Monday, August 8, 2011

Najib Umum Bonus Setengah Bulan Gaji Dengan Minima RM500 Untuk Kakitangan Awam

Kerajaan mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada semua kakitangan awam sempena Hari Raya ini.

Golongan pesara juga akan dibayar RM500.

Pembayaran akan dibuat pada pertengahan bulan Ogos iaitu sebelum Hari Raya Aidil Fitri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata  bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri menambah, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

" Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.   

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Mahu Jadi Jutawan Segera: Mahfuz, Salahuddin Saman Kerajaan


Naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar hari ini memfailkan saman ke atas kerajaan persekutuan dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar katanya “salah tangkapan” semasa perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Turut dinamakan sebagai responden adalah Ketua Polis Daerah Brickfields Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid dan pegawai polis yang menangkap mereka Inspektor Mohd Zaid Madzizat.

Mana ada salah tangkap? betul la polis tangkap dua penyagak yang nak buat rusuhan di Kuala lumpur pada 9 julai yang lalu!

Saman itu difailkan menerusi syarikat guaman Tetuan Faiz Fadzil & Co bersama peguam Zulhazmi Sharif.

Kedua-dua naib presiden PAS itu menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan gantirugi teladan, kos serta lain-lain relif atau perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Selain itu, mereka juga menuntut faedah pada kadar 8 peratus setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh writ saman sehingga penyelesaian penuh.

Hahaha... diaorang nak jadi Jutawan segera rupanya.... Gila la pemimpin puak pembangkang ni... Sementara nak tunggu buka korang layan dulu lagu ni...

Oh... dalam dunia...
Oh... kita raja...
Oh... jangan lupa...
Oh... Jangan gila

Gila darjat
Gila nama
Gila kuasa
Gila Harta
Semua gila

Buat baik berpada-pada
Kata org tua
Buat jahat jangan sekali

Engkau takkan rugi
Mulia dibalas syurga
Dosa 'kan sensgara
Ini hukum karma




Khalid Samad Guna Edisi Shah Alam Kini Untuk Racun Minda Masyarakat Tempatan


Selepas DAP melancarkan Edisi online RoketKINI, PAS Shah Alam yang diketuai oleh YB Khalid Samad mengeluarkan edisi Shah Alam kini yang diedar secara percuma ke semua rumah penghuni kawasan Shah Alam. Aneh, Edisi tersebut tidak DIMUATKAN dengan Maklumat setempat Shah Alam tetapi penuh dengan Isu Bersih 2.0.Taktik terbaru Pakatan rakyat untuk meracuni fikiran Penghuni / Pengundi Shah Alam? yang pandai sila nilai sendiri!

Muka depan Bukan Isu kawasan Shah Alam!!

Muka Surat seterusnya bukan juga isu Kawasan Shah Alam

Bukan isu Setempat, tetapi dimuatkanya gambar perkhawinan Ahli Parti Pas, hi tea dengan PAS,dan juga PAS pada 9 Julai!


Lagi Isu Bersih

oppps terlupa letak logo DAP konfirm kena warning nanti!

Jika Edisi ShahAalam Kini untuk penghuni atau pengundi shah alam, bagi lah informasi terkini akan program kerajaan negeri dan adun/ahli parlimen bahagian Shah Alam. Lebih baik tukar sahaja nama Edisi tu...


Inilah sikap sebenar Puak Pembangkang... Kerjanya tak habis-habis nak mengahasut dan mengelirukan pemikiran rakyat!