Friday, April 6, 2012

Pemecatan Ketua Penerangan PKR Ampang Diatas Arahan Azmin Ali


Ekoran tindakannya kelmarin mendesak Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali keluar parti jika tidak mahu menjelaskan pelbagai dakwaan yang membelit pemimpin itu, Ketua Penerangan PKR Cabang Ampang, Mohd Isa Mohd Saidi dipecat serta-merta.

Surat pemecatan itu dihantar Ketua PKR cabang berkenaan, Zuraida Kamaruddin."

Sebenarnya dia (Zuraida) baru bagi surat pemecatan (kepada saya) sebagai Ketua Penerangan 24jam. Bukan sebelum ini dipecat, tetapi baru dipecat." Saya balik ke rumah jam 3 petang tadi (semalam).

Ada surat di peti surat yang dikeluarkan sebab kenyataan minta Azmin keluar parti, bukan kes sebelum ini," ujar Mohd Isa.Azmin sebelum ini dicabar oleh bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali supaya membuat penjelasan terhadap lima perkara.

Antaranya, sumber kewangan Ahli Parlimen Gombak itu serta isterinya Shamsidar Taharin yang membeli saham bernilai RM2 juta antara 1992 hingga 1994.

Azmin juga dicabar menafikan dakwaan bahawa beliau serta isterinya termasuk seorang ipar memiliki saham bernilai RM8.5 juta pada awal 1990-an adalah tidak benar.

Bagaimanapun, ADUN bagi kawasan Bukit Antarabangsa itu ketika ditemui media semalam enggan mengulas mengenai desakan akar umbi yang mahu beliau menjelaskan bersabit kontroversi yang melanda dirinya.Azmin hanya menjawab "tak payah," ketika diajukan pemberita bersabit desakan ahli PKR yang secara lantang mendesaknya tampil menjelaskan pelbagai tuduhan dan dakwaan yang membelit dirinya.

Ulang Tayang Video Adam Adli kena Penumbuk Di Kg Kerinchi


Terpulang kepada anda untuk menilai mana yang betul mana yang salah. Nak tengok Adam Adli kena penumbuk dan pelempang skip ke minit 11:00!


Kenapa Bersih 3.0 Pilih Dataran Merdeka....



Oleh: Helmi Hanafi

Rasanya tak perlu nak berteka teki lagi….saja nak buat riuh.. saja nak buat gamat untuk tarik perhatian orang ramai kepada mereka. Itulah nampaknya akal puak-puak pembangkang apabila umum hendak buat perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka 28 April ini.

Pemilihan tempat bersejarah itu sudah mengambarkan nawaitu mereka untuk cetus provokasi. Kata orang sudah tahu tidak boleh di situ tetapi nak juga.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz sendiri awal-awal sudah kata, Dataran Merdeka TIDAK termasuk dalam kawasan yang digazet untuk mengadakan sebarang perhimpunan aman.

Jadi faham-fahamlah apa jadinya nanti apabila permintaan ditolak, mereka akan buat riuh lagi, tuduh itu ini dan bangkitkan kemarahan juga keghairahan penyokong mereka untuk ‘beraksi’.

Macam dulu juga, masa Bersih 2.0, bila Perdana Menteri umum sedia runding untuk benarkan puak-puak Bersih 2.0 buat perhimpunan awam di kawasan tertutup macam stadium.

Terus melompat berkeras hendak guna Stadium Merdeka dan apabila tidak dibenarkan, rempuh juga tidak kira apa nak jadi.

Yang peliknya, kenapa tidak buat di Stadium Shah Alam... Mudah parking, mudah orang hendak pergi, mudah pihak berkuasa kawal lalu lintas...

Lagipun kerajaan Selangor yang memerintah kini adalah kerajaan pembangkang, jadi secara simboliknya, buatlah di Selangor, duduklah, bantahlah, dari pagi sampai malam pun tak apa, kalau larat…

Kenapa mesti pilih di pusat bandar yang sibuk, yang jika diadakan bakal menyusahkan semua pihak...

Orang yang waras, peniaga, rakyat yang tidak berkepentingan sila buka mata luas-luas tengok macam mana pembangkang menyusahkan mereka.

Pembangkang bukan hendak mencari penyelesaian kepada masalah, tetapi sengaja mahu burukkan negara, burukkan imej Malaysia yang dari segi jangka panjangnya merugikan kita semua.

