Friday, August 12, 2011

Najib Dan Rosmah Tutup Mulut Pembangkang, Hadir Sesi Temubual Peguam Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berada di Kompleks Mahkamah Jalan Duta untuk ditemubual oleh peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kehadiran PM bersama isterinya Rosmah sekaligus menutup mulut pembangkang yang mendakwa PM
mahu berdolak dalih elak ke Makamah.

Mereka tiba pada jam 2.55 petang ini dan kini berada di tingkat tujuh.

Manakala bekas ketua polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof turut hadir untuk ditemubual.

Anwar juga berada di situ untuk menghadiri temubual tersebut.

Peguam Karpal Singh, Sankara Nair dan Param Cumaraswamy mengendalikan temubual itu.

Najib dan Rosmah hadir hari ini untuk ditemuramah ekoran pertemuan mereka dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di kediaman rasmi mereka ketika Najib menjadi timbalan perdana menteri

Difahamkan perdana menteri dan Rosmah meninggalkan kompleks mahkamah kira-kira jam 3.28 petang.

Sekarang Anwar sudah puas hatikan.. So jangan tangguhkan lagi kes liwat ini! Lawan Tetap Lawan Selesaikan Dengan Segera!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Pendedahan Panas: George Soros Taja MALAYSIAKINI


Tony Yew dalam Stop The Lies (www.stopthelies.my) mendedahkan bagaimana Malaysiakini yang memperoleh sumber dana daripada Media Development Loan Fund (MDLF), sebuah pertubuhan yang dikaitkan dengan George Soros bagi membiayai operasinya sejak tahun 1999.

Katanya, MDLF sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendakwa Malaysia tidak mempunyai saluran alternatif untuk menyampaikan suara berikutan kawalan kerajaan ke atas media dan dengan adanya Malaysiakini, sebuah portal berita bebas, mereka memanfaatkannya untuk menyalurkan pandangan dan berita ke seluruh dunia tanpa sekatan.



Blog ini mendedahkan, pada 1999, South East Asia Press Alliance menyediakan geran sebanyak AS$100,000 kepada Malaysiakini dan kemudian pada 2001, MDLF menerusi CAMP (Centre for Advanced Media, Prague) iaitu sebuah badan teknologi MDLF telah membayar Malaysiakini sebanyak RM188,000 untuk membangunkan aplikasi dipanggil Adengine dan setahun kemudian MDLF membuat pelaburan tambahan sebanyak RM1.3 juta dalam portal berita itu.

"MDLF mempunyai poket yang dalam (banyak wang) kerana mereka memperoleh dana dari sumber-sumber Association of Alternative Newsweeklies, Bank Vontobel, Calvert Social Investment Foundation, DOEN Foundation, Dreilinden gGmbH, Foundation for Democracy and Media, Fritt Ord Foundation, John D. and Catherine T. MacArthur Foundation, Omidyar Network, Open Society Institute, Oxfam NovibresponsAbility Ventures I, Swedish International Development Cooperation Agency (SIDA), Swiss Agency for Development and Cooperation, Alexej Fulmek dan David Haas.

"Apakah Premesh Chandran masih mengatakan tidak satu pun dana tersebut datang daripada George Soros? Saya tiada apa-apa dengan Soros tetapi dia yang bertanggungjawab terhadap krisis kewangan 1998. Jadi, dia bukan sahaja menjatuhkan nilai mata wang kita tetapi juga memberi wang kepada Malaysiakini," katanya.

Katanya, Malaysiakini boleh berbangga sebagai sumber berita bebas tetapi jika melihat kepada sejarah dan sumber kewangannya, ia nyata menceritakan segalanya.

Pendedahan seterusnya baca disini...

Isu MyKad: Mismah Terkejut Dia Popular Macam Mawi World!

Mismah kini yang menjadi ikon kepada puak pembangkang terkejut apabila dapat tahu dia dikatakan sama popular macam Mawi World!

Bezanya Mawi World lahir dari Akademi Fantasia manakala Mismah dipopularkan oleh puak pembangkang yang dahagakan peluru untuk menembak secara tepat!

Namun akhirnya peluru sesat itu tertembak diri mereka sendiri!

Mismah memang World!

Seorang warganegara yang hanya dikenali sebagai Mismah kerana didakwa mendapatkan kewarganegaraan dalam tempoh empat jam akhirnya berjaya dijejaki oleh media.

Dia turut menafikan dakwaan memperoleh kerakyatan dengan mudah yang sebelum ini dikaitkan dengan dirinya, terutamanya oleh pihak pembangkang.

"Saya ikut peraturan, bukan macam orang cakap," beliau dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian hari ini.

Wanita yang berasal dari Bawaen, Indonesia pada mulanya keberatan ditemubual juga mengakui sedih dengan dakwaan dia mendapat 'kerakyatan pintu belakang'.

Nama Mismah menjadi perhatian apabila rekod dalam talian pada 2 Ogos lalu menunjukkannya seorang penduduk tetapi disenaraikan dalam daftar pemilih untuk pilihan raya.

Sebelum ini pihak pembangkang mendakwa status kerakyatan ibu kepada empat anak itu bertukar daripada kad pengenalan merah (penduduk tetap) kepada biru (warganegara) dalam tempoh empat jam sahaja.

Beliau juga dikatakan seorang daripada 1,597 individu yang diberi status itu secara tidak mengikut prosedur.

"Tidak, Itu semua tak betul. Sudah bertahun-tahun saya mohon jadi warganegara Malaysia, bukan empat jam, bukan empat hari, bukan empat minggu," katanya lapor Sinar Harian pada Jumaat.

Mismah juga mengakui tidak sedar namanya menjadi sebutan atau menjadi buruan media sehinggalah diberitahu anaknya beberapa hari lalu.

Mengimbau kisah hidupnya hampir 30 tahun lalu, Mismah berkata, dia masuk secara sah ke Malaysia pada 1982 untuk bekerja sebagai pengangkut simen.

Selepas itu dia terus memohon status penduduk tetap dan mengejutkan apabila berjaya mendapatkannya pada 17 Julai tahun yang sama.

Dengan kata lain, Mismah mendapat status itu dalam tempoh beberapa bulan sahaja.

"Pada masa itu prosesnya mudah, tak macam sekarang," katanya yang fasih berbahasa Melayu.

Bagaimanapun, pengalamannya mendapat kewarnageraan penuh pula menunjukkan pengalaman berbeza apabila terpaksa menunggu 17 tahun - 12 tahun berurusan di Petaling Jaya dan selebihnya di Putrajaya.

Dilaporkan, mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), permohonan Mismah diluluskan pada 31 Januari tahun ini selepas 29 tahun menjadi penduduk tetap.

Dia kini bekerja sebagai tukang sapu di pejabat sebuah syarikat jualan langsung dan dikatakan seorang penjimat sehingga memiliki sebuah rumah teres.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

SMS MBPJ Operasi Sita Bangunan DUMC!


SMS dari orang dalam MBPJ yang berkata, pada sebelah pagi semalam satu taklimat diadakan penguaktkuasa untuk mengambil tindakan SITA ke atas bangunan DUMC kerana telah menyalahgunakan tempat tersebut sebagai Gereja.

Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Seksyen 13, Petaling Jaya hanya mendapat kelulusan untuk membina pusat komuniti dan bukannya sebuah gereja daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).



Menurut Penolong Pengarah Kawalan Bangunan MBPJ, Nurul’ Ain Abdul Rahman, berlaku salah guna permohonan yang diberikan oleh pihak pentandbiran apabila DUMC membina gereja ditempat yang tidak dibenarkan.

Kalau ikut permohonan yang mereka (DUMC) minta kita, ialah pembinaan pusat komuniti bukan gereja. Di sini berlaku salah guna permohonan dan boleh dikenakan tindakan.

Dengan kenyataan diatas jelas membuktikan bahawa satu kesalahan telah berlaku dan ianya seharusnya disita bangunan tersebut kerana telah melanggar undang undang MBPJ.

Akan tetapi tidak dapat dipastikan siapakah yang membatalkannya tetapi yang pasti MB Selangor telah pun meminta maaf ekoran serbuan JAIS tersebut.

Kenapa Hendak Pertahankan Gereja Haram?

DUMC Muslim Murtad Diberi Ganjaran RM60,000

Kembalilah kepangkal jalan Shophia... 
Percayalah Allah Menyayanggi mu.....

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Beberapa umat Islam yang dipercayai murtad dan menjadi pengikut sebuah pertubuhan Kristian di negara ini mendakwa dijanjikan ganjaran lumayan sekiranya berjaya memesongkan akidah umat Islam lain termasuk golongan mualaf dengan menarik dengan menarik mereka menyertai pertubuhan itu.

Difahamkan, mereka akan menerima ganjaran sehingga RM60,000 bagi setiap kejayaan memesongkan akidah umat Islam sebaik upacara pembaptisan dilakukan.

Ini didedahkan seorang pengikut pertubuhan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Jasmine, 34, yang turut menyertai majlis makan malam anjuran komuniti gereja di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), ketika serbuan oleh Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis di Seksyen 13/1 Petaling Jaya, Rabu lalu.

