POLITIK HARIAN: Serbu Gereja DUMC: Hasan Ali Letupkan Kepala Khalid Ibrahim

Friday, August 5, 2011

Serbu Gereja DUMC: Hasan Ali Letupkan Kepala Khalid Ibrahim


Wah semakin meletop-letop pulak cerita kepincangan puak pembangkang ni... lepas satu-satu jadi bahan entry blog yang terlaris dipasaran... Kisah bermula satu hari yang penuh bermuka-muka dan berjingga di gereja DUMC...


Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim (PKR) secara peribadi telah memohon maaf dengan menghubunggi Paderi kanan, Pastor Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Rabu malam ketika berlangsung majlis tersebut.

"Saya memberitahu beliau bahawa saya telah minta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyediakan laporan penuh mengenai insiden ini, termasuk sebab-sebab terperinci serbuan tersebut dilakukan.

"Saya berharap dapat berjumpa dengan Pastor Daniel Ho sebaik sahaja laporan lengkap ini diterima," katanya.


Ceh ayat Khalid tak bley blah...

Bertentangan dengan tindakan Khalid, Exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Hasan Ali (PAS) memberitahu bahawa pemeriksaan dilakukan selepas JAIS mendapat bukti adanya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini pada majlis berkenaan.

Menurut beliau, maklumat yang diterima mengatakan terdapat kehadiran orang Islam yang hadir pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan.


ah.. gile ke apa? buka puasa dalam gereja? apa kes ni?

Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat.

Anggota penguatkuasaan JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di bangunan gereja itu walaupun cuba dihalang oleh pihak penganjur.

“Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai,” kata Hasan Ali.

Khalid nak berselindung dari siapa sebenarnya???

Menurutnya lagi, pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “Quran” dan “pray” diselitkan pada ucapan di majlis itu.

Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan bagi menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

Ada yang larikan diri semasa serbuan tersebut dijalankan...

Pegawai penguakuasa Jais dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang.

Memang patut Hasan Ali letupkan saja kepala Khalid Ibrahim yang semakin hari semakin mengong ni....


hehe no komen.... 
Antara Khalid Samad dengan gereja dan kristian tidak dapat dipisahkan dari dulu hingga kini.

DAP sedang melebarkan sayap agama kristian di Malaysia...

5 comments:

Anonymous said...

hr ini aku sokong hasan ali... syabas hasan ali kerana berani bersuara!

Anonymous said...

khalid gagap takut Ronnie DAP!

Anonymous said...

Wahai penganut Kristian atau agama-agama lain...jangan anda semua ganggu atau provokatif penganut agama lsla. Patuhi PERLEMBAGAAN NEGARA. Terimalah kenyataan kedudukan agama lslam sebagai agama rasmi, janganlag diganggu-gugat agar hidup rakyat Malaysia harmoni seperti dahulu. Walaupun kita tahu kini ada bumiputera kristian dari Sabah dan Sarawak tapi janganlah dieksploitasi..nanti bahaya menanti.

- RICHARD TAMBUN-

Anonymous said...

Sokong Dr Hassan Ali...kali ini PAS jadi Menteri Besar menang majoriti di Selangor dalam PRU 13.

Anonymous said...

wahai umat islam,jgnlah terlalu memandang agama kristian hina...sedangkan agama kami tidak pernah memandang hina agama kamu...andai satu hari nanti kita semua mati, dan kami umat kristian berada di neraka, tertawakanlah kami...ejeklah kami...kejilah kami..kerana kami tidak memeluk islam selama hidup kami,dan begitu juga kami sebaliknya....