Thursday, September 15, 2011

DAP Menganas Lagi, Tuntut 4 Kerusi Di Kedah


Isu agihan kerusi di antara Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di Kedah semakin hangat diperkatakan apabila DAP menuntut empat lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi Parlimen untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang.

Semalam, Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Lee Guan Aik berkata, parti itu menuntut enam kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang iaitu dua kerusi sedia ada dan empat kerusi tambahan.

Guan Aik berkata, selain itu, DAP juga mahu calonnya bertanding di dua kerusi Parlimen kerana sokongan terhadap DAP kini sudah jauh meningkat.

Azizan berkata, masih terdapat dua minggu lagi untuk DAP dan PKR mencapai kata sepakat mengenai agihan kerusi di dalam perundingan peringkat negeri.

Menurutnya, jika ia tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri maka cadangan dua parti itu akan dikemukakan ke peringkat pusat bersama hujah dan alasan masing-masing.

Kedah mempunyai 36 kerusi DUN dengan 24 ditandingi Pas, 10 kerusi (PKR) dan dua kerusi (DAP).

Daripada jumlah itu, Pas memenangi 16 kerusi manakala PKR memenangi lima kerusi dan DAP menang satu kerusi pada pilihan raya lalu.

Bagaimanapun, dua daripada lima wakil rakyat PKR kemudian mengisytiharkan diri sebagai sebagai wakil rakyat Bebas.

PAS asyik kena buli jer... Ada kuasa tak berani nak perintah sendiri... kena ikut telunjuk DAP... 


Sampai bila PAS akan jadi BONEKA DAP? 

Dokumen Fail Saman Umno Selangor Kepada PAS


UMNO Selangor pada Rabu, memfailkan saman terhadap Setiausaha Agong Pas, Datuk Mustafa Ali, akhbar Harakah dan empat lagi yang didakwa memfitnah parti itu melalui satu artikel bertajuk 'Pas akan dedah bukti, UMNO main peranan operasi JAIS'.


Kepada:

1. Dato' Mustafar Ali
2. Dato' Seri Abdul Hadi Awang
3. Mohd Sabu
4. Angkatan Edar Ent Sdn. Bhd.
5. Ahmad Lufti Othman
6. Khairul Azlam Mohamad










Chin Peng Mengesahkan Mat Indera Ketuai Serangan di Bukit Kepong


Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng pernah mengakui dan mengesahkan bahawa serangan pengganas di Balai Polis Bukit Kepong diketuai oleh Mat Indera yang juga seorang panglima pemerintah komunis di negeri Johor.

Bekas Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Zulkifli Ab Rahman berkata, perkara itu diceritakan sendiri oleh pemimpin komunis paling berpengaruh itu di hadapan para cendekiawan dalam satu dialog yang diadakan di sebuah universiti terkemuka di Canberra, Australia pada 22 dan 23 Feb 1999.

"Mat Indera pada masa itu dikenali sebagai panglima yang memerintah komunis di kawasan selatan dan utara Johor iaitu di Batu Pahat, Muar, Segamat, Tangkak dan seluruh Melaka.

"Ini bukan cerita yang dikutip di tepi jalan, tetapi disahkan oleh Chin Peng kerana baginya untuk menjadi pengganas mereka mesti menjadi komunis,” katanya dalam Forum Merdeka bertajuk ”Kekejaman Komunis, Mat Indera dan Kemerdekaan” di sini malam tadi.

Selain Zulkifli, forum itu turut dibarisi oleh tiga anggota panel yang lain iaitu bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral (B) Datuk Jaafar Onn, pakar sejarah Prof Datuk Ramlah Adam serta Pengerusi Majlis Perundingan Melayu Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar.

Forum yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu dipengerusikan oleh Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

Sehubungan itu, Zulkifli yang berkhidmat selama 37 tahun di dalam PDRM dan bertanggungjawab dalam risikan mengenai komunis pada masa itu, berkata dakwaan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang menyatakan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan, tidak benar dan tidak berasas.

"Macam manalah Mat Sabu berani kata Mat Indera ini bukan komunis, kenapa Mat Sabu pilih Mat Indera sebagai hero dalam peristiwa Bukit Kepong padahal dia tidak kenal siapa itu Mat Indera,” katanya.

Sumber: Bernama