Wednesday, February 27, 2013

Manifesto Pakatan Sisihkan Agenda PAS



Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, Pas tidak perlu merasa bangga dengan pelancaran manifesto pakatan pembangkang Isnin lepas kerana ia tidak memaparkan aspirasi parti itu terutama dalam memartabatkan agama Islam.

Manifesto pakatan pembangkang adalah lebih kepada aspirasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dan tidak begitu menyentuh perkara-perkara yang memartabatkan Islam di negara ini, katanya dalam satu ceramah Jom Tolak Pakatan di Jalan Nenas, Meru di sini, malam tadi.

Di dalam manifesto itu tidak dinyatakan mengenai penubuhan negara Islam, atau mengangkat martabat mahkamah syariah sama dengan mahkamah sivil, katanya.

Oleh itu beliau hairan mengapa Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengangkat-angkat tangan semasa pelancaran itu.

“(Lainlah) kalau ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengangkat tangan mereka tidak mengapa..kerana agenda mereka termaktub dalam manifesto itu,” katanya.

Agenda mereka untuk menjadikan Islam di Malaysia lebih liberal atau sekularisme disisipkan di dalam manifesto itu tetapi agenda Islam tidak dijelaskan dalam manifesto itu.

Dr Hasan yang juga Presiden badan bukan kerajaan Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) berkata sehingga sekarang pakatan pembangkang masih lagi tidak menetapkan siapa calon Perdana Menteri sekiranya mereka menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.

DAP dan PKR mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri dan begitu juga sesetengah pihak dalam Pas yang mahukan Anwar menjawat jawatan itu sedangkan pimpinan Pas sendiri nampaknya tidak berani menonjolkan Anwar layak menjawat jawatan Perdana Menteri, katanya.

“Pemimpin Pas tahu “the in and out” (luar dan dalam) Anwar Ibrahim. Tak malu ke kalau PM kita Anwar Ibrahim,” katanya.

Hasan berkata, isu siapa yang jadi Perdana Menteri ini penting kerana kalau pakatan rakyat memenangi pilihan raya kali ini, Perdana Menterilah yang pertama kali mengangkat sumpah di hadapan Yang Di Pertuan Agong sebelum kabinet dapat ditubuhkan.

Oleh itu, beliau meminta para pengundi di Meru supaya tidak memperjudikan politik dan masa depan Malaysia dan menolak pakatan pembangkang.

Hasan juga berkata, kenyataan Nik Aziz bahawa mereka yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia umpama ayam dan lembu tidak mencerminkan keperibadian atau bahasa seorang ulama. – Bernama

MB Kedah Akui Gagal Tunai Janji



ALOR STAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui kerajaan negeri telah gagal menunaikan beberapa janji yang terkandung dalam manifesto Pakatan Rakyat Kedah sewaktu pilihan raya umum 2008.

Salah satu daripada janji tersebut adalah keperluan untuk membangunkan dan menyediakan perumahan mampu milik, terutama unit rumah kos rendah.

Azizan turut memaklumkan mengenai perkara tersebut dalam beberapa majlis di mana kerajaan di bawah pimpinan PAS negeri itu gagal membina unit rumah berkenaan..

Beliau berkata, pelaksanaannya mengambil masa lebih lama.

"Apa yang kami masih belum laksanakan (janji), kita akan masukkan dalam manifesto Pakatan Rakyat Kedah bagi pilihan raya umum pada 2013.

"Kami akan melaksanakannya selepas kita kembali kepada kuasa," kata beliau.

Sementara itu, Ketua Gerakan Pemuda Kedah, Tan Ken Liang berkata selain dari kegagalan untuk menyediakan lebih banyak rumah kos rendah, kerajaan negeri juga telah menyulitkan beberapa perkara dengan menaikkan tarif air sebanyak 100 peratus dan juga menaikkan yuran Kolej Universiti Insaniah (Kuin), milik kerajaan negeri.

Beliau berkata kerajaan negeri juga gagal menunaikan janji untuk mengamalkan tender terbuka dalam pemberian projek, memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menyediakan pendidikan percuma di peringkat universiti dan undang-undang reformasi untuk mengawal selia aktiviti pembalakan.

So... Apa lagi, pas ni tukar kerajaan la.... Bye- bye PAS!

PRU 13 : Azmin Sahkan Azizah Tak Bertanding


Azmin Ali mengesahkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tetap dengan pendirian untuk tidak bertanding mana-mana kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) namun mahu kekal fokus kepada parti.

Azmin yang juga timbalan parti itu berkata walaupun wujud sokongan penuh akar umbi terhadap Wan Azizah untuk bertanding semula, namun isteri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu telah membuat keputusan muktamaad.

Sehubungan dengan itu nama Wan Azizah tidak tersenarai dalam calon PRU13 Pakatan Rakyat

“Beliau dah buat keputusan. Terpulang kepada tuan empunya badan. Kita tak boleh nak paksa. Jawatankuasa PKR Pusat akur dengan keputusan itu,” katanya memetik portal FMT.

Wan Azizah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh selama tiga penggal sejak menang pada tahun 1999 dan kemudian beliau memberi laluan kepada suaminya Anwar, untuk bertanding pada pilihan raya umum 2008.

Tindakan itu menyebabkan beliau dilarang daripada bertanding semula di kerusi parlimen, namun tidak menyekatnya daripada bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).