Thursday, September 8, 2011

Bom Dalam Pesawat Pakistan... Mendarat Cemas di KLIA


Sebuah pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pakistan yang membawa 164 penumpang telah membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi, selepas satu ancaman bom dikesan.

Perkara tersebut disahkan Ketua Pengurus Kanan Perkhidmatan Operasi Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) Datuk Azmi Murad yang berkata, penerbangan yang berlepas dari Lahore, Pakistan ke ibu negara itu mendarat pada pukul 9.24 malam tadi, setelah ancaman berkenaan dikesan ketika pesawat itu di udara.

Sehingga kini, pemeriksaan masih diteruskan oleh pihak berkuasa dan penumpang telah dibenarkan keluar.

Wednesday, September 7, 2011

Pemuda Rembau Bersama Sepuluh NGO Buat Laporan Polis Keatas Mat Sabu


Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rembau bersama sepuluh NGO hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan Mohd Sabu, Timbalan Presiden PAS berhubung kenyataan beliau di dalam ceramah di Tasik Gelugor Pulau Pinang pada 21/08/2011 berkaitan tragedi Bukit Kepong.

Antara kenyataan yang dibuat oleh Penolong Setiusaha Pemuda Umno Rembau, Mohd Safariladira bin Abdullah :

1.Menyatakan wira sebenar adalah Mat Indera yang bersekongkol dengan Goh Peng dan 200 angota komunis adalah hero sebenar dan bukannya 25 angota polis yang mempertahankan balai polis Bukit kepong.

2.Beliau juga menghina Tengku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar sebagai pengkhianat kepada negara.

Justeru itu kami memohon agar pihak berkuasa dapat membuat siasatan berhubung kenyataan tersebut supaya fakta yang sebenarnya tidak dimanupulasikan pihak tertentu dan di politikkan agar generasi muda tidak terpesong dengan fakta sejarah yang sebenar, gesaan juga dibuat agar tindakan yang sewajarnya diambil kepada Mohd Sabu sekiranya dakwaaan yang dibuat adalah dusta dan berniat jahat.


Sementara itu wakil NGO The Young Independent Artis of Negeri Sembilan (Thyians) sdr Rommi Suhendra berkata akan lebih ramai lagi wakil NGO tampil kehadapan bagi mengecam Mat Sabu sebagai individu yang berfikiran cetek dan suka melakukan tindakan yang tidak beratika bagi mempopularkan dirinya yang akhirnya memakan diri sendiri.

Katanya lagi, Mat Sabu perlu menyuluh dan mencermin diri terlebih dahulu apakah beliau layak untuk berdebat dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu tragedi Bukit Kepong.

Gelangan sudah dibuka kalau hendak debat sangat jumpa, lawan dengan Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin dulu, jangan terus menjadi tikus yang bacul.

Terdahulu, Khairy menggelar Mat Sabu sebagai pemimpin yang bacul dan penakut kerana tidak berani berdebat dengannya, meskipun jemputan mengenai perkara itu dihantar sendiri oleh Kerajaan Pas Kelantan.

Politik Harian/Bro Jinggo

Berani Kerana Benar! NGO Mahu Mat Sabu vs KJ

Presiden Jaringan Gerak Usaha Pasir Mas (Jaguh), Zul Karnain Mat Junoh menyeru pengikut Mat Sabu meninggalkan pemimpin yang tidak beretika itu.

"Mat Sabu bagi saya 'buta sejarah'. Dia tidak boleh menilai antara kebenaran dan kepalsuan. Sekarang ini, dia lebih rela membela orang yang menyusahkan nenek-moyang kita," ujarnya.

Tambahnya, jika benar Mat Sabu tidak takut untuk menegakkan kebenaran, dia harus berdebat dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Terdahulu, Khairy, beliau tetap menanti kemunculan Mohamad Sabu, yang merupakan punca kontroversi semasa, untuk berdebat dengannya walaupun sudah ada tiga tawaran lain sekarang manakala timbalan presiden PAS itu sendiri enggan berhadapan dengannya.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

YB PAS Penceramah Tidak Bertauliah, JAIS Ambil Tindakan Terhadap Khalid Samad!


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Klang pada 24 November ini atas dakwaan menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah surau, bulan lalu.

