Wednesday, February 27, 2013

MB Kedah Akui Gagal Tunai Janji



ALOR STAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui kerajaan negeri telah gagal menunaikan beberapa janji yang terkandung dalam manifesto Pakatan Rakyat Kedah sewaktu pilihan raya umum 2008.

Salah satu daripada janji tersebut adalah keperluan untuk membangunkan dan menyediakan perumahan mampu milik, terutama unit rumah kos rendah.

Azizan turut memaklumkan mengenai perkara tersebut dalam beberapa majlis di mana kerajaan di bawah pimpinan PAS negeri itu gagal membina unit rumah berkenaan..

Beliau berkata, pelaksanaannya mengambil masa lebih lama.

"Apa yang kami masih belum laksanakan (janji), kita akan masukkan dalam manifesto Pakatan Rakyat Kedah bagi pilihan raya umum pada 2013.

"Kami akan melaksanakannya selepas kita kembali kepada kuasa," kata beliau.

Sementara itu, Ketua Gerakan Pemuda Kedah, Tan Ken Liang berkata selain dari kegagalan untuk menyediakan lebih banyak rumah kos rendah, kerajaan negeri juga telah menyulitkan beberapa perkara dengan menaikkan tarif air sebanyak 100 peratus dan juga menaikkan yuran Kolej Universiti Insaniah (Kuin), milik kerajaan negeri.

Beliau berkata kerajaan negeri juga gagal menunaikan janji untuk mengamalkan tender terbuka dalam pemberian projek, memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menyediakan pendidikan percuma di peringkat universiti dan undang-undang reformasi untuk mengawal selia aktiviti pembalakan.

So... Apa lagi, pas ni tukar kerajaan la.... Bye- bye PAS!

1 comment:

Anonymous said...

Bukan tak dapat tunai janji. Tapi, akan dilaksanakan. Semua ini terbengkalai kerana duit cukai orang2 Kedah yang sepatutnya diberikan balik pada kerajaan negeri kedah telah di sekat dan di lambat2kan oleh Umno. Umno berbangga menggunakan duit rakyat dgn mengatakan itu duit mereka sedangkkan itu adalah duit rakyat. Bukan duit kocek poket umno.

Mereka sengaja mendera Kerajaan Kedah dgn menyekat peruntukan tahunan kerajaan negeri. Mereka menyekat sepertimana di negeri Kelantan juga.

So, orang2 Kedah. kali ini kita semua akan tumbangkan BN dan kita tawan Putrajaya supaya semua negeri akan mendapat peruntukan yang sepatutnya. Biar kita pulak yang menjadi Kerajaan Persekutuan. Kerajaan untuk semua rakyat. Sekarang ini Kerajaan BN/Umno menganaktirikan semua kerajaan pakatan. Inilah jahatnya UMNO/BN sekarang ini yang perlu kita hapuskan segara.