Wednesday, January 25, 2012

Rintihan Penduduk Batu Caves Berkaitan Masalah Sampah


Artikel ini disiarkan di kolum email pembaca Agendadaily..

Saya terpanggil untuk menulis ini, selepas membaca laporan berkaitan sampah di Agendadaily. Mula-mula saya fikir hanya di kawasan kami, di sekitar Gombak dan Ampang sahaja yang mengalami masalah sampah tidak dikutip ini.

Laporan tersebut menyebabkan saya sedar rupa-rupanya, masalah sampah ini di seluruh Selangor, bukan hanya di kawasan saya sahaja.

Sebenarnya, sudah puas saya merayu, sampai bila kami nak hidup dengan keadaan yang busuk dan kotor ini. Nampaknya dari sehari ke sehari, masalah sampah di seluruh Selangor sedang berhadapan dengan situasi yang amat kritikal.

Di kawasan saya, Pinggiran Batu Caves, gambar ini adalah bukti. Ini gambar pada Selasa 24/1/2012.

Selangor kini telah bertukar menjadi sebuah negeri sampah-sarap. Atau dengan kata lain, Selangor seolah-olah tidak mempunyai sebarang badan berkuasa yang menguruskan sampah dan sisa pepejal.

Sampah yang tidak dikutip ini menjadi satu igauan pada kami, bila bangun dari tidur, perkara pertama dibuat adalah menjengok dari tingkap rumah flat ini bagi melihat apakah sampah yang bertimbun dan busuk itu sudah dikutip atau belum.


Kami dah jijik hidup dengan sampah-sampah ini, kami bukanya sampah masyarakat...

Yang pasti kini rakyat Selangor telah sedar mereka tertipu dengan janji manis kerajaan PR yang menjanjikan perubahan. Ya perubahan ke arah kebaikan yang kami mahukan, sebaliknya yang dapat adalah empat tahun Selangor di bawah PR, negeri ini mengundur ke belakang.

Jiran-jiran saya di sini (Penggiran Batu Caves) sudah bercakap-cakap untuk tidak lagi memangkah PR dalam pilihanraya akan datang. Bahkan kami amat teruja menunggu saat-saat diberi peluang mengubah kerajaan negeri melalui PRU13.

Harapan kami adalah BN akan cuba memperbetulkan kesilapan lalu dan memberikan yang terbaik sekiranya dapat kembali menjadi pemerintah. Dan tolonglah, sampah busuk itu, dikutip secara berjadual.

HISHAM
PINGGIRAN BATU CAVES

No comments: