Tuesday, January 29, 2013
Gambar Muslimah Belajar Kristian di Gereja?
Gambar muslimah sedang mendengar syarahan di dalam gereja ini sudah tersebar di ruang internet sejak semalam lagi... namun sehingga kini masih belum dapat kebenaran apa sebenarnya yang berlaku ditempat kejadian.
Menurut sumber ada yang mengatakan perkara ini berlaku di Ipoh, Sabah, Selangor dan pelbagai lagi spekulasi.
Mungkin juga gambar ini menunjukkan hasil dari keberanian YB Nurul Izzah menyatakan orang Melayu Islam bebas memilih agama masing-masing.
Atau pun mungkin sebab gambar ini, Lim Guan Eng berusaha bersungguh-sungguh untuk memasukkan nama Allah ke dalam Bible berbahasa Melayu?
Walau apa sekalipun diharap pihak berkuasa dapat membuat siasatan dengan segera berhubung penyebaran gambar ini...
Selamatkan Akidah Umat Islam di Malaysia!
Parasit Dalam PAS Sudah Lama Mencari Ruang Untuk Mencantas Ust Nasharudin - Hasan Ali
Potensi YB Ust Nasharudin Mat Isa telah lebih awal dikenalpasti oleh Al-Marhum Dato Fadhil Nor dan atas kehendak beliau yang diluluskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat, Ust Nasharudin dalam usia yang masih muda telah diberi amanah menjawat jawatan antara yang terpenting dalam PAS iaitu sebagai Setiausaha Agong.
Al-Marhum Dato Fadhil Nor sebagai Presiden parti telah berusaha menggilap batu permata PAS tersebut sehinggalah dengan itu Ust Nasharudin dengan jarak masa yang agak pendek berjaya menduduki kerusi Timbalan Presiden Parti Islam itu.
Kejayaan Ust Nasharudin dalam hirarki parti mungkin telah menimbulkan rasa tidak senang dan sebahagiannya menganggap sebagai satu ancaman kepada karier politik mereka apabila Ust Nasharudin diberi tanggungjawab yang begitu besar di dalam mencorakkan PAS.
Rasa tidak puas hati dikalangan sesetengah pimpinan PAS terserlah apabila melalui perancangan yang teliti dan dibantu oleh kuasa luar secara jarak jauh campurtangan dalam urusan kepimpinan Parti PAS.
Ust Nasharudin kecundang di dalam mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan yang berlangsung dalam Muktamar Tahun 2011 yang lalu.
Berita bahawa Ust Nasharudin dipecat daripada menjadi ahli Majils Syura Ulama tidaklah begitu memeranjatkan.
Sejak dari awal lagi tanda-tanda ke arah itu telah kelihatan dengan jelas.
Ust Nasharudin dilabelkan sebagai pro-kerajaan perpaduan yang akhirnya dilabelkan pula sebagai pro-umno apabila beliau dilihat mengiringi Perdana Menteri Dato Seri Najib bertemu dengan para ulama di Mekah dan yang terakhir ke bumi Palestin.
Ust Nasharudin juga tidak disenangi oleh rakan-rakan Paktan Rakyat dan pimpinan parasit parti apabila beliau secara terbuka menghentam pengerusi parti DAP, Karpal Singh yang bertindak menghina Islam sehingga beliau telah mencadangkan supaya PAS mengkaji semula kedudukan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat.
Di pihak parasit dalam pimpinan PAS memang sudah lama mencari ruang dan peluang untuk mencantas Ust Nasharudin.
Tetapi disebabkan beliau adalah ahli Majlis Syura golongan ini tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan keahlian Majlis Syura adalah diluar bidangkuasa mereka.
Keputusan Majlis Syura ini sudah tentu menjadikan puak-puak parasit dan Anwarinas begitu lega dan menarik nafas panjang kerana cita-cita mereka sudah kelihatan tertunai.
Saya yakin selepas ini Ust Nasharudin akan menerima nasib yang sama seperti saya iaitu dipecat daripada menjadi ahli PAS.
Kedudukan Ust Nasharudin kini lebih lemah dari kedudukan saya ketika dipecat kerana beliau merupakan ahli biasa parti sementara saya sewaktu dipecat adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ahli Lujnah Politik dan mewakili PAS dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Batu permata yang digilap sebahagiannya oleh Al-Marhum Dato Fadhil Nor sayangnya proses penggilapan itu tidak diteruskan oleh pucuk pimpinan yang ada sekarang ini.
Secara jujur saya tidak nampak dikalangan pimpinan PAS kalau ada mereka yang mempunyai kualiti yang sama seperti Ust Nasharudin.
Beliau mempunyai pendedahan yang luas dibidang antarabangsa khususnya dikalangan Gerakan Islam dan pada masa yang sama beliau boleh diletakkan dikerusi pimpinan parti yang mampu berdepan dengan pimpinan dunia timur atau barat kerana kebolehan beliau menguasai beberapa bahasa dunia.
Saya juga yakin setelah mengenali dari dekat Ust Nasharudin buat sekian lamanya, beliau dapat menyumbang memartabatkan Islam dalam keadaan apapun tanpa berpijak di atas mana-mana wadah pun.
Saya juga yakin beliau bijak memilih masa depan karier politik dan kemungkinan besar perancangan ke arah itu sudah pun ada di dalam pemikiran beliau.
Sebagai sahabat saya mendoakan sesuatu yang terbaik dilimpahkan oleh Allah SWT kepada Ust Nasharudin atas usahanya yang tidak pernah mengenal erti penat untuk memartabat dan mengagungkan Islam.
YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI Kuala Lumpur
28 Januari 2013
Pengguguran Nasharuddin Bermotif Politik - PM
Tindakan PAS menggugurkan bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura dilihat bermotif politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata tindakan itu dibuat selepas Nasharuddin, yang juga Anggota Parlimen Bachok, kembali dari menyertai lawatan kemanusiaan ke Gaza memberi persepsi bahawa ia ada kaitan dengan lawatan itu.
"Sepatutnya dia (PAS) menghargai lawatan ini sebab lawatan ini untuk kepentingan ummah dan kepentingan umat Islam.
"Tapi nampaknya mereka melihat ini sebagai lebih menguntungkan kerajaan, Umno daripada PAS.
"Mungkin itu menyebabkan mereka mengambil tindakan terhadap Ustaz Nasharuddin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi minum petang sempena Forum Tindakan Belia 2013 di sini, Isnin.
Najib berkata Nasharuddin adalah seorang yang percaya kepada kesatuan dan penyatuan ummah serta berpendirian bahawa perpaduan penting untuk mewujudkan satu ummah.
"Saya tak nak buat apa-apa spekulasi tapi dia (Nasharuddin) merupakan seorang pemimpin yang berjuang bukan untuk menidakkan mana-mana parti politik, dan sepanjang perjumpaan saya dengan beliau, beliau tidak mengutuk mana-mana pihak," katanya.
Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh dilaporkan berkata pada Ahad bahawa Nasharuddin digugurkan kerana didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti ditetapkan Majlis Syura, dan keputusan telah dibuat pada 13 Januari lepas dalam mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Zawawi berkata antara sebab keputusan itu diambil ialah kerana melanggar peraturan yang ditetapkan parti, iaitu tidak hadir mesyuarat.
Sementara itu, Najib berkata matlamat utama lawatan beliau ke Gaza berjaya dicapai.
"Sepatutnya matlamat kita membantu rakyat Palestin, memperjuangkan isu Palestin dan tak membiarkan mereka terpinggir dan keseorangan.
"Dan mereka (rakyat Palestin) amat menghargai lawatan tersebut," katanya.
Di KUCHING, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pengguguran Nasharudin sebagai satu tindakan yang aneh.
"Beliau mengambil langkah-langkah yang dilihat untuk memperkukuhkan hubungan kita dengan Palestin, memperjuangkan nasib orang (rakyat Palestin) yang tertindas.
"Keputusan (pengguguran) dibuat seolah-olah menidakkan usaha-usaha baik dan kerja-kerja amal yang dilakukan Nasharudin, sedangkan PAS kata dia perjuangkan Islam.
