Wednesday, November 16, 2011
KJ Sedia Berdebat Dengan Siapa Saja!
Cabaran debat Rafizi Ramli ibarat cabaran anak lembu yang masih menyusu…
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (KJ) berkata beliau sering berdebat dengan pemimpin Pakatan, jadi tiada masalah dengan cabaran yang di lemparkan oleh PKR Rafizi Ramli.
"Saya sentiasa bersedia untuk berdebat sesiapa," katanya ketika ditanya mengenai cabaran Rafizi pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.
"Pada dasarnya, saya bersedia, tetapi ia adalah satu persoalan mengenai masa, dengan Mesyuarat Agung Tahunan Umno datang."
Rafizi telah mencabar Khairy pada hari Isnin untuk membahaskan isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) dengan beliau.
Aku cadangakan supaya Rafizi Ramli berfikir masak-masak sebelum setkan timing untuk berdebat dengan KJ… Takut termalukan diri sendiri saja nanti…
Sedangkan Anwar Ibrahim terbongkok-bongkok tinggalkan Dewan… Inikan pula si anak lembu yang bernama Rafizi Ramli…
Anwar Ibrahim meninggalkan Dewan Parlimen apabila panas telinga dengan hujah KJ tempohari.. Klik di sini…
Video Seks, Ketua AMK Nak Buat Kecoh... Anwar Disiasat 3 Petang Ini Di Balai Polis Kepong!
Jam 3.00 petang hari ini, Anwar Ibrahim akan disoal siasat di Balai Polis Kepong di atas tuduhan membuat laporan palsu terhadap video seksnya.
Siasatan ke atas Anwar dibuka selepas pegawai penyiasat kes 'Datuk T', DSP Shanmugan Moorthy membuat laporan polis bahawa Anwar telah secara disedarinya memberikannya maklumat palsu, suatu kesalahan mengikut Seksyen 182 Kanun Jenayah.
Sehubung dengan itu, Ketua Anak Muda Keliru (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mengarahkan anak-anak buahnya membuat kecoh beramai-ramai di Balai Polis Kepong.
"Ayuh ramai-ramai menyatakan sokongan moral terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan ramai-ramai hadir ke Balai Polis Kepong.
REFORMASI!". Kenyataan Shamsul menerusi sesawang blognya.
Kalau dulu Shamsul menghalang Eskay membuat akuan sumpah di msajid Sentul, hari ini Shamsul nak halang polis buat siasatan pula? Taksub sungguh Shamsul ni...
Biar saja lah pihak polis menjalankan tugas mereka yang Shamsul gelabah sangat nak buat kecoh di balai... apa hal?
Memang tak de kerja lain ketua AMK ni agaknya tak habis-habis nak buat kecoh! Orang pun dah bosan la.. Ini bukan zaman laungan REFORMASI lagi!
Masih ingat lagi Shamsul bawa kuncu-kuncunya membuat kecoh dalam masjid? bikin malu saja buat kecoh dalam rumah allah...
Video URL: http://youtu.be/nDCpsPlXYQU
Subhanallah Langit Terbelah di Pontianak
Penduduk Pontianak di Kalimantan Barat heboh melihat langit di atas bandar itu "terbelah" tiga hari lalu namun pakar astronomi menjelaskan ia bukan kejadian luar biasa.
Pada kejadian selama 11 minit itu, terbentuk ruang jalur memanjang seolah-olah sebuah lebuh raya terbentang di langit antara awan yang bergumpal.
Peneliti Utama Astronomi-Astrofisika Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (LAPAN) Thomas Djamaluddin berkata fenomena langit terbelah seperti itu sering berlaku ketika matahari terbit atau terbenam.
"Pernah muncul di Yogyakarta pada tahun 2010 lalu. Ia juga boleh berlaku di banyak tempat," Djamaluddin dipetik sebagai berkata oleh portal berita VIVAnews.
Beliau menjelaskan bahawa langit terbelah, dalam bahasa ilmiah dikenali dengan istilah "crepuscular ray", iaitu awan menghalang cahaya matahari ketika senja atau fajar.
Mengenai kejadian di Pontianak itu, Djamaluddin berkata penelitian terhadap foto langit terbelah itu memperlihatkan bahawa keadaan awan di arah barat adalah sangat tebal dan awan itulah yang menghalangi cahaya matahari.
"Fenomena langit terbelah tidak ada kaitan sama sekali dengan cuaca melampau atau petanda bencana alam," katanya. -Bernama
Apakah petanda semua ini? baru-baru ini kita digempar dengan fenomena MOON HALO Klik di sini...
