Wednesday, August 3, 2011

Pakatan Pembangkang Sokong Group Murtad Dalam Facebook


Ini group Facebook yang menyokong orang Islam yang murtad di Malaysia dan Singapura. Tertulis dalam group tersebut tujuannya iaitu "kumpulan ini terbuka kepada mereka yang murtad dari Islam di Malaysia dan pihak-pihak yang ingin menyumbangkan sokongan moral kepada mereka yang murtad. Objektif kumpulan ini adalah untuk menjadikan sistem sokongan moral kepada mereka yang telah murtad dari Islam di Malaysia".

Group ini jelas sekali mencabar Perkara 3 sebagai agama bagi persekutuan dan menghina kesucian agama Islam pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Didapati banyak ahli parlimen pembangkang dan penyokong BERSIH telah menyertai group yang baru diwujudkan tersebut termasuklah Faekah Husin (Setiausaha Politik Khalid Ibrahim), Lee Boon Chye (ahli parlimen PKR Gopeng), Sim Tze Min (ADUN DAP Pantai Jerjak), Nasir Hashim (ADUN PSM Kota Damansara), Tan Kok Wai (ahli parlimen DAP Cheras), Lim Lip Eng (ahli parlimen DAP Segambut), Boo Cheng Hau (ADUN DAP Skudai), Lee Khai Loon (Ketua Penerangan AMK PKR) dan beberapa orang penyokong BERSIH. Apakah group ini dibuat oleh mereka-mereka ini?

Sesudah rancangan untuk menghuru harakan negara ini dengan perhimpunan BERSIH pada 9 Julai 2011 gagal, ada kumpulan tertentu yang cuba menghina kedudukan agama Islam dalam Facebook. Bila diselidiki, daripada 384 orang yang menyokong kumpulan menyokong murtad tersebut di Facebook majoritinya adalah wakil rakyat pembangkang dan penyokong BERSIH. Pihak berkuasa dan SKMM perlu mengambil tindakan segera untuk menutup group yang menyokong murtad ini. Pihak yang mewujudkan group di facebook ini juga perlu dikenakan hukuman. Penghinaan sebegini sengaja ingin mengguris perasaan umat Islam ketika bulan Ramadhan. Bukan sekadar sokong murtad, tetapi posting dalam group tersebut turut menghina Nabi Muhammad SAW dan ibadah puasa.

Info - Angin Perubahan

6 Ahli PSM Dituduh Miliki Dokumen Subversif Tetap Didakwa


AGENDADAILY: Jangan fikir, bila dah bebas dari Ordinan Darurat, sudah tidak kena dakwaan lain, itu nasib enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada Rabu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth bagi menghadapi pertuduhan berhubung pembabitan mereka dalam satu perhimpunan haram dan memiliki dokumen-dokumen subversif tanpa alasan yang sah.

Sebelum ini dibebaskan dari Ordinan Darurat selepas 28 hari ditahan.

Mereka ialah Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj, Sukumaran a/l Munisamy, 50, Letchumanan a/l Aseer Patham, 49, Choo Chon Kai, 33, Sarasvathy a/p Muthu, 58, dan Saratbabu a/l Raman, 25.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa secara niat bersama memberi bantuan kepada satu pertubuhan haram, iaitu "Bersih 2.0" dengan membawa 600 helai salinan fotokopi risalah haram berkenaan.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 48 (1) Akta Pertubuhan 1966, yang dibaca bersama Seksyen 34, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM15,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mereka juga menghadapi pertuduhan alternatif iaitu secara niat bersama telah memberi bantuan dengan membawa 600 helai salinan risalah yang mempunyai tulisan "Perhimpunan Bersih 2.0", bagi tujuan satu pertubuhan haram iaitu "Bersih 2.0" untuk kegunaan perhimpunan "Bersih 2.0" yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai pada pukul 2 petang.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya.

Selain itu, mereka turut hadapi pertuduhan dengan niat bersama membawa dokumen-dokumen subversif tanpa alasan yang sah mengikut Seksyen 29 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam sebuah bas bernombor pendaftaran NAW 6617 di Tol Sungai Dua, Lebuhraya Utara-Selatan, di dalam Daerah Seberang Perai Utara, pada kira-kira 3.30 petang, 25 Jun lepas.

Hakim Ikmal Hishan (Hishan) Mohd Tajuddin menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 bagi setiap tertuduh dan menetapkan 10 hingga 14 Okt ini untuk perbicaraan kes iaitu bersamaan dengan tarikh perbicaraan 23 lagi aktivis PSM yang didakwa sebelum ini atas pertuduhan yang sama.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim dan kesemua tertuduh diwakili peguam Datuk C.V. Prabakaran

SPR Dah Jawab Tuduhan Malaysiakini, JPN Jangan Diam sahaja


Kesilapan yang dinyatakan oleh pembangkang adalah kesilapan JPN, kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Saya fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaskini,” kata Abdul Aziz dalam SMS bagi menjawab tuduhan portal pembangkang Malaysiakini.

Katanya, hanya rakyat Malaysia yang boleh memohon untuk mendaftar sebagai pengundi.

"PR tidak dibenarkan kecuali Kementerian Dalam Negeri meluluskan permohonan mereka sebagai rakyat Malaysia. Jika tidak permohonan mereka sebagai pengundi secara automatik akan ditolak oleh sistem saringan SPR selepas menyemak status mereka dengan sistem JPN - Agency Link Up System (Alis)," katanya.

Namun, kata Abdul Aziz SPR akan mempamerkan daftar pemilih tambahan yang dikeluarkan setiap empat bulan untuk tatapan umum selama seminggu.

"Pengundi di kawasan itu boleh membantah (jika mendapati ada penyelewengan),” katanya.

Abdul Aziz mengulas kontroversi di mana dakwaan pembangkang sebagai pengundi dan nama mereka tersenarai pada daftar pemilih tambahan yang baru. Status penduduk tetap itu kemudiannya 'dinaik-taraf' sebagai warganegara dalam beberapa jam, mengikut sistem pengesahan online JPN