Monday, September 19, 2011
Kes Liwat Anwar: Pakar Asing Dijangka Terus Pertikai Keterangan Pakar Tempatan
Prosiding pembelaan dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bersambung hari ini di Mahkamah Tinggi dengan pakar asid deoksiribonukleik (DNA) dari Australia, Dr. Brian McDonald dijangka terus mempertikaikan keterangan dua ahli kimia tempatan.
McDonald iaitu pakar asing kedua yang ditampilkan oleh barisan pembelaan Ketua Pembangkang itu seperti keterangannya sebelum ini akan 'mencari kesilapan' laporan dan ujian yang dibuat oleh Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon demi mematahkan keterangan kedua-dua saksi pendakwaan tersebut.
Perunding Molecular Genetic System, Australia itu sehingga kini telah memberi keterangan di peringkat pemeriksaan utama oleh peguam bela, Ramkarpal Singh selama dua hari mulai 25 dan 26 Ogos lalu.
Apabila selesai peringkat tersebut, saksi pembelaan keempat itu akan disoal balas pula oleh pasukan pendakwaan sebelum pemeriksaan semula oleh Ramkarpal.
Semasa McDonald memberi keterangan, Lay Hong yang merupakan Ketua Unit Jenayah Berat, Bahagian DNA Divisyen Forensik, Jabatan Kimia turut hadir bagi membantu pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden.
Pada perbicaraan peringkat pendakwaan sebelum ini, Lay Hong mengesahkan terdapat kehadiran air mani Lelaki Y yang merupakan penyumbang utama dalam dubur pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Nor Aidora dalam keterangannya pula menyatakan bahawa penyumbang DNA tersebut adalah sepadan dengan DNA Anwar.
Anwar, 64, dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 26 itu di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Pada 16 Mei lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memerintahkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memberi keterangan bela diri setelah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie atas pertuduhan tersebut.
Anwar pada 22 Ogos lepas mengejutkan semua pihak apabila memilih untuk memberi keterangan bela diri dari kandang tertuduh tanpa mengangkat sumpah menyebabkan pasukan pendakwaan terlepas peluang untuk menyoal balas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Beliau yang memfailkan saman fitnah terhadap Mohd. Saiful Bukhari, dua hari selepas pemuda itu membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, sebaliknya hanya menggunakan kesempatan membela diri dengan membacakan pernyataan bertulis yang antara lain menyalahkan hakim selain menuduh pasukan pendakwaan tidak profesional.
[photo inside] Manchester United Kalahkan Chelsea 3-1
MANCHESTER, United Kingdom 19 Sept. - Manchester United mempamerkan aksi sebuah pasukan juara untuk mengungguli Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan dua mata selepas melakar kemenangan 3-1 ke atas Chelsea di Old Trafford, malam tadi.
Pasukan bimbingan Alex Ferguson menjaringkan tiga gol pada separuh masa pertama melalui Chris Smalling, Nani dan Wayne Rooney, manakala Chelsea akhirnya gagal mengekalkan rekod tanpa kalah sejak diterajui boss baru Andre Villas-Boas.
United kekal di puncak liga setelah pesaing Manchester City diikat 2-2 oleh Fulham. - AFP
Sunday, September 18, 2011
Video Seks Anwar: Dunia Sudah Terbalik? Papagomo Niat Jahat, AMK Lapor Polis!
Mungkin jiwa Anak Muda Keliru (AMK) ini semakin parah... apabila dikata dunia mereka sudah terbalik! 24-seven hanya taksub untuk Anwar Ibrahim hingga tidak dapat menerima kenyataan yang sebenarnya...
Sepatutnya merekalah yang pertama melaporkan kepada polis untuk siasat pelaku video seks tersebut, bukannya buat laporan polis untuk menyalahkan orang yang menyampaikan laporan video seks tersebut (Papa Gomo).
Siapa sebenarnya yang berniat jahat? Rozan... rozan.. pandai sungguh kau mengambil kesempatan ya... tembak dari belakang berani la kau... awat bila jumpa depan-depan kau terketar-ketar? bila nak sembang dikedai kopi ni?
Petang tadi Angkatan Muda Keadilan (AMK) membuat laporan polis terhadap penulis blog Papagomo yang menyiarkan klip video dua lelaki yang didakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.
Laporan dibuat Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Ini berikutan dua klip video yang didedahkan Papagomo pagi semalam yang menunjukkan rakaman litar tertutup (CCTV) dua lelaki menuju masuk ke dalam dan keluar lif bangunan dipercayai sebuah hotel di Ampang.
Sehubungan itu, Rozan dalam laporannya mahu Papagomo disiasat berikutan penyebaran video tersebut yang dianggapnya berniat jahat sehingga mampu mengelirukan orang awam.
Beliau juga mahu penulis blog itu dikenakan tindakan kerana mengancam untuk mendedahkan lagi klip video yang berkaitan dengan isu ini pada masa akan datang.
Video URL: http://youtu.be/Ow6gq1lF8V0
Bagaiman pun Rozan percaya pelaku video seks itu Anwar Ibrahim!
Enggan mengulas teknikal kesahihan klip video itu, Rozan turut mendesak Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar membuat kenyataan bagaimana rakaman tersebut boleh berada di tangan Papagomo walaupun kes itu masih dalam siasatan polis.
Subscribe to:
Posts (Atom)










