Friday, September 30, 2011
Sultan Ibrahim Murka Terhadap Guan Eng!
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tersinggung dengan dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kononnya Johor tidak selamat untuk pelabur.
“Memang beta tersinggung apabila beta tahu tentang kenyataan itu.
“Tetapi sebagai Sultan, beta tidak mahu diseret ke dalam arena politik,” titah baginda ketika dipetik dalam Buletin Utama.
Baginda juga tidak mahu pihak lain bercakap bagi pihak baginda yang sentiasa mengambil berat tentang rakyat Johor dan warga asing yang menetap di negeri itu.
Bagaimanapun, sebagai Sultan, baginda tidak mahu mencampuri hal politik.
Sultan Johor bertitah demikian ketika mengulas dakwaan Guan Eng yang memburuk-burukkan Johor dalam temubualnya dengan media asing di Singapura baru-baru ini.
Lim Guan Eng perlu segera meminta maaf kepada Sultan Johor dan rakyat ekoran dakwaannya yang negeri ini tidak selamat dan berpotensi untuk diculik sekiranya berada di johor.
Video Guan Eng Kantoi Hina Negeri Johor!
Video ini membuktikan Lim Guan Eng sebagai seorang yang amat tidak bertanggungjawab kerana membuat kenyataan memburuk-burukkan Johor baru-baru ini.
Walaupun sekalipun Guan Eng ghairah untuk mempromosi negeri jajahan beliau, tak payah cerita buruk tentang negeri lain.
Pada satu majlis di Singapura, Guan Eng yang juga Setiausaha DAP dilaporkan berkata, rakyat republik itu yang melawat Johor berkemungkinan akan diculik, dan ini tidak akan berlaku jika mereka berkunjung ke Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak mengaku atau menafikan bahawa beliau membuat kenyataan memburukkan Johor berhubung kadar jenayah di negeri itu, semasa lawatan kerja ke Singapura baru-baru ini.
Thursday, September 29, 2011
Tiket Penerbangan Anwar Ke Bangkok Di Dedahkan (MH782, MH785)
Where Was Anwar On 12 - 13 January 2011?
Selepas kecoh dengan video seks terbaru Anwar Ibrahim bersama dua orang pelacur Thailand, kini muncul pula tiket penerbangan Anwar ke Bangkok di dedahkan.
Bedasarkan dari maklumat siasatan yang di lakukan oleh krew sel13.com mendapati, pada tarikh 12 dan 13 Januari didapati Anwar Ibrahim berada di Bangkok, Thailand. Anwar berlepas ke Bangkok pada 12 Januari 2011 menggunakan pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH 782 dan berlepas pada jam 3.15 petang dari KLIA. Beliau tiba di Bangkok pada jam 4.20 petang waktu Thailand atau jam 5.30 petang waktu Malaysia.
Apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim sebaik sahaja beliau mendarat di Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok sehinggalah beliau berlepas pulang dari lapangan terbang yang sama akan kami bongkarkan kemudian di dalam Edisi Bongkar Sel13.com.
Setelah lebih kurang 19 jam berada di Bangkok untuk ‘aktiviti-aktiviti’ tertentu dan ‘tugas-tugas rasmi’ tertentu Anwar berangkat pulang ke tanahair pada jam 11.05 pagi dengan menggunakan pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH 785 dan tiba di KLIA pada jam 2.15 petang. Manakala sidang media di ibu pejabat PAS diadakan pada jam 5.30 petang.
Dari info yang aku terima video tersebut kini berada di dalam tangan blogger-blogger tertentu. Cuma mereka mereka mahu jawapan dari mulut Anwar sendiri yang menyatakan dimana beliau berada pada tarikh itu.
Dulu Anwar Ibrahim di katakan sebagai seorang perjuang Melayu, tapi kini perangai Anwar berubah semakin teruk semenjak beliau terpesong....
Muhyiddin Yassin: Pas Timbulkan Isu Hudud Kerana Muslihat Politik
Jelas kita lihat DAP persendakan Hudud, PAS pula mempermainkan hukum Allah! agenda sebenar hanyalah semata-mata untuk kepentingan politik parti Pakatan Haram!
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata tindakan Pas menimbulkan isu pelaksanaan hukum hudud merupakan suatu muslihat politik untuk mengembalikan sokongan masyarakat terutamanya di kalangan pengundi Melayu terhadap parti itu.
Timbalan Perdana Menteri berkata, Pas sedar sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu terjejas teruk berikutan keputusannya tidak mahu membentuk Negara Islam, sebaliknya kini mahu menubuhkan Negara Berkebajikan.
"Ia adalah muslihat politik Pas kerana dia tengok akhir-akhir ini sokongan terhadap Pas terjejas dengan teruk. Sebahagian daripada penyokongnya tidak berpuas hati dengannya,” katanya selepas menghadiri majlis ramah mesra rakyat di perkarangan Masjid Jamek Kampung Sungai Bunyi.
Video 'Undilah' Tak Disenangi Rakyat
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata klip video "Undilah" tidak sesuai ditayangkan kerana ia mengandungi babak yang tidak disenangi segolongan masyarakat.
"Klip video itu juga mengandungi iktibar yang tersirat yang mengelirukan beberapa pihak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni bagi kawasan Parlimen Pasir Salak di Kampung Gajah hari ini.
Katanya penarikan semula penyiaran klip video 'Undilah' sebelum ini dibuat kerana ia tidak mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem.
"LPF bukan terletak di bawah tanggungjawab kementerian saya sebaliknya terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri yang akan menentukan kedudukan penayangan klip video itu sama ada boleh ditayangkan atau tidak,"katanya.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebelum ini menyatakan klip video "Undilah" belum mendapat kelulusan LPF untuk siaran, dan oleh itu, ia tidak sepatutnya disiarkan menerusi televisyen.
Mengenai program merakyatkan seni, Rais berkata tujuannya untuk memberi peringatan kepada orang Melayu agar tidak lupa akar umbi budaya, seni dan bahasa dalam konteks membina negara.
"Kaum-kaum lain pula cuba berazam mengekalkan budaya mereka sementara orang Melayu mengetepikan soal perpecahan menerusi siasah dan bersatu di bawah panji-panji seni budaya kita,"katanya.
Rais berkata 180 program Merakyatkan sSni yang diadakan setiap tahun akan diselitkan dengan pengertian 1Malaysia dan penterjemahan transformasi kerajaan ke arah pembaharuan yang positif.
- Bernama
Subscribe to:
Posts (Atom)