Saturday, March 2, 2013

4 Komando Terkorban Di Lahad Datu Wayang UMNO - Kenyataan Biadap Tian Chua Diselar!




Beberapa pemimpin dan pemerhati politik menyelar Naib Presiden PKR, Tian Chua yang dilapor mengaitkan insiden tembakan di Lahad Datu, Sabah semalam dengan konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakutkan rakyat.

Mereka berkata, kenyataan Tian Chua itu tidak bertanggungjawab dan keterlaluan memandangkan tindakan pihak berkuasa terhadap kumpulan bersenjata dari selatan Filipina itu bersabit soal keselamatan dan keamanan negara.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, kenyataan Tian Chua itu adalah skrip standard dari DAP yang langsung tidak peka dan tidak sensitif kepada isu keselamatan negara.

"Dengan membuat kenyataan seumpama ini, dia boleh dianggap sebagai manusia yang mempunyai martabat paling rendah. Ini adalah satu kenyataan melulu yang tidak kita harapkan daripada seorang manusia yang sopan.

"Apa yang boleh kita harapkan daripada dia apabila kita betul-betul berada dalam peperangan jika dia boleh mengeluarkan kenyataan seumpama itu terhadap insiden pencerobohan di Lahad Datu," katanya kepada Bernama apabila dihubungi.

Antara lain, laporan yang tersiar di laman berita rasmi PKR itu memetik Tian Chua sebagai berkata pencerobohan di Lahad Datu itu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.

"Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing," kata Ahli Parlimen Batu itu.

Justeru, Tunku Abdul Aziz mahu rakyat menilai peribadi Tian Chua dan berfikir sebelum memilih pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Gambar di atas adalah Nor Aziah Nor, isteri kepada arwah Insp Zulkifli Mamat dan dua anak kecil mereka. Dikala saudara mara perajurit yang terkorban sedang bersedih, isteri kehilangan suami tercinta, anak kecil hilang dakapan mesra ayahnya, ibu tua di kampung jauh merenung matanya dibasahi genang air mata. Pada waku itu juga puak bangsat yang memimpin dan menyokong PR sedang menabur pelbagai fitnah!

Dua anggota komando Polis Diraja Malaysia terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina.

Kejadian itu turut menyaksikan 12 penceroboh bersenjata yang merupakan sebahagian daripada 180 pengikut 'Sultan Sulu' yang dikepung pasukan keselamatan Malaysia, terkorban.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menyifatkan kenyataan Tian Chua itu sebagai "jahat dan jahil" .

"Umno tidak akan mempermainkan soal keselamatan negara dan tidak mungkin menjadi pengkhianat kepada negara tercinta yang Umno telah berjuang untuk memerdekakan.

"Umno bukan macam pembangkang dalam beberapa peristiwa yang lepas telah mengkhianati negara ini," katanya.

Bekas Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Muhammad Abdul Ghani pula berkata, seharusnya semua pihak ketika ini bersatu dan tidak mencampur aduk politik dengan soal keselamatan negara.

Tegasnya, tindakan sewajarnya harus diambil terhadap Tian Chua dan mana-mana pihak yang dilihat menghasut rakyat supaya tidak mengulangi perbuatan sama.

Laman Twitter dan Facebook turut dihujani komen-komen yang menghentam kenyataan Tian Chua itu dan mahu tindakan tegas diambil terhadapnya.

Pertempuran Lahad Datu, Si Bangsat Kit Siang Dan Tian Chua Menghina Angota Yang Terkorban!

p/s - Kalau sesiapa terserempak dengan Tian Chua dan Kit Siang tolong ludah kemuka mereka!

4 comments:

Anonymous said...

Mohon pemimpin UMNO diperingkat Bahagian, Wanita, pemuda, Puteri dan ketua-ketua cawangan buat laporan polis menafikan dakwaan tersebut.

Anonymous said...

Jangan lupa suruh juga lembu2 buat lapuran ye!!!!!

ha..ha..ha..

Mat Pahit said...

aku nak ludah muka Ahmad Malandi@Mat Bom kalau jumpa...dia tu ketua umno cawangan sungai nyamuk...master mind yang kemaruk tanah pusaka di felda sahabat 18.

Anonymous said...

Kerana tanah umno bersengketa.
Yang jadi mangsa kambing hitam ialah rakyat. Pemimpin yang bersengketa boleh besenang lenang dan goyang teloor di rumah.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates