak rasmi bersuara searah kearah mempertahankan hak agama islam dan bumiputera.

5. Sepatutnya orang bukan melayu lah yang sepatutnya memperingati dan perlu jelas dengan kontrak sosial kerana ianya telah memberikan peluang kepada nenek moyang mereka untuk menjadi warga Malaysia suatu ketika dahulu yang datang merantau di bumi tanah melayu mencari rezeki. Orang Melayu tidak untung apa-apa dengan perjanjian itu kerana sebahagian hak-hak melayu sebagai penduduk asal tanah melayu telah pun dilepaskan demi kesejahteraan bersama.

6. Kerajaan perlu bertegas kembalikan semula fungsi sistem sekolah wawasan di tahap WAJIB yang mana sebelum ini sekolah wawasan dikatakan kurang mendapat galakan kaum bukan melayu. Ianya perlu selepas kita melihat kegagalan sistem yang ada untuk menyatukan semua bangsa. Apatah lagi selepas generasi baru sudah tidak memahami asal kontrak sosial dan juga kemerdekaan negara yang bertunjangkan ketuanan Melayu Islam sejak zaman berzaman.

7. Perlunya setiap ahli BPN untuk menyiarkan resolusi ini bagi memastikan maklumat ini tersebar dan tiada lagi unsur sabotaj di dalam kontrak sosial oleh bukan melayu yang mahu menjadi ultra dan jaguh menuntut hak yang menjadi perkara muktamat di Malaysia.

Ahli-ahli Blogger Pembela Negara akan menyiarkan resolusi ini di setiap laman blog masing-masing bagi menarik perhatian orang ramai dan pengunjung untuk turut serta memperjuangkan perkara yang telah diperbincangkan di konferensi sidang pada 28 November 2008.Kerjasama para ahli BPN amat diharapkan demi merealisasikan suara kita tersebar kepada rakyat.

Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya. Perbincangan selanjutnya akan dibincangkan dari semasa ke semasa untuk melahirkan satu suara yang relevan lagi bermanfaat bagi semua rakyat Malaysia.

Oleh itu, adalah diharap pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan sewajarnya. Semoga perjuangan kita dapat melahirkan suasana masyarakat majmuk yang lebih erat dan harmoni.

Sekian terima kasih dari saya.

Che Moq a.k.a

Setiausaha I BPN

Mampukah Shahrizat padamkan nama Rafidah dari Wanita?

Shahrizat membangunkan gergasi yang sedang tidur, mampukah Shahrizat untuk mengawal dan menguasai gergasi yang kini bangun dari tiduran dan melihat belakangnya ditikam ? Mampukah Shahrizat mempertahankan dan memperjudikan jawatan Ketua Wanita UMNO setelah menerjah kepala gergasi yang sedang tidur ? Barang di ingat , Rafidah mendapat pencalonan yang lebih dari Shahrizat , Shahrizat sudah mula melatah apabila mendapat hanya 73 pencalonan.

Politik Shahrizat dalam bahaya kerana beliau telah melanggar janji -janji kepada wanita UMNO untuk mematuhi Pelan Peralihan . Dalam UMNO biasanya akan menyingkirkan sesiapa sahaja yang mungkir janji untuk menentang ketua mereka. Nasib sebegini juga akan diterima oleh calon Timbalan Presiden UMNO , Tan Seri Muhyiddin Yassin , Pertarungan ini bakal memperlihatkan Rafidah menggunakan segala kekuatan politik selama 48 tahun menentang Shahrizat yang baru 25 tahun di gelanggang politik.

Mungkinkah kini Rafidah agak gusar dan menyesal dengan pengumuman beliau, beliau pada mulanya menyangkakan bahawa Rafidah akan mengalah , namun ianya berlaku di sebaliknya, Rafidah bangun pula untuk menentang beliau, Jika Shahrizat mampu menunggu hanya tiga bulan, pasti jawatan Ketua Wanita akan menjadi milik beliau, tiga bulan bukannya lama, Tiga bulan juga merubah perhubungan baik antara Shahrizat dan Rafidah, Apakah ini satu percaturan yang silap oleh Shahrizat . Mampukah Shahrizat menyingkirkan Rafidah dari Wanita UMNO, Apakah Shahrizat sehebat itu untuk terus memadamkan nama Rafidah dari Wanita? Apakah ahli wanita begitu mudah berpaling tadah? Kita tunggu dan lihat
Batang diingat , Kelapa tua lebih pekat dari kelapa muda dan banyak kegunaannya.

Apa kata Mantan Ketua Wanita :

Laluan sukar – Zaharah

KUANTAN 22 Nov. – Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz dan Naibnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhadapan dengan laluan sukar pada pemilihan pergerakan itu Mac depan.