Beliau hadir di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kira-kira pukul 10 pagi ini untuk memberikan keterangan terhadap tuduhan yang didakwa dilakukannya di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

“Memang saya hadir untuk berikan keterangan kepada JAIS pagi ini kerana didakwa memberi ceramah agama tanpa tauliah dan saya difahamkan sebutan kes akan didengar di Mahkamah Syariah Klang, 24 November ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor mendakwa kehadirannya di surau berkenaan hanya mengadakan ceramah mengenai Islam sahaja.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nur Hamizah Othman ketika dihubungi menyatakan Ahli Parlimen itu dipanggil oleh Bahagian Penguat Kuasa JAIS hari ini bagi membantu siasatan mengenai kes itu.

Bagaimanapun katanya, buat masa ini JAIS tidak menetapkan sebarang tarikh untuk perbicaraan Khalid di mahkamah memandangkan siasatan atas dakwaan itu masih lagi berjalan dan sedang dalam proses untuk disiapkan.

“JAIS menerima aduan daripada orang ramai atas dakwaan Ahli Parlimen (Khalid) itu menyampaikan ceramah tanpa tauliah. JAIS memanggil beliau pada pagi ini untuk memberi keterangan,” katanya.

Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan bahawa individu yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Islam tanpa tauliah di bawah Seksyen 118, melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu difahamkan, tauliah mengajar yang diterima oleh Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Rani Othman pada tahun lalu tidak disambung oleh JAIS setelah tamat tempohnya bulan lalu.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone 

Khairy Buru Mat Sabu! "Anytime Mat"

KJ: Saya tunggu Mat Sabu. Dia setuju atau tak setuju, saya tetap bersedia.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, bukan beliau yang hendak sangat berdebat mengenai kontroversi kenyataan berkenaan tragedi Bukit Kepong, tetapi dijemput oleh kerajaan negeri Kelantan untuk menjayakan program mereka.

Sehubungan itu kata Khairy, beliau tetap menanti kemunculan Mohamad Sabu, yang merupakan punca kontroversi semasa, untuk berdebat dengannya walaupun sudah ada tiga tawaran lain sekarang manakala timbalan presiden PAS itu sendiri enggan berhadapan dengannya.

"Bukan saya yang nak, tapi saya dijemput asalnya untuk debat Mat Sabu (Mohamad Sabu) oleh kerajaan Kelantan," katanya.

Terdahulu Khairy menyifatkan Mat Sabu sebagai bacul dan tidak bermaruah selepas tidak mahu berdebat denganya juga berkata, beliau sudah menganggap debat yang hendak diadakan tidak akan menjadi kenyataan.

"Saya anggap tiada debat akan berlaku sebab tawaran asal itu ditarik balik oleh PAS sendiri," katanya lagi.

Khairy memberikan penjelasan terperinci dalam 12 mesej yang dihantar menerusi Twitter sekitar 4.30 hingga 5 petang semalam.

Dua jam sebelum itu, Pemuda PAS pusat menghantar surat jemputan untuk berdebat dengan Pemuda Umno.
Surat yang dialamatkan kepada Khairy diserahkan oleh Setiausaha Pemuda PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil kepada Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid di Pejabat Pemuda UMNO.

"Sekadar memberi penjelasan dan perkembangan terkini tentang isu debat... semua ini bermula bila saya dijemput oleh kerajaan Kelantan untuk debat dengan Mat Sabu.

"Saya setuju dengan jemputan tersebut. Pengajur pernah jemput saya debat (dengan Exco Kerajan Negeri Kelantan, Datuk Paduka) Husam Musa beberapa tahun lepas," kata Khairy merujuk kepada wacana yang berlangsung di Kota Baru.

Khairy juga berkata Mat Sabu yang tidak mahu "berdebat (dengan) saya dan menolak perkara ini kepada Pemuda PAS."

Khairy menambah, kerajaan Kelantan juga memaklumkan kepadanya bahawa PAS pusat tidak membenarkan Mat Sabu debat dengannya.

"Sekarang tawaran (Ahli Parlimen Shah Alam) YB Khalid Samad pula. Jadi, sekarang Mat Sabu tolak ke (kepada) Pemuda PAS Johor, Pemuda PAS pusat pun hantar surat debat saya dan YB Khalid Samad ditawarkan. Tiga tawaran!" kata Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau.

Bagaimanapun kata Khairy, bagi beliau yang penting Mohamad sebab beliau adalah punca kepada kontroversi semasa.

