Wednesday, February 6, 2013

Nik Aziz Akan Lafazkan Cerai Talak 3 Selepas Melihat Gambar Terbaru Ust Nasharuddin Di BH





Inilah kerja puak PAS... hari ni kawin esok cerai, lepastu kawin balik... bila dah tak nak pakai... cerai balik!

Terdahulu Nik Aziz kata, "Soal surat sampai ke tidak, ia nombor dua. Yang penting ijab dan kabul sudah berlaku. Lafaz cerai pun sudah. Walaupun surat cerai tidak sampai, daripada segi hukum dan adatnya cerai tetap berlaku dan sah".


Lepas tu Hadi rujuk Nasha... Kenyataan Hadi, "Nasha masih ahli. Orang bercerai pun, bercerai talak satu, talak dua, talak tiga.

"Itu terpulang kepada penilaian kita. Tak berhak kita dedahkan kepada orang penilaian kita sendiri. Bahkan dalam sejarah Pas bukan kali pertama kita pecat".

Mungkin selepas Nik Aziz melihat gaya terbaru Ust Nasha ini, sudah pasti Ust Nasha akan terima lafaz cerai talak tiga pulak da.....

Gambar- AHLI Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa menjawab soalan yang dikemukakan pembaca BH Online menerusi program lintas langsung di salah satu pusat perubatan swasta Kuala Lumpur. - Foto BH Online.

Lawak betul politik PAS ni KAH KAH KAH!

Tuesday, February 5, 2013

Isu PSY: Guan Eng Memang Saja Cari Pasal


Politik-politik juga... tapi tindakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng cuba provok orang ramai supaya datang ke Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN Pulau Pinang minggu depan dengan baju Bersih macam nak cari gaduh saja.

Boleh faham memang Guan Eng cemburu habis apabila dengar BN Pulau Pinang mahu bawa penyanyi k-pop terkenal Korea Selatan Psy sebagai penyeri acara tersebut.

Ini kerana memang boleh jangka orang muda terutamanya kaum Tionghua akan datang beramai-ramai, sebab la ni memang musim demam 'Oppa Gangnam Style'.

Sebab itu dari segi logiknya, Guan Eng tahu, beliau tidak boleh halang orang ramai hendak datang, sebab itu dia cuba provok dengan minta orang ramai pakai warna kuning melambangkan Bersih, merah untuk Pulau Pinang dan hijau untuk alam sekitar.

Nampak sangat hati dengki pemimpin DAP ini.

Guan Eng dipetik berkata "Pulau Pinang mendahului sekali lagi dengan kedatangan Psy ke Malaysia. Kita boleh kata bahawa kali pertama Psy datang ke Malaysia, beliau datang ke Pulau Pinang,".

Dengan nada menyindir Guan Eng menjemput orang ramai ke majlis tersebut kerana "makan-minum serta hiburan percuma,".

Sebelum ini, BN Pulau Pinang menjangkakan kehadiran lebih 60 ribu penonton di padang sekolah Han Chiang tempat di mana majlis tersebut diadakan pada 11 Febuari nanti.

Lebih menarik lagi, pemilihan lokasi tersebut iaitu padang sekolah Han Chiang yang menjadi simbolik kepada kemenangan DAP pada Pilihan Raya 2008 lalu.

Padang sekolah Han Chiang adalah tempat perhimpunan terbesar DAP dan sekutunya semasa kempen Pilihan Raya 2008.

Strategis BN dipercayai menggunakan pakai pepatah lama Cina "di mana kamu jatuh, di situ kamu bangun semula" ketika membuat keputusan untuk mengadakan Sambutan Tahun Baru Cina di padang sekolah persendirian Cina tersebut.

DAP sebelum ini menciplak musik 'Oppa Gangnam Style' untuk buat video komedi memburukkan Malaysia. Video tersebut ditayangkan sebahagiannya ketika Kongres Nasional DAP Disember lalu.

-Agendadaily

80 Ahli PAS Marang Minta Masuk UMNO


Tertarik dengan program transformasi dan program membantu rakyat yang digarap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sekumpulan penyokong tegar PAS dari Kampung Jerong Seberang dan Kampung Bukit Cempedak di Marang tekad menyertai Umno.

Ramli Abdullah, 53, mewakili 80 bekas penyokong PAS itu, berkata mereka menyertai Umno kerana tertarik dengan program transformasi yang dirancang kerajaan bagi membantu rakyat terutama golongan miskin serta penduduk kampung.

Katanya program transformasi yang diwujudkan kerajaan benar-benar bertujuan membantu semua golongan terutama rakyat berpendapatan rendah selain memberi tumpuan kepada kemajuan negara.

"Kami selama lebih 30 tahun menjadi pengikut PAS, tidak ada apa-apa pembangunan yang disediakan di kampung kami, malah keadaan kami semakin terpencil dan terasing," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said pada majlis Selamat Tinggal PAS, BN Di Hatiku, di kediamannya, Seri Iman, di sini hari ini.

Pada majlis itu, 80 pengikut dan penyokong setia PAS dari kedua-dua kampung berkenaan berikrar memberi sokongan penuh kepada Umno serta menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

Sementara itu seorang lagi bekas penyokong PAS Mohd Zulfadli Zakaria, 28, dari Kampung Bukit Cempedak, berkata beliau sedih kerana selama menjadi pengikut setia PAS, tiada apa yang disumbangkan parti pembangkang itu bagi kemajuan kampungnya.

"Mereka (PAS) tidak menghirau langsung penduduk Kampung Bukit Cempedak. Remaja dan belia di kampung kami terumbang-ambing tidak ada bimbingan, tidak ada program yang dirangka bagi kemajuan kami.

"Kami berharap setelah menyertai Umno, kami akan menubuhkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung bagi kemajuan kampung kami setanding dengan kampung lain," katanya yang mewakili orang muda kampung berkenaan.

Ketika berucap pada majlis itu, Ahmad berkata sehingga ini kerajaan telah membina 300 unit rumah mampu milik di Bukit Gasing dan 500 unit lagi di Bukit Payong dalam daerah Marang.

"Jika Barisan Nasional memenangi empat kerusi DUN serta Parlimen Marang, kerajaan akan membina 1,000 unit lagi rumah selain sebuah Sekolah Agama Imtiaz yang menelan belanja antara RM50 juta ke RM60 juta di daerah itu," katanya.

Parlimen Marang dan dua DUN di bawahnya iaitu Rhu Rendang dan Bukit Payong dikuasai PAS manakala DUN Alor Limbat serta Pengkalan Berangan pula dipegang BN.

PRU-13: Aisyah Akan Di Korbankan Sebagai Calon PAS Di Negeri Sembilan


PAS tahu di Negeri Sembilan mereka tidak akan menang kerusi yang akan dipertandingkan melainkan mereka hanya dapat Paroi pada PRU12 yang lalu. Paroi akan ditawan kembali oleh BN pada PRU13 ini kerana ADUN Paroi Sdr Taufek hanya menghabiskan boreh(beras) saja semenjak di lantik sebagai ADUN Paroi.

PAS tidak sanggup mengorbankan calon-calon hebat mereka di Seremban dan mereka akan mempertaruhkan nama nama yang tidak kukuh di dalam PAS menjadi calon cantas bertanding untuk menerima kekalahan. Jika menang itu adalah perkara yang luar biasa.

Khabar terbaru yang diterima adalah penyanyi kemek Aisyah akan menjadi calon PAS di salah sebuh kerusi DUN di Negeri Sembilan, Aishah akan menjadi kambing hitam kepada PAS untuk dikorbankan pada PRU13 ini. Jika kalahpun PAS tidak berapa malu kerana calon tidak memberangsangkan.



-Cili Api Blogger

Panas! Pas Terengganu Minta Pas Pusat Jangan Jadi Boneka Pakatan Haram


Seperti yang aku katakan di posting sebelum ini tiada gunanya akar umbi bersedia mempertahankan maruah agama islam jika pemimpin PAS adalah boneka kepada DAP dalam Pakatan Haram!

Kepimpinan tertinggi parti PAS seolah-olah tidak mengambil berat dengan situasi semasa apabila mereka hanya berdiam diri dan membenarkan rakan sekutunya iaitu DAP mempertikai Islam dan ajarannya.

Sekiranya DAP dan PKR masih tidak memahami perjuangan PAS maka adalah wajar untuk parti itu meninggalkan Pakatan Haram.

Bernama - Demi maruah agama Islam, penyokong Pas Kuala Terengganu mahu pemimpin mereka di peringkat pusat menyatakan pendirian tegas berhubung isu penggunaan kalimah Allah yang masih dibangkitkan DAP.

Sekumpulan 20 orang yang mendakwa mewakili para penyokong Pas Kuala Terengganu mengadakan demonstrasi aman di hadapan Masjid Tengku Tengah Zaharah di Kuala Ibai di sini sebagai menuntut pendirian itu.

Mereka membawa sepanduk dan melaungkan AllahhuAkbar serta mendesak pemimpin Pas supaya tidak tunduk terhadap desakan pengerusi DAP Karpal Singh dan setiausaha agungnya Lim Guan Eng yang mereka anggap sewenang-wenangnya memperkotak-katik isu kalimah Allah demi tujuan politik.

Wakil kumpulan berkenaan, Zamri Yaacob, 42 tahun, turut mendesak supaya kepimpinan Pas menyatakan apa hukum dalam Islam jika anggota PAS membantu DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Kami sebagai anggota Pas meminta kepimpinan Pas tegas dengan pendirian dan sebaiknya keluarlah dari Pakatan Rakyat (PR) kerana ia merosakkan bangsa Melayu dan kesucian Islam," katanya kepada pemberita.