Bekas Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman berkata, sukar untuk diramal siapa yang bakal menang.Bagaimanapun, kata beliau, Shahrizat bakal melalui jalan sukar untuk memenangi jawatan tersebut kerana kelebihan yang ada pada Rafidah. Beliau yang tidak menyebelahi mana-mana pihak berkata, kedua-dua calon terlibat mempunyai kelebihan tersendiri untuk memenangi jawatan tersebut.‘‘Kedua-dua calon ada peluang untuk menang. Serahkan kepada perwakilan untuk membuat keputusan.‘‘Saya ucapkan selamat berjuang kepada mereka. Terima dengan hati terbuka apa juga keputusan yang dibuat oleh perwakilan nanti”.

Timbalan menteri meninggal secara mengejut

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands kira-kira 6.30 petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu selama dua penggal berturut-turut.

Difahamkan Razali, 59, rebah ketika bermain badminton di institut itu.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, beliau menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon bebas, Maimun Yusuf.

Razali menang dengan majoriti tipis 628 undi. Allahyarham mendapat 32,562 undi, manakala Mohamad memperolehi 31,934 undi.

Maimun, seorang nenek yang dipercayai calon paling tua, pula mendapat 685 undi.

Allahyarham menghadiri sesi permukiman dua hari bagi pemimpin Umno Terengganu di situ yang bermula hari ini.

Alimuddin berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke Hospital Bentong, Pahang.

Razali meninggalkan seorang isteri Datin Nooraini Lob Yusoff dan limaanak.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kampungnya di Terengganu malam ini.

Susulan kematian beliau, pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari bagi kerusi parlimen Kuala Terengganu.

Ini bermakna tak lama lagi akan ada satu pilihan raya kecil(PRK) untuk Parlimen K.Terengganu(P36).

Friday, November 28, 2008

16 Sept Hanya Tinggal Kenangan…

Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali mengakui terdapat anggota parti itu yang percaya terhadap tuduhan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berbohong tentang projek pembentukan kerajaan baru peringkat persekutuan 16 September lalu.

"Tidak ramai yang mempercayai propaganda (media arus perdana) ini. "Malangnya saya lihat ada juga segelintir paling kecil anggota PKR, termasuk Angkatan Muda Keadilan (AMK) serta Wanita PKR, yang termakan oleh propaganda murahan ini," katanya sewaktu merasmikan kongres dua sayap utama parti itu di Stadium Malawati, Shah Alam pagi ini.

Bagaimanapun, menurutnya, sebilangan besar rakyat, dan hampir semua anggota parti dalam Pakatan Rakyat tetap mengharapkan projek itu menjadi kenyataan setidak-tidaknya dalam pilihanraya umum akan datang.

"Saya tahu bahawa seluruh anggota parti dan rakyat yang mahukan perubahan yakin Anwar becakap benar tentang bilangan Anggota Parlimen yang hendak berpindah itu cukup," katanya.

Pemimpin nombor dua dalam PKR itu berkata demikian ketika menjawab tuduhan terhadap pemimpin Pakatan bahawa Anwar berbohong tentang bilangan ahli-ahli parlimen BN yang hendak melompat kepada gabungan pembangkang bagi menumbang kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Inilah Anwar Ibrahim. Beliau akan menipu secara maksimum untuk meraih sokongan penyokong beliau, Anwar pernah membuat kenyataan yang agak kendur apabila berkata “Manusia boleh merancang, Allah yang menentukan. Mereka yang senang dengan kekuasaan yang melimpah ruah sukar nak terima kenyataan.” Hari ini Anwar mempercayai kadaq dan kadar, sedangkan sebelum ini beliau dengan angkuhnya mengatakan bahawa 16 Sept beliau akan menjadi Perdana menteri.

Mungkin Anwar telah menerima hakikat bahawa Allah SWT tidak memberikan beliau keizinan untuk menjadi Perdana Menteri. Allah SWT juga telah merentap kerusi berkenaan ketika beliau berada begitu hampir untuk menduduki kerusi pertama berkenaan.

Ahli UMNO amal politik wang akan dilucut jawatan

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini memberi amaran kepada mana-mana ahli UMNO yang terbukti bersalah mengamalkan politik wang akan dilucutkan jawatan yang dimenangi mereka. “Mereka sepatutnya tahu (tindakan dilucutkan jawatan). Mereka lupa dengan keghairahan nak bertanding, macam-macam boleh berlaku.

