Saturday, March 2, 2013
Pertempuran Lahad Datu: Pemberontak Kibar Bendera Putih, Pura-Pura Serah Diri Sebelum Lepas Tembakan - PM
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kumpulan penceroboh bersenjata telah menggunakan taktik mengibarkan bendera putih (sebagai tanda menyerah diri) untuk memerangkap anggota polis komando VAT 69 dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, semalam.
Perdana Menteri berkata perkara itu disahkan oleh salah seorang anggota VAT 69 yang terbabit dalam pertempuran di kubu kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari selatan Filipina.
Najib berkata beliau dimaklumkan bahawa dua anggota polis yang terbunuh, Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud telah melihat bendera putih dikibarkan sebelum rakan kumpulan penceroboh itu memerhati gerakan anggota polis itu sebelum melepaskan tembakan.
“Saya tidak menolak kemungkinan itu satu perangkap oleh kumpulan itu dan ianya adalah satu taktik pengecut,” katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah dua anggota itu di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, dekat sini, hari ini.
-Bernama
143 Ahli PKR Isytihar Keluar Parti, Sokong BN
Parti Keadilan Rakyat (PKR) ranting Batu Hampar, Parlimen Bukit Katil di sini dibubarkan selepas 143 anggotanya bertindak keluar parti kerana tidak lagi yakin dengan perjuangan parti itu.
Mereka kemudian berikrar di hadapan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam untuk menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Bagaimanapun, mereka tidak menyertai BN sebaliknya mengumumkan penubuhan sebuah badan bukan kerajaan dikenali Persatuan Usahawan Anak Melayu (PUAM).
Bekas Ketua PKR ranting itu, Tuah Shah Abdul Rahman berkata keputusan untuk keluar PKR dibuat kerana parti itu dilihat tidak membela nasib rakyat.
"Kami beramai-ramai keluar parti sebab sudah sedar PKR bukan sebuah parti yang membela rakyat sebaliknya Umno dan BN memperjuangkan hak rakyat untuk hidup lebih selesa dan terjamin," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian PUAM di sini, malam tadi.
Beliau berkata walaupun kesemua mereka tidak menyertai Umno dan BN tetapi akan membantu BN merampas kembali kerusi dimenangi pembangkang di dalam Parlimen Bukit Katil iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh dan Bachang pada PRU-13.
Sementara itu, Mohd Ali yang juga Pengerusi BN negeri berkata keputusan diambil kesemua 143 anggota PKR itu merupakan satu tindakan yang wajar dan tepat kerana parti pembangkang tersebut tidak memberikan sebarang manfaat kepada rakyat.
Justeru beliau meminta lebih ramai anggota dan penyokong PKR keluar dari parti itu dan bersama-sama Umno dan BN memajukan lagi negara khususnya negeri Melaka.
"Umno negeri Melaka bersedia menerima mereka pada bila-bila masa," katanya.
Penyokong DAP Gelar Anggota Terkorban Sebagai 'Anjing'
Jika semalam Naib Presiden PKR, Tian Chua yang dilapor mengaitkan insiden tembakan di Lahad Datu, Sabah semalam dengan konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakutkan rakyat.
Hari ini sekali kita dikejutkan dengan satu lagi tindakan yang tidak bertanggungjawab dan keterlaluan yang dibuat oleh lelaki cina bernama Jonathan Lim yang berasal dari Melaka dan menetap di Singapura.
Apa dosa pejuang-pejuang kita yang bermati-matian menentang penceroboh ini dilabelkan sebagai anjing? Bangsat punya manusia sanggup mengeluarkan perkataan yang keji kepada perwira negara!
Tindakan sewajarnya harus diambil terhadap bangsat-bangsat ini terutamanya Tian Chua dan mana-mana pihak yang dilihat menghasut rakyat supaya tidak mengulangi perbuatan sama.
Subscribe to:
Comments (Atom)


