Friday, July 15, 2011

Video Seks Bongkarkan Pembohongan Hadi Atau Anwar?

Lakonan,  pembohongan Anwar berjaya menutup 
Kes Video Seksnya yang tersebar diseluruh dunia... 
tepok tepok tangan!


Kenyataan Ketua Pembongak, Anwar Ibrahim kononnya Presiden Pas Pis Pus,  Hadi Awang telah diberi layanan buruk oleh polis selepas ditahan kerana menyertai perhimpunan haram Bersih pada Sabtu lalu, merupakan satu usaha terakhir untuk meraih simpati rakyat terhadap masa depan politiknya.

Abdul Hadi sendiri di Kuala Terengganu bahawa beliau diberi layanan yang baik oleh polis sepanjang ditahan bercanggah  dengan dakwaan Anwar ketika berceramah di Pulau Pinang bahawa Abdul Hadi telah diseret dan dihumban ke dalam lokap. 

Thursday, July 14, 2011

Demo Bersih 2.0 Dapat Saguhati RM100


O.M.G! Murahnya nilai sebuah perjuangan puak BersHIT ni! Sertai demo dapat saguhati RM100 Kah Kah Kah! Bersusah payah datang dari jauh, makan tak menentu, tidur pun merempat tah mana? Berbaloi ke dengan RM100 ni? Bagi aku buang karen je deeer!!


Ambiga, Puak Pakatan Haram tidak payahlah berbangga dengan kehadiran penyokongnya mereka yang telah mengotori bandaraya Kuala Lumpur pada Sabtu yang lalu kerana ramai yang hadir pada hari demo diberi rasuah, di bayar oleh pihak tertentu.

Jika kita teliti betul betul pada foto Bersih 2 yang lau... Wajah yang hadir pada Perhimpunan Haram Bersih kebanyakanya daripada luar yang dibawa ke ibu negara.

Ada yang datang dari kampung dan tidak mengetahui apa tujuan sebenarnya mereka ke ibu negara. Kesian orang Kampung kena tipu...

Demo Bersih ini tidak lain tidak bukan hanya untuk menggambarkan kerakusan Puak Pembangkang untuk berkuasa di Malaysia.

BN Youth Job Fair 2011 Di Pahang Tawar 6,000 Peluang Pekerjaan


Karnival Kerja Pemuda BN 2011 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 15 Julai ini di Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Hotel Zenith, di sini bakal menawarkan 6,000 peluang pekerjaan.

Difahamkan karnival berkenaan akan melibatkan penyertaan 150 pelbagai syarikat dan agensi swasta dan kerajaan.

BN Youth Job Fair (Karnival Kerja Pemuda BN) tersebut akan dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, karnival berkenaan bermula 10 pagi hingga 8 malam.

Syabas kepada Pemuda BN yang prihatin dengan sentiasa mendekati rakyat dan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukanya...

Dr. Lo' Lo' Sedang Tenat Di ICU


DR Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali Ahli Parlimen PAS Titiwangsa kini dikhabarkan berada di Hospital Selayang sedang  tenat diatas penyakit kanser yang dialaminya.

Marilah sama kita bacakan sejenak Al-Fatihah.... Semoga beliau tenang disaat penderitaan yang dialaminya..

Baca Artikel ini juga: Khalid Samad lebih Sayangkan Anwar Daripada Hadi

Pemimpin PAS Bacul... DAP Terus Hina ISLAM

Pemimpin Pas yang kononnya melaung-laungkan kepimpinan Islamik hari ini dibidas kerana gagal memberikan dakwah yang sebenar kepada sekutu mereka khususnya kalangan pimpinan DAP yang secara terang-terangan menghina Islam.

Keghairahan pemimpin DAP untuk memetik hadis nabi secara semberono, sedangkan mereka sendiri tidak beriman kepada kenabian Nabi Muhammad SAW adalah disebabkan tindak-tanduk Pas yang terlalu mengejar matlamat politik berbanding agama.

Sambil membidas kegagalan Pas itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Prof. Datuk Dr. Muhammad Yusoff Hussein berkata, apa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam merupakan satu lagi detik hitam kepada agama Islam.

Beliau yang kesal dengan perbuatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim menegaskan, tindakan sewenang-wenang sekutu Pas itu memetik hadis nabi tanpa beriman kepada kenabian Rasulullah, adalah biadab serta menghina kesucian agama Islam.

“Jangan hanya kejar kuasa politik semata-mata. Sekali sekala jenguk-jenguklah rakan seperjuangan agar Islam tidak menjadi bahan politik. Apakah pemimpin Pas yang melaung-laungkan mereka kalangan ulama sudah lupa atau demi kepentingan politik sanggup membiarkan perkara itu berlaku.

“Seingat saya, ini bukan kali pertama pimpinan DAP melakukan perkara sedemikian rupa, malah sudah beberapa kali termasuk membacakan ayat al-Quran. Bukankah akidah itu terbahagi kepada tiga iaitu pertamanya ketuhanan, keduanya kenabian dan ketiganya sami’yat.

“Dalam konteks ini, mereka yang membacakan hadis nabi itu perlu beriman dengan nabi. Kalau tidak beriman bagaimana mereka mahu percayakan hadis berkenaan. Beriman dahulu baru boleh baca hadis nabi,” katanya seperti dipetik dari portal http://umno-online.com.

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman diarahkan keluar daripada Sidang DUN Selangor oleh Speker, Datuk Teng Chang Kim, setelah beliau mempertikaikan tindakan Suee Lim yang dikatakan cuba mempersendakan Islam.

Tambah Muhammad Yusoff, teguran keras beliau terhadap pemimpin Pas adalah bertujuan untuk memastikan agama Islam terpelihara dan bukannya dijadikan bahan mainan atau objek politik semata-mata demi kepentingan sesetengah pihak.

“Kalau benar-benar minat masuklah Islam dan mendalami sepenuhnya, bukan sekadar membaca sepotong dua hadis nabi. Kita juga khuatir hadis yang dipetik itu sama ada hadis daif atau sebaliknya. Jangan main petik sahaja. Saya berharap perkara seumpama ini tidak lagi,” katanya.


Baca Artikel ini juga: Khalid Samad lebih Sayangkan Anwar Daripada Hadi