Tuesday, January 29, 2013

Kantoi! Pemimpin PAS Mengaku Miliki Mahligai Mewah....



Laporan Sinar Harian, hasil kekayaan untuk membina mahligai mewah itu datangya daripada tabungan ketika berkhidmat di dalam kerajaan dan hasil penjualan dua buah rumahnya sebelum ini.

Wang simpanan isteri dan pemberian dana oleh empat orang anaknya turut digunakan untuk pembinaan itu.

Fauzi turut mengaku memang ada tunjuk perasaan oleh penduduk kawasan bagi membantah pembinaan mahligai itu. Namun beliau tidak mengendahkan bantahan itu, sebaliknya tetap meneruskan pembinaanya.

Bantahan dibuat berikutan pembinaannya terletak di kawasan riadah penduduk di situ. Lokasinya juga tidak sesuai kerana terlalu hampir dengan Masjid Negeri dan sebuah hotel terkemuka.

Yang menghairankan, Fauzi gagal untuk mendedahkan jumlah nilai kos yang digunakan untuk membina mahligai itu. Sudah tentu rakyat mahu tahu berapa jumlahnya.

Jika beliau telus dan jujur, tiada apa yang perlu dirahsiakan. Dengan hanya memberi alasan tanpa bukti kukuh sudah pasti akan mengelirukan rakyat. Rakyat tidak boleh ditipu!

Fauzi mendakwa kononnya mahligai itu baru sahaja disiapkan selepas tertangguh lama. Kenapa rumah itu hanya dapat disiapkan sepenuhnya selepas beliau menyertai PAS???

Selain itu juga, Fauzi tidak perlu lari daripada menjawab soalan berkenaan jumlah imbuhan yang diterimanya untuk berceramah. Sikap mendiamkan diri, akan menguatkan lagi dakwaan dan spekulasi kononya beliau menerima RM15,000 setiap kali berceramah.

Adakah dengan tidak menyatakan jumlah imbuhan itu bertujuan untuk tidak mengecilkan hati penceramah-penceramah yang lain? Ini kerana penceramah seperti Abby Abadi hanya mendapat sekitar RM2,500 sahaja?

Jadi, Fauzi perlu menjawab keseluruhan persoalan bagi membuktikan dirinya seorang pegawai yang bersih dari rasuah sepanjang perkhidmatan di dalam pasukan polis dan bukan penceramah mata duitan.

Rakyat juga mahu tahu, adakah wang imbuhan yang dibayar oleh PAS untuk berceramah turut digunakan untuk menyiapkan pembinaan mahligai mewah itu?

Ini kerana, umum percaya bahawa hasil wang derma dalam ceramah PAS digunakan untuk membayar penceramah?

-Shah Alam Rebels

Mat Sabu Ganti Nasharudin Sebagai Ahli Majlis Syura PAS


SETELAH pemecatan Nasharudin Mat Isa dari jawatan sebagai ahli Majlis Syura PAS semalam (bukan 13hb Januari), semakin banyak pihak tampil mendesak agar Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dilantik bagi menggantikan Nasharudin.

Sebagai makluman, perlantikan ahli Majlis Syura Ulama, mengikut perlembagaan PAS adalah selaras dengan Fasal 7 (4), seperti dinyatakan dibawah:-

Empat orang daripada ahli Majlis Syura ‘Ulamak itu hendaklah dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan empat orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan ‘Ulamak PAS Pusat dan masing-masing dua orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat dan Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat dan tidak lebih lima orang yang baki itu dipilih dan dilantik oleh Majlis Syura ‘Ulamak itu sendiri. Keahlian seseorang ahli majlis itu boleh diperbaharui oleh pihak yang memilih/ melantiknya setelah tamat tempoh tersebut.

Dari apa yang penulis diberitahu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan mencadangkan nama Mat Sabu untuk dilantik ke jawatan tersebut.

Walaupun kerusi dalam Majlis Syura Ulama PAS hanya dikhususkan untuk golongan ulama dalam parti tersebut, tapi penulis tidak melihat sebarang masalah untuk Mat Sabu dilantik ke jawatan tersebut kerana perwatakan beliau memang cukup sifat seperti seorang ulama, berkopiah dan berjubah, cuma tidak pernah berserban.

Beliau juga dikenali mampu berhujah dengan begitu baik sekali, termasuk keupayaan memetik ayat-ayat al-Quran tertentu.

Selain itu, ketokohan Mat Sabu sebagai pemimpin masyarakat sudah diketahui umum, walaupun sekarang tidak menjadi ADUN atau Ahli Parlimen. Pengalaman bertahun-tahun sebagai ahli parlimen sebelum ini telah menjadikan Mat Sabu seorang yang popular dan disenangi masyarakat.

Maka itu, sewajarnyalah beliau dilantik ke jawatan tersebut seperti mana yang telah dicadangkan oleh Anwar kepada Nik Aziz semalam.

Kedudukan Mat Sabu dalam Majlis Syura Ulama PAS juga sangat penting kerana Majlis itu perlu dibebaskan dari fahaman keagamaan yang kolot dan ketinggalan zaman. Buktinya, sebagai badan tertinggi PAS, banyak keputusan Majlis tersebut baru-baru ini yang tidak selari dengan prinsip kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Contohnya, dalam soal penggunaan kalimah Allah.

Sementara Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang sendiri sudah memberikan persetujuan untuk kalimah tersebut digunakan di dalam Bible berbahasa Melayu, Majlis Syura Ulama (dimana Hadi adalah salah seorang ahlinya), membuat keputusan bertentangan.

Seterusnya menimbulkan kekeliruan dan keraguan di kalangan penyokong Pakatan Rakyat. Bahkan, Pengerusi DAP sendiri, Karpal Singh menyifatkan keputusan Majlis Syura itu sebagai “memperjudikan undi bukan Islam terhadap Pakatan Rakyat“.

Penulis percaya, peranan yang bakal dimainkan Mat Sabu nanti dipercayai mampu memulihkan persepsi rakyat terhadap kemampuan Pakatan Rakyat menerajui negara pasca PRU ke 13 nanti.

Nasib baik bagi kita semua, ahli Majlis Syura PAS tidak dipilih secara demokrasi seperti mana Ahli Jawatankuasa Pusat, tapi perlembagaan PAS seperti dinyatakan di atas, selain sokongan penuh Mursyidul Am. Dengan hubungan erat antara Anwar dan Nik Aziz kebelakangan ini, penulis percaya, Mat Sabu akan di lantik ke jawatan tersebut.

Kalau Nik Aziz boleh memecat Nasharudin setelah mendapat nasihat Anwar, kenapa Mat Sabu tidak boleh dilantik bagi menggantikannya? Logik mudah.

Penulis berharap dengan kehadiran Mat Sabu, Majlis Syura Ulama PAS selepas ini mampu bertindak lebih baik lagi dalam meningkatkan martabat Pakatan Rakyat dan PAS sendiri di mata masyarakat.

Info dari blogger Pakatan Haram : Suara Pakatan Rakyat

Ketua Menteri Sarawak Letak jawatan?


Desas-desus di Sarawak bertiup kencang mengenai kemungkinan Ketua Menteri negeri itu Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan meletakkan jawatan sejurus sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Taib dikatakan telah bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira dua minggu lalu untuk membincangkan perkara itu. Beliau menerajui Sarawak hampir tiga dekad.

Menurut sumber, pengganti Taib adalah Timbalan Ketua Menteri Alfred Jabu.

Taib dilantik menjadi Ketua Menteri pada 26 Mac 1981 dan memegang rekod pemimpin negeri paling lama di Malaysia.

Keputusan Taib itu dikatakan akan membolehkan SUPP memulihkan sokongan dikalangan pengundi Cina di Stampin, Bandar Kuching, Sarikei, Lanang, Sibu and Miri serta menawan semula bandar Kuching and Sibu daripada DAP.

Abby Abadi Janda Bermasalah...?


Nik Aziz, kata wanita kena cerai sebab bermasalah... mungkin gurauan manja Nik Aziz ini ditujukan juga kepada Abby Abadi kot :)

Kenyataan itu dibuat ketika mempertahankan pendirian Pas berhubung pemecatan terhadap bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sekaligus dilucutkan sebagai anggota Majlis Syura.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan semua wanita yang menjadi janda akibat diceraikan suami semuanya dikalangan golongan wanita yang bermasalah.

“Saya tidak suka sebut keburukan orang lain. Awak fikir sendiri mana boleh seorang suami ceraikan isterinya kalau tidak ada masalah.

Ok... betulah tu kot.... Mengikut apa yang dikatakan oleh Nik Aziz... Abby Abadi ni memang janda bermasalah... Aku pun tak tau apa masalah janda ni....


Tweet Abby : "Kami 'Cybertrooper Allah'...

Kalau ye pun nak berdakwah... agak-agak la sikit.... Kata 'Cybertrooper Allah' Tapi bulu kening bercukur! Apa celop toq!

Ce citer ce citer... pasal bulu kening ni.. teringat balik kes Abby kena perli di twitter dengan gelaran 'Ustazah cukur bulu kening'.

Semuanya berpunca dari kenyataan Abby dalam twitternya yang menyifatkan teguran terhadap dirinya kerana mencukur bulu kening itu sebagai satu lawak jenaka.


Tidak ada yang kelakar atau lawak jika perkara yang ditegur itu melibatkan soal hukum Allah. Lagi-lagi hal yang melibatkan perbuatan mengubah ciptaan Allah yang maha sempurna.

Mejoriti ulamak berpendapat, hukum mencabut atau mengcukur bulu kening adalah haram. Tapa tak tahulah pula kalau ada ulama-ulama dalam parti Islam Pas yang disertai Abby itu ada mengeluarkan fatwa yang berlainan.

Rasulullah SAW bersabda, "Allah melaknat wanita yang mencukur atau mencabut bulu kening atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya, wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Itu perbuatan mengubah ciptaan Allah". (Hadith Riwayat Muslim)

Diharap selepas ini Abby pergi berjumpa dengan pakar bulu, dan bertanya bagaimana hendak menumbuhkan kembali bulu kening yang telah dicukur sejak sekian lama sejak bergelar artis. Bukan apa, takut nanti bulu kening yang dicukur itu segan nak tumbuh semula.

Ke Mana Haluan Nasharudin Selepas Ini?


Meneliti perkembangan terbaru Nasharudin Mat Isa – selepas dipecat keahlian dalam Majlis Syura Ulama PAS dan tidak disenaraikan bertanding dalam PRU 13, timbul persoalan : Ke mana haluan bekas Timbalan Presiden PAS itu.

Adakah beliau akan terus kekal jadi beg tinju dalam PAS atau mengambil keputusan meninggalkan parti tersebut?

Mengenali Nasharudin yang sentiasa memegang prinsip, beliau tidak mungkin keluar parti dan perkara ini sudah ditegaskan ahli parlimen Bachok sebelum ini ketika desas desus beliau akan dipecat dari parti
ekoran kenyataan-kenyataannya yang tidak menyenangkan sekutu PAS iaitu DAP dan PKR.

Nasharudin tidak mungkin meninggalkan parti dan tidak mungkin menyertai UMNO –itu ramalan yang selamat.

Namun siapa tahu kemungkinan beliau dipecat sebagai ahli PAS pula selepas ini.

Hubungan baik beliau dengan pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh diertikan bahawa beliau akan menyertai UMNO kerana pembabitannya tiada kaitan politik sebaliknya dalam konteks agama dan perpaduan.

Buat sementara, beliau pasti memilih kekal dalam PAS walaupun ada kemungkinan parti tidak akan memandangnya walaupun dengan sebelah mata.

Kekal dalam parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu bermakna beliau akan terus jadi modal kritikan pemimpin tertentu PAS yang dikenali geng Anwarinas kerana condong memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apatah lagi Nasharudin sudah menegas bahawa perjuangan mendaulatkan Islam akan diteruskan dan beliau akan terus memberikan sumbangan terbaik kepada mana-mana pihak yang mengutamakan perkara itu.

Namun bagai pepatah, jika takut di lambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Beliau tentu tidak hairan segala kecaman daripada mereka yang dulunya menganggap beliau rakan seperjuangan kerana Nasharudin lebih bermaruah daripada mereka.

Seandainya Nasharudin terus dengan kritikan dan teguran ikhlas terhadap parti, PAS tiada pilihan lain kecuali memecat keahliannya.

Gambaran tindakan itu sudah terbayang dalam benak fikiran bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang menghadapi nasib hampir sama dengan Nasharudin.

Malah Presiden Jalur Tiga (JATI)itu menyifatkan pemecatan ahli Majlis Syura Ulama, Nasharudin Mat Isa sebagai tidak memeranjatkan.

Kata beliau, tanda-tanda pemecatan tersebut jelas ditunjukkan oleh PAS sejak dari awal kelantangan Nasharudin menegur parti itu dan yang terbaru sekali lagi melihat keterlibatan bekas Timbalan Presiden PAS itu dengan program kerajaan.

"Sejak dari awal lagi tanda-tanda ke arah itu telah kelihatan dengan jelas. Ustaz Nasharudin dilabelkan sebagai pro-kerajaan perpaduan yang akhirnya dilabelkan pula sebagai pro-umno apabila beliau dilihat
mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib bertemu dengan para ulama di Mekah dan yang terakhir ke bumi Palestin.

"Nasharudin juga tidak disenangi oleh rakan-rakan Pakatan Rakyat dan pimpinan parasit parti apabila beliau secara terbuka menghentam pengerusi parti DAP, Karpal Singh yang bertindak menghina Islam
sehingga beliau telah mencadangkan supaya PAS mengkaji semula kedudukan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut Hasan berkata keputusan Majlis Syura ini menjadikan parasit parti dan Anwarinas yang telah lama mencari peluang menjatuhkan Nasharudin dapat menarik nafas panjang kerana selama ini
cita-cita mereka dihalang oleh kedudukan Nasharudin dalam badan itu.

Malah kata beliau, kedudukan Nasharudin kini yang hanya kekal sebagai ahli PAS bakal menjadikannya menerima nasib yang sama seperti Hasan sendiri, iaitu dipecat dari parti.

"Saya yakin selepas ini Ustaz Nasharudin akan menerima nasib yang sama seperti saya iaitu dipecat daripada menjadi ahli PAS.

"Kedudukan Ustaz Nasharudin kini lebih lemah dari kedudukan saya ketika dipecat kerana beliau merupakan ahli biasa parti sementara saya sewaktu dipecat adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ahli Lujnah Politik dan mewakili PAS dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor,"ujarnya.

Jika jodoh Nasharudin dengan PAS sudah berakhir bab kata Mursyidul Am PAS, suami isteri pun boleh bercerai..siapa agaknya pilihan hati Nasharudin?

Ambil kira kenyataannya bahawa beliau akan terus memberikan sumbangan terbaik kepada mana-mana pihak yang mendaulatkan Islam, tidak mustahil Nasharudin akan menyertai JATI pimpinan Dr Hasan.

Lagipun, Dr Hasan dan Nasharudin memang rapat sejak dahulu malah ketika parti memecatnya dan kerajaan Selangor mengugurkan jawatan Exco, Nasharudin hadir di rumah Dr Hasan menyatakan sokongan peribadi.

Tentu menarik melihat kerjasama mereka berdua khususnya untuk memartabatkan Islam.

Lagipun, sudah ramai pemimpin dan penyokong PAS bersama-sama Dr Hasan dalam JATI.

Cuma mungkin yang tidak lena tidur kelak adalah pemimpin-pemimpin PAS kerana Dr Hasan dan Nasharudin yang dulu kawan kini bakal jadi lawan.

-Agendadaily