Bung Mokhtar Pening.... TPM Pertahankan Shahrizat, Tidak Terlibat Dalam Projek Fitlot
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) - diterajui oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil , yang mengendalikan projek ternak lembu di Pusat Fidlot Nasional di Gemas mungkin perlu membuat penjelasan mengenai isu berbangkit supaya kedudukannya lebih jelas dan difahami oleh masyarkat.
Menurutnya kerajaan, menerusi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telahpun memberi penjelasan terperinci mengenai perkara itu di parlimen dan sepatutnya ia sudah dapat diterima.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Agendadaily pada sidang media mengenai amaran banjir di Putrajaya, Selasa.
Pada sidang media itu, wartawan Agendadaily meminta pandangan Muhyiddin terhadap tindakan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar dalam perbahasan di Dewan Rakyat pada Isnin telah membuat gesaan supaya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, itu meletakkan jawatan berikutan pembabitan suaminya dalam isu fidlot itu.
Ini ekoran gembar gembur pembangkang mendakwa syarikat milik keluarga Shahrizat beli sebuah kondominium di Bangsar sebagai langkah pelaburan sementara guna wang pinjaman untuk projek fidlot lembu.
“Perkara ini telahpun dilaporkan dalam parlimen dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah menjelaskannya secara terperinci lebih daripada satu jam. Sepatutnya sudah dapat diterima baik. Tetapi seruan Datuk Bung Mokhtar itu, saya fikir, taklah perlu sangat.
“Soal-soal sebegini patut dibincang di kalangan sesama kita kerana dia tidak secara langsung mengatakan Datuk Seri Shahrizat yang terlibat. Ini soal operasi perniagaan yang diuruskan oleh keluarga tapi beliau sendiri tidak terlibat dalam itu. Jadi sama ada tindakan itu wajar atau tidak dibuat, itu saya fikir, Datuk Bung boleh fikir,” katanya.
Muhyiddin turut ditanya sama ada wajar bagi keluarga Shahrizat membuat penjelasan.
“Apapun penjelasan, mungkin di satu peringkat perlu dibuat oleh syarikat itu sendiri. Maklumat-maklumat yang telah dikeluarkan kadang-kadang menimbulkan pertanyaan.
“Jadi sekarang dah dijelaskan oleh kerajaan. Mungkin satu lagi peringkat itu terserah kepada pihak yang terlibatlah untuk memberikan penjelasan supaya kedudukan lebih jelas difahami oleh masyarakat – bagaimana isu itu timbul, bagaimana nak ditangani, bagaimana situasi industri penternakan dan dan mungkin respon daripada apa yang berlaku yang dilaporkan oleh ketua audit negara. Itu terserah kepada mereka,” katanya.
Ekoran isu berkenaan Noh baru-baru ini menyatakan bahawa tuntutan dibuat NFC berkaitan urusan ladang semata-mata dan ia tidak ada langsung mengenai pembelian kondominium.
"Jika ada (pembelian kondominium) sudah tentu tuntutan itu tidak akan dibayar kerana pengeluaran memerlukan pengesahan daripada jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan Pengarah Jabatan Veterinar dan Kementerian Kewangan," katanya.
Noh berkata, kerajaan hanya boleh mengawal pengeluaran wang dalam akaun pinjaman khas tersebut sahaja.
"Jika wang tersebut dibayar kepada NFC selepas memenuhi syarat ditetapkan, kerajaan tidak boleh mengawal apa yang hendak dilakukan oleh NFC termasuklah membeli kondominium tersebut kerana itu adalah wang syarikat," katanya.
Noh berkata, kerajaan memantau unjuran NFC menghasilkan 8,000 ekor lembu dalam tempoh tiga tahun dan syarikat itu berjaya walaupun jumlah lembu disembelih hanya 5,000 ekor.
Justeru Noh menegaskan bahawa NFC membeli kondominium itu dengan wang syarikat, bukan menggunakan wang daripada akaun pinjaman khas.
Apa muslihat Datuk Bung Mokhtar Radin yang memberikan "bola tanggung" kepada pimpinan PKR... Sudah lupa kah dulu dia nyaris-nyaris hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen! Bung jangan pening lagi sudah la...
[video] Isu National Feedlot Corporation - KJ Bidas Saifuddin Nasution
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membidas Saifuddin Nasutin dalam isu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC). Khairy berkata, Saifuddin cuba berniat jahat (mala fide) dan cuba menipu rakyat berhubung isu NFC kerana ada beberapa fakta yang bercanggah, tidak tepat bersandarkan diatas pembohongan dan andaian yang salah.
Video URL: http://youtu.be/qFwXRYa9mos
Subscribe to:
Comments (Atom)







