Saturday, April 7, 2012

Rahsia Besar Zuraida AKA Mak Lampir Bakal Di Londehkan!!


Panas! Rupanya Zuraida aka Mak Lampir ada menyimpan rahsia besar... Aku dah agak dah... muka macam Zuraida ni memang muka penipu! kerja dia tak habis-habis menipu dan makan duit rakyat  selama ini...

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin diingatkan supaya tidak bertindak melampaui batas dalam hal keahlian parti itu jika mahu 'rahsia besar' mengenai beliau tidak didedahkan kepada umum.

Bekas Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi berkata, beliau bersedia mendedahkan perkara itu dan jika dibongkarkan nanti, Zuraida mungkin hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Ampang.

Katanya, Zuraida selama ini sebagai Ketua PKR Ampang sering memecat ahli jawatankuasa parti itu di peringkat cabang apabila tidak bersetuju dengan beliau atau menegur kepimpinan PKR.

"Saya terima surat pemecatan (jawatan Ketua Penerangan PKR Ampang) saya itu yang bertarikh 2 April di rumah saya pukul 3 petang semalam yang ditandatangani oleh Zuraida dan ia berkuatkuasa serta-merta...!!!

Ni... Nak salahkan UMNO juga ke??

Orang Buta Tuli Saja Tak Tahu Cerita Azmin Dan Shamsidar


Baik Azmin mahupun Shamsidar kedua-duanya cuba membuat pekak badak dengan cabaran- cabaran yang dilemparkan terhadap mereka dengan harapan kisah jelik keluarga mereka akan dilupakan begitu saja. Tidak sekali pun Azmin tampil menjelaskan mengenai saham-saham luarbiasa yang dimilikinya dan isterinya dan tidak sekali pun Shamsidar membela dirinya apabila dikaitkan dengan Anwar.

Malah Anwar sendiri tidak pernah menyentuh isu Shamsidar secara langsung.

Tetapi, apabila diasak oleh media tanpa henti, Azmin akhirnya terpaksa bersuara juga walaupun suara yang keluar terdengar nyaring bercampur garau dan sengau semacam. Azmin menjawab lebih kurang begini, “orang buta, tuli saja yang tak tau cerita
I.…Aauuww!”

Pihak yang mencabar, termasuk ahli-ahli Pakatan Rakyat sendiri tidak berpuas hati dengan jawapan Azmin dan mempertikaikan bilakah masanya Azmin menjelaskan kepada rakyat berkenaan semua tuduhan yang dilempar kepadanya dan isterinya. Kerana seingat semua Azmin tidak pernah menjelaskan apa-apa selain menafikan sahaja.

Mungkin mereka tidak faham maksud Azmin itu.

Sebenarnya, maksud Azmin ialah, semua orang tahu kisah kronisme, nepotisme dan skandal keluarganya dengan Anwar Ibrahim. Justeru, sesiapa yang tidak tahu, masih tertanya-tanya dan tidak habis-habis bertanya adalah orang yang benar-benar pekak, buta dan tuli.

Dan penulis amat bersetuju dengan Azmin. Hanya orang yang pekak, buta tuli dan benak sahaja yang tidak mampu melihat kebenaran.

Azmin dan Shamsidar tidak pernah bangkit menjelaskan apa-apa kepada orang ramai berkenaan setiap tuduhan ke atas mereka. Sedangkan pihak yang menuduh telah pun mengemukakan bukti dokumen-dokumen yang menunjukkan pemilikan saham Shamsidar yang luar biasa banyaknya. Malah, Azmin dan Shamsidar juga tidak pernah secara lantang dan besertakan bukti menafikan tuduhan bahawa anak mereka Afifa adalah sebenarnya anak Anwar dengan Shamsidar.

Kedua-dua mereka juga tidak membalas cabaran Nallakarupan sama ada melalui lisan mahupun saman walaupun maruah mereka telah lunyai dibelasah oleh Nalla.

Berdasarkan semua ini, inilah diulangi bahawa hanya orang yang pekak, buta, tuli dan benak sahaja yang tidak mampu melihat kebenaran. Kebenarannya ialah Azmin adalah seorang dayus lagi pondan yang sanggup berkongsi isteri dengan bos biseksualnya, Anwar Ibrahim. Tidak mustahil, kebenarannya adalah Azmin juga seorang biseksual berdasarkan hubungan akrab yang pelik antara dirinya dengan Anwar Ibrahim.

Umum tahu bahawa Anwar jauh lebih mempercayai Azmin dari isterinya sendiri, Wan Azizah dan ini boleh dilihat dalam keputusan-keputusan yang dibuat oleh PKR berkenaan pentadbiran dan pengurusan parti.

Anwar juga jauh lebih menyayangi Azmin dari Wan Azizah berdasarkan kisah-kisah dalaman yang diceritakan oleh bekas-bekas rakan dan pemimpin PKR sendiri.

Kini, Azmin sudah menjawab segala pertanyaan dan memberi respon kepada semua cabaran. Sudah sampai masanya ahli-ahli PKR, terutamanya PKR Ampang menerima jawapan Azmin seadanya. Kita pasti, tidak mungkin semua ahli-ahli PKR buta tuli belaka…

Ambiga Dan Tok Janggut Malu... Mahasiswa Tolak BERSIH 3.0 #Amankampus


Ambiga Dan Tok Janggut pasti akan berasa malu apabila melihat video ini...


Petikan dari blog Double Y:

Pendapat golongan mahasiswa ini dirakam selepas sahaja sessi program Pentas Anak Muda yang berlangsung di Kolej Teknologi Bestari, Setiu Terengganu.

Jawapan yang diberikan ini adalah rakaman spontan oleh para mahasiswa dan mahasiswa yang hadir mengikuti forum yang dianjurkan oleh Jelajah Aman Kampus yang kini melawat kampus-kampus di sekitar pantai timur.

Kebanyakkan responden yang terdiri dari mahasiswa dan mahasiswi menyatakan mereka menolak sebarang bentuk demontrasi di jalanan kerana ianya boleh mencetuskan huru-hara dan kerosakkan harta benda.

Mereka turut menyatakan rundingan atau diplomasi merupakan alternatif terbaik yang perlu dilakukan oleh mahasiswa atau pun mana-mana pertubuhan dalam mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah berbangkit.

Bagi mereka demontrasi tidak menggambarkan tahap intelektual seseorang yang bergelar mahasiswa.

Haron Din Jalani Pembedahan Pintasan Jantung di AS


Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din semakin pulih selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Stanford, San Francisco empat hari lalu.

Menurut laman web Darussyifa’, Haron menjalani pembedahan pada 2 April lalu. Pembedahan yang mengambil masa selama 10 jam itu diketuai oleh Dr Robert C Robinson.

“Haron telah sedar hari ini, bagaimanapun beliau perlu diberi ubat sedatif yang kuat berikutan kehilangan banyak darah,” memetik laporan laman web itu.

Sementara itu, laporan blog anaknya Hana Haron berkata, mereka diberikan peluang melawat ayahnya yang menunjukkan reaksi positif.

"Kami dibenarkan masuk berperingkat dua orang pada satu-satu masa.

"Babah boleh mengeluarkan suara, bagaimanapun masih tidak boleh melakukan banyak pergerakan, tetapi sempat bertanya sudah berapa lama beliau tidak sedarkan diri," katanya dalam entri blognya.

Difahamkan Haron yang juga pengasas Darussyifa’ semakin stabil tetapi masih perlu masih dirawat di unit rawatan rapi.

Haron telah berangkat ke San Francisco pada 18 Mac lalu dan dijangka berada di sana selama sebulan kerana perlu menjalani beberapa sesi rawatan selepas pembedahan.

Isu PTPTN: Pemuda UMNO Adakan Rundingan Meja Bulat


Pemuda UMNO akan menjadi jambatan antara mahasiswa dengan kerajaan berhubung isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam usaha mencari mekanisme yang terbaik untuk kepentingan bersama.

Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Pemuda UMNO, Syahrin Jamaluddin berkata bagi mencapai tujuan itu, pihaknya dengan kerjasama Biro IPT UMNO Malaysia akan mengadakan Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional yang akan dijadikan sebagai wadah untuk mencari jalan keluar mengenai isu-isu yang berbangkit mengenai PTPTN.

Menurut beliau pihaknya amat terbuka dalam hal berkenaan bagi mendengar secara dekat suara generasi muda dan menjadikan rundingan meja bulat tersebut sebagai jalan penyelesaian untuk mencapai resolusi yang terbaik.

“Kita akui PTPTN telah banyak membantu pelajar untuk menjayakan pembelajaran masing-masing tetapi pada masa yang sama tidak menolak kaedah bayaran balik PTPTN dan isu lain yang berkaitan mendapat rungutan dikalangan pelajar dan ibu bapa.

“Atas dasar itulah kita terpanggil untuk menjadikan meja bulat ini sebagai platform kepada kajian dan pada akhirnya kita mengharapkan satu resolusi yang terbaik untuk kita serahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Kita mengharapkan keterbukaan Datuk Seri Najib dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana apa yang penting adalah untuk kebaikan bersama. Sebelum ini pun, Datuk Seri Najib telah memberikan perhatian yang cukup serius hasil Makmal Pemuda BN yang kita adakan dan itulah yang kita harapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Pemuda UMNO di sini, semalam.

Syahrin seterusnya menambah seramai 200 peserta yang akan terlibat daripada seluruh IPTA dan IPTS termasuklah wakil daripada pihak PTPTN.

Malah kata beliau lagi pihaknya juga turut menyediakan kemudahan facebook dan twitter bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat hadir untuk sama-sama memberikan buah fikiran bagi menjayakan lagi rundingan meja bulat berkenaan.

“Orang ramai di seluruh negara boleh turut serta bersama-sama dengan kita menerusi media maya berkenaan. Oleh itu kita amat mengharapkan seluruh mahasiswa termasuklah ibu bapa memberikan cadangan yang terbaik untuk kita rumuskan dalam mencari resolusi yang terbaik berhubung perkara berkenaan.

“Kita akan adakan rundingan meja bulat itu selama tiga hari dua malam bermula pada 10 April ini di Grand Season Hotel, Kuala Lumpur. Mereka yang ingin memberikan pendapat bolehlah melayari facebook kami di www.facebook.com/mejabulatptptn dan akaun twitter pula #mejabulatptptn. Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin akan terlibat sama pada majlis penutup,” katanya. -MediaUMNO