Wednesday, January 18, 2012

Terkini Video Adam Adli N The Geng (Mahasewel) Rempuh PWTC!


Mana Mahasewel tu tak berani turun PWTC? time tak de orang! Time orang cuti! pukul 1,2 pagi berani la dia orang buat kecoh! wooii mana! mana! bacul? Okkk! OoooK! Ooookk!!

Menurut  Sahabat Gunung difahamkan Adam Adli mengelilingi sahaja bangunan PWTC hari nie tanpa berani berhadapan dengan Pemuda UMNO yang sudah menunggu kehadirannya ....

Video URL: http://youtu.be/TEEJX2uh4jk

Kesian Mahasewel rupanya syok sendiri... klik kat sini berita terdahulu: Kerja Bodoh! Adam Adli N The Geng (Mahasewel) Bawa Pocong Di Chow Kit!

Video Sidang Media Ummi Hafilda, Azwan Ali Berdamai....

"Berkat doa ibu. Kami yang hampir tujuh tahun tidak bertegur sapa dan daripada musibah ini, 
kami berdamai. Saya bersyukur, Allah makbulkan doa ibu,"

Sayu beb, aku tengok video ni... korang layan je lah....


Ummi Hafilda Ali akan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap abangnya, Azwan berhubung ugutan bunuh yang diterima melalui mesej Twitter, Jumaat lalu.

Ummi Hafilda berkata, beliau mengambil tindakan demikian selepas Azwan memberi jaminan akan melakukan akuan bersumpah di hadapan media dan memastikan keselamatannya terjamin.

"Berkat doa ibu. Kami yang hampir tujuh tahun tidak bertegur sapa dan daripada musibah ini, kami berdamai. Saya bersyukur, Allah makbulkan doa ibu," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Azwan, di sini tengah hari ini.

Ekoran mesej berbaur ugutan menerusi laman Twitter, Azwan, yang terkenal sebagai selebriti yang sering mewujudkan kontroversi telah disiasat polis atas dakwaan mengugut mahu membunuh dan membakar Ummi Hafilda.

Difahamkan Azwan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan.

Sebelum ini, Ummi Hafilda berkata, dia menyedari ugutan dibuat abangnya itu pada minggu lalu apabila dimaklumkan anak saudaranya dan selepas mendapati ia benar sejurus membacanya sendiri. Dia membuat laporan polis pada jam 6 petang Jumaat lalu.

Dalam pada itu, akuan bersumpah yang dibaca Azwan di hadapan media antara lainnya menyebut, beliau tidak akan lagi menghina, mengeji dan mengaibkan peribadi yang mungkin membawa fitnah dasyat kepada Ummi.

"Saya melakukan akuan bersumpah ini kerana saya akui yang saya terkhilaf dan kerana bersandarkan hasil hasutan-hasutan yang tidak... sidang media ini adalah untuk jernihkan keadaan.

"Sebagai abang, dia (Ummi) bukan wanita keji. Saya mohon maaf kepada Ummi juga kerana tuntutan ibu yang tabah menghadapi dugaan kerana pergolakan anak-anak. Saya janji akan tunaikan lafaz yang dibaca mulai 17 haribulan," katanya.

Dalam pada itu, Ummi sekali lagi merayu kepada abangnya Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR supaya kembali ke pangkuan keluarga yang beliau tinggalkan semata-mata untuk berjuang demi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut merayu kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar mengembalikan abangnya yang lama tidak pulang ke rumah ibu mereka, hampir lima bulan.

"Kalau Anwar dah hitam hatinya untuk balik ke pangkal jalan, jadi saya menyeru pada kak Wan, jangan kerana suami dia, banyak keluarga berpecah-belah, adik-beradik bergaduh kerana seorang manusia.

"Sebagai seorang isteri dan ibu Kak Wan tentu faham perasaan ibu kami. Apa kak Wan rasa bila anak tak balik rumah lima bulan kerana orang lain. Siapa Anwar? Dia bukan adik beradik kami. Jadi saya merayu, please Kak Wan. Tolonglah perbetulkan keadaan," katanya.-SH

Kerja Bodoh! Adam Adli N The Geng (Mahasewel) Bawa Pocong Di Chow Kit!


Aku memohon kepada pihak PDRM tolong lah sumbatkan dia orang ni dalam lokap! tak habis-habis nak menjatuhkan maruah pelajar Mahasiswa yang lain. Apa ke bangang sangat budak-budak ni? Mat Indon kat Chow Kit pun pelik tengok perangai budak-budak ni....

Korang nak kapankan sapa tu bro?

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) kini berdemonstrasi di hadapan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Pada asalnya mereka berdemontrasi dihadapan SOGO, namun telah diubah memandangkan kehadiran anggota Polis mengawal keadaan dan keselamatan orang ramai.


Hmm.. Nak bebaskan apa lagi? kan dah bebas bawa pocong ke sana sinun...

Azwan Ali, Ummi Hafilda Berdamai ?


Dikhabarkan Azwan Ali telah memohon maaf kepada adiknya Ummi Hafilda diatas segala kekasaran dan kata-kata kesat yang sering di lemparkan kepada adiknya. Sudah pasti Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali sedang kepasan apabila mendengar khabar berita ini.

Apa-apa pun kita berharap agar Azmin Ali pulang ke pangkuan keluargannya dan melakukan seperti yang di lakukan oleh Azwan Ali sekarang ini.

Terdahulu Umi Hafilda Ali menyeru abangnya Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya kembali ke pangkuan keluarga yang beliau tinggalkan semata-mata untuk berjuang dan menjaga kepentingan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Tak salah sekiranya kita memohon maaf, buang lah ego yang ada pada diri kita... kerana ego yang menghalang kita daripada memohon maaf.

Elok lah Azwan dah sedar... Azmin bila lagi???

Azmin Ali Arah Azwan Ali Ugut Ummi Hafilda!


Terkini Azwan Ali dikatakan sudah berdamai dengan adiknya Ummi Hafilda... berita tersebut akan menyusul kemudian... Kita palam Azmin dulu!

Terdahulu Polis menahan bekas pengacara, Azwan Ali bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ugutan jenayah yang dipercayai dilakukan terhadap adiknya, Ummi Hafilda Ali pada Jumaat lalu.

Ummi Hafilda yang membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) mendakwa Azwan membuat ugutan untuk membunuh dan membakarnya melalui laman sembang Twitter, bulan lalu.

Namun, kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kerana kejadian tersebut berlaku di kediaman Ummi Hafilda di Kota Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu.

Menurutnya, susulan laporan itu, polis memanggil dan menahan Azwan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah terhadap Ummi.

Difahamkan, berdasarkan keterangan yang diambil daripada Azwan pada hari sama, beliau mendakwa ugutan itu dibuat atas arahan abangnya, Azmin Ali dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kandungan Twitter berkenaan.

Turut difahamkan, pihak polis juga telah memanggil beberapa individu lain antaranya Azmin, isteri beliau, Shamsidar Tahrin dan ibu mereka bagi membantu siasatan.

"Beliau (Azwan) dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama selepas kita berpuas hati dengan keterangan yang diberikan.

"Polis turut merampas dua buah telefon bimbit miliknya bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini malam ini.

Dalam pada itu, Ummi Hafilda dijangka akan mengadakan sidang akhbar bagi memberi penjelasan lanjut mengenai perkara ini.

Berita terdahulu: Azwan Ali Ditahan Polis Kerana Ugut Bunuh Umi Hafilda !

Mahasewel SMM Akan Berdemo Di Hadapan Sogo Tengah Hari Ini...


Dimaklumkan bahawa Puak Mahasewel SMM akan mengadakan demostrasi sebagai membantah langkah mengantung Adam Adli selama 3 Semester di UPSI, Menurut sumber dari Sahabat Gunung Mahasewel tersebut akan membuat kecoh di hadapan SOGO, KL pada jam 1.30 pm.

Sementara itu Adam Adli mahu UPSI pecat beliau terus dari Universiti tersebut.

"Saya tertanya-tanya mengapa mereka tidak singkirkan saya ... adakah kerana mereka tahu saya akan kembali dan mengulangi perkara yang sama?

"Ini satu lagi masalah, bukannya saya malas untuk belajar, tetapi sekurang-kurangnya jika saya dibuang, saya boleh cari tempat lain untuk belajar,"katanya.

So... nak buat apa lagi, SMM berdemo di depan SOGO kalau tuan punya badan dah tak berminat nak belajar di UPSI?

Hah! jelas mereka kini sudah jadi kuda tungangan Pakatan pembangkang...