Thursday, December 1, 2011

Pemuda UMNO Mahu Pemilihan Calon Pilihan Raya Bersih Daripada Sindrom Guna Kabel... #PAUMNO

Pemuda UMNO mahu pemilihan calon pilihan raya umum akan datang bersih daripada sindrom ‘guna kabel’, ‘harap simpati’, ‘peras ugut’ dan ‘golden handshake’ sebagai ganjaran bagi menghargai mereka yang kononnya telah berjasa.

Penolong Setiausaha pergerakan itu, Datuk Megat Firdouz Megat Junid berkata, Pemuda UMNO akur dengan calon yang dipilih oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak namun calon-calon itu mestilah bebas daripada sindrom berkenaan.

"Pemuda akan akur dengan calon tak kira tua, muda, baru atau lama, yang dipilih oleh Presiden tetapi kita harap semuanya bersih,” katanya ketika berucap menyokong usul Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini, hari ini.

Beliau berkata, Pemuda UMNO tidak mahu Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya disebabkan pemilihan calon yang salah dan berharap senarai calon boleh menang dimaklumkan awal supaya ‘tidak ada yang terluka sehingga berlaku perbuatan sabotaj’.

Megat Firdouz juga mencadangkan supaya individu yang melakukan sabotaj kerana tidak terpilih sebagai calon, dikenakan tindakan keras.

"Pemuda cadang mana-mana pemimpin yang sabo, yang mengamalkan (pendekatan) Si Kitol, mereka tidak dimasukkan dalam senari calon selama dua penggal dan jika mereka ada jawatan dalam parti, dilucutkan jawatan serta merta. Kami tak rela Si Kitol jadi pemimpin akar umbi,” katanya sambil menjelaskan perkara berhubung unsur sabotaj itu turut disebut oleh Najib semasa majlis Taklimat Presiden pada Selasa.

-Bernama

5 comments:

Anonymous said...

jgn guna cable...he..he...mcm x caya aku....abang KJ kita ...apa comment?

Anonymous said...

perwakilan umno tuli isu pluralisme tidak diangkat sebagai agnda dalam perjuangan dan ucapan prwklian dan pemimpin kanan UMNO...isu ini memang dekat dengan melayu islam dari kalangan melayu PAS PKR maupun UMNO maupun melayu diatas pagar sendiri sayang mreka seolah kehilangan ilham atau fakta mengenai bayaha pluralisme nak jerit jerit lah yang penting isi dan isu utama perlu diketengahkan( pernah tok Najis bangkitkan pasal pluralisme?? kenapa tak ambil isu bayaha pluralisme ini bukan survival ini soal akidah untuk disebarkan...suma hipokrit minta tidak dicalonkan dalam pilihan raya nanti...piiirahhh lagu lama tu....

parti bodek mana boleh buat macam pas kalau kepala tak betul kami pancung terus tak tangguh lagi nasharudin out hasan ali out siapa yang skonkong pun out tak kira ulim ke tidak jika nik aziz atau haji hadi buat perangai lagi awal mana umporno boleh buat kalau tak bodek jawabnya tak syorulah memang budaya umporno mengaku je le yang ikut umporno tu semua pasai duit kat kepala batas ada sorang tu hampir gila sebab muflis tapi dengan duit sihat terus

pemerhati said...

semoga UMNO dapat memilih ahli yang benar2 berkredibiliti