Thursday, August 25, 2011

Pemuda Umno: JKP Bukan Untuk Tuntutan Bersih 2.0


Pergerakan Pemuda Umno percaya cadangan yang akan dijadikan komponen utama rangka kerja bagi Jawatankuasa Khas Parlimen (JKP) bukan hanya terikat dengan tuntutan gabungan pilihan raya bersih dan adil (BERSIH 2.0).

Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin berkata sebaliknya cadangan yang akan menjadi rangka kerja dalam JKP adalah daripada pelbagai pihak termasuk Pergerakan Pemuda Umno, Suhakam dan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar.

"Pergerakan Pemuda Umno setuju dengan penubuhan JKP untuk mengkaji penambahbaikan kepada sistem pilihan raya di negara ini.

"Tetapi kami percaya penubuhan itu bukan kerana cadangan-cadangan daripada Bersih 2.0 sebaliknya daripada pelbagai pihak lain" katanya.

Khairy berkata demikian bagi mengulas laporan laman portal berita yang mendakwa cadangan yang dijadikan komponen utama dalam JKP adalah daripada Bersih 2.0.

Katanya Pergerakan Pemuda Umno turut mengemukakan beberapa cadangan kepada jawatankuasa berkenaan antaranya memansuhkan penamaan calon semasa pilihan raya kerana ini banyak membuang wang, masa dan tenaga kerana terpaksa berkumpul bagi memberi sokongan kepada calon yang akan bertanding.

Beberapa negara maju tidak mengamalkan penamaan calon sebaliknya memberi tempoh 24 jam untuk sesiapa saja mendaftarkan sebagai calon, katanya.

Sekitar Majlis JOM Ihya' Ramadhan Pergerakan Pemuda Umno di Masjid Lahar Tabut

Live Dari Makamah, Anti Anwar Bawa Banner ' Selamat Hari Raya Peliwat 2,0 'dan' Keadilan Untuk Saiful '

08:35: Sekumpulan anti-Anwar yang memakai baju-T kuning kelihatan di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta sebelum perbicaraan liwat Anwar Ibrahim berlangsung. Mereka berulangkali menjerit 'reformasi' dan menunjukkan banner yang berbunyi ' Selamat Hari Raya Peliwat 2,0 'dan' Keadilan untuk Saiful '.

8.48 pagi: pasukan Pendakwaan yang diketuai oleh peguam II Mohd Yusof Zainal Abiden di mahkamah sebagai pertahanan peguam Ram Karpal dan Marissa Regina Christopher Fernando.Marissa adalah anak perempuan Christopher lewat Fernando, yang merupakan peguam pertahanan yang utama dalam perbicaraan.

8.55am kes liwat pertama Anwar: Juga di mahkamah Saiful peguam Zamri Idrus. Beliau tidak hadir semalam.

09:04: Anwar tiba bersama isteri dan PKR presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail dan setiausaha agung parti Saifuddin Nasution. Kelihatan masih beberapa tempat duduk kosong di galeri awam, yang boleh memuatkan kira-kira 70 orang.

9:13: Ketua PKR Johor Chua Jui Meng tiba dan dilihat bercakap kepada Anwar, yang berdiri di dalam kandang.

9.15am: prosiding Mahkamah bermula dengan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah .

9.16am: Keempat pertahanan saksi Dr Brian McDonald mengambil saksi itu berdiri yang dilakukan oleh peguam Karpal singh.

09:17: McDonald, 60, berkata beliau adalah perunding genetik molekul.

09:19: McDonald membaca keterangan di mahkamah.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tun Mahathir : Pembangkang Tidak Hormat Raja


Pakatan pembangkang, PKR, DAP dan Pas dilihat semakin tidak menghormati institusi diraja sebagai payung perlembagaan negara berikutan tindak-tanduk mereka membelakangi entiti tersebut kebelakangan ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini terbukti apabila kerajaan PKR Selangor berbohong dengan mendakwa Sultan Selangor berkenan meluluskan penubuhan sebuah majlis syura berikutan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja awal bulan ini.

“Saya fikir kita patut mencari kebenaran isu ini, tetapi saya percaya Sultan Selangor kalau baginda kata baginda tidak bagi (luluskan penubuhan), itu yang patut kita percaya dan tentang orang politik ini, dia politiklah.

