Friday, April 6, 2012
Kenapa Bersih 3.0 Pilih Dataran Merdeka....
Oleh: Helmi Hanafi
Rasanya tak perlu nak berteka teki lagi….saja nak buat riuh.. saja nak buat gamat untuk tarik perhatian orang ramai kepada mereka. Itulah nampaknya akal puak-puak pembangkang apabila umum hendak buat perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka 28 April ini.
Pemilihan tempat bersejarah itu sudah mengambarkan nawaitu mereka untuk cetus provokasi. Kata orang sudah tahu tidak boleh di situ tetapi nak juga.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz sendiri awal-awal sudah kata, Dataran Merdeka TIDAK termasuk dalam kawasan yang digazet untuk mengadakan sebarang perhimpunan aman.
Jadi faham-fahamlah apa jadinya nanti apabila permintaan ditolak, mereka akan buat riuh lagi, tuduh itu ini dan bangkitkan kemarahan juga keghairahan penyokong mereka untuk ‘beraksi’.
Macam dulu juga, masa Bersih 2.0, bila Perdana Menteri umum sedia runding untuk benarkan puak-puak Bersih 2.0 buat perhimpunan awam di kawasan tertutup macam stadium.
Terus melompat berkeras hendak guna Stadium Merdeka dan apabila tidak dibenarkan, rempuh juga tidak kira apa nak jadi.
Yang peliknya, kenapa tidak buat di Stadium Shah Alam... Mudah parking, mudah orang hendak pergi, mudah pihak berkuasa kawal lalu lintas...
Lagipun kerajaan Selangor yang memerintah kini adalah kerajaan pembangkang, jadi secara simboliknya, buatlah di Selangor, duduklah, bantahlah, dari pagi sampai malam pun tak apa, kalau larat…
Kenapa mesti pilih di pusat bandar yang sibuk, yang jika diadakan bakal menyusahkan semua pihak...
Orang yang waras, peniaga, rakyat yang tidak berkepentingan sila buka mata luas-luas tengok macam mana pembangkang menyusahkan mereka.
Pembangkang bukan hendak mencari penyelesaian kepada masalah, tetapi sengaja mahu burukkan negara, burukkan imej Malaysia yang dari segi jangka panjangnya merugikan kita semua.
Mengenali Anwar Ibrahim, yang cukup hebat dalam bab berpidato ini siapa boleh tolak kemungkinan kalau beliau sudah berangan –angan nak jadikan Dataran Merdeka jadi macam Dataran Tahrir di Mesir.
Ingat balik berapa kali sudah beliau mewar-warkan tentang Arab Spring.
Orang ramai duduk berhari-hari tidak balik, rosak ekonomi, apabila pihak berkuasa hendak suraikan, jadi pertembungan, nampak pihak berkuasa zalim.
Anwar memang hendak jadi hero menerusi cara ini, sebab beliau tahu, kalau berdasarkan demokrasi ‘tenang-tenang' beliau tidak akan mimpi nak capai impian jadi Perdana Menteri.
Bukan kerana di Malaysia tidak ada demokrasi, tetapi beliau sendiri tahu beliau bakal ditolak dalam proses tersebut.
Majoriti rakyat tidak mahu PM yang ada video seks 99.9 peratus tulen, majoriti rakyat tidak mahu kerajaan yang hanya tabur janji tapi apabila gagal laksanakan salahkan kerajaan terdahulu. Majoriti rakyat tidak mahu ditadbir oleh parti yang bergabung demi kuasa, semata-mata, bukan kerana kepercayaan dan idelogi politik.
Anwar tahu itu, beliau ahli politik lama, jika benarkan proses demokrasi berlaku di Malaysia, pilihanraya berlangsung dengan aman dan lancar, beliau akan kehilangan semuanya.
Sebelum impian hendak jadi Perdana Menteri berkecai cara mudah adalah bakar hati rakyat, bangkitkan kemarahan orang muda. Tolak demokrasi, mulakan revolusi.
Itulah impian Anwar dan kuncu-kuncunya… apabila mereka memilih hendak buat kecoh di Dataran Merdeka 28 April ini
Zambry Minta Nizar Hentikan Hipokrasi
Anggota Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas diingatkan supaya menghentikan perbuatan hiprokrasi, kepura-puraan dan pendustaan berhubung projek pelaburan bijih besi oleh Vale International.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata tindakan itu boleh memberi kesan buruk terhadap pelaburan, pertumbuhan negeri dan pembangunan rakyat.
"Jika kita berusaha untuk menegakkan benang yang basah ia tidak ke mana. Lagi kita cuba 'bersilat' lagi menampakkan kelemahan sebagai pemimpin," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mohammad Nizar hari ini yang mendakwa surat bertarikh 17 Dis 2008 yang ditandatanganinya ketika menjadi menteri besar Perak bukan menandakan persetujuannya terhadap pelaksanaan projek berkenaan di Teluk Rubiah, sebaliknya bagi tujuan "public relations" (menjalin perhubungan awam) dengan pelabur.
Zambry menyifatkan alasan yang diberikan itu sebagai tidak munasabah kerana Mohammad Nizar pada ketika itu merupakan seorang menteri besar dan kandungan surat tersebut merupakan satu perkara yang serius.
"Ia satu alasan yang tidak munasabah. Beliau adalah seorang bekas menteri besar, beliau perlu tahu bahawa setiap surat yang ditulis oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah negeri adalah bukan surat 'pen pall' atau kawan biasa yang suka-suka tulis. Surat itu adalah surat berjadual dan berjilid...ini bukan surat bagi tujuan 'marketing' atau 'public relations'," katanya.
Semalam, semasa persidangan dewan, Mohammad Nizar mengakui menandatangani surat bertarikh 17 Disember 2008 itu berhubung sokongan terhadap projek pusat pengagihan bijih besi oleh Vale International dan mengakui kesahihan kandungan surat berkenaan.
Surat berkenaan telah dikelaskan semula oleh kerajaan negeri berikutan dakwaan pembangkang kononnya mereka tidak terlibat dan tidak menyokong pelaksanaan projek itu di Teluk Rubiah.
Zambry berkata kandungan surat itu yang menyebut bahawa kerajaan negeri akan memproses pemindahan tanah berkenaan dan mengubah statusnya menjadi tanah perindustrian selepas permohonan diterima oleh Jabatan Tanah dan Galian, jelas menunjukkan sokongan Muhammad Nizar terhadap projek itu.
Zambry berkata kerajaan negeri tidak akan mendedahkan semua dokumen dan surat berkaitan projek berkenaan seperti yang diminta oleh pakatan pembangkang kerana ia bukan amalan pentadbiran yang baik.
Mengenai desas desus kononnya Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham, dan Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming, kedua-duanya daripada DAP, ada berjumpa beliau untuk meminta maaf dan mengatakan mereka tidak mengetahui tentang kewujudan surat bertarikh 17 Disember 2008 itu, Zambry hanya tersenyum dan enggan mengulas lanjut.
Terdahulu, pada sidang media berasingan, Mohammad Nizar meminta kerajaan negeri mendedahkan semua dokumen berkaitan projek berkenaan. Pada Sabtu lepas, Mohammad Nizar, Ngeh dan Adun Tronoh, V. Sivakumar, menyertai 100 anggota Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak mengadakan bantahan terhadap operasi syarikat bijih besi Vale SA di Teluk Rubiah yang didakwa akan
memusnahkan alam sekitar di kawasan itu. - Bernama
Thursday, April 5, 2012
Sidang Media Azizah-Shamsidar Hanya Propaganda!
Merujuk kepada artikel yang disiarkan oleh laman pembangkang, Suara PR, Wan Azizah dikhabarkan akan mengadakan sidang media bersama dengan Shamsidar Taharin minggu depan bagi membersihkan nama masing-masing yang dikaitkan dengan kisah cinta empat segi senget antara Anwar, Azizah, Azmin dan Shamsidar.
Sebagai pemerhati politik, penulis sekadar ingin menasihat para penyokong PR agar tidak terlalu menaruh harapan yang sidang media itu akan menjadi kenyataan. Sudah terlalu banyak kali penyokong-penyokong PR dihampakan dengan adegan-adegan ‘stunt’ tak jadi oleh pemimpin-pemimpin mereka.
Bermula dari saman terhadap Chandra Muzaffar dan kini Nallakarupan yang difail tetapi tidak diserahkan, sehinggalah kepada keengganan menjelaskan ke mana hilangnya jam Omega, mengacah konon ingin bersumpah dan penubuhan kerajaan 16 September, maka penulis rasa cukup-cukuplah penyokong-penyokong PR diperdaya.
Semua pemimpin-pemimpin atasan Pakatan Rakyat tahu bahawa Wan Azizah dan Shamsidar sudah lama tidak bertegur sapa. Semua orang tahu, Wan Azizah tidak akan menghadiri program di mana Shamsidar juga menghadirinya. Sekiranya mereka terserempak, mereka akan bermasam muka. Ketegangan antara mereka sudah tidak boleh disembunyikan lagi. Itu hakikat.
Wan Azizah juga tidak begitu ‘ngam’ dengan Azmin dan cukup menyampah apabila pada suatu ketika dulu, Azmin gemar benar memakai baju yang sama dengan Anwar, suaminya.
Maka, untuk seorang penulis di Laman Suara PR cuba menipu kita dengan kisah dongeng keakraban kedua wanita ini menunjukkan betapa Pakatan Rakyat kini bagaikan lemas dalam peluru yang bertali arus sama ada ditembak musuh atau tertembak sendiri tanpa sengaja.
Jika benar Wan Azizah dan Shamsidar akan membuat sidang media bersama, kenapakah berita ini tidak datang dari kedua-dua mereka sendiri dan dilaporkan oleh media rasmi mereka? Kenapakah hanya Laman Suara PR yang menghebahkannya?
Malah mereka juga berdiam diri apabila khabar kononnya Umi Hafilda mempunyai bukti bergambar hubungan Anwar-Shamsidar dihebahkan oleh laman yang sama.
Nampak sangat ini adalah usaha terdesak PR untuk menangkis peluru yang dilontarkan Nallakarupan. Tentu sekali PR sedar, jika tiada langsung usaha untuk menjawab persoalan mengenai hubungan intim Anwar-Shamsidar atau hubungan dingin Azizah-Shamsidar maka rakyat akan melihat bahawa kisah cinta 4 segi senget lagi songsang keluarga mereka adalah benar belaka.
Perkembangan ini meletakkan PR dalam keadaan serba tak kena. Jika didiamkan maka penyokong akan mula meragui mereka, tetapi jika diberi respon maka mereka mungkin akan terjerat diri sendiri.
Kerana itu, penulis yakin, sidang media Azizah-Shamsidar tidak akan berlaku. Ia hanyalah propaganda politik sementara menunggu idea baru untuk menangkis isu.
Desakan Azmin Berundur, Rancangan Nurul Izzah Untuk Kuburkan Azmin Di Bukit Antarabangsa?
Sudah tiba masanya team Izzah pancung Azmin yang dilabelkan sebagai liabiti dalam PKR selama ini....
Walaupun situasi ini agak jarang berlaku – ahli PKR sendiri mendesak pemimpin tertinggi berundur, kita janganlah dilalaikan kononnya demokrasi yang sebenar sudah wujud dalam PKR. Kenyataan media semalam oleh beberapa ahli jawatankuasa PKR Ampang yang diketuai Ketua Penerangannya, Mohd Isa Mohd Saidi sebenarnya adalah permulaan kepada perebutan kerusi mana yang patut ditandingi dalam pilihanraya umum akan datang.
