Thursday, January 26, 2012

Video Chegu Bard Lari Ketika Penduduk Jalan Kebun Cabar Ahli Hindraf, ABU



Chegu Bard sebenarnya hanya berani di Facebook, twitter dan depan wartawan sahaja, tetapi kecut telo bila berhadapan dengan situasi sebenar, malah perkara ini sudah banyak kali terjadi yang menyaksikan Chegu Bard lari dari medan tempur! Layakkah orang seperti ini diangkat sebagai pemimpin. Dayus!

Laporan Polis Penduduk Jalan Kebun Bantah Provokasi Hindraf, ABU


Penduduk Kampung Jalan Kebun hari ini membuat laporan polis bagi membantah tindakan provokasi kumpulan Hindraf dan kumpulan ABU (Asalkan Bukan UMNO)

Wakil penduduk, Haji Abdul Manan Kasmuri berkata, mereka membuat laporan ini akibat tidak berpuas hati dengan tindakan dua kumpulan ini kerana menyalahi undang-undang kerana Hindraf merupakan satu pertubuhan yang haram yang tidak diiktiraf oleh kerajaan atau mana-mana badan berkanun.

“Mengapa mereka nak buat di Jalan Kebun sedangkan di sini tidak ada seorang pun penduduk berbangsa India. Jadi apa maksud dan tujuan mereka datang ke Jalan Kebun. Kami juga tidak faham dengan tindakan pihak Pas dan PKR yang membawa satu pertubuhan haram yang tidak diiktiraf untuk membuat program dan aktiviti di Jalan Kebun.

“Sekarang, tindakan Hindraf ini menyusahkan dan menganggu keamanan Kampong Jalan Kebun. Sejak saya duduk di sana sejak 60 tahun lepas, inilah kali pertama sebuah pertubuhan haram masuk ke kampong ini untuk memporak-perandakan kampung yang sekian lama aman dan damai ini,” ujarnya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam Polis Seksyen 9, Shah Alam di sini, Rabu.

Tambahnya, penduduk kampung bersedia dan tidak ada apa-apa masalah jika pihak Pas atau PKR yang membuat program atau aktiviti di sana, sebaliknya tidak dapat menerima kehadiran HINDRAF, pertubuhan haram yang sengaja membuat huru-hara di Jalan Kebun.

Seorang lagi wakil penduduk, Shaari Basri berkata, laporan polis ini khusus untuk Hindraf kerana penduduk Jalan Kebun tidak dapat menerima kehadiran Hindraf di Jalan Kebun.

“Jalan Kebun 100% orang Melayu. Tidak ada orang India, jadi mengapa mereka buat program yang akhirnya menimbulkan provokasi di Jalan Kebun.

“Mereka (Hindraf) yang memulakan provokasi ini, mengibarkan bendera Hindraf di waktu Maghrib, menganggu keamanan di waktu kita nak berbuat ibadah,” ujarnya yang nyata kecewa dengan sikap Hindraf yang tidak tahu menghormati perasaan orang kampung.

Tambahnya, jangan menyalahkan orang kampong atas apa yang berlaku di Jalan Kebun kerana yang memulakannya adalah pihak Hindraf.

“Penduduk Jalan Kebun tidak kisah kalau PKR atau Pas yang membuat aktiviti di sana, kita tidak akan kacau kerana kalau kita buat program pun, mereka (Pas dan PKR) tidak akan kacau. Sehubungan dengan itu, penduduk kampong mengharamkan kumpulan Hindraf untuk mengadakan apa sahaja program atau aktiviti di Jalan Kebun,” ujarnya lagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob menegaskan, pihak Polis menafikan dakwaan pihak tertentu yang mendakwa kononnya pasukan keselamatan itu bersekongkol berhubung insiden pergaduhan dalam satu program ceramah yang dianjurkan oleh Hindraf dan sebuah pergerakan yang dikenali Asalkan Bukan UMNO (ABU) di Jalan Kebun, di sini Sabtu lalu.

Dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana tanggungjawab pihak Polis adalah untuk memastikan keselamatan awam, bukannya menghuru-harakan keadaan seperti yang didakwa.

Malah, beliau menyatakan pihak penganjur sebenarnya tidak memaklumkan kepada polis untuk mengadakan program berkenaan yang turut di hadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

“Kita hanya menerima maklumat mengenai program tersebut diadakan selepas pihaknya mendapat laporan wujudnya kekecohan di lokasi program itu diadakan pada malam Sabtu itu. Sebaik sahaja polis tiba ditempat kejadian, barulah keadaan terkawal.

“Justeru, kita ingatkan mana-mana pihak yang mahu mengadakan program, perhimpunan, ceramah atau sebagainya selepas ini, sila maklumkan kepada polis terlebih dahulu supaya bagi memastikan tidak wujudnya sebarang perkara yang boleh menganggu keselamatan awam.

“Penganjur juga perlu sedar dan prihatin mengenai persekitaran serta sensitiviti masyarakat tempatan di tempat-tempat mereka ingin adakan program termasuklah kehadiran penceramah itu sendiri,” katanya di sini. -MediaUMNO

Wednesday, January 25, 2012

Pendedahan: RM 5 Juta Duit Rakyat Selangor Dibuang Ke Tong Sampah?

Rakyat mahu kehidupan yang sihat bukan hidup dengan sampah!

Dalam bajet kerajaan Negeri Selangor 2012, sebanyak RM300juta diberikan untuk geran SELANGORKU.

RM300 juta untuk ‘Geran Selangorku’

SHAH ALAM:Kerajaan Negeri Selangor memperuntukan sebanyak RM300 juta di bawah ‘Geran Selangorku’ bagi melaksanakan program-program yang berfaedah untuk rakyat.
Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, geran itu berasaskan dana sumbangan dividen daripada syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) Selangor dan keuntungan yang diperolehi Menteri Besar Incorporated (MBI) yang berjaya mengutip hutang lapuk dari Talam Corporation Sdn Bhd.

Daripada jumlah tersebut, RM5juta disediakan untuk alam sekitar di bawah seliaan Elizabeth Wong.


Namun, apakah ertinya pemuliharaan alam sekitar sekiranya pemeliharaan pun gagal disempurnakan oleh Kerajaan Negeri?

Teruskan membaca pendedahan isu sampah di sini...

Hujan Tak, Ribut Pun Tak... Tiba-Tiba Banjir Di Gombak!


Ajaibkan, hujan tak ada, ribut tak ada tiba-tiba banjir... Inilah yang terjadi di Taman Sri Gombak, semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Selangor macam-macam perkara yang tidak diingini berlaku..

Masalah berpunca dari pembentong air lama yang pecah dan berkemungkinan longkang juga tersumbat. Inilah padahnya apabila Selangor diperintah oleh Pakatan pembohong habis semua jahanam!, masyarakat hidup dengan sampah sarap, air minuman pula di cemari dengan air karat!

Apa dah jadi dengan Selangor sekarang ini?

Selepas empat tahun mentadbir negeri Selangor sejak pilihan raya umum 2008, kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang masih tidak menunaikan janji-janji mereka sehingga menyebabkan sesetengah pihak berasa kecewa.

Adalah lebih baik jika BN mengambil alih semula kerajaan negeri segala masalah seperti sampah sarap, air dan lain-lain akan selesai.




-Bro Jinggo

Khairy Jamaluddin vs Rafizi Ramli Debate 29 Jan 2012


Projek Amanat Negara 2012
United Kingdom and Eire Council of Malaysian Students
London 29 Jan

The debate between
Khairy Jamaluddin (BN Youth Leader) vs Rafizi Ramli (PKR Strategies Director) Debate

Topic: Public Policy: Vision 2020: Is Malaysia Moving Towards the Right Direction?
YB Khairy Jamaluddin, UMNO Youth Chief and Rembau MP
Rafizi Ramli, PKR Strategic Director

Video Pemuda Pas Baling Masuk UMNO!!


Penyerahan borang permohonan ahli UMNO, termasuk yang disertai oleh bekas pemuda Pas Kampung Paya Lama Pulai, Baling, Kedah dan ucapan dari Ketua Bahagian UMNO Baling, Datuk Azeez Rahim.





Seramai 73 Pemuda Pas Kampung Paya Pekan Lama Pulai, Baling, Kedah. menyerahkan borang kepada Ketua Bahagian UMNO Baling, Datuk Azeez Rahim pada majlis penyerahan yang dilakukan di tepi padang bola.

Penyerahan borang UMNO itu dilakukan selepas perlawanan bola sepak persahabatan diantara Pemuda Kampung Paya dengan Pemuda UMNO bahagian.

Dengan penyerahan borang ini, bermakna Pemuda Pas Kampung Paya Pulai lumpuh sama sekali. Ini adalah gelombang pertama penyerahan borang. Mc dikhabarkan akan ada lagi beratus orang Pas bakal menyertai UMNO, terutamanya Pemuda Pas di kawasan Baling.

Sumber: McTheory

Rintihan Penduduk Batu Caves Berkaitan Masalah Sampah


Artikel ini disiarkan di kolum email pembaca Agendadaily..

Saya terpanggil untuk menulis ini, selepas membaca laporan berkaitan sampah di Agendadaily. Mula-mula saya fikir hanya di kawasan kami, di sekitar Gombak dan Ampang sahaja yang mengalami masalah sampah tidak dikutip ini.

Laporan tersebut menyebabkan saya sedar rupa-rupanya, masalah sampah ini di seluruh Selangor, bukan hanya di kawasan saya sahaja.

Sebenarnya, sudah puas saya merayu, sampai bila kami nak hidup dengan keadaan yang busuk dan kotor ini. Nampaknya dari sehari ke sehari, masalah sampah di seluruh Selangor sedang berhadapan dengan situasi yang amat kritikal.

Di kawasan saya, Pinggiran Batu Caves, gambar ini adalah bukti. Ini gambar pada Selasa 24/1/2012.

Selangor kini telah bertukar menjadi sebuah negeri sampah-sarap. Atau dengan kata lain, Selangor seolah-olah tidak mempunyai sebarang badan berkuasa yang menguruskan sampah dan sisa pepejal.

Sampah yang tidak dikutip ini menjadi satu igauan pada kami, bila bangun dari tidur, perkara pertama dibuat adalah menjengok dari tingkap rumah flat ini bagi melihat apakah sampah yang bertimbun dan busuk itu sudah dikutip atau belum.


Kami dah jijik hidup dengan sampah-sampah ini, kami bukanya sampah masyarakat...

Yang pasti kini rakyat Selangor telah sedar mereka tertipu dengan janji manis kerajaan PR yang menjanjikan perubahan. Ya perubahan ke arah kebaikan yang kami mahukan, sebaliknya yang dapat adalah empat tahun Selangor di bawah PR, negeri ini mengundur ke belakang.

Jiran-jiran saya di sini (Penggiran Batu Caves) sudah bercakap-cakap untuk tidak lagi memangkah PR dalam pilihanraya akan datang. Bahkan kami amat teruja menunggu saat-saat diberi peluang mengubah kerajaan negeri melalui PRU13.

Harapan kami adalah BN akan cuba memperbetulkan kesilapan lalu dan memberikan yang terbaik sekiranya dapat kembali menjadi pemerintah. Dan tolonglah, sampah busuk itu, dikutip secara berjadual.

HISHAM
PINGGIRAN BATU CAVES

Chegu Bard Dan Hindraf Biadap Punca Pergaduhan Di Jalan Kebun !



Pada Sabtu malam Ahad yang lepas telah berlaku satu pergaduhan yang melibatkan pertubuhan haram hindraf dengan penduduk-penduduk kampung Jalan Kebun, Klang.

Kampung Jalan Kebun

Kampung berkenaan terletak bersempadan antara Shah Alam dan Klang.

Penduduknya 6000 orang dan 100 % melayu.