“Dua individu yang dipercayai murtad dikenali sebagai Izwan dan Sabrina, berusia dalam lingkungan lewat 20-an sering berusaha untuk membantu golongan ibu tunggal, mereka dibebani hutang dan orang miskin melalui majlis komuniti yang dianjurkan dengan harapan dapat menyampaikan ajaran Kristian.

“Kedua-dua individu yang turut mendapat kepercayaan beberapa gereja bagi menerajui kumpulan yang bergerak atas nama komuniti hanya akan muncul pada hari majlis pementasan drama berkaitan perjuangan Nabi Isa, selain menyampaikan ceramah bahawa ajaran Nabi Muhammad tidak benar,” katanya kepada Berita Harian.

Jasmine yang turut dibaptiskan tahun lalu berkata, beliau diberi tanggungjawab untuk menerajui persatuan ibu tunggal, anak luar nikah dan orang tua termasuk mualaf yang akan diwujudkan dalam masa terdekat sebagai salah satu cara berdakwah.

Mereka yang menyertai kumpulan ini akan lupa pegangan agama asal buat seketika apabila kerap diberi minuman air suci atau ‘Holy Water’ dan selepas menjalani upacara ‘Black Tiding’ pembaptisan di dalam kolam renang.

“Kumpulan ini berdakwah melalui siri ceramah dan syarahan yang diadakan secara sulit, malah ia turut memiliki perpustakaan komuniti di Sri Manja, Jalan Klang Lama sambil pembaca didendangkan dengan lagu,” katanya.

Sementara itu, 12 individu beragama Islam yang berada di DUMC ketika serbuan JAIS dan polis, Rabu lalu, akan memberi keterangan di ibu pejabat JAIS di Shah Alam, hari ini – Berita Harian, 10 Ogos 2011.

Berita Harian 6 Ogos lalu melaporkan salah seorang peserta wanita yang ditahan dalam pemeriksaan JAIS, Rabu lalu mendedahkan bahawa setiap peserta Islam ditegah mempercayai Nabi Muhammad SAW, tetapi diminta mengikut suruhan Nabi Isa melalui ceramah dan nyanyian sepanjang majlis berlangsung.

Hanya mahu dikenali sebagai Jasmine, wanita itu berkata, pertubuhan terbabit mensasarkan individu yang menghadapi masalah kewangan seperti kumpulan mualaf dan golongan yang kecewa dengan kerajaan sebagai ahli sebelum ejen berperwatakan alim seperti haji dan imam dihantar mendekati mangsa.

“Mereka menabur janji mampu menyelesaikan masalah dihadapi sebelum sasaran dibawa menghadiri majlis suai kenal dan sesi ceramah secara sulit. Biasanya, minat menyertai pertubuhan ini timbul selepas mendengar syarahan ketua agama dari Sabah, Sarawak dan Indonesia,” katanya yang menyertai pertubuhan itu bersama suami dua tahun lalu.

Jasmine yang dijanjikan bantuan kewangan untuk menyelesaikan hutang dan keperluan harian, berkata dalam setiap program dianjurkan, peserta diberikan kitab Injil berbahasa Melayu seterusnya diajar menyanyi lagu dakwah Kristian, disusuli diberikan ‘minuman istimewa’ diikuti upacara pembaptisan. Klik di sini

Metro, 6 Ogos pula melaporkan pengakuan dari seorang peserta wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian.

Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka.

“Pendakwah atau pastor tidak pernah memaksa saya memasuki agama mereka, tetapi menggunakan cara paling lembut dan halus dengan tidak berputus asa memujuk selain terus membantu sehingga akhirnya saya terhutang budi dan akur mengukti program keagamaan mereka yang kebiasaannya diadakan dua kali seminggu.

“Kami diberikan kitab Bible versi bahasa Melayu dan turut dibekalkan pita rakaman kecil mengandungi nyanyian keagamaan supaya dapat menghafal sebelum didedahkan dengan ceramah yang kandungannya lebih menolak Islam dan Nabi Muhamad SAW”, katanya ketika ditemu bual wartawan Harian Metro.

Wanita itu turut memberikan beberapa kitab Bible dan risalah yang dimilikinya kepada wartawan sebagai rujukan dan mengaku dia sudah menghafalnya serta kini di peringkat pembelajaran yang agak tinggi selain sudah menjalani upacara pembaptisan.

Menurutnya lebih memeranjatkan pastor berketurunan Melayu yang sudah lama menyertai agama kumpulan itu turut memberi ceramah. Klik di sini