"Dia (Nasharudin) perjuangkan sesuatu yang baik, saya percaya Nasharudin tidak akan berhenti dari usahanya berbuat sesuatu untuk umat Islam. Tapi apapun itu hak mereka (Majlis Syura Ulama), kita cuma memerhati apa yang dilakukan PAS," katanya.
-Bernama
Singkir Nasha Umpama Tolak Undi Melayu
Penyingkiran Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS bakal mengundang kemerosotan pengundi Melayu kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) nanti, kata Pengerusi Sekretariat Ilmuan Malaysia (ILMU) Dr Fadlan Mohd Othman.
Beliau membayangkan sebahagian besar penyokong Nasharudin akan terus mempertahankan tindakan berani tokoh yang dihormati itu dalam mengingatkan PAS kembali kepada asas perjuangan parti.
"Bagi saya Ustaz Nasharudin mempunyai keperibadian yang hebat, maksudnya tokoh yang hebat.
"Jadi tokoh yang hebat ini kalau digugurkan, sebenarnya merupakan satu kerugian yang besar kepada PAS. Walaupun saya orang luar bukan dari PAS, saya tidak boleh bagi tunjuk ajar tetapi saya rasa ini adalah satu keputusan yang kurang bijak dibuat apatah lagi penyokongnya pun akan ikuti Ustaz Nasharudin tambahan lagi apa yang dibuat oleh Ustaz Nasharudin mempunyai alasan yang kukuh." katanya kepada Antarapos.
Fadlan berkata sepanjang perkenalannya dengan Ahli Parlimen Bachok itu, beliau tidak pernah nampak perkara sangsi yang dibuat oleh Nasharudin dalam usaha untuk menyatupadukan kaum majoriti dalam negara iaitu Melayu.
"Kesayangannya (Nasharudin) terhadap PAS dalam erti kata mahu PAS kekal pada landasan yang asal.
"Jadi merujuk kepada pengguguran beliau daripada Majlis Syura, saya rasa ini adalah satu perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku dan buat kerana Ustaz Nasharudin ini adalah seorang yang benar-benar nampak keikhlasannya untuk menyatupadukan dua kumpulan Melayu (Umno-PAS) bersatu," katanya.
Malah beliau berkata mungkin keikhlasan Nasharudin telah disalahertikan oleh pihak yang mempunyai kepentingan peribadi sehingga mempengaruhi tindakan untuk menyingkir bekas Timbalan Presiden PAS itu dari Majlis Syura.
"Walaupun dia daripada PAS tetapi dia sanggup pergi ke Umno dan berbincang dan kebanyakan apa yang dibuatnya mungkin bertepatan dengan garis panduan yang dibuat tetapi mungkin terdapat individu dari parti yang tersalah diberi nasihat oleh orang-orang di sekeliling mereka," tambahnya.
Penyingkiran Nasharuddin ikut prosedur?
Malah beliau menyifatkan PAS akan menjadi contoh parti yang tidak bertanggungjawab sekiranya menyingkirkan Nasharudin daripada Majlis Syura PAS tanpa mengikut prosedur yang betul.
"Saya tidak pasti apakah proses yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin. Kalau Ustaz Nasharudin dipanggil memberi amaran dan sebagainya, saya rasa itu tidak ada masalah. Jadi kalau ada amaran dan sebagainya dulu itu perlu didahulukan.
"Tetapi kalau tindakan itu dibuat tanpa memberikan amaran kepada tuan badan, tidak diberikan peluang untuk menjelaskan, saya rasa itu adalah perkara yang tidak patutlah," katanya.
Untuk rekod, keanggotaan Nasharudin dalam Majlis Syura Ulama PAS telah digugurkan pada 13 Januari lalu.
Perkara ini ditegaskan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Muhammad Zawawi Saleh.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memaklumkan bahawa pemecatan Nasharudin ekoran 'kerap tidak hadir ke mesyuarat' dan 'mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti'.
