Thursday, September 8, 2011

Jamal Abdillah Sertai UMNO


Raja Pop Negara, Jamal Abdillah akhirnya secara sah mendaftar menjadi ahli UMNO dan telah menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh di Ibu Pejabat UMNO, semalam.

Katanya, dia menyertai UMNO kerana amat yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Najib dan kepimpinan sebelumnya dalam mentadbir negara ini.

“Walaupun saya baru mendaftar menjadi ahli UMNO hari ini namun sebenarnya saya telah lama menyokong UMNO malah arwah ayah saya juga semasa hayatnya merupakan pengerusi tetap UMNO di Pasir Salak.

“Saya bukan menyertai UMNO untuk kepentingan diri ataupun mempunyai agenda tersembunyi tetapi kerana saya yakin dengan parti keramat UMNO. Saya yakin dengan prinsip saya dan saya rasa kalau parti lain yang memerintah negara, tidak mungkin saya mampu bertahan bergelar penyanyi sehingga kini.

“Kerana kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang berjaya mentadbir dengan aman damai maka saya mampu bertahan sehingga kini. Malah peminat saya juga terdiri dari berbilang kaum. Saya tidak kisah sekiranya selepas ini ada yang menuduh saya mahu mencari publisiti murahan kerana saya tahu dan yakin dengan apa yang saya lakukan,” ujarnya.

Jamal turut melahirkan rasa kagumnya terhadap UMNO dan BN yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat malah sentiasa memertabatkan dunia artis.

“Saya menyeru para peminat dan rakan-rakan saya agar marilah kita bersama-sama menjadi ahli UMNO dan cubalah kita celikkan mata dan lihat apa yang telah kerajaan lakukan selama ini untuk kita.

“Janganlah kita bercakaran sesama sendiri hanya mengejar kepentingan diri. Kita harus bersatu padu memertabatkan negara kita. Jangan mudah membiarkan orang lain menginjak maruah bangsa kita. Bukanlah saya bermaksud untuk berpolitik tetapi saya sedar bahawa tiada parti lain yang mampu menjaga kepentingan rakyat selain daripada UMNO dan BN,” ujarnya lagi. -MediaUMNO

Tahniah buat Jamal Abdillah....

Markas Komunis di Jalan Raja Laut Akan Di Gegarkan Jam 11 Pagi Ini


Markas komunis PAS di Jalan Raja Laut akan di gegar oleh Persatuan Bekas-bekas Polis dan Persatuan Bekas-Bekas Perajurit. pada jam 11 pagi ini 8hb September 2011.

Mereka akan menyerahkan memorandum mendesak PAS bertanggungjawab sepenuhnya di atas kenyataan Mat Sabu dan permainan politik kotor mempertahankan kenyataan Mat Sabu.

Eloklah kita beramai-ramai ke Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut, Kuala lumpur bagi menyokong perhimpunan aman tersebut! tunggu disana....

Bom Dalam Pesawat Pakistan... Mendarat Cemas di KLIA


Sebuah pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pakistan yang membawa 164 penumpang telah membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi, selepas satu ancaman bom dikesan.

Perkara tersebut disahkan Ketua Pengurus Kanan Perkhidmatan Operasi Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) Datuk Azmi Murad yang berkata, penerbangan yang berlepas dari Lahore, Pakistan ke ibu negara itu mendarat pada pukul 9.24 malam tadi, setelah ancaman berkenaan dikesan ketika pesawat itu di udara.

Sehingga kini, pemeriksaan masih diteruskan oleh pihak berkuasa dan penumpang telah dibenarkan keluar.