Penduduk mempunyai semangat persaudaraan serta kejiranan yang tinggi dan tidak berpecah belah walaupun berbeza fahaman politik.

Masjid sentiasa ‘hidup’ dengan aktiviti dan solat berjemaah sentiasa ramai walaupun pada waktu Zuhur dan Asar pada hari bekerja.

Penduduknya sangat sensitif dalam soal agama dan bangsa sejak zaman-berzaman.

Majlis

Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shahrin telah menganjurkan satu majlis ceramah yang dinamakan Tamatkan Rejim Umno dan juga kempen ABU (Asal Bukan Umno) di Dewan MBSA Kampung Jalan Kebun.

Pertubuhan haram hindraf dan Pas turut sama terlibat dalam menjayakan program berkenaan.

Penganjuran program tidak dimaklumkan kepada pihak polis.

Kampung Jalan Kebun terletak dalam Dun Sri Muda yang mana wakil rakyatnya adalah dari parti PKR. Adun berkenaan juga tidak dimaklumkan tentang penganjuran program tersebut oleh Badrul Hisham.

Punca Pergaduhan

Seperti yang kita semua tahu, pengikut-pengikut hindraf kurang ajar. Mereka pernah menyerbu majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri pada tahun 2008.

Mereka masuk ke kampung melayu dan buat seperti kampung mereka. Langsung tidak tahu untuk menghormati adat dan agama orang lain. Bukan setakat tidak tahu hormat, malah mereka melakukan provokasi terhadap penduduk kampung pula.

Pada jam 7.30 malam iaitu pada waktu Maghrib, penyokong-penyokong hindraf berkumpul di tepi jalan di hadapan dewan tempat ceramah diadakan dalam keadaan bersorak dan menjerit-jerit sambil mengibarkan bendera hindraf.

Gelagat mereka telah mengundang kemarahan penduduk kampung kerana mereka tidak menghormati waktu Maghrib serta penduduk sekitar.

Penduduk memberi amaran , tetapi mereka tidak mengendahkannya. Berita tersebut tersebar ke serata kampung. Berduyun-duyun penduduk kampung datang ke dewan berkenaan. Berlaku pertengkaran dan cabar mencabar yang membawa kepada pergaduhan.

Sewaktu pergaduhan berlaku Badrul Hisham selaku penganjur utama menyembunyikan diri. Selepas semuanya selesai barulah dia muncul dengan berlagak sebagai seorang hero.

Ulasan Peristiwa
Dalam hal ini kesalahan perlu diletak diatas bahu penganjur,kerana mereka yang menyalakan api terlebih dahulu.

Pergaduhan tidak akan berlaku sekiranya penganjur tidak memilih lokasi di kawasan yang sensitif. Banyak lagi dewan lain yang ada untuk mereka mengadakan ceramah , tetapi kenapa mereka heret hindraf ke kawasan melayu yang sensitif ? Tidak lain tidak bukan untuk tujuan provokasi.

Pergaduhan juga tidak akan berlaku sekiranya penyokong-penyokong hindraf tidak bersorak-sorak sambil mengibar bendera di tepi jalan pada waktu Maghrib.

Sekiranya Adun Sri Muda dari parti PKR dan pihak polis dimaklumkan terlebih dahulu tentang penganjuran ceramah di kawasan berkenaan ,sudah pasti mereka juga akan menghalangnya kerana mereka tahu keadaan tempat tersebut.

Kebiasaannya ceramah-ceramah politik diadakan selepas waktu Isyak. Tetapi di Kampung Jalan Kebun pada hari berkenaan ceramah bermula serentak dengan waktu Maghrib.

Badrul Hisham memang terkenal sebagai seorang kaki provok dan orang yang suka menimbulkan kekacauan. Tidak mustahil dia telah merancang semua itu supaya pergaduhan tercetus kerana ingin mencari publisiti murahan.

Badrul cuba menyalahkan pihak polis dengan menuduh polis lambat bertindak. Selama ini dialah orang yang terkenal dengan sikap suka memaki hamun polis.