"Mereka nak tawar orang lain tak pa, tapi asal KJ (Khairy) melawan Mat Sabu," katanya lagi.

Mengenai debat dengan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dan Khalid, Khairy berkata, beliau sudah pun 'debat' atau 'berforum' dengan kedua-dua mereka masa dulu tentang pelbagai isu.

"Jadi, tak timbul isu saya tak nak berdepan dengan mereka. Perkara itu sudah berlaku. Lawan (Nasrudin) Tantawi di Sinar (Harian) dirakam dan ada di YouTube.

"Kali ini saya hanya mahu debat dengan Mat Sabu. Sebab dia punca kontroversi dan itu juga jemputan asal dari kerajaan PAS Kelantan," katanya.

Kata Khairy, beliau tetap akan menanti kehadiran Mohamad dan sama ada "dia setuju atau tak setuju, saya tetap bersedia."

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, September 6, 2011

Hantu Bonceng Power Siut... Sampai Nurul Izzah Pun Nak Bonceng Sama!


Memang mantop! kaya lah ko Zizan lepas ni... makin ramai pengarah filem akan ambil Zizan sebagai pelakun utama selepas ini... rezeki bro...

Hantu Bonceng, filem ke-23 karya pengarah terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, mencipta sejarah kutipan tiket terbesar pada musim perayaan dengan jumlah RM5 juta dalam tempoh lima hari tayangan dengan purata kutipan tiket sebanyak RM1 juta untuk setiap hari tayangan.

Filem yang dibintangi oleh Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai dan Zahid AF itu mula ditayangkan pada 31 Ogos lalu di 80 pawagam secara serentak di seluruh tanahair, Singapura dan Brunei.

Hantu Bonceng masih lagi hangat berdesup ‘membonceng’ di 80 pawagam tanahair, Singapura dan Brunei, dengan kebanyakkan pawagam dibanjiri penonton yang ingin mendapatkan tiket.



Ini pula cerita terbaru, Nurul Izzah juga nak buat filem besar bergandingan dengan Wardina... hasratnya ini disampaikan melalui twitternya sendiri.. Tu dia, Nurul Izzah nak jadi hantu bonceng jugak...

Masej yang akan disampaikan dalam filem tersebut adalah semata-mata untuk berkempen beb! lain-lain masej ialah Papa Hebat dan selamatkan Papa! hahaha.....

@n_izzah

Nurul Izzah :
"@imShahidah: Awesome project coming up!Watch dis trailer #undilah by @PeteTeo feat @WardinaSafiyyah @n_izzah AfdlinShauki & more

14 hours ago via Twitter for BlackBerry®
 
C'mon... Datuk Ahmad Maslan, bagi la aku bajet sikit... aku pun nak buat filem hantu bonceng hahaha....

Telor Mat Sabu Hilang....


Mat Sabu serah Pemuda PAS 'urus' KJ

Malaysiakini:  Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyerahkan tugas kepada Pemuda PAS Johor untuk berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berhubung isu sekitar peristiwa Bukit Kepong dan sejarah prakemerdekaan.

Mana pergi telor Mat Sabu... baca di sini...

Dokumen Sejarah Yang Menunjukkan PAS Alat Komunis



- Sumber : Ancaman Kepada Perpaduan Umat Islam dan Keselamatan Negara, Kementerian Dalam Negeri, 8 November 1984. Sejarah memang terukir bahawa PAS pernah ditipu oleh Komunis. Sama-sama kita perhalusi bukti ini.

Info: My Massa

KJ Said "Mat Lu Bacul..." : Kerajaan Pas Kelantan Sahkan Jemput Khairy-Mat Sabu Berdebat


Kerajaan Pas Kelantan mengesahkan telah menghantar jemputan rasmi kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu untuk berdebat berhubung isu sejarah tragedi serangan pengganas komunis ke atas balai polis Bukit Kepong yang menjadi kontroversi ketika ini.

Timbalan Exco Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Ahmad Baihaqi Atiqullah berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada kedua-dua pihak berkenaan melalui e-mel semalam.

Beliau berkata, pihaknya bercadang mengadakan debat tersebut di Balai Islam Lundang tetapi tarikh belum ditetapkan kerana sedang menunggu persetujuan daripada kedua-dua belah pihak.

"Kita belum mendapat jawapan rasmi daripada kedua-dua belah pihak. Kita akan maklumkan perkara ini selepas mendapat maklum balas daripada pihak berkenaan.