Dalam kes Mohd Isa, beliau sedang mengintai kerusi Bukit Antarabangsa yang kini diduduki Azmin.
Justeru tidak hairan kenapa Mohd Isa berani mengambil kesempatan dari pelbagai dakwaan salahguna kuasa, pemilikan saham sehingga hubungan seks antara isteri Azmin dengan Anwar Ibrahim satu ketika dahulu untuk mendesak Azmin menjelaskan situasi sebenar atau meletakkan jawatan!!
Mohd Isa tahu, inilah masa yang sesuai untuk pencalonan bagi kerusi Bukit Antarabangsa yang diidamkannya itu jatuh ke tangannya kerana maklumat menunjukkan dia telah mempromosikan dirinya sebagai bakal wakil rakyat di kawasan tersebut sejak beberapa tahun sudah.
Dengan PKR akan mengamalkan konsep satu calon untuk satu kerusi, Mohd Isa rasa dia berhak dan layak untuk bertanding disitu, tapi apabila Azmin dilantik mengetuai PKR Selangor (permulaan kepada meletakkan Azmin sebagai MB Selangor), kedudukkan Mohd Isa sudah mula tergugat. Maka itu seperti yang diterangkan di atas, Mohd Isa mengambil kesempatan dari kekecohan yang berlaku sekarang untuk kepentingan dirinya dan segelintir ahli jawatankuasa Cabang Ampang yang telah diperalatkannya.
Kita semua perlu difahamkan, pertandingan kali ini berbeza dengan 2008. Pada 2008, hanya segelintir sahaja yang menjangkakan BN akan kalah teruk, hilang beberapa negeri dan hilang majoriti 2/3 di Parlimen. Tidak terkecuali pembangkang. Sebab itu ntah siapa-siapa diangkat menjadi calon tapi akhirnya menang!
Pendek kata, dulu tak siapa hairan nak jadi calon pembangkang tapi sekarang berbunuhan pun sanggup, kalau diperlukanlah.
Jadi tidaklah mustahil untuk situasi yang tidak menyebelahi Azmin kali ini, digunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam PKR sendiri untuk menjatuhkannya. Penulis tidak hairan kalau apa yang dilakukan Cabang Ampang ini adalah satu kepada permulaan yang lebih besar. Malah telah juga disebutkan semalam, beberapa cabang lain dalam negeri Selangor juga akan mendesak Azmin berbuat perkaran yang sama.
Azmin terlupa, dia tidak boleh selamanya menjadi ‘untouchable’ dalam PKR. Dulu mungkinlah kerana kurang sangat orang yang nampak potensi PKR ini pada satu ketika akan berjaya juga membentuk kerajaan. Tapi tsunami 2008 mengubah keadaan itu.
Semut mana yang tidak tertarik kepada gula ya tak.
Penulis tahu, Azmin tidak mungkin tampil menjelaskan segala tuduhan yang telah dilemparkan kepada dia dan isterinya Shamsidar. Ambil yang mudah cukup, saham. Tak sampai 1 hari dia mencabar supaya bukti pemilikan sahamnya didedahkan, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari tampil dengan bukti tersebut.
Silap-silap, kalau dia mengulangi cabaran supaya Nalla atau Ummi mengemukakan bukti yang isterinya pernah melakukan zina dengan Anwar (dalam pengetahuannya), berkeping-keping gambar dan video akan ditunjukkan kedua Nalla dan Ummi untuk menyahut cabaran Azmin.
Kalau itu berlaku, apa pilihan yang Azmin ada? Sudah tentu tidak ada pilihan lain, melainkan mengundurkan diri atau memujuk Anwar tampil dengan kenyataan yang sebenarnya tidak menjawab persoalan yang dikemukakan.
Dalam isu pemilikan saham ini pun, sehingga sekarang Azmin tidak berbunyi apa-apa, ini pulak lagi nak cakap soal zina isterinya dengan Anwar?
Jadi Mohd Isa sebenarnya mengambil tindakan yang betul dalam mendesak Azmin kerana Mohd Isa pun tahu Azmin tidak akan berbunyi apa-apa mengenai dakwaan zina Anwar dengan isterinya. Soal saham itu mungkin, sebab dokumen boleh dinafikan ketulenan dan apa lain yang berkaitan sehingga memakan masa bertahun-tahun.
Lagipun apa masalah dapat saham?
Berbeza pula dengan tuduhan yang satu lagi. Itu boleh menjadi persepsi yang besar yang bukan sahaja menjatuhkan imej dirinya, tapi keluarganya dan Anwar juga sebab bukti kepada perlakuan tersebut sudah menjelma menjadi seorang gadis dewasa kini. Nak lari kemana?
Kempen 21 Hari Punca Rusuhan Kaum
Walaupun beberapa tuntutan Bersih 2.0 telah pun diberi perhatian serius oleh SPR dan juga kerajaan, mereka masih juga berdegil ingin mengadakan Himpunan Bersih 3.0 konon kerana tuntutan mereka tidak dipenuhi. Sedangkan, kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang bertanggungjawab untuk menambahbaikkan sistem pilihanraya sebagai bukti kerajaan tidak pernah mengenepikan pandangan Bersih, khasnya, ataupun mana-mana pihak.
Untuk itu juga, SPR telah dan sedang melakukan semakan dan kemaskini bagi memastikan tiada kes pengundi yang diragui kewujudan atau tempat mengundinya. Namun, seperti juga semua sistem pilihanraya di seluruh dunia, adalah mustahil untuk SPR memastikan senarai pengundi yang 100% tepat kerana ia akan memerlukan kerjasama setiap rakyat untuk mengemaskini rekod masing-masing termasuk rekod kematian sanak saudara mereka. Dan Bersih telah dengan sengaja menolak hakikat ini serta berdegil menuntut rekod yang 100% tepat yang mustahil dicapai walaupun di negara termaju di dunia seperti Amerika Syarikat.
Begitu juga dengan undi pos di mana Bersih telah mempersoalkan ketelusan pihak yang menguruskan undi pos. Jelas bahawa mereka telah dengan sengaja mengenepikan hakikat bahawa setiap parti yang terlibat berhak menjadi pemerhati dan pemantau dalam satu-satu proses undi pos dan penipuan adalah mustahil sama sekali.
SPR juga telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal seperti yang dituntut Bersih walaupun ia terbukti punya terlalu banyak kelemahan sepertimana yang berlaku di negara-negara yang menggunakan sistem ini. Motif Bersih ingin menggunakans sistem yang lemah dan mudah untuk dimanipulasi ini, amat mencurigakan kita semua. Lebih mencurigakan lagi ialah walaupun SPR telah bersetuju dengan penggunaan dakwat kekal, Bersih masih lagi mengulangi tuntutan yang sama dalam demonstrasi Bersih 3.0 yang dirancang mereka pada 28 April ini.
Namun, yang paling mencurigakan sekali ialah apabila Bersih bersungguh-sungguh inginkan tempoh kempen yang lebih panjang dengan minimum 21 hari. Apakah kena mengena tempoh kempen dengan proses pengundian yang bersih? Bagaimanakah tempoh kempen yang panjang boleh memastikan tiada manipulasi ketika proses mengundi dan pengiraan undi?
Tidakkah Bersih tahu bahawa tempoh kempen 21 hari dalam plihanraya 10 Mei 1969 itulah yang menjadi punca tercetusnya tragedi rusuhan kaum 3 hari kemudiannya iaitu pada 13 Mei 1969?
Apakah Bersih tidak belajar dari sejarah atau sengaja ingin mengulangi sejarah? Maka tepatlah tekaan kita bahawa Bersih hanya ingin mencetuskan huru-hara dan rusuhan semata-mata.
Jika dilihat dari himpunan-himpunan yang dibuat oleh Bersih, reformasi, 901, kumpulan Hijau, Dong Zong dan kumpulan-kumpulan yang sewaktu dengan mereka sebelum ini, semuanya hampir atau telah menimbulkan huru-hara dan juga keganasan. Walaupun himpunan dibuat dalam masa hanya beberapa jam, namun ucapan-ucapan provokasi dan hasutan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin mereka cukup untuk mengganggu keselamatan dan menggugat keamanan negara.
Bayangkan jika ucapan atau ceramah kempen yang sedemikian diadakan selama 21 hari berturut-turut maka adalah tidak mustahil tragedi 13 Mei akan berulang dan mungkin akan berulang dalam skala yang lebih besar.
Dan inilah sebenarnya matlamat Bersih.
Hanya orang-orang dungu sahaja yang sanggup turun berdemonstrasi bersama Bersih kerana tidak menyedari bahawa diri mereka menjadi umpan dan mungkin juga korban, demi sebuah pengkhianatan terhadap negara sendiri.
Dari satu sudut, dengan bekerjasama dengan pembangkang, Bersih telah dengan sendirinya membuktikan yang pertubuhan itu sendiri sebagai tidak bersih.
Manakan tidak, sedangkan dalam pemilihan parti pembangkang sendiri, amalan memanipulasi undi, menipu, mengugut dan pergaduhan dapat ditonton secara ‘langsung’ oleh sekalian rakyat. Malah, parti pembangkang juga mengamalkan kronisme dan nepotisme secara terang-terangan di mana hanya anak-beranak, saudara-mara atau sahabat handai yang rapat dengan kepimpinan atasan yang akan diberikan jawatan tertinggi di dalam parti sama ada secara lantikan terus atau manipulasi undi.
Rasuah politik yang konon ditentang Bersih juga diamalkan secara berleluasa oleh pembangkang sehinggakan parti yang konon memperjuangkan Islam juga kini dikuasai oleh golongan berfahaman liberal, syiah, komunis atau tiada pegangan langsung asalkan dapat wang dan jawatan.
Bagaimana Bersih akan dapat membersihkan apa-apa jika alat pembersih yang digunakan juga amat kotor sekali? Bersih seolah-olah cuba mengemop lantai dengan air selut. Atau mungkin juga Bersih boleh digambarkan sebagai seekor khinzir ingin menyamak diri sendiri.
Justeru, tidak usahlah Bersih berpura-pura lagi kerana semua orang tahu Bersih adalah tersangat kotor. Dengan pengakuan Pengerusi Bersih sebelum ini iaitu Bersih menerima dana dari pihak yang bertanggungjawab melatih perusuh untuk menggulingkan kerajaan yang sah di negara-negara yang strategik di seluruh dunia, sudah cukup untuk membuktikan betapa kotornya pertubuhan ini serta pemimpin-pemimpinnya.
Akhirnya, semua ini menjurus kepada satu kesimpulan sahaja iaitu Bersih adalah pengkhianat negara. Dan pengkhianat negara adalah sebenarnya sekotor-kotor manusia….
Nizar Vale
Northxpose : There have been numerous instances of the Pakatan Rakyat hypocrisy since its very formation – from Anwar’s daily chameleon act to accusations of fiscal mismanagement when the opposition’s Buku Jingga is itself a path to bankruptcy.
But nothing can be more humiliating than to be caught lying red handed, in a forum where lying is far too expensive an option – the assembly of elected representatives.
Such was what occurred in the Perak DUN assembly, when Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir skillfully exposed his nemesis Datuk Nizar Jamaludin for the lying hypocrite that he is.
The Vale fiasco where Nizar had been at the forefront of protests against the iron ore distribution centre created and run by the Brazilian giant fully unravelled when Zambry read out a support letter Nizar had penned and signed as Menteri Besar, in which he more than welcomed