Dalam hal ini polis tidak boleh dipersalahkan. Apabila sudah tersepit barulah dia ingatkan polis. Kenapa sebelum anjurkan program dia tidak maklumkan kepada polis ?

Itulah sebabnya penting kebenaran atau permit dari polis sebelum sesuatu program dianjurkan. Tidak lain tidak bukan supaya senang pihak polis bersedia jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Sumber: http://sel13.com/archives/1279

Video DS Najib Tawan Penang, Guan Eng Angkat Bendera Putih!


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim guan Eng terpaksa mengaku kalah dengan Dato Seri Najib Semalam...

Dalam keterpaksa Guan Eng terpaksa menahan malu dihadapan 10 ribu rakyat berbilang kaum yang hadir memberi sokongan kepada Perdana menteri di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN Pulau Pinang.

PRU Ke 13, Bakal Menyaksikan PAS Tumbang Di Kelantan!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) berpeluang untuk merampas Kelantan daripada Pas pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata Najib, yang juga Presiden Umno, melahirkan keyakinan tersebut semasa perjumpaan dengan pemimpin BN Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dekat sini hari ini, sebelum mengakhiri lawatan setengah hari ke negeri tersebut.

Katanya, Perdana Menteri menyatakan walaupun pertandingan antara BN dan Pas amat sengit, Kelantan merupakan 'winnable state' bagi BN pada pilihan raya umum itu.

"Apabila keyakinan itu keluar daripada mulut Perdana Menteri sendiri, ia menjadi suntikan semangat kepada kita untuk bekerja kuat," katanya kepada Bernama.

Bagi mencapai kemenangan tersebut, Awang Adek berkata Perdana Menteri mahu anggota dan pemimpin semua parti komponen BN bekerja kuat, termasuk menggerakkan lebih banyak program mendekati rakyat.

"Perdana Menteri mengingatkan kita supaya berjumpa dengan seberapa banyak kumpulan masyarakat seperti pertubuhan bukan kerajaan, nelayan, petani, guru, bloggers dan golongan profesional, bagi mengenal pasti masalah mereka dan cuba bantu menyelesaikannya," katanya.

Beliau berkata Perdana Menteri juga mahukan Umno dan parti komponen BN yang lain, mendampingi 'pengundi atas pagar' yang terdiri daripada mereka yang berpendirian bebas.

"Dalam perjumpaan itu, Perdana Menteri akui Wanita Umno adalah penggerak utama kita sebab Wanita ini dia banyak masuk ke akar umbi bertemu rakyat melalui Skuad Sayang. jadi Perdana Menteri kata dia nak bantu Wanita kerana dia tahu Wanita kerja kuat dan dengan adanya van Skuad Sayang, ia akan memberi kesan yang lebih kepada Wanita untuk mendampingi pengundi," katanya.

Sempena lawatan tersebut, Perdana Menteri turut menepung tawar 15 buah van Skuad Sayang yang akan digunakan oleh Pergerakan Wanita Umno dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat di Kelantan.

Anwar Di Cabar Saman Bekas Pemimpin PKR!


Beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman mereka dan bukannya pihak lain termasuk media massa kerana mendedahkan isu moral Ketua Pembangkang itu.

Antara mereka yang membuat cabaran itu ialah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor; bekas Naib Ketua AMK, Mohd. Zahid Md. Arip; bekas Setiausaha AMK, SD Johari Yasin; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan bekas ahli AMK, Hamizun Khairuddin.

Mereka hairan kenapa Anwar hanya berani menyaman media seperti Utusan Malaysia sedangkan sebagai bekas pemimpin parti itu, merekalah antara yang awal mendedahkan persoalan moral dan akhlak Anwar secara terang-terangan kepada umum.

Ezam berkata, tindakan Anwar menyaman media massa lebih bersifat gimik politik dan bukan untuk mempertahankan kebenaran kerana Ketua Pembangkang itu sebenarnya takut berdepan dengan kebenaran.

“Kalau benar niat beliau mahu mempertahankan kebenaran, kenapa beliau tidak menyaman sahaja Datuk Shazryl Eskay Abdullah; Datuk S. Nallakaruppan dan Umi Hafilda Ali yang terang-terang mendedahkan isu moral beliau,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anuar pula menegaskan, beliau juga bersedia untuk disaman oleh pemimpin itu kerana telah mendedahkan masalah akhlak pemimpin tersebut.

“Sejak kami mula keluar daripada PKR sehingga sekarang, pendirian kami terhadap pemimpin ini tidak berubah tetapi sehingga sekarang dia tidak berani saman kami,’’ katanya.

Katanya, tindakan Anwar menyaman media massa hanyalah untuk menafikan kebenaran dan menambah tekanan kepada media-media yang prokerajaan.

“Dia sebenarnya cuba mengembalikan kepercayaan rakyat terhadapnya kerana keyakinan rakyat mulai goyah disebabkan isu moralnya,’’ katanya.

Mohd. Zahid pula menganggap Anwar sebagai seorang pengecut kerana beliau tidak berani mengheret mereka yang pernah mendedahkan salah lakunya ke mahkamah.

“Anwar (tidak berani) berbuat demikian kerana tidak mahu mereka yang terbabit terus mendedahkan salah lakunya di mahkamah pula.

“Tindakan Anwar itu sebenarnya tersasar jauh jika benar beliau mahu membersihkan namanya,’’ katanya.

SD Johari pula berkata, beliau pernah mendedahkan moral Anwar melalui YouTube bermula 2006, namun sehingga kini tiada tindakan diambil oleh pemimpin berkenaan.

“Kenapa dia tidak saman sedangkan kenyataan saya mengenai beliau masih boleh ditonton oleh semua rakyat sehingga ke hari ini,’’ katanya.

Jumaat lalu, Anwar memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung penyiaran artikel bertajuk Tolak Anwar - Hassan pada 17 Januari lalu.

SD Johari menambah, jika Anwar mahu menyaman pihak-pihak mengaibkannya, maka dia juga perlu menyaman separuh daripada rakyat di negara ini yang percaya mengenai keruntuhan akhlak dan moral pemimpin itu.

Bekas ahli AMK, Hamizun turut mengakui tindakan Anwar itu hanyalah untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepadanya.

“Rakyat sudah mulai sangsi dan mempertikaikan hasrat beliau untuk menjadi Perdana Menteri kerana rekod moralnya yang sangat rendah, justeru tindakan seterus Anwar ialah menyaman akhbar ini,’’ katanya.

Kata beliau, tindakan Anwar itu hanyalah gertakan daripada individu yang terdesak sedangkan ia tidak akan dapat mengembalikan penghormatan masyarakat terhadapnya.

Tuesday, January 24, 2012

Harakah: Undi Anwar Ibarat Menempah Bilik Neraka!


Kita ingat kembali cerita lama, hanya kerana mahu memancing undi  Pas pernah berkata "Mengundi Anwar Ibarat Menempah Bilik Neraka". Kita renung kembali perjuangannya. Dulu lain sekarang lain.

Adakah dengan mengundi Anwar sekarang Ahli Pas menempah syurga..? Fikir-fikirkan lah...

Pas Is Dead!!!

Sumber FB-Zamay Roslan

Guan Eng Nyanyi Lagu BN Dengan DS Najib Tanda-Tanda Awal Kejatuhan Pakatan Rakyat!


Terkedu sekejap bila melihat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyanyikan lagu Barisan Nasional...

Meskipun muka Guan Eng merah padam, jelas ia menunjukkan dalam keterpaksa beliau terpaksa menahan malu dihadapan 10 ribu rakyat berbilang kaum yang hadir di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN Pulau Pinang.

Adakah ini salah satu dari pertanda awal kejatuhan Pakatan Rakyat pada PRU ke-13... Insyallah...

Foto: matkilaupenang.blogspot.com

Sementara itu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata Gagasan 1Malaysia kini mula diterima oleh rakyat dari pelbagai kaum sebagai satu cara hidup di negara ini.

Katanya, disebabkan itu negara berjaya merekodkan pencapaian ekonomi memberangsangkan pada tahun lepas.

Haiyaaaa.... mana mau letak muka oo... ciau-ciua la...

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Negeri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Pengerusi Gerakan Datuk Dr Teng Hock Nan, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Zainal Abidin Othman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) mengamalkan prinsip “semangat kekitaan dan rasa kebersamaan” bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Beliau berkata dengan berpegang kepada prinsip berkenaan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum mampu untuk bergerak ke hadapan sebagai satu negara, satu bangsa dan satu visi.

“Kita perlu sokongan daripada semua kaum, Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Orang Asli dan pelbagai lagi. Sekiranya semua ini bergerak sederap (serentak) sebagai satu bangsa, satu negara dan satu satu visi maka Insya-Allah kita akan mencapai apa yang diharapkan.

“Ini bukanlah satu impian yang tidak mungkin jadi kenyataan, ini bukanlah igauan tetapi satu impian manis yang boleh jadi kenyataan kalau kita bergerak dengan semangat kekitaan dan rasa kebersamaan,” katanya.

Najib berkata berlandaskan kepada prinsip itu juga, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan peruntukan yang diberikan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan etnik, antaranya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang memperuntukan RM500 bagi setiap isi rumah, bantuan RM100 kepada setiap pelajar sekolah dan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

“Sebab itu kita bagi bantuan untuk semua tanpa mengira kaum dan etnik. Kita beri ini kerana ekonomi kita kukuh dan kita tidak serah ekonomi kepada pasaran sahaja kerana jika diberi kepada pasaran hanya yang kaya sahaja yang akan dapat.

“Oleh itu kerajaan beri BR1M kepada golongan rakyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, asalkan mereka perlu bantuan kerajaan beri bantuan, dan ini adalah sejarah,” katanya.

Sampai Bila Nak Hidup Dengan Sampah Selangor ???




Cuba cerita sikit! sampai bila kami nak hidup dengan keadaan yang busuk dan kotor ini! Nampaknya dari sehari ke sehari, masalah sampah di seluruh Selangor sedang berhadapan dengan situasi yang amat kritikal.

Selangor kini telah bertukar menjadi sebuah negeri sampah-sarap. Atau dengan kata lain, Selangor seolah-olah tidak mempunyai sebarang badan berkuasa yang menguruskan sampah dan sisa pepejal.

Cukup lah! Kami dah jijik hidup dengan sampah-sampah ini, kami bukanya sampah masyarakat...

Yang pasti kini rakyat Selangor telah sedar mereka tertipu dengan janji manis kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjanjikan perubahan.

Rata-rata kami penduduk di sekitar Gombak dan rakyat Selangor amat teruja menunggu saat-saat diberi peluang mengubah kerajaan negeri melalui PRU13.

Harap BN akan cuba memperbetulkan kesilapan lalu dan memberikan yang terbaik sekiranya dapat kembali menjadi pemerintah.

-Bro Jinggo

Trafik Di Lebuh Raya Bergerak Perlahan


Keadaan trafik di lebuh raya utama negara tengah hari ini, mula bergerak perlahan di beberapa tempat termasuk dari Bentong, Pahang ke ke Gombak, Selangor.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam laman twitternya melaporkan jumlah kenderaan semakin bertambah dan mula bertali arus dari Bentong ke Gombak.

Sementara laman sesawang Twitter Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)terdapat kemalangan di Km355.6 ke Utara, Slim River-Sungkai, Perak menyebabkan trafik bergerak perlahan di kedua-dua arah.

Selain itu, trafik dari Ayer Hitam ke Yong Peng, Johor juga semakin meningkat.

Laman twitter PLUS turut melaporkan keadaan trafik dari Nilai ke Seremban terdapat kemalangan di Km274.5 yang menyebabkan lorong kanan terhalang.

PLUS dan LLM menasihatkan pengguna lebuh raya agar memandu dengan berhati-hati dan mengamalkan pemanduan yang berhemah di lebuh raya.

Sumber: Bernama