Pehal Shamsul Iskandar pulak yang lebih lebih ni?
Mengalahkan Pemuda PAS pulak?
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dinasihat doktor berehat di wad memandangkan kepenatan melaksana tugas harian.
Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Menteri Besar dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian tengahari semalam selepas mengadu sakit perut.
Bila cerita sakit perut ni... Aku teringat lagi masa khutbah AidilAdha 2009, di atas mimbar masjid Nik Aziz secara tegas menyarankan para jemaah mendoakan kecelakaan ke atas Dato’ Seri Najib dan pemimpin UMNO berkait isu royalti minyak Kelantan.
Manakala pada 04 Disember 2009 pula, Nik Aziz sekali lagi secara terbuka telah menyatakan hasratnya untuk memohon kehadrat Illahi supaya dipecahkan perut Najib selagi tidak diberikan royalti minyak tersebut.
“Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu,” kata Mursyidul Am PAS dengan sorak para penyokongnya.
Tapi orang Umno tak lah sejahat mulut Nik Aziz... Sampai hendak mendoakan dia supaya pecah perut pulak... Marilah kita bersama sama mendoakan kesejahteraan Nik Aziz supaya cepat sembuh dan biarlah Allah memberi sebaik-baik petunjuk agar mengetahui segala kebenaran yang sebenarnya kepada beliau...