Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, program tersebut adalah lanjutan daripada kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu yang telah mengguris perasaan rakyat Malaysia terutama bekas perajurit, anggota polis dan waris mangsa tragedi Bukit Kepong.
"Sudah tiba masanya, suatu program ceramah umum berbentuk jelajah diadakan bagi menghargai dan mengenang kembali sumbangan wira-wira petugas keselamatan yang telah berhempas-pulas menggadai nyawa menentang pengganas komunis," katanya di laman facebook rasminya http://www.facebook.com/khairykj
Tapak Balai Polis Selepas Serangan
Jelasnya, Pentas Patriot akan diadakan di seluruh negara dengan pengisian yang mencakupi tayangan video dan multimedia, ceramah umum daripada Unit Pidato Pemuda UMNO serta bekas-bekas komando, askar, pasukan polis dan pakar-pakar sejarah.
"Program ini diharap bukan sahaja dapat mengimbau kembali sejarah perjuangan wira-wira negara bahkan meniup semangat patriotik di kalangan rakyat, terutama anak-anak muda.
"Melalui program ini juga, anak-anak muda akan didedahkan dengan peristiwa bersejarah yang menyoroti perjuangan wira-wira negara bagi mendapatkan kemerdekaan," katanya.
Jelas Khairy, Pentas Patriot akan menjadi medium bagi mendedahkan penipuan yang cuba diabadikan oleh Mohammad Sabu melalui teorinya yang secara jelas tidak mahu menerima hakikat bahawa kebebasan dan kemerdekaan negara dicapai tanpa sebarang pertumpahan darah.
"Pemuda UMNO menganggap kenyataan Mohammad Sabu itu bukan sahaja menghina dan mengkhianati perjuangan anak bangsa malah mengagungkan pengganas komunis semasa tragedi Bukit Kepong dan menampakkan belang sebenar Pas yang sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik mereka.
"Malah sikap Muhammad Sabu serta kepimpinan pembangkang yang langsung tidak menampakkan kekesalan dengan menuding jari kepada UMNO amatlah memualkan," ujar beliau.
Tambahnya, Pentas Patriot yang akan bermula dalam masa terdekat adalah langkah terbaik bagi menangani isu berkenaan.
"Kami menyeru rakyat untuk hadir beramai-ramai bagi menyertai program ceramah umum berkenaan," katanya.
No comments:
Post a Comment