Mungkin tidak ramai yang tahu siapakah perancang utama perbincangan untuk melantik Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Anwar Ibrahim.
Tidak keterlaluan jika saya menyatakan bahawa Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden PKR lah yang menjadi perancang utama Ku Li ganti Anwar.
Faktor-faktor utamanya Nurul Izzah mencaturkan gerakan ini ialah kerana sebagai persediaan jika Anwar, bapanya disabitkan bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.
Bagi Nurul Izzah perjuangan mencari keadilan untuk Anwar harus diteruskan dengan apa cara sekali pun, walaupun terpaksa mengkhianati Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang seharusnya menerajui kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Untuk mengembalikan sokongan politik PKR yang semakin merundum, Nurul Izzah memerlukan orang seperti Ku Li "bapa politik" yang berpengaruh serta berpengalaman dan yang mempunyai hubungan baik dengan Anwar Ibrahim...
Selain daripada itu, Nurul Izzah juga mendapat dorongan dari kumpulan erdogan dalam parti PAS yang taksub kepada ideologi yang dibawa oleh Anwar.
Sebagai ahli politik yang baru setahun jagung di dalam dunia politik, kekuatan dari segi pengaruh dalam parti, Nurul Izzah dilihat masih serba kekurangan dan boleh dianggap lemah. Oleh itu Nurul Izzah memerlukan pertolongan dari kumpulan erdagon dan Ku Li demi mencapat matlamat perjuangannya.
Kumpulan erdogan pula telah sebulat suara menganggap Anwar sebagai seorang yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Anwar dijulang sebagai pemimpin yang paling berkaliber dan juga pemimpin masa depan. Malahan mereka sudah tidak percaya lagi kepada kemampuan Presiden mereka sendiri untuk memimpin.
Tidak mustahil juga percatur ini digerakan oleh kumpulan erdegon tersebut bagi memujuk Nik Aziz untuk mengadakan pertemuan dengan Ku Li, dalam mencari penganti Ketua Pembangkang yang setaraf Anwar Ibrahim.
Ku Li juga terkenal sebagai pakar mereka percaturan besar, bermula dengan mencabar Tun Mahathir untuk kerusi presiden UMNO pada 1987 serta pengharaman UMNO kemudian menubuhkan UMNO Baru, Semangat 46 dan APU.
Ternyata Ku Li ialah "political animal" yang tidak boleh ditolak tepi begitu sahaja. Semangat juangnya masih kental sehingga kini. Kalau tidak masakan Umno/BN mampu tawan semula PRK di Galas Kelantan?
Ini bermakna Nurul Izzah juga menaruh harapan yang menggunung tinggi kepada Ku Li untuk membawa perubahan dalam Pakatan Pembangkang sekali gus menerajui Parti Keadilan Rakyat!
Politik Harian/Bro Jinggo