“Kalau berlakunya sesuatu yang menjadi masalah, akhirnya nanti mereka akan dikenakan tindakan disiplin termasuk tinggalkan jawatan atau digantung,” katanya selepas menyampaikan Anugerah Kualiti Sektor Perkhidmatan Awam 2008, disini, hari ini. Abdullah yang juga Presiden Umno berharap siasatan Lembaga Disiplin Umno berhubung politik wang dapat diselesaikan sebelum pemilihan parti Mac depan agar mereka yang bersalah boleh digugurkan daripada bertanding.

Beliau berkata, langkah tersebut adalah bagi memastikan pentadbiran parti berjalan lancar.”Sekiranya seseorang yang sudah dipilih untuk memegang sesuatu jawatan dan selepas itu baru didapati bersalah dan jawatan itu terpaksa dikosongkan, ia akan merugikan parti,” katanya.

Abdullah berkata, beliau mendapat jaminan daripada Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang pihaknya akan cuba menyelesaikan aduan sebanyak mungkin sebelum pemilihan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, walaupun siasatan itu perlu dijalankan dengan cepat namun ia perlu dijalankan dengan rapi dan keputusan yang dibuat mestilah betul. Abdullah berkata, Badan Pencegah Rasuah (BPR) masih boleh menyiasat sekiranya wujud unsur-unsur rasuah membabitkan mereka yang bertanding.

Pakatan Rakyat yang tidak boleh berpakat lagi


"Kami rela kalah kerana melaksanakan Islam, kita rela ditolak rakyat kerana melaksanakan suruhan Allah, apalah ertinya sebuah pemerintahan tanpa mendapat redha Allah" inilah antara bait-bait ucapan Hj Hadi Awang suatu masa dahulu, tapi hari ini segalanya berbeza, mereka sanggup dimalukan kerana mahu berkuasa dan menjadi kerajaan.

MINIT MESYUARAT / BLOGGERS PEMBELA NEGARA BIL 5/2008

MINIT MESYUARAT / BLOGGERS PEMBELA NEGARA BIL 5/2008

Tarikh : 21 November 2008

Masa : 9.00 mlm hingga 12.00 mlm

Tempat : http://chatroll.com

Kehadiran : 31 online

1. PanglimaCyber
2. Che Moq
3. Ahlang
4. Fazrulls
5. Selendang_delima85
6. Dr Nov
7. Chegu Man
8. Bro Jinggo
9. Zealforce
10. Mizi24
11. Perjuang Bangsa
12.Abg Tuah
13.Warga
14. Apai_nye
15. Summadaksabah
16. Taipingmali
17. Sang Tawal
18. Slumber

13 ahli sidang yang lain bertaraf guest dan tidak dapat dipastikan namanya..



BIL AGENDA

1. Ucapan Speaker

1.1 Ucapan ringkas dari PanglimaCyber Selaku Speaker Dewan

1.2 Membincangkan untuk melantik Ahli Majlis Tertinggi Dan Exco setiap Negeri

1.3 Setiap ahli membuat cadangan dan dipersetujui Semua Ahli

2. Perlantikan AJK

2.1 Ahli sebulat suara telah bersetuju melantik ahli-ahli Majlis Tertinggi yang dicadangkan dan ahli yang dilantik akan ditetapkan sehingga ada aduan dari pihak yang tidak berpuas hati barulah undian akan dibuat semula.

2.1.1 Antara AJK yang telah Dilantik ialah:

i. Penasihat – DR NOV ( belum rasmi kerana masih menunggu jawapan )
ii. Speaker – Panglima Cyber
iii. Timbalan – Cheguman
iv. Setiausaha 1 – Che Moq
v. Setiausaha II – Selendang Delima
vi. Biro Multimedia – Desprado
vii. Biro Pemuda –Fazrulls
viii. Kelab Senator – Zealforce
ix. Biro Seberang Laut – Azzuhrie ( Kelab UMNO Mesir )
x. Exco Negeri :-
i. Perlis-
ii. Kedah-
iii. Pulau Pinang – Pejuang Bangsa
iv. Perak- Taiping Mali
v. Selangor- Melayu Sepang
vi. Wilayah Persekutuan – Bro Jinggo
vii. Negeri Sembilan –
viii. Melaka-
ix. Johor- Jebat
x. Pahang-
xi. Terengganu-
xii. Kelantan-
xiii. Sabah- Sumandak
xiv. Sarawak- Apai

TINDAKAN : Semua Ahli

2.2 Semua Ahli berpuas hati dengan perlantikan tersebut.


3. Membuat Peraturan Forum

3.1 Membincangkan untuk menetapkan peraturan-peraturan tertentu bagi mengelakkan berlakunya salah faham antara ahli-ahli.

3.2 Perbincangan tertumpu pada penggunaan ayat-ayat yang ditaip secara penuh bagi menggelakkan ketidakfahaman ahli-ahli yang lebih senior.

