Friday, April 6, 2012
Pemecatan Ketua Penerangan PKR Ampang Diatas Arahan Azmin Ali
Ekoran tindakannya kelmarin mendesak Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali keluar parti jika tidak mahu menjelaskan pelbagai dakwaan yang membelit pemimpin itu, Ketua Penerangan PKR Cabang Ampang, Mohd Isa Mohd Saidi dipecat serta-merta.
Surat pemecatan itu dihantar Ketua PKR cabang berkenaan, Zuraida Kamaruddin."
Sebenarnya dia (Zuraida) baru bagi surat pemecatan (kepada saya) sebagai Ketua Penerangan 24jam. Bukan sebelum ini dipecat, tetapi baru dipecat." Saya balik ke rumah jam 3 petang tadi (semalam).
Ada surat di peti surat yang dikeluarkan sebab kenyataan minta Azmin keluar parti, bukan kes sebelum ini," ujar Mohd Isa.Azmin sebelum ini dicabar oleh bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali supaya membuat penjelasan terhadap lima perkara.
Antaranya, sumber kewangan Ahli Parlimen Gombak itu serta isterinya Shamsidar Taharin yang membeli saham bernilai RM2 juta antara 1992 hingga 1994.
Azmin juga dicabar menafikan dakwaan bahawa beliau serta isterinya termasuk seorang ipar memiliki saham bernilai RM8.5 juta pada awal 1990-an adalah tidak benar.
Bagaimanapun, ADUN bagi kawasan Bukit Antarabangsa itu ketika ditemui media semalam enggan mengulas mengenai desakan akar umbi yang mahu beliau menjelaskan bersabit kontroversi yang melanda dirinya.Azmin hanya menjawab "tak payah," ketika diajukan pemberita bersabit desakan ahli PKR yang secara lantang mendesaknya tampil menjelaskan pelbagai tuduhan dan dakwaan yang membelit dirinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment