Jangan risau, bukan sahaja ADUN BN yang heboh bertanya mengenai kewujudan Dana Khas RM300 juta di Pejabat Menteri Besar Selangor. Kalangan Ketua-Ketua Cabang PKR juga sedang senyum sampai ke telinga menantikan dana tersebut diturunkan bagi kerja-kerja pilihanraya PKR di Selangor. Anwar dengan sendirinya sudah meletakkan PKR di level yang tinggi sedikit. Selepas daripada ini, kesemua pemimpin DAP dan PAS perlu melutut sedikit kepada Anwar untuk mendapat dana pilihanraya. Hebat.
Dana khas yang diwujudkan atas nama ‘budget code’ MBI ini dikatakan akan diurus oleh beberapa orang tenaga kanan Pejabat MB dan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Anwar mahu diwujudkan penggunaan yang transparent dengan dana ini. Transparent – tetapi masih bertujuan untuk menggerakkan jentera parti.
Kalangan Ketua-Ketua Cabang PKR di Selangor berasa sangat lega kerana Azmin Ali dikatakan akan menjadi antara tenaga yang diperlukan bagi meluluskan penggunaan dana khas pilihanraya Pakatan Rakyat ini. Nama-nama lain: Rafizi Ramli, Faekah Husin dan seorang akauntan Negeri yang sudah dineutralkan menjadi pencinta Pakatan Rakyat tahap maksimum.
RM300 juta ini bukan kecil anak. Malahan, dengan sikap Pengarah JPP Selangor yang sangat ‘tidak mesra’ kepada UMNO/BN; dana ini akan memainkan banyak peranan.
Fokus yang diberikan tumpuan adalah prasarana yang diperlukan masyarakat sekeliling. Yang kecil-kecil sahaja. Bawah RM20k insya’Allah boleh dipohon dan diluluskan dengan kadar segera. Perhatian khas dan istimewa diberikan kepada kerusi-kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Lain-lain tempat akan diberi menurut pertimbangan YB Azmin Ali yang bakal dilantik sebagai ‘core-coordinator’ kepada bajet ini.
Lupa dimaklumkan, dana sama turut boleh dikongsi jentera PR yang bermasalah di negeri lain. Boleh. Tapi tidak dalam jumlah yang banyak. Fokus dan keistimewaan diberikan kepada jentera PKR.
Bayangkan sahaja gerakerja pilihanraya PR yang boleh digerakkan dengan dana RM300 juta ini. Sure mantap.
Khabarnya, beberapa orang wakil PAS Terengganu juga sudah membuat lawatan rasmi kepada YB Azmin untuk mendapatkan bantuan khas. Walaupun dana diletakkan di MBI, namun Azmin diberikan tugas besar dalam mengurus dana ini.
Yang penting, RM300 juta ini sudah menaikkan SAHAM POLITIK PKR di kalangan teman-teman Pakatan Rakyat.
Anwar sudah ada modal politik baru. Tak lah banyak sangat. RM300 juta. Tapi boleh beri kesan jangka panjang.
-Gelagat Anwar
Tuesday, November 15, 2011
Wardina Burukkan Nama TV3, Sokong Seksualiti Merdeka!
Hahaha aku nok sukko dengan Wardina yang kononnya reti segalanya termasuk ugama dan politik !!
Aku pun tak paham TV3 masih dok simpan dia..apa hebatnya budak acheh nih hahaha..masa dia nyanyi dulu pun karier berkubur sebelum berjuang hahaha...
Jadi model iklan sabun jamban aku rasa ok laa.jadi pengacara atas kapasiti apapun aku tak tahu haha pening..sekolah pun spm kalau tak silap !!
Aku harap TV3 tengok semula sebelum slot tu orang benci..aku dah benci dah pun !!
-AAKJ.com
Aku dah kata... Wardina jangan jolok sarang tabuan, sekarang semua blogger sedang melondehkan Wardina diruang blog masing-masing...
Ohw ya, patut la Nik Nazmi syok kat Wardina coz Wardina sokong pertubuhan seks bebas!
BN Youth Music 2011, Satu Lagi Pendekatan Pemuda Mendekati Golongan Anak Muda!
Pertandingan BN Youth Music 2011, yang julung kali diadakan Pemuda Barisan Nasional (BN), dilancarkan hari ini dengan hanya memerlukan peserta memuat naik video persembahan mereka untuk dinilai juri profesional.
Ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin berkata peserta boleh mula memuat naik video dengan durasi selama enam minit di laman web www.bnyouthmusic.com sebelum tempoh penyertaan tamat, akhir tahun ini.
Beliau berkata 30 peserta terbaik akan dipilih untuk membuat persembahan secara langsung dalam pusingan separuh akhir dan 12 terbaik akan dipilih untuk ke pusingan akhir pada Januari depan.
“Pertandingan itu adalah bagi memberi peluang kepada generasi muda yang mempunyai bakat nyanyian dan tarian untuk menonjolkan bakat mereka menerusi kaedah muat naik yang kini semakin digemari generasi itu.
"Kaedah mencari bakat ini adalah releven dan Pergerakan Pemuda BN sentiasa memikirkan platform terbaik bagi generasi muda mempamerkan bakat mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pertandingan itu di sini.
Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO seterusnya menambah pendekatan yang diambil pergerakan itu mempunyai matlamatnya yang tersendiri.
“Kita bukan buat sesuatu program secara “one off” tetapi secara berterusan seperti yang kita buat bersama senima muda hari ini. Dan pendekatan ini selari dengan pendekatan kita untuk memenuhi citarasa golongan muda,” katanya.
Kata beliau lagi program BN Youth Job Fair, Skim Rumah Pertamaku dan pelbagai program lain yang dilaksanakan oleh Pemuda BN adalah untuk golongan muda.
“Ini adalah antara sasaran kita dan kita menggunakan medium internet yang lain seperti twitter, facebook dan sebagainya dalam usaha mendekati anak-anak muda.
“Golongan ini “connected” dengan perkembangan terkini dan adalah satu kerugian kepada kita sekiranya perkara itu dibiarkan berlalu begitu sahaja. Sebab itulah kita gunakan pendekatan ini,” katanya.
Juara bagi kategori solo, vokal berkumpulan dan band BN Youth Music 20011 akan diberi peluang untuk membuat rakaman dengan Syarikat Universal Music Malaysia, selain akan membawa pulang hadiah wang tunai dari RM20,000 hingga RM10,000 dan trofi.
Antara juri profesional yang akan menilai persembahan vokal dan kreativiti peserta adalah penyanyi rock terkenal, Awie serta pelakon Zed Zaidi, katanya.
Peserta boleh melayari laman web berkenaan untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan pertandingan itu. -Pemuda Umno
Berita terdahulu: Sekitar Majlis Pelancaran BN Youth Music 2011
Wardina Safiyyah Mahu Perang Dengan Blogger Pro Umno!
Pengacara, pelakon dan model Wardina Safiyyah Fadhlullah yang bakal menjadi YB PKR berhajat benar nak berperang dengan blogger Pro Umno ya... Jangan sampai terlondeh sudah la....
Berdasarkan kepada khabar-khabar angin yang bertiup kencang semenjak dua menjak ini, Wardina dikatakan berminat untuk mengisi kerusi parlimen Titiwangsa yang ditinggalkan oleh arwah Dr. Lo' Lo yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini. Betul Ka??
Berdasarkan kepada khabar-khabar angin yang bertiup kencang semenjak dua menjak ini, Wardina dikatakan berminat untuk mengisi kerusi parlimen Titiwangsa yang ditinggalkan oleh arwah Dr. Lo' Lo yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini. Betul Ka??
Marah la pulak, sikit sikit melenting... camne nak jadi YB?
Kenyataan yang dibuat menerusi twitter oleh Wardina mengenai tuduhan yang dibuat oleh beberapa blogger pro UMNO jelas menunjukkan Wardina marah bila orang mengata atau bercakap mengenainya tetapi dia sendiri berbuat perkara yang sama.
Nasihat aku kepada Wardina... jangan jolok sarang tabuan! Duk diam-diam sudah la....
Nasihat aku kepada Wardina... jangan jolok sarang tabuan! Duk diam-diam sudah la....
Kenapa Nik Nazmi syok sangat dengan Wardina ni?? Ada pa pe ke?
Sekitar Majlis Pelancaran BN Youth Music 2011
Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin merasmikan pelancaran BN Youth Music 2011 di PWTC bersama rakan- rakan artis.
KJ dan Jamawi bersama salah satu dari penaja BN Youth Music
Yazer AF mempromosikan album terbarunya... sebelum itu yazer turut menyapaikan lagu M.Nasi "Tanya sama itu hud-hud"
YB KJ tak buat persembahan... cuma menyampaikan ucapan perasmiannya.. :D
Najwa Latif membuat persembahan lagu "Cinta Muka Buku" ramai yang terpukau beb!
Sempat juga aku bergambar dengan penyayi lagenda rock tanahair Awie!!
Berita selanjutnya selepas ini...
Subscribe to:
Comments (Atom)