“Saya dapati parti pembangkang tidak menghormati institusi beraja, mereka lihat raja sebagai penghalang juga,” katanya.

Kelmarin, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan meluluskan penubuhan Majlis Penasihat Syura bagi menyelesaikan isu pemeriksaan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang dipercayai telah menyebarkan agama Kristian kepada penganut Islam. Baca di sini..

Bagaimanapun semalam, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengeluarkan kenyataan akhbar bagi membetulkan keadaan bahawa baginda tidak pernah menitahkan atau menasihatkan penubuhan majlis sebegitu kepada kerajaan negeri.


Selain insiden terbaru itu, pembangkang sebelum ini turut menyokong kenyataan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang mendakwa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan membenarkan badan haram itu menganjurkan demonstrasi jalanan di ibu negara pada 9 Julai lalu.

Mengulas perkara itu, Dr. Mahathir memberitahu, pihak pembangkang jelas gemar memanipulasi pertemuan mereka dengan sultan dan raja-raja Melayu yang menjadi simbol perpaduan negara.

“Mereka kalau boleh hendak gunakan raja untuk kepentingan mereka dan ini nampak jelas sekali,” tegasnya.

Kepada satu soalan, jelas beliau, rakyat serta para pemimpin diingatkan supaya tidak memberi ruang kepada kuasa asing yang sentiasa cuba menyerap masuk demi mencari kekayaan seperti hasil minyak dan sumber lain.


Rakyat jelata akan menjadi mangsa kerakusan pemimpin pembangkang yang tamakkan kuasa!

Kes Liwat Anwar: Pendakwa Bangkit Isu Air Mani


‘‘Untuk meletakkan air mani seseorang pada sesuatu sampel atau rektum, orang yang hendak meletakkannya perlu ada air mani orang tersebut bukan?’’

Pertanyaan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden itu menyebabkan saksi pembela ketiga dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr. David Wells terdiam seketika dan pada mulanya enggan memberikan sebarang jawapan kerana baginya soalan itu lebih sesuai ditujukan kepada pakar asid deoksiribonukleik (DNA).

Selepas Mohd. Yusof menjelaskan bahawa soalannya tidak langsung menjurus mengenai kehadiran DNA dan hanya melibatkan air mani sahaja, Wells kemudiannya bersetuju dengan cadangan tersebut.

Soalan yang pada mulanya mengundang gelak tawa daripada mereka yang berada di galeri awam termasuk penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menyebabkan dewan mahkamah menjadi sunyi seketika selepas jawapan tersebut diberikan.

Soalan tersebut dikemukakan ekoran dakwaan pihak pembelaan sebelum ini yang menyatakan bahan bukti telah tercemar dan air mani Anwar telah diletakkan pada calitan-calitan putik kapas.

Mohd. Yusof yang mengetuai pasukan pendakwaan menimbulkan perkara tersebut hari ini semasa menyoal balas pakar patologi forensik dari Australia itu yang dilantik sebagai saksi pakar pihak pembelaan pada perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi di sini.

Mohd. Yusof dalam hujah di akhir kes pendakwaan sebelum ini menyatakan, ‘tiada bukti bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ada menyimpan air maninya di bank sperma kecuali sekiranya pihak pembelaan mencadangkan air mani Anwar bertaburan di tempat kejadian.’

Terdahulu, Ketua Jabatan Perubatan Forensik dari Victoria Institute of Medicine, Australia itu bersetuju bahawa bukanlah satu perkara yang asing bagi seseorang lelaki dewasa yang diliwat tidak menunjukkan sebarang kecederaan pada duburnya.

Persetujuan itu diberikan selepas Mohd. Yusof merujuk saksi tersebut kepada dua buah jurnal perubatan Clinical Forensic Medicine oleh W. D. S. McLay dan Expert Evidence oleh Freckelton & Selby.

Menurut kedua-dua jurnal tersebut, ketiadaan kecederaan pada mangsa tidak boleh menyebabkan sesuatu tuduhan serangan seksual diketepikan.

Malah, majoriti pengadu kes serangan seksual tidak menunjukkan sebarang tanda cedera yang nyata pada anggota sulit tidak kira lelaki atau wanita.

