Monday, January 28, 2013

X-File : Syahid Tragedi Memali Hanya Ciptaan PAS!! Hadi Harus Bertanggungjawab Diatas 14 Kematian!


Siapa yang akan bertanggungjawab ke atas kematian 14 pejuang Memali yang mati tidak dimandi, tidak dikafan dan tidak juga disembahyangkan?


Orang Pas tidak boleh pergi ke kenduri orang UMNO...haramm, orang Pas tidak boleh makan makanan sembelihan orang UMNO...harammm!! Sekarang apa dah jadi orang Pas sudah duduk makan bersama DAP tak HARAM!!!!

Video URL: http://youtu.be/9GXWtikyI6k





Amanat ini dipetik daripada ucapan YB. Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 07 April 1981. Petikan ucapan itu dicetak dengan cara yang menarik dan jelas untuk sebaran kepada ahli-ahli dan pengikut PAS. Tajuk amanat ini memang sudah tertera dari mula lagi dengan nama AMANAT TUAN GURU HAJI ABDUL HADI.

Akibat daripada fatwa lawan UMNO dan BN mati syahid itu bertambah yakinlah puak-puak PAS bahawa orang-orang UMNO adalah kafir. Maka tentulah orang kafir tidak sah menjadi imam sembahyang, imam nikah dan sebagainya.

Yang demikian sebab itulah beriaku gejala pemulauan dalam masyarakat muslim hingga terjadilah SEMBAHYANG DUA IMAM TARAWIH sebulan Ramadan dan sembahyang Jumaat pula bergilir selepas selesai imam kerajaan maka jemaah pembangkang pula melakukan segala yang berkaitan dengan Jumaat seperti yang dahulu tadi.

Peristiwa pelik ini berlaku pada bulan Jun-Julai 1982 di dalam masjid Kampung Gong Pasir, Besut, Terengganu. Peristiwa tersebut dirakam melalui video yang boleh ditonton pada bila-bila masa juga. Akhbar Berita Harian 19hb. Julai 1982 juga turut menyiarkannya. Sembahyang Jumaat DUA SEKAMPUNG di Terengganu sehingga sekarang (Alaf Baru Tahun 2000) masih terus rancak berlaku pada setiap minggu.

Amanat Haji Hadi ini telah didedahkan buat pertama kalinya di Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 11 Ogos 1983. Berita Harian 12 Ogos 1983 membuat liputan. Saya sendiri memang berada di dalam DUN itu ketika YAB. Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad (Menteri Besar ketika itu) membuat pendedahan dengan linangan tangis tersedu-sedu sehingga tersekat ucapannya demi kerana hati kecil beliau begitu sedih dengan hukum yang bersifat fatwa karut YB. Haji Abd. Hadi Awang (Sahabatnya sendiri) ini.

Apatah lagi mengenangkan peristiwa sembahyang berlawan dan musnah keharmonian hidup umat lslam merata kampung seluruh Terengganu. Semua hadirin senyap turut merasai suasana yang memilukan ini. YB. Hj. Ab. Hadi tiba-tiba bangun dengan bongkaknya mencelah, "Itu memang benar ucapan saya"



Pada 1 9 November 1985 behaku Peristiwa Berdarah Memali, Baling, Kedah. Dalam video yang dirakam daripada siaran TV1 (RTM) ketika itu kelihatan amanat ini ada tertampal pada dinding rumah orang Memali dalam tulisan RUMI.

Kemudian setelah dilihat dalam Kertas Putih Peristiwa Memali yang dibentangkan di Parlimen (Kertas Perintah 21 Tahun 1986) bertarikh 25 Februari 1986, jelaslah bahawa amanat ini telah dicetak dalam EMPAT versi. Mengikut gambar dalam lampiran "B" kertas putih Memali, cetakan jawi ada dua versi iaitu Penerangan PAS Kelantan dan Sekretariat Dewan Pemuda PAS Pusat.

Cetakan rumi pula ada dua versi lagi iaitu oleh PAS sendiri dan Sekretariat Dewan Pemuda PAS Pusat. Ertinya bermula dengan cetakan jawi pertama untuk sebaran pilihraya kecil Selising 1983 dan berakhir dengan cetakan rumi yang terdapat dalam video Memali 19.11.1985.


Musibah Peristiwa Memali 19.11.1985 adalah berupa suatu trajedi yang sungguh menyayat hati. Barangsiapa yang turut menonton gambar video rakaman oleh polis yang disiarkan sebahagiarnya oleh RTM (TV1) akan terkejut melihat betapa peliknya keadaan orang Islam di Memali; iaitu wanita dan kanak-kanak telah digunakan sebagai benteng menyekat polis menjalankan tugas keselamatan negara di kawasan rumah lbrahim Mahmood Libya.

Golongan kanak-kanak dan wanita yang kelihatan terpukau lupa diri terhoyong-hayang mengacukan parang dan kapak kepada polis. Namun begitu yang terkorban ialah EMPAT orang polis dan EMPAT BELAS orang awam Memali dan mereka semua adalah orang lelaki dewasa. Beginilah akan berlaku seterusnya nanti apabila umat Islam sudah FANATIK syahid, hilang pertimbangan kerana terpukau dengan fatwa agama oleh guru-guru agama yang menjamin mereka masuk syurga.

Biar apa pun keadaan yang berlaku, pemimpin PAS tetap terus menyelewengkan fakta bahkan mereka mengeksploitasi peristiwa tersebut untuk membakar semangat jihad pengikut disamping terus menegakkan hukum ciptaannya iaitu "Ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kalau kita mati kerana jasa berlawan dengan puka-puak ni mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam" - demikian kaset ucapan amanat Haji Ab. Hadi Awang 07.04.1981.

YB. Haji Abdul Hadi Awang dalam ceramahnya di Kampung Raja, Besut Trg. pada 21 disember 1981 pula mengulangi ketegasan hukum SYAHIDnya dulu (Rakaman video masih ada).

"Bahawa 14 orang sahabat kita yang telah dibunuh itu adalah syahid dan kita kebumikan mereka sebagai syuhada, sebagai orang yang mati syahid dan tanpa dikafankan hanya dengan pakaiannya yang berdarah; dikebumikan dengan keadaan tidak disembahyangkan. Darah mereka dalam keadaan hidup dan inilah keyakinan kita bahawa mereke adalah syahid" (YB. Hj. Hadi. umumkan bahawa ini adalah keputusan ulamak PAS Kedah).



Fatwa yang sama juga telah pernah dikeluarkan oleh Nik Abd. Aziz Mursyidul Am PAS. Buktinya dapat kita baca dalam ruangan Jamaah Islamiah - Antara Realiti dan Fantasi sperti yang disebutkan oleh Ustaz Haji Omar Khalid, aktivis PAS yang sudah menyesal dan meninggalkan PAS. Setelah beliau bertemu dengan Nik Ab. Aziz, dia membuat pengakuan, "Kita tidak boleh melaksanakan apa yang kita janji kerana tak cukup kuasa".

Akhinya Haji Hadi sedar bahawa perjuangan membangunkan negara Islam tiada dalam AlQuran demi untuk ke Putrajaya mereka membatalkan perjuangan Islam Pas selama ini kepada perjuangan negara kebajikan sahaja.

Yaaaa HJ Hadi Awang!!! Siapa yang akan bertanggungjawab ke atas kematian 14 pejuang Memali yang mati tidak dimandi, tidak dikafan dan tidak juga disembahyangkan?

Nasharuddin Tidak Tersenarai Sebagai Calon PAS - Nik Aziz


Anggota Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun tidak menjelaskan sebab bekas Timbalan Presiden PAS itu tidak dicalonkan lagi.

"Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini, Isnin.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas laporan mengenai pengguguran Nasharuddin dalam Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Jan lalu.

Menyifatkannya sebagai bukan satu tindakan yang pelik, Nik Abdul Aziz menyamakan pemecatan itu sebagai perceraian suami isteri dan persatuan sukan.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas sama ada pengguguran Nasharuddin itu disebabkan masalah dalaman lain.

Nasharuddin Isnin dilaporkan berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengenai penggugurannya daripada Majlis Syura sebaliknya hanya mengetahui berhubung perkara itu melalui media. -Bernama

Terima Kasih... Ustaz Nasha Di Pecat Tanpa Surat!


Nasharuddin Mat Isa hari ini mengatakan beliau terus berikan sumbangan terbaik kepada mana-mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam dan berkata organisasi hanyalah satu wadah, tetapi berpegang kepada prinsip adalah satu tuntutan.

Beliau berkata jawatan yang diberi adalah hak milik parti dan beliau sedia memperjuangkan kedaulatan Islam walaupun tanpa jawatan.

“Walau apa pun, perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti di teruskan, sama ada berjawatan atau tidak.