3.3 Peraturan lain akan ditetapkan dan sedang dirangka oleh Che Moq selaku setiausaha 1 dan juga Panglima selaku Speaker.



3.4 Cadangan

3.4.1 Satu Cadangan telah dibuat oleh Selendang Delima iaitu setiap ahli yang baru menyertai Forum hendaklah memberi salam dan memperkenalkan diri serta menyertakan Blog mereka.


TINDAKAN : Semua Ahli

4. Mengadakan Mesyuarat Pada hari Yang Ditetapkan

4.1 Membincangkan tentang hari-hari tertentu untuk mengadakan perbincangan
4.2 Speaker Dewan iaitu Panglima Telah menetapkan Isnin Rabu dan Jumaat sebagai hari perbahasan
4.3 Hari Selasa,Khamis dan Sabtu sebagai Hari untuk membincangkan soal Organisasi BPN
4.4 Semua Ahli bersetuju


TINDAKAN :Semua Ahli

5. Logo

5.1 Membincangkan logo Forum BPN.

5.2 Cadangan Ahli:-

i Logo yang ada dibuang Jata Negara
ii Diletakkan Al-Quran diatas Rehal
iii Keputusan yang diambil iaitu Al-Quran di
atas Rehal dan keris dibelakang dikuruskan sedikit badan logo tersebut
iv Perubahan logo akan dibuat oleh Desprado dan akan di undi malam esok 28.11.2008

TINDAKAN :Semua Ahli

6.Ucapan Penangguhan

Pengerusi mengucapkan terima kasih dan menangguhkan sesi perbincangan ke malam esoknya dan berharap apa yang dirancang akan dapat dijalankan dengan jayanya.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 malam


TINDAKAN :Semua Ahli

Disediakan oleh,

Selendang Delima
Setiausaha 2 Speaker Majlis Bloggers Pembela Negara Bloggers pembela Negara

Disemak oleh,

Panglima Cyber
Speaker Majlis Bloggers Pembela Negara

Dikemaskini semula,

Bro Jinggo
Exco Wilayah Persekutuan

P/S :- MINIT MESYUARAT INI YANG PALING SAHIH DAN BETUL.
HARAP MAAF ATAS KESILAPAN TIDAK DISENGAJAKAN UNTUK MINIT MESYUARAT INI...

LAPORAN RESOLUSI SIDANG PARLIMEN MAYA BLOGGER PEMBELA NEGARA NO 4/2008 BERTARIKH 26 NOVEMBER 9 - 11.40 MALAM

Tajuk : NGO bukan Islam tidak patut tentang Fatwa dan Isu berhubung NGO anti Islam di Malaysia

Resolusi Pertama : Blogger Pembela Negara mendesak Kerajaan supaya Majlis Agama diberi kuasa lebih luas untuk membanteras NGO NGO yang menentang Fatwa atau memporak perandakan fahaman Islam sebenar di samping menyelaraskan majlis agama negeri-negeri seluruh Malaysia..

Resolusi kedua : Kita kena hapuskan pengaruh NGO seperti Sister In Islam dan NGO bukan Islam yang bersikap anti kepada Islam dengan mendesak kerajaan menyekat gerakan mereka samada di media massa, media cetak atau media eletronik..Jika tidak berjaya barulah dikenakan tindaan keras seperti ISA dan sebagainya.

Resolusi Ketiga : Blogger Pembela Negara juga bersetuju ISA atau Akta Hasutan 1948 digunakan bagi mengekang kegiatan mengganggu ketenteraman awam termasuk menyebar fahaman feminin dan Islam Liberal oleh sesetengah NGO bernama Islam terutama SISTER IN ISLAM kerana menghasut rakyat menentang fatwa walaupun fatwa itu tidak terpakai ke atas bukan Islam.

Kami bersetuju bahawa ISA masih lagi wajar di dalam mencegah kemungkinan mudarat besar berlaku serta ia tidak mencabul hak asasi manusia. Atau nas nas agama

Resolusi Keempat : kerajaan perlu menyiasat dengan teliti semua NGO bernama Islam atau tidak, bagi memastika mereka tidak menjadi proksi barat yang ingin menghancurkan kemurnian akidah umat islam di malaysia.

Resolusi Kelima : Semua blogger perlu menyedarkan umat Melayu Islam di Malaysia tentang bahayanya fahaman Islam Liberal oleh Sister In Islam ini, terutamanya yang turut diperjuangkan oleh pemimpin pemimpin PKR sehingga menjadikan Islam sudah jauh berbeza dari akidah dan syariatnya yang asal.

Laporan disediakan oleh,

Panglima Perang Cyberhttp://penembak-tepat.blogspot.com/