Selain itu, faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan kejadian itu berlaku antaranya ‘kesanggupan’ mangsa untuk melakukan hubungan seks ekoran diperdayakan secara emosi, ketakutan akan berlakunya keganasan atau kematian dan tenaga yang digunakan untuk melawan serangan tersebut tidak mencukupi untuk menyebabkan sebarang kecederaan.

Kelewatan dalam membuat laporan juga boleh menyebabkan luka kecil hilang atau pulih di samping penggunaan pelincir ketika serangan seksual dilakukan.

Berhubung isu penemuan sperma di dalam rektum pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Wells sekali lagi bersetuju dengan laporan jurnal perubatan yang sama iaitu ‘kajian telah menunjukkan bahawa spermatozoa boleh ditemui di lokasi itu atau dubur sehingga tiga hari selepas hubungan seks luar tabii dibuat walaupun mangsa telah membuang air besar atau mandi.’

Beliau bagaimanapun turut menyatakan ‘tidak selesa’ untuk mengambil sesuatu sampel DNA selepas tiga hari.

Dalam kes yang dihadapi oleh Anwar, sampel DNA Mohd. Saiful Bukhari diambil di Hospital Kuala Lumpur(HKL) pada 28 Jun 2008, iaitu dua hari selepas kejadian dan diserahkan kepada ahli kimia, Dr Seah Lay Hong kira-kira 56 jam kemudian.

Pada prosiding hari ini, saksi itu turut bersetuju dengan tindakan doktor-doktor HKL yang tidak membuat sebarang tafsiran terhadap penemuan air mani pada beberapa sampel dalam laporan perubatan mereka dan hanya membuat tafsiran itu di mahkamah iaitu selepas laporan kimia ditunjukkan,

Selain itu, Wells menyatakan, beliau akan membuat pemeriksaan menyeluruh terhadap mana-mana mangsa tetapi hanya akan melaporkan maklumat yang relevan dalam laporannya.

Sementara itu, Pengurus Pentadbiran Hospital Pusrawi, Yusni Ali memberitahu, ketika beliau mengambil alih tugas tersebut pada 17 Ogos 2008, fail pesakit bernama Mohd. Saiful Bukhari Azlan hanya mengandungi sehelai kertas iaitu ‘Rekod Perubatan Jabatan Kecemasan Pusrawi’.

Dokumen itu juga hanyalah salinan dan bukannya dokumen asal, kata saksi pembelaan keempat.

Menjawab pertanyaan Mohd. Yusof semasa sesi pemeriksaan balas, Yusni berkata, tiada sebarang laporan perubatan pesakit tersebut atau akuan bersumpah ditemui di dalam fail itu.

Semalam, bekas doktor di Jabatan Kecemasan hospital terbabit, Dr. Mohamad Osman Abd. Hamid memaklumkan, beliau ada menyediakan laporan perubatan Mohd. Saiful Bukhari dan menyerahkannya kepada seseorang yang didakwanya pegawai Hospital Pusrawi bernama Azlan.

Beliau yang kini bertugas di Institut Jantung Negara (IJN) juga memberitahu ada menandatangani satu akuan bersumpah selepas seorang peguam bernama Yusri dan pesuruhjaya sumpah bernama Anuar menemuinya dan menyakinkan beliau bahawa dokumen itu adalah untuk simpanan fail sulit.

Anwar. 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.-UM

Gambar Sekitar Majlis JOM Ihya' Ramadhan Pergerakan Pemuda Umno di Masjid Lahar Tabut


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin merasmikan Jom Ihya Ramadan Pergerakan Pemuda Umno di Masjid Lahar Tabut, Kepala Batas.


Khairy dalam ucapannya berkata menerusi Program Jom Ramadan 1Malaysia pihaknya memperuntukkan RM130,000 bagi membaik pulih 13 buah masjid dan surau di seluruh negara.

Program ini berlangsung dengan jayanya dan akan diteruskan pada masa akan datang serta memberi lebih tumpuan kepada penglibatan golongan muda, kata beliau.

Tahlil sempena dengan Ulangtahun ke-62 Pemuda UMNO Malaysia di Kepala Batas.






Khairy: "Ulangtahun Pemuda UMNO 26 Ogos. Kita buat tahlil sempena dengan JOM Ramadhan yang terakhir di Pulau Pinang. Tempat kelahiran Pemuda."

Berita terdahulu : JOM Ramadhan Pulau Pinang, Diserikan Dengan Majlis Tadarus