“Jawatan tersebut adalah lantikan parti, jika parti ingin mengambilnya kembali, itu adalah hak parti,” kata bekas timbalan presiden PAS itu.

Ahli parlimen Bachok itu berkata, beliau masih belum mendapat surat pemecatan rasmi dari Majlis Syura, sebaliknya mengetahui berita pemecatan tersebut melalui media.

“Sehingga di saat SMS ini dihantar, saya masih belum menerima sebarang surat perlucutan jawatan tersebut.

“Cuma, setakat ini, saya hanya mengetahui pemecatan itu melalui media dan bukannya saluran rasmi parti,” katanya lagi.

Semalam, Nasharuddin digugurkan oleh Majlis Syura PAS, selepas disahkan oleh Setiausaha majlis tersebut, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.

Majlis Syura hari ini menjelaskan tindakan badan tertinggi PAS memecat bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa sebagai proses saringan untuk membersihkan parti.

Antara Sebab Ustaz Nasharudin Dipecat?



Seperti dijangka, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa akhirnya dipecat daripada keahlian Majlis Syura – badan tertinggi parti PAS atas alasan melanggar peraturan berjamaah.

Tindakan terhadap ahli parlimen Bachok itu diputuskan dalam mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Untuk rekod, dalam mesyuarat itu juga majlis tersebut membuat keputusan mengenai kalimah Allah setelah isu itu menjadi polimek hangat.

Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh yang mengesahkan pemecatan Ustaz Nasha berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti ditetapkan Majlis Syura.

Selain dikatakan tidak hadir mesyuarat, Nik Zawawi enggan mengulas sebab-sebab lain sehingga mendorong Majlis Syura mengambil tindakan tersebut.

Katanya, surat pemecatan sudah diserahkan kepada Nasharudin selepas mesyuarat berkenaan.

Nasharudin mencetuskan polemik dalam PAS berhubung beberapa kritikannya terhadap keputusan parti itu yang kerap tunduk terhadap desakan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang terutama DAP.

Antaranya tentangan Nasharudin terhadap kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang disifatkannya bukan sahaja anti hudud tapi anti Islam.

Beliau juga menggesa PAS mengkaji semula hubungan parti itu dalam pembangkang.

Ekoran itu, Karpal mengatakan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Nasharudin.

Ketika isu tersebut masih panas, Majlis Syura pada mesyuaratnya 9 September 2012 dijangka mengambil tindakan terhadap Nasharudin.

Bagaimanapun,selepas mesyuarat berakhir, Presiden PAS, Datuk SeriAbdul Hadi Awang berkata, perkara mengambil tindakan terhadap Nasharudin tidak dibincangkan.

Apapun, Nasharudin sudah dianggap ‘habuk dalam mata’ oleh sesetengah pemimpin PAS yang pro kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka kerap mengaitkan ahli parlimen Bachok itu dengan usaha membincangkan kerjasama kearah perpaduan antara PAS dan UMNO.

Manakala, Nik Aziz pula dilihat mempunyai masalah peribadi dengan Nasharudin malah krisis mereka meruncing ketika pilihanraya kecilManik Urai apabila penyokong dan pengundi PAS mahu ustaz Nasha hadir berkempen tetapi dikatakan mendapat tentangan PAS Kelantan.

Ketika dilihat seakan disisihkan PAS, Nasharudin menyertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan dengan beberapa pemimpin dan ulama tersohor di Mekkah, sempena persidangan luar biasa OIC tahun lalu.

Ketika Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke majlis perkahwinan anak Nasharudin, timbul desas desus beliau akan menyertai UMNO tetapi Nasharudin menegaskan tidak sesekali akan meninggalkan PAS.

-Agendadaily

Pengakuan Penduduk Kampung Di Tipu YB PAS Kedah


Pengakuan dari penduduk kampung bahawa anaknya telah mengalami kerugian hampir RM 10,000 setelah membayar kos membuat geran seperti mana yang di janjikan Kerajaan Negeri.

Segala pembayaran telah di buat di Pejabat Adun Kupang, YB Johari Abdullah dan sehingga kini masih gagal mendapat geran seperti yang di janjikan.

Menurut maklumat yang di perolehi, hasil pencarian di Pejabat Tanah, tiada fail pemohonan geran di buka di atas tanah yang di usahakan penduduk kampung yang membayar duit kepada wakil Pejabat Adun Kupang.