Nasharudin sebelum ini juga telah beberapa kali menyertai rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk misi kemanusiaan luar negara dan pertemuan dengan pemimpin negara Arab yang mencetuskan rasa tidak senang dikalangan ahli PAS.
Menurut sumber dalaman PAS sebelum ini dipetik sebagai berkata, ada ura-ura untuk "menendang" keluar Nasharudin dari PAS sepertimana yang dilakukan terhadap bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali tahun lalu.
Tindakan PAS menyingkirkan Nasharudin ini turut dilihat sebagai cara untuk mengurangkan respon negatif dalaman yang sering dikaitkan dengan keputusan bersama rakan komponen Pakatan Rakyat, DAP dan PKR.
-AntaraPos
Monday, January 28, 2013
Pengundi Melayu-Islam Tolak Anwar Di Permatang Pauh
Pengunjung setia laman ini, Sman yang baru balik dari Permatang Pauh dan Bukit Mertajam mengesahkan kebenaran sumber yang mengatakan perkembangan terbaru adalah para pengundi Melayu-Islam kawasan Permatang Pauh menolak ahli parlimennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya baru balik dari Permatang Pauh dan Bukit Mertajam atas urusan politik, nampaknya penolakan orang Melayu terhadap Anwar sudah agak meluas di sana.
“Saya mendapat kerjasama yang cukup baik dari jiran dan saudara mara Anwar sendiri semasa di sana.Saya juga diberitahu bahawa kenduri orang kuat Anwar Pulau Pinang pun sudah tidak mendapat sambutan dari rakyat, kehadhiran sangat tidak menggalakkan, walau pun persediaannya agak mega dan cuaca cukup baik.
“Sekarang saya tahu mengapa ada-ura-ura Anwar terpaksa beralih tempat untuk bertanding, beliau mungkin khuatir, imejnya akan terjejas, walau pun beliau boleh menang tapi mejoritinya akan merosot teruk,”lapornya.
Sman membuat laporan di atas ketika mengulas kenyataan bekas Ketua Pemuda Pas, Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin yang mendakwa ahli akar umbi Pas menolak Anwar di Permatang Pauh kerana kecewa dengan pendirian Ketua pembangkang itu dalam isu kalimah Allah.
Menjawab soalan dari Azizah Ahmaf yang mendakwa kes liwat dan video seks Anwar tertolak kerana tiada empat saksi, Sman berkata, Islam adalah agama yang adil kepada semua penganutnya.
Katanya, hukum Islam bukan semata-mata bergantung kepada surah An Nur tentang 4 saksi, tetapi juga bergantung kepada kaedah-kaedah lain.
“Perdalami ilmu ugama kamu, apakah itu satu-satunya hukum Islam yang patut dipatuhi?. Bagaimana dengan Hukum takzir sebagai alternatif dalam keadaan ketidaan 4 org saksi.
“Dalam isu video seks -Islam adil dan sesuai pada setiap masa, apakah tidak boleh diterima jika 4 orang pakar muslim boleh mengesahkan bahawa video seks yang ditayangkan adalah tulin dan pelakunya ada benar orang yang berkaitan?.
“Kalau pun, kita tidak dapat menghukum dengan hukum Hudud, bolehkah setidak-tidaknya kita menjauhi individu yang di ‘syaki’ melakukan perbuatan maksiat tersebut supaya terjauh dari dosa bersubahat?,”katanya.
Tentang tuduhan meliwat 2, Sman mendakwa beliau antara orang yang ‘dekat’ dengan Anwar dalam kes tersebut.
“Dalam kes sodomi 2, saya adalah org ‘dekat’ dengan kes ini, dan saya mengetahui dengan jelas perkara ini dari sebelah ‘mangsa’.
“Saya juga mendengar sendiri penjelasan Anwar dalam perkara ini,kerana beliau tahu saya tahu isu ini.
“Akhirnya saya membuat kesimpulan saya lebih percaya kepada mangsa dari Anwar. Apatah lagi setelah isu video seks terbongkar,ianya cukup jelas menganai aktiviti sebenar Anwar. Bukana fitnah dan bukan konspirasi,”katanya lagi.
-AIDC
Subscribe to:
Posts (Atom)