Friday, August 5, 2011

Serbu Gereja DUMC: Khalid Samad Hentam Kromo Hasan Ali


Antara Khalid Samad dengan gereja dan kristian sememangnya tidak dapat dipisahkan dari dulu hingga kini. Sila rujuk disini...

Seperti yang telah diduga tindakan Exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Hasan Ali (PAS) yang menyerbu ke sebuah Gereja di Damansara semalam bakal mendapat tentangan hebat dari DAP dan juga rakan seperjuangannya, Khalid Samad...

Khalid Samad menentang pendapat dengan kepimpinan PAS Selangor daripada kenyataan Exco Kerajaan Negeri Datuk Hasan Ali yang mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang berkata majlis makan malam muhibah Gereja Methodist Damansara Utara bertujuan memurtadkan sekumpulan orang Islam.

Ahli Parlimen Shah Alam itu menegaskan pandangan Hasan yang dikeluarkan petang semalam bukan pendirian PAS Selangor, sekali gus memperlihatkan perpecahan yang mendalam dalam hubungan kepimpinan parti itu di peringkat negeri itu.

“Apakah penganut Kristian tidak boleh menggunakan kalimah al-Quran dan doa? Ini bukan pendirian PAS. Ia pendirian beliau sebagai Exco yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama,” katanya lagi.

“Muslim hadir di gereja bukan petanda murtad, kata Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Jais dan polis dilaporkan telah mengadakan serbuan ke atas gereja itu yang terletak di Petaling Jaya malam kelmarin ekoran satu aduan yang tidak spesifik.

Pas perlu perbetulkan akidah Khalid Samad dengan segera sebelum dia tergelincir lebih jauh dan merosakkan perjuangan Pas.

Nurul Izzah Perancang Utama Ku Li Ganti Anwar


Mungkin tidak ramai yang tahu siapakah perancang utama perbincangan untuk melantik Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Anwar Ibrahim.

Tidak keterlaluan jika saya menyatakan bahawa Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden PKR  lah yang menjadi perancang utama Ku Li ganti Anwar.

Faktor-faktor utamanya Nurul Izzah mencaturkan gerakan ini ialah kerana sebagai persediaan jika Anwar, bapanya disabitkan bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Bagi Nurul Izzah perjuangan mencari keadilan untuk Anwar harus diteruskan dengan apa cara sekali pun, walaupun terpaksa mengkhianati Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang seharusnya menerajui kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR). 


Untuk mengembalikan sokongan politik PKR yang semakin merundum, Nurul Izzah memerlukan orang seperti Ku Li "bapa politik" yang berpengaruh serta berpengalaman dan yang mempunyai hubungan baik dengan Anwar Ibrahim...

Selain daripada itu, Nurul Izzah juga mendapat dorongan dari kumpulan erdogan dalam parti PAS yang taksub kepada ideologi yang dibawa oleh Anwar. 

Sebagai ahli politik yang baru setahun jagung di dalam dunia politik, kekuatan dari segi pengaruh dalam parti, Nurul Izzah dilihat masih serba kekurangan dan boleh dianggap lemah. Oleh itu Nurul Izzah memerlukan pertolongan dari kumpulan erdagon dan Ku Li demi mencapat matlamat perjuangannya.

Kumpulan erdogan pula telah sebulat suara menganggap Anwar sebagai seorang yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Anwar dijulang sebagai pemimpin yang paling berkaliber dan juga pemimpin masa depan. Malahan mereka sudah tidak percaya lagi kepada kemampuan Presiden mereka sendiri untuk memimpin.


Tidak mustahil juga percatur ini digerakan oleh kumpulan erdegon tersebut bagi memujuk Nik Aziz untuk mengadakan pertemuan dengan Ku Li, dalam mencari penganti Ketua Pembangkang yang setaraf Anwar Ibrahim.

Ku Li juga terkenal sebagai pakar mereka percaturan besar, bermula dengan mencabar Tun Mahathir untuk kerusi presiden UMNO pada 1987 serta pengharaman UMNO kemudian menubuhkan UMNO Baru, Semangat 46 dan APU.

Ternyata Ku Li ialah "political animal" yang tidak boleh ditolak tepi begitu sahaja. Semangat juangnya masih kental sehingga kini. Kalau tidak masakan Umno/BN mampu tawan semula PRK di Galas Kelantan?

Ini bermakna Nurul Izzah juga menaruh harapan yang menggunung tinggi kepada Ku Li untuk membawa perubahan dalam Pakatan Pembangkang sekali gus menerajui Parti Keadilan Rakyat!

Politik Harian/Bro Jinggo

Ikuti Twitter Blogger Kita Live Di Utusan Online

Promosi sikit, minta sokongan dari pembaca sekalian...

Twitter merupakan salah satu daripada 50 laman web paling popular di seluruh dunia, mengikut analisa trafik web Alexa. Perkhidmatan micro-blogging Twitter disifatkan sebagai SMS untuk Internet paling berkesan kerana penggunaan antara muka pengaturcaraan aplikasi Twitter bagi menghantar dan menerima pesanan teks ringkas oleh aplikasi lain sering menyelubungi penggunaan Twitter secara terus.

Kepada rakan blogger dan para pembaca yang mempunyai micro blog twitter bolehlah follow kami di twitter....  @brojinggo @panglima_cyber @pisaudotnet @xrockybrux @razlanrafii dll. Alhamdulillah setakat ini saya mempunyai seramai 1,417 followers... lagi ramai lagi bagus... blogger pro pembangang juga dialu-alukan...


Ikuti Twitter Blogger Kita klik disini...