Mengenali Anwar Ibrahim, yang cukup hebat dalam bab berpidato ini siapa boleh tolak kemungkinan kalau beliau sudah berangan –angan nak jadikan Dataran Merdeka jadi macam Dataran Tahrir di Mesir.

Ingat balik berapa kali sudah beliau mewar-warkan tentang Arab Spring.

Orang ramai duduk berhari-hari tidak balik, rosak ekonomi, apabila pihak berkuasa hendak suraikan, jadi pertembungan, nampak pihak berkuasa zalim.

Anwar memang hendak jadi hero menerusi cara ini, sebab beliau tahu, kalau berdasarkan demokrasi ‘tenang-tenang' beliau tidak akan mimpi nak capai impian jadi Perdana Menteri.

Bukan kerana di Malaysia tidak ada demokrasi, tetapi beliau sendiri tahu beliau bakal ditolak dalam proses tersebut.

Majoriti rakyat tidak mahu PM yang ada video seks 99.9 peratus tulen, majoriti rakyat tidak mahu kerajaan yang hanya tabur janji tapi apabila gagal laksanakan salahkan kerajaan terdahulu. Majoriti rakyat tidak mahu ditadbir oleh parti yang bergabung demi kuasa, semata-mata, bukan kerana kepercayaan dan idelogi politik.

Anwar tahu itu, beliau ahli politik lama, jika benarkan proses demokrasi berlaku di Malaysia, pilihanraya berlangsung dengan aman dan lancar, beliau akan kehilangan semuanya.

Sebelum impian hendak jadi Perdana Menteri berkecai cara mudah adalah bakar hati rakyat, bangkitkan kemarahan orang muda. Tolak demokrasi, mulakan revolusi.

Itulah impian Anwar dan kuncu-kuncunya… apabila mereka memilih hendak buat kecoh di Dataran Merdeka 28 April ini

Zambry Minta Nizar Hentikan Hipokrasi


Anggota Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas diingatkan supaya menghentikan perbuatan hiprokrasi, kepura-puraan dan pendustaan berhubung projek pelaburan bijih besi oleh Vale International.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata tindakan itu boleh memberi kesan buruk terhadap pelaburan, pertumbuhan negeri dan pembangunan rakyat.

"Jika kita berusaha untuk menegakkan benang yang basah ia tidak ke mana. Lagi kita cuba 'bersilat' lagi menampakkan kelemahan sebagai pemimpin," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mohammad Nizar hari ini yang mendakwa surat bertarikh 17 Dis 2008 yang ditandatanganinya ketika menjadi menteri besar Perak bukan menandakan persetujuannya terhadap pelaksanaan projek berkenaan di Teluk Rubiah, sebaliknya bagi tujuan "public relations" (menjalin perhubungan awam) dengan pelabur.

Zambry menyifatkan alasan yang diberikan itu sebagai tidak munasabah kerana Mohammad Nizar pada ketika itu merupakan seorang menteri besar dan kandungan surat tersebut merupakan satu perkara yang serius.

"Ia satu alasan yang tidak munasabah. Beliau adalah seorang bekas menteri besar, beliau perlu tahu bahawa setiap surat yang ditulis oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah negeri adalah bukan surat 'pen pall' atau kawan biasa yang suka-suka tulis. Surat itu adalah surat berjadual dan berjilid...ini bukan surat bagi tujuan 'marketing' atau 'public relations'," katanya.

Semalam, semasa persidangan dewan, Mohammad Nizar mengakui menandatangani surat bertarikh 17 Disember 2008 itu berhubung sokongan terhadap projek pusat pengagihan bijih besi oleh Vale International dan mengakui kesahihan kandungan surat berkenaan.

Surat berkenaan telah dikelaskan semula oleh kerajaan negeri berikutan dakwaan pembangkang kononnya mereka tidak terlibat dan tidak menyokong pelaksanaan projek itu di Teluk Rubiah.

Zambry berkata kandungan surat itu yang menyebut bahawa kerajaan negeri akan memproses pemindahan tanah berkenaan dan mengubah statusnya menjadi tanah perindustrian selepas permohonan diterima oleh Jabatan Tanah dan Galian, jelas menunjukkan sokongan Muhammad Nizar terhadap projek itu.

Zambry berkata kerajaan negeri tidak akan mendedahkan semua dokumen dan surat berkaitan projek berkenaan seperti yang diminta oleh pakatan pembangkang kerana ia bukan amalan pentadbiran yang baik.

Mengenai desas desus kononnya Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham, dan Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming, kedua-duanya daripada DAP, ada berjumpa beliau untuk meminta maaf dan mengatakan mereka tidak mengetahui tentang kewujudan surat bertarikh 17 Disember 2008 itu, Zambry hanya tersenyum dan enggan mengulas lanjut.

Terdahulu, pada sidang media berasingan, Mohammad Nizar meminta kerajaan negeri mendedahkan semua dokumen berkaitan projek berkenaan. Pada Sabtu lepas, Mohammad Nizar, Ngeh dan Adun Tronoh, V. Sivakumar, menyertai 100 anggota Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak mengadakan bantahan terhadap operasi syarikat bijih besi Vale SA di Teluk Rubiah yang didakwa akan
memusnahkan alam sekitar di kawasan itu. - Bernama

Thursday, April 5, 2012

Sidang Media Azizah-Shamsidar Hanya Propaganda!


Merujuk kepada artikel yang disiarkan oleh laman pembangkang, Suara PR, Wan Azizah dikhabarkan akan mengadakan sidang media bersama dengan Shamsidar Taharin minggu depan bagi membersihkan nama masing-masing yang dikaitkan dengan kisah cinta empat segi senget antara Anwar, Azizah, Azmin dan Shamsidar.

Sebagai pemerhati politik, penulis sekadar ingin menasihat para penyokong PR agar tidak terlalu menaruh harapan yang sidang media itu akan menjadi kenyataan. Sudah terlalu banyak kali penyokong-penyokong PR dihampakan dengan adegan-adegan ‘stunt’ tak jadi oleh pemimpin-pemimpin mereka.

Bermula dari saman terhadap Chandra Muzaffar dan kini Nallakarupan yang difail tetapi tidak diserahkan, sehinggalah kepada keengganan menjelaskan ke mana hilangnya jam Omega, mengacah konon ingin bersumpah dan penubuhan kerajaan 16 September, maka penulis rasa cukup-cukuplah penyokong-penyokong PR diperdaya.

Semua pemimpin-pemimpin atasan Pakatan Rakyat tahu bahawa Wan Azizah dan Shamsidar sudah lama tidak bertegur sapa. Semua orang tahu, Wan Azizah tidak akan menghadiri program di mana Shamsidar juga menghadirinya. Sekiranya mereka terserempak, mereka akan bermasam muka. Ketegangan antara mereka sudah tidak boleh disembunyikan lagi. Itu hakikat.

Wan Azizah juga tidak begitu ‘ngam’ dengan Azmin dan cukup menyampah apabila pada suatu ketika dulu, Azmin gemar benar memakai baju yang sama dengan Anwar, suaminya.

Maka, untuk seorang penulis di Laman Suara PR cuba menipu kita dengan kisah dongeng keakraban kedua wanita ini menunjukkan betapa Pakatan Rakyat kini bagaikan lemas dalam peluru yang bertali arus sama ada ditembak musuh atau tertembak sendiri tanpa sengaja.

Jika benar Wan Azizah dan Shamsidar akan membuat sidang media bersama, kenapakah berita ini tidak datang dari kedua-dua mereka sendiri dan dilaporkan oleh media rasmi mereka? Kenapakah hanya Laman Suara PR yang menghebahkannya?

Malah mereka juga berdiam diri apabila khabar kononnya Umi Hafilda mempunyai bukti bergambar hubungan Anwar-Shamsidar dihebahkan oleh laman yang sama.

Nampak sangat ini adalah usaha terdesak PR untuk menangkis peluru yang dilontarkan Nallakarupan. Tentu sekali PR sedar, jika tiada langsung usaha untuk menjawab persoalan mengenai hubungan intim Anwar-Shamsidar atau hubungan dingin Azizah-Shamsidar maka rakyat akan melihat bahawa kisah cinta 4 segi senget lagi songsang keluarga mereka adalah benar belaka.

Perkembangan ini meletakkan PR dalam keadaan serba tak kena. Jika didiamkan maka penyokong akan mula meragui mereka, tetapi jika diberi respon maka mereka mungkin akan terjerat diri sendiri.

Kerana itu, penulis yakin, sidang media Azizah-Shamsidar tidak akan berlaku. Ia hanyalah propaganda politik sementara menunggu idea baru untuk menangkis isu.