Betul seperti yang diduga...rupanya ramai sekali yang ternanti-nanti nak tahu apa ceritanya kes video seks yang pernah hangat tidak lama dulu ekoran pendedahan yang dibuat oleh trio Datuk T.
Agendadaily, sepanjang Rabu menerima banyak panggilan dari kalangan pembaca yang menyuarakan pandangan bahawa Ketua Umum PKR itu harus berani membuat perhitungan menyelesaikan secara rasmi isu dakwaan itu di mahkamah.
Kesimpulan sama juga diperolehi menerusi satu tinjauan rambang di kalangan aktivis politik yang merasa isu moral Anwar belum selesai lagi dengan keputusan kes liwat pagi Isnin.
Bagi mereka cakap kosong saja dan menafikan lelaki yang didakwa miripnya dalam video itu menerusi kenyataan dan ceramah tidak akan sampai ke mana.
Reaksi ini ekoran berita utama laman ini : Siapa yang kata BN tertekan ?...Jangan lupa kes video seks 99.9 % tulen 'masih ON' .
"Kalau berani mahkamah adalah tempatnya untuk buat kata pemutus.Kes ini tidak harus dibiarkan berlalu tanpa satu jawapan pasti.
"Anwar sendiri tentu tidak selesa jika isu ini terus menghantui imejnya," kata Azmi Shahrom dari Ipoh.
Apapun dia harian mengapa Anwar tidak menyaman Datuk Sharzly Eskay Abdullah atau ' sentuh' beliau langsung sepanjang isu itu hangat dulu.
Katanya dia juga tidak sabar menunggu bila kes dakwaan Anwar bagi maklumat palsu dalam laporan polis mengenai isu itu nak naik mahkamah.
"Tak kira apa sekalipun...biar isu itu diselesaikan di mahkamah," kata Azmi.
Seorang lagi, Razak Hamzah dari Shah Alam mempersoalkan catatan Anwar dari Mumbai Selasa yang berkata beliau tidak cenderung untuk merintih kisah derita silam malah sedia memaafkan.
Katanya sepatutnya setakat ini tidak timbul soal maaf memaafkan kerana isu moral Anwar belum selesai.
"Soal fitnah atau tidak masih samar-samar memandangkan pembebasannya dari kes liwat kerana soal teknikal tak cukup bukti,"katanya.
Dia tidak mahu Anwar buat-buat lupa bahawa isu video seks masih belum beres.
"Dia boleh cakap sapa saja tapi isu video itu terus segar dalam ingatan saya dan ramai rakan-rakan saya,"kata Razak.
Katanya apa yang Anwar perlu gentar kerana dari penghakiman kes liwat sudah terbukti mahkamah Malaysia bebas.
"Saya sendiri terkejut dengan penghakiman...ini kerana semua orang ingat dia pasti kena,"ujarnya.
Dia juga berpendapat perbicaraan isu video seks itu segera akan menamatkan dengan cepat episod dakwaan seks dalam politik negara ini.
" Saya ada baca kenyataan-kenyataan banyak pemimpin pembangkang tidak mahu isu seks dijadikan mainan politik.Bagi saya tak kira apa sekalipun jika ada dakwaan timbul ia harus diselesaikan menerusi jalan mahkamah.
"Isu skandal seks ini sama macam jenayah biasa rasuah,penyelewengan dan sebagainya.Mereka tidak boleh kata jangan pedulikan langsung dakwaan itu.Mana boleh...apa kata ia benar-benar berlaku,banyak cantik nak tolak begitu saja,"katanya.
Dia tidak mahu pembangkang bersikap hipokrit dalam soal ini.Katanya jika pembangkang sendiri dapat bukti pendedahan skandal seks melibatkan mana-mana pemimpin kerajaan tentu mereka juga ' riuh sakan'.
"Asyik-asyik kata gutter politics...kalau kena batang hidup pemimpin pembangkang.Saya berani gerenti kalau mereka dapat video skandal mana-mana pemimpin BN mereka akan jaja pusing keliling satu negara,"katanya.
Khairul Nayan dari Nilai juga berkata imej Anwar tidak bersih selagi dakwaan skandal video seks itu belum beres.
"Macam mana dia nak kata semua OK....hello ini hal macam mana?"ujarnya sambil mengakui dirinya sendiri merasa curiga melihat gelagat Anwar dan pemimpin pembangkang yang tidak berani nak minta siasatan terbuka keatas dakwaan itu.
Biasanya kalau ada apa saja libatkan pemiimpin kerajaan merekalah yang terkinja-kinja desak suruhanjaya siasatan dan sebagainya.
Katanya sebaliknya dalam isu video seks ini ada yang bersikap biadap sampai masuk bikin kecoh dalam masjid nak sekat trio Datuk T bersumpah dakwa Anwar lelaki dalam video itu.
"Saya geram sampai hari ini dengan tindak tanduk budak-budak AMK PKR...apa hak mereka nak sekat orang bersumpah.Kalau Anwar berani nak nafi turunlah bersumpah...jangan bikin kecoh dalam masjid,"katanya.
Khairul berkata kini semua orang nak tengok Anwar berani atau tidak bersuara mahu kes video seks yang melibatkan dakwaan beliau buat laporan palsu dibicarakan segera di mahkamah.
"Kalau tanya saya...saya secara peribadi yakin lelaki dalam video itu adalah Anwar....itu pandangan saya...tapi kita tidak mahulah terus berperangsangka begitu berasaskan andaian ...lebih baik mahkamah putuskan ..jadi secara rasmi kita tahu benar ke tidak.
"Bagi saya Anwar sendiri patut guna mahkamah untuk bersihkan dirinya dari dakwaan yang serius itu....itupun kalau dia berani...",katanya