"Setakat ini Khairy secara tidak rasmi telah mengesahkan untuk hadir pada debat tersebut melalui laman twitternya manakala Mohamad tidak ada sebarang jawapan lagi," katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun sebuah portal propembangkang melaporkan Mat Sabu seolah-olah menolak jemputan itu dan telah menyerahkan soal debat tersebut kepada Pemuda Pas.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kayat dalam kenyataan akhbar hari ini, turut menawarkan diri bagi menggantikan Mat Sabu untuk meneruskan perdebatan tersebut. -UM

Pas pilih Timbalan Presiden yang bacul dan tiada maruah. Takut sebab salah dan tewas sebelum tempur. Baca di sini kenyataan KJ...

Kak Long Serang Azmin Ali Yang 'Berpatah Arang' Dengan Adik-Beradiknya!


Terdahulu Ummi Hafilda merayu abangnya Azmin supaya bertaubat dan pulang ke pangkal jalan... kini Kak Long pula tampil kehadapan kecewa dengan sikap Azmin yang sudah 'berpatah arang' dengan adik-beradiknya!



Kakak sulung Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, Norlia, 53, menyuarakan kekecewaan beliau terhadap kecenderungan politik adiknya itu menjadi orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika diminta mengulas pandangan beliau terhadap pendirian politik Azmin, Norlia menegaskan: "Tiada kata-kata hendak saya ucapkan untuk Azmin, semoga Allah tunjukkan jalan yang benar kepada beliau."

Menurutnya, Azmin kini sudah 'berpatah arang' dengan adik-beradiknya yang lain terutama dirinya sendiri serta adik mereka, Ummi Hafilda yang merupakan saksi utama kes liwat Anwar pada 1997 lalu.



Katanya, ini terbukti apabila Azmin langsung tidak pulang ke rumah ibu mereka di Klang Gate dekat sini pada setiap kali sambutan Aidilfitri sejak 1997 terutama ketika adik-beradik beliau berada di rumah tersebut. Bagaimanapun, dia akan melawat ibu mereka ketika Norlia dan Ummi tiada di rumah berkenaan.

"Tetapi pada 2007, Azmin tiba-tiba muncul pada hari pertama Aidilfitri dan tahun ini juga dia muncul di Klang Gate (rumah ibu mereka) tetapi hanya meluangkan masa selama 15 minit tanpa mahu berbual-bual dengan kami adik- beradiknya sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui bersama Ummi pada rumah terbuka Aidilfitri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Seri Kembangan.

Pergeseran antara Azmin, Ummi, Norlia dan adik-beradik mereka timbul pada 1997 apabila Ummi menghantar surat kepada Dr. Mahathir meminta bekas Perdana Menteri itu mengambil Azmin bekerja di bawah beliau daripada Anwar yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Norlia menambah, Azmin dalam satu mesyuarat keluarga pada tahun itu pernah mengakui Anwar merupakan abang kandungnya dan ia adalah sesuatu yang menguntungkan sekiranya dia berbaik dengan Anwar berbanding adik-beradiknya yang lain.

Dalam pada itu, Ummi memberitahu, Azmin perlu segera kembali ke 'pangkal jalan' dan tidak terus dibuai kemewahan yang dikecapi bersama pakatan pembangkang.

"Apakah ertinya Azmin menjadi Yang Berhormat dan orang nombor dua dalam sebuah parti politik di negara ini sedangkan dia langsung tidak mampu berbaik-baik dengan adik-beradiknya," jelas Norlia.

Mati Syahid: Gambar Noramfaizul Selepas Terkena Tembakan Di Somalia



Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor yang terbunuh di Somalia boleh disifatkan sebagai mati syahid kerana Allahyarham terkorban semasa misi membantu meringankan penderitaan dan kesengsaraan rakyat Somalia yang majoritinya beragama Islam.



Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebagai umat Islam, Allahyarham layak diberi pengiktirafan tertinggi itu kerana turut telah membuka mata rakyat negara ini akan penderitaan yang dialami rakyat Somalia.

“Allahyarham yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini serta rakan-rakan media lain ternyata pejuang yang hebat kerana berani untuk membuat liputan di negara yang bergolak seperti Somalia,” katanya.

 Kasih ibu...

 PM dan TPM memberi penghormatan terakhir..

Isteri dan anak-anak meratapi pemergiannya.. 
Al-Fatihah...

Monday, September 5, 2011

Timbalan Presiden PAS Bacul, Tiada Maruah... Mat Sabu Tewas Sebelum Bertempur..



Kalau dulu strategi pembangkang cabar UMNO debat sebab mereka tahu tidak ada siapa berani, kononya pembangkang nampak hebat. Sekarang strategi itu dah tidak boleh pakai lagi sebab ada KJ. Setiap kali cabar UMNO, KJ sambut. Dan hampir setiap kali, pembangkang lari.



“Yang pasti saya sedar hari ini Pas pilih Timbalan Presiden yang bacul dan tiada maruah. Takut sebab salah dan tewas sebelum tempur”, demikian tegas Khairy Jamaluddin menerusi mesej di laman sosial twitternya.

Ketua Pemuda UMNO itu menjelaskan cabaran debat berhubung isu sejarah Bukit Kepong itu dilontarkan Kerajaan Pas Kelantan.

“Sekretariat mewakili Kerajaan Pas Kelantan yang cadangkan saya lawan Mat Sabu bukan saya cadangkan.

“Sekurang-kurangnya Husam (Husam Musa) anak jantan.. ini Mat Sabu dengan Ketua Pemuda UMNO sudah lari.. memalukan”, katanya.

Tegas beliau lagi Mat Sabu tidak perlu berputar belit kononnya Ketua Pemuda UMNO lawan Ketua Pemuda Pas.

“Mat sabu tak payah apologis cakap KP UMNO lawan KP Pas baru betul.. tanya Husam dia pernah cemar duli Naib Presiden lawan Naib Ketua Pemuda UMNO.

“So biarlah rekod sejarah jelas saya setuju dengan jemputan Kerajaan Pas Kelantan lawan Mat Sabu… tapi dia takut dan lari…jangan putar sejarah.

“Walaupun Husam naib presiden dan Exco Kerajaan Negeri sekurang-kurangnya Husam berani ketepikan hirarki dan protokol parti demi keterbukaan politik .. dia berani bertemu atas pentas ilmiah… “, ujarnya.

Tambah beliau lagi pakatan pembangkang tidak perlu putar belit kononnya beliau bukan menteri dan tidak layak berdebat dengan Mat Sabu.

“Mereka lupa Mat Sabu tewas pilihanraya dan bukan YB pun”, katanya.

Terdahulu Khary terima cbaran debat Mat Sabu di kubu kuat PAS. Baca di sini...

Nurul Nuha Anwar Muncul Di Pentas Politik


Percatur politik terbaru Anwar terkini ialah menurunkan anak Perempuannya Nurul Nuha adik kepada Nurul Izzah puteri kedua Anwar Ibrahim turun ke pentas politik bagi menguasai legasi PKR.

Nurul Nuha antara nama yang kuat di canang bertanding bagi kerusi PKR Nibong Tebal. Ini bagi menggantikan Ahli Parlimen Nibong Tebal sekarang, YB Tan Tee Beng yang telah bertindak keluar parti menjadi calon bebas.

Adakah Nurul Nuha mampu memenangi kerusi tersebut kita tunggu, kita lawan...

KJ Terima Cabaran Debat vs Mat Sabu Di Kubu PAS


Khairy Jamaluddin menerima cabaran berdebat berhubung kenyataan kontroversi Mohamad Sabu, yang menyentuh tragedi Bukit Kepong dan desakan bertubi-tubi agar dikaji semula fakta sejarah, dan bersedia untuk bertemu di kubu kuat PAS di Kelantan.

Ketua Pemuda Umno ini berkata beliau telah menerima jemputan yang dipanjangkan oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

“Saya akan berada di sana,” kata Khairy menerusi mesej Twitter semalam sambil menambah, jemputaan untuk berhadapan dengan Timbalan Presiden PAS itu sudah pun diterima.

Jemputan debat itu akan berlangsung di Balai Islam, Kota Baru akhir bulan ini.

Meskipun surat itu mengatakan bahawa pentadbiran Kelantan masih membuat persiapan untuk membawa Mohamad berdebat dengan Khairy, Ahli Parlimen Rembau mahu berhadapan dengannya.

“Tidak perlu mencari lokasi berkecuali. Sarang singa anda. Jumpa di sana, Mat Sabu,” kata Khairy lagi menerusi Twitter.

Bagaimanapun tidak jelas sama ada ia debat yang disyorkan oleh Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam memandangkan Khairy berkata jemputan itu datang terus daripada kerajaan Kelantan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang semalam, Tuan Ibrahim berkata, PAS bersedia untuk berbahas dengan Umno berhubung kontroversi tragedi Bukit Kepong dan fakta sejarah negara — yang kini menjadi senjata terbaru parti Melayu itu untuk menyerang kepimpinan Mohamad.

Tuan Ibrahim berkata, ramai pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah termasuk Muhammad Indera atau Mat Indera, salah seorang yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong.

“Mat Indera dan ramai para pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah yang telah menjadi fokus utama serangan media perdana pro-Umno kepada PAS memerlukan satu penyelesaian konkrit.

“PAS berasa simpati kepada kesan mendalam kepada waris Mat Indera dan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang lain yang bangun menentang penjajah tetapi jasa mereka digugurkan dan tidak diiktiraf dalam sejarah akibat terpaksa menanggung pelbagai tuduhan liar ‘pejuang-pejuang pertahanan sejarah versi Umno’ tanpa ruang untuk menjawab,” katanya.

Tambah beliau, atas dasar menghormati hak rakyat untuk membuat pertimbangan dan penilaian sendiri melalui hujah-hujah daripada kedua-dua pihak, PAS melalui Lujnah Penerangan akan menghantar surat jemputan kepada Ketua Penerangan Umno dalam masa terdekat bagi menganjurkan satu perbahasan umum ilmiah untuk menangani isu “Siapakah layak digelar pejuang kemerdekaan sebenarnya?” dalam sejarah tanah air sebelum negara merdeka. -TMI

Pemuda Anjurkan Jelajah Pentas Patriot Kenang Jasa Wirawan Negara

Pergerakan Pemuda UMNO akan melancarkan program Pentas Patriot bagi menghargai dan mengenang jasa wira-wira petugas keselamatan yang telah berhempas-pulas mempertahankan kedaulatan dan maruah negara.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, program tersebut adalah lanjutan daripada kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu yang telah mengguris perasaan rakyat Malaysia terutama bekas perajurit, anggota polis dan waris mangsa tragedi Bukit Kepong.

"Sudah tiba masanya, suatu program ceramah umum berbentuk jelajah diadakan bagi menghargai dan mengenang kembali sumbangan wira-wira petugas keselamatan yang telah berhempas-pulas menggadai nyawa menentang pengganas komunis," katanya di laman facebook rasminya http://www.facebook.com/khairykj

Tapak Balai Polis Selepas Serangan

Jelasnya, Pentas Patriot akan diadakan di seluruh negara dengan pengisian yang mencakupi tayangan video dan multimedia, ceramah umum daripada Unit Pidato Pemuda UMNO serta bekas-bekas komando, askar, pasukan polis dan pakar-pakar sejarah.

"Program ini diharap bukan sahaja dapat mengimbau kembali sejarah perjuangan wira-wira negara bahkan meniup semangat patriotik di kalangan rakyat, terutama anak-anak muda.

"Melalui program ini juga, anak-anak muda akan didedahkan dengan peristiwa bersejarah yang menyoroti perjuangan wira-wira negara bagi mendapatkan kemerdekaan," katanya.

Jelas Khairy, Pentas Patriot akan menjadi medium bagi mendedahkan penipuan yang cuba diabadikan oleh Mohammad Sabu melalui teorinya yang secara jelas tidak mahu menerima hakikat bahawa kebebasan dan kemerdekaan negara dicapai tanpa sebarang pertumpahan darah.

"Pemuda UMNO menganggap kenyataan Mohammad Sabu itu bukan sahaja menghina dan mengkhianati perjuangan anak bangsa malah mengagungkan pengganas komunis semasa tragedi Bukit Kepong dan menampakkan belang sebenar Pas yang sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik mereka.



"Malah sikap Muhammad Sabu serta kepimpinan pembangkang yang langsung tidak menampakkan kekesalan dengan menuding jari kepada UMNO amatlah memualkan," ujar beliau.

Tambahnya, Pentas Patriot yang akan bermula dalam masa terdekat adalah langkah terbaik bagi menangani isu berkenaan.

"Kami menyeru rakyat untuk hadir beramai-ramai bagi menyertai program ceramah umum berkenaan," katanya.