Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan tiada unsur rasuah melibatkan anggotanya berhubung beberapa isu rasuah di Sungai Buloh.
Katanya, laporan daripada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard JIPS Bukit Aman turut memaklumkan tiada sebarang unsur salah guna kuasa dan rasuah di kalangan pegawai dan anggota.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam bagi membantu siasatan berhubung memorandum mengenai pendedahan mengenai aktiviti judi haram di Ampang.
Selepas seorang bapa membenarkan anak lelakinya berusia sembilan tahun memandu Proton Saga di Kampung Bongek, Rembau, tular pula insiden sama apabila menyaksikan seorang kanak-kanak memandu sebuah treler.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, hasil semakan pihaknya mendapati kejadian berkenaan berlaku di Rantau, Negeri sembilan.
ISU AIR SELANGOR : Selepas beberapa tahun lalu videonya bertuala mandi di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor tular di laman sosial, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos 'buat hal' lagi.
Krisis Air Selangor: Tan Sri Datuk Seri Haji Noh bin Omar memberi amaran kepada MB Selangor, YAB Dato' Seri Amirudin Bin Shari supaya bertangungjawab dengan krisis air yang berlaku di Selangor.
Pergerakan Wira PUTRA Malaysia membuat laporan ke SPRM berkenaan pendedahan dokumen viral Akaun Bank antarabangsa dengan transaksi duit jutaan USD yang melibatkan YB DS Mohamed Azmin Ali.
Kemelut Ladang Haram Durian King Raub Pahang, Veteran Tentera Buat Laporan P0L1S serta serah memorandum kepada kepada Pejabat Tanah Daerah Raub untuk disampaikan kepada Menteri Besar Pahang!
Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay memberi amaran kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang mengambil kesempatan membuka perniagaan sehingga mengenepikan peluang rakyat tempatan berbuat demikian.
Beliau berkata demikian dalam program Bicara Semasa bersama Jabatan Penerangan Johor yang disiarkan secara langsung di Facebook.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata akan memberi komitmen kepada Kerajaan PN untuk melaksanakan Agenda Bumiputera sebagai agenda nasional menerusi Majlis Kemakmuran Bumiputera yang dipengerusikan oleh beliau sendiri.
Muhyiddin berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya semalam.
Pemandu kereta jenis Toyota Camry yang terlibat dalam kes langgar lari membabitkan sebuah motosikal di Kilometer 56.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ditahan reman empat hari mulai hari ini.
FAKTA SEJARAH - Henti Putar Belit Fakta K0munis Adalah Pejuang Kemerdekaan
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tindakan itu bukan saja menyalahi fakta, malah memperlekehkan mereka yang terkorban ketika berjuang menuntut kemerdekaan.
Tuan Guru Haji Hadi membayangkan Parti Amanah tiada sokogan rakyat, sekadar 'gah" menjadi boneka DAP! Hadi berkata di sidang Media Presiden berhubung Isu Semasa Perikatan Nasional dan PRN Sabah.
Mahathir kepanasan Mukhriz Akui Anaknya Ditahan Polis Langgar PKPP! Terpaksa Turun Kempen PRK Slim!
MEERA ALYANNA MUKHRIZ
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesahkan anak perempuan dan menantunya antara 29 individu yang ditahan di sebuah pub kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Sabtu lalu.
Menurut beliau, kedua-dua mereka dikenakan kompaun RM1,000 dan telah pun menjelaskan bayaran berkenaan mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.
"Memang benar bahawa anak dan menantu saya telah dibawa ke balai bersama 27 yang lain atas kesalahan melanggar arahan PKPP.
Berucap di pentas Ceramah Umum PRK Slim , YB Khairy Jamaluddin mengingatkan kepada pengundi Slim agar yang jangan lupa pengalaman pahit selama 22 bulan PH memerentah!
YB KJ bermula pagi Ride basikal dari KL ke Slim. Sebelah petang YB KJ ke PDM Felda Besout 2 dan PDM Changkat Sulaiman untuk membantu kempen calon BN, Mohd. Zaidi Aziz dalam PRK Slim.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos mempersoalkan kewajaran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merampas mesin jahit milik peniaga di Sungai Buloh.
Gambar rampasan mesin jahit oleh beberapa anggota penguat kuasa MBSA itu tular di media sosial semalam. Baca lagi>>>
Asri Janggut menyifatkan penahanan penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai kemenangan buat rakyat.
Pengasas Hot Burger, Mohd Asri Hamid atau dikenali sebagai Asri Janggut berkata, ada sesuatu yang baik menanti warga Sungai Buloh selepas pusat perjudian kini akhirnya ditutup.
“Ini adalah satu kemenangan untuk rakyat. InsyaAllah, Allah sedang menurunkan sesuatu yang baik untuk kita. Tunggu hikmahnya,” katanya ketika ditemui selepas memberi keterangan di Bukit Aman, hari ini. Baca lagi >>>
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiga lagi penguat kuasa direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh, Selangor.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Wira Abdul Halim bermula hari ini sehingga 19 Ogos depan.
Menurut sumber, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 40 hingga 43 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM antara jam 1 hingga 2 petang semalam selepas hadir memberi keterangan.
Ini menjadikan tujuh orang penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kini ditahan berkaitan kes menerima suapan bagi melindungi perniagaan haram di Sungai Buloh. Baca lagi >>>
”Saya dan keluarga cuba berbincang untuk memberi tempoh sehingga jam 3 petang kerana kontena yang dijadikan kedai makan itu dalam proses untuk dipindahkan tambahan sudah ada yang ingin membelinya namun gagal sebelum disita MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) semalam,” kata pemilik kedai makan Plonxbox, Muhammad Afifi Zaidi, 34.
Muhammad Afifi berkata, dia memulakan kedai makan itu sejak 2015 bermula dengan hanya khemah bagi menampung pendapatan kilang percetakan milik keluarganya ketika itu yang makin kurang menjana pendapatan. Baca lagi >>>
Tular di laman sosial penyokong Tun Dr Mahathir “CHE DET Supporters” mengaitkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin (KJ) hadir pada majlis pengumuman calon oleh Tun Dr Mahathir di Slim River.
Perbuatan tersebut adalah satu fitnah terdesak daripada mereka. Ini adalah salah satu langkah menanguk di air keruh bagi mencemarkan nama baik KJ, tapi tindakan tak jadi tersebut dapat dikesan. Baca lagi>>>
Amokkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang melancarkan gerakan operasi besar-besaran di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh pada Rabu, susulan video tular yang dikongsikan oleh Asri Janggut baru-baru ini, mengundang keluhan dan rungutan para peniaga yang menyifatkannya sebagai ‘membalas dendam’.
Luahan seorang pemilik kilang percetakan, Zaidi Abdul Jalil, 56, berkata, MBSA seharusnya memberi tempoh sekurang-kurangnya seminggu.
“Sejak dua tiga hari hari ini (operasi) terlalu drastik. Cara dia (MBSA) bergerak ini seperti ‘membalas dendam’, bila orang mengadu, dia bertindak balas. Baca lagi>>>
Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid hari ini tampil memohon maaf di atas keterlanjuran beliau sebelum ini yang mendakwa kebanyakan mereka yang menyertai polis dan tentera tidak menjaga solat.
Permohonan tersebut dibuat susulan rakaman video sidang medianya yang mendapat pelbagai respons daripada warganet yang menyatakan bahawa ia suatu tindakan tidak berasas dan satu bentuk fitnah.
Isu pihak berkuasa yang berat sebelah dan melindungi premis perniagaan tanpa lesen menjadi perbualan hangat pada minggu ini.
Antara yang paling mendapat liputan tentunya dakwaan seorang pemilik rangkaian burger, Asri Janggut sehingga dia bertemu dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Isnin
EXCO kerajaan negeri Melaka itu menyifatkan situasi itu sebagai ‘barah’ sehingga wujud perpecahan dalam kalangan pemimpin yang telah lama menyumbang tenaga dan kewangan.
“Dengan itu kami menganggap keputusan untuk melepaskan jawatan secara serta-merta adalah tepat,” katanya. Baca lagi>>>
Tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil ke atas pegawai atau anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melindungi aktiviti perjudian dan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, jika didapati terlibat, mereka akan dibawa kepada Jawatankuasa Disiplin PDRM untuk tindakan selanjutnya.
Terdahulu, Hamzah mengadakan pertemuan dengan Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Asri Janggut' bagi mengetahui pendedahan yang ditularkan lelaki itu berhubung aktiviti perjudian dan perniagaan haram di Sungai Buloh, baru-baru ini. Baca lagi >>>
Demikian luahan pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, yang mengakui tidak berniat mencetuskan kontroversi sehingga tular di media sosial.
Menurut Mohd Asri, apa yang dilakukannya itu hanya bertujuan untuk membuka mata semua pihak mengenai aktiviti perjudian yang berlaku di kawasan Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh yang tidak diambil perhatian walaupun banyak laporan polis sudah dibuat.
Baru-baru ini negara digemparkan dengan pendedahan ‘berani mati’ oleh Pengasas Hot Burger, Mohd Asri Hamid (Asri Janggut) berhubung kewujudan kegiatan judi haram dan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh pada Sabtu.
Justeru itu Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berasa kebimbangan keatas tindakan Asri Janggut yang mendedahkan lokasi-lokasi kedai perjudi haram di sekitar Sungai Buluh. Baca lagi>>>
“Sepatutnya polis ucap terima kasih kepada saya," demikian ujar Pengasas Hot Burger, Mohd Asri Hamid, 42, berhubung pendedahan beraninya mengenai kewujudan kegiatan judi dan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh di sini semalam.
Mohd Asri bagaimanapun berkata, perkara sebaliknya berlaku apabila anggota polis membuat laporan terhadap dirinya dengan mendakwa pendedahan itu sebagai tohmahan.
Berita penuh respon Asri Janggut kepada KPD Sungai Buluh Baca lagi>>>
Seorang lelaki yang merupakan pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia mendakwa terdapat kegiatan premis perjudian serta penjualan rokok seludup yang dijual seperti tiada pemantauan daripada pihak berkuasa di kawasan Sungai Buloh.
Dalam dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung oleh pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia itu turut mendakwa premis perniagaan diusahakan warga Aceh 'kebal' kerana tidak dikenakan tindakan atas kesalahan menjual rokok seludup.
Selain itu, video yang dirakam menerusi tinjauan semasa menaiki kereta itu juga mendakwa pihak berkuasa menutup mata kerana ada yang menerima habuan daripada tauke kedai mesin judi.
Kedua-kedua video berkenaan kini mendapat lebih empat juta tontonan dan lebih 67,000 perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata- rata mengakui kawasan Sungai Buloh menjadi lubuk kepada aktiviti haram berkenaan.
Mereka mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menubuhkan sebuah parti baharu dinamakan Parti Bersatu Rakyat Malaysia (PBRM) pada petang ini.
Satu majlis pengumuman bagi penubuhan parti baharu itu oleh kem Dr Mahathir bersama enam lagi pemimpin Bersatu yang dipecat difahamkan akan diadakan di sebuah hotel di Bangsar pada jam 4.30 petang nanti, kata sumber. Baca lagi >>>
Move on mudah sahaja pengertiannya. Tidak berbelit nak faham.. Pandang dan gerak kedepan. Itu sahaja.
2. BIla KJ sebut pandang dan gerak kedepan dengan menggunakan perkataan move on. Kenapa jadi isu dan perdebatan? dan kecam mengecam antara dua generasi dalam UMNO.
3. Adakah KJ tidak bercakap benar akan perihal Najib Razak sudah didapati salah dalam kes DPP vs Najib Razak dalam wang SRC? Benarkan. Najib Razak sudah didapati salah dengan dijatuhkan hukuman penjara yang di kumpulkan selama 12 tahun.
4. Dalam kehidupan kita, berbagai perkara terjadi hingga menjejaskan kehidupan kita. Kita dibuang kerja, kita kehilangan orang tersayang. Tiba-tiba kita hilang punca menghadapi kehidupan seterusnya. Baca lagi >>>
Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin tidak kisah dikecam, namun mesej yang beliau sampaikan itu tidak seharusnya dinafikan. UMNO harus ‘move on’, katanya.
Tegas Khairy , masih ada yang mahu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kembali menjadi Presiden UMNO, walaupun beliau sudah didapati bersalah di mahkamah.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, keadaan itu berbeza dengan pendapat sebahagian besar rakyat, termasuk akar umbi UMNO sendiri yang mahu melihat parti itu terus bergerak ke hadapan.
Justeru, beliau kecewa kerana dikritik oleh beberapa pemimpin kanan UMNO sendiri apabila lantang menyuarakan pandangan berkenaan.
“Saya cakap benda yang menjadi rahsia terbuka sekarang ini. Masih ada yang berharap Datuk Seri Najib kembali sebagai Presiden UMNO. Ini yang saya maksudkan.
Mereka tak nak cakap benda ini, tapi saya terpaksa cakap. Bagi saya, kita perlu bergerak ke hadapan. Cari generasi baharu untuk memimpin UMNO.
“Sekarang ini presiden masih lagi ada, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Tak ada masalah sebab kes beliau masih dalam perbicaraan… tidak ada keputusan apa-apa lagi dari mahkamah.
Tetapi kita mesti melihat selepas itu siapa? Apakah barisan kepimpinan baharu? Yang sebenarnya yang dikehendaki rakyat juga,” baca lagi>>>