Saturday, August 13, 2011

Nurul Izzah Ingat PAPA Dia Sudah Jadi PM Malaysia


Pakatan pembangkang berterusan berlagak seolah-olah mereka sudah memerintah Malaysia apabila memberitahu akan membina hubungan diplomatik yang lebih erat dengan kerajaan Jerman.

Perkara itu disuarakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar selepas beliau dan beberapa pemimpin pembangkang yang lain 'terpesona' dapat bertemu dengan Timbalan Menteri Luar Jerman, Werner Hoyer.

Soal hubungan diplomatik sebenarnya adalah hubungan rasmi antara kerajaan yang memerintah dengan sesebuah negara dan bukannya hak pembangkang, apatah lagi pakatan pembangkang itu sendiri belum berdaftar.

Selasa lalu, Nurul Izzah bersama Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw menemui Hoyer dan antara butir perbincangan adalah membabitkan soal perhimpunan haram yang didalangi pembangkang pada 9 Julai lalu.

Hadir sama pada pertemuan tersebut ialah Duta Jerman di Malaysia, Dr. Guenter Gruber.

Nurul Izzah dalam blognya, menyifatkan pertemuan itu satu sesi yang cukup menarik dan pasti bakal membuahkan hasil yang akan mengeratkan hubungan diplomatik antara pakatan pembangkang dengan kerajaan Jerman.

Hahaha... PAPA Dia Hebat!

Suspek Samun Dan Pukul Pelajar Malaysia Di London Ditahan


Polis Britain semalam menahan seorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan kejadian samun pelajar Malaysia oleh sekumpulan remaja yang berlakon membantunya ketika rusuhan di London.

Suspek berusia 20-an itu ditahan ketika pelajar jurusan akaun tersebut, Muhammad Asyraf Haziq Rossli (gambar) menegaskan dia tidak berasa dendam ekoran kejadian yang berlaku di Barking Isnin lalu dan ingin meneruskan pengajiannya di sini.

Scotland Yard dalam satu kenyataan mengesahkan penangkapan lelaki itu.

‘‘Pegawai polis hari ini (semalam) menangkap seorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan kejadian seorang lelaki disamun oleh sekumpulan orang yang berpura-pura membantunya selepas dia diserang ketika rusuhan di London,’’ kata kenyataan itu.

Ia berkata, suspek dipercayai berumur 20-an kini ditahan bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, Muhammad Asyraf, 20, yang menjalani pembedahan bagi merawat tulang rahangnya yang patah ekoran kejadian itu kelmarin, telah dibenarkan keluar hospital pagi semalam.

Muhammad Asyraf melahirkan rasa terkejut ketika melihat rakaman video serangan ke atasnya.

‘‘Saya terkejut kerana sebahagian daripada penyerang itu adalah kanak-kanak. Saya juga tidak menyangka ada orang yang merakam kejadian ini,’’ katanya pada satu sidang media.

Pelajar tahun pertama itu berkata, dia memerlukan masa untuk memikirkan apa yang telah berlaku selepas menonton rakaman video berkenaan.

‘‘Adakah itu saya?’’ katanya. – AFP/AP

[video inside] Pelajar Malaysia Cedera Dan Di Rompak, London Riots In Pictures - Part 3

PAS Pulau Pinang Demo Anti Murtad



Dewan Pemuda Pas negeri hari ini melahirkan sokongan terhadap tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama kerana didakwa cuba menyebarkan agama Kristian kepada umat Islam dalam satu majlis pada 3 Ogos lalu.

Kira-kira 40 ahlinya yang diketuai Hafiz Nordin mengadakan perhimpunan secara aman di depan Masjid Simpang Enam di sini selepas solat Jumaat, satu tindakan yang dilihat bertentangan dengan pendirian pucuk pimpinan parti itu.

Hafiz yang juga bekas Ketua Pemuda Pas negeri berkata, saranan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan atau dibentang di Parlimen sewajarnya dipercepatkan bagi memastikan tiada usaha memurtadkan orang Islam berlaku di negara ini.

"Isu agama tidak boleh dipermainkan oleh pihak tertentu selain tidak boleh dipropagandakan walaupun ada dakwaan mengatakan ia sekadar bantuan untuk diberikan kepada golongan Islam.

"Jika benar hendak bantu, mengapa perlu buat majlis itu di gereja? Banyak lagi tempat boleh dibuat. Oleh itu, saya lihat isu ini ada agendanya sendiri iaitu ingin memurtadkan orang Islam," katanya ketika ditemui pemberita pada perhimpunan berkenaan.

Isu memurtadkan orang Islam itu timbul selepas JAIS membuat pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya setelah mendapat maklumat terdapat kehadiran orang Islam dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.

Bagaimanapun, insiden itu mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk pemimpin Pas sendiri.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak menyatakan pendirian sebenar parti itu dalam isu berkenaan sebaliknya berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada JAIS terlebih dahulu.

Aku masih tidak faham dengan pemimpin atasan parti PAS! Haji Hadi memperjuangkan Islam atau gereja?

PAS Berpecah!! Pemimpin Pas ‘Anwarinas’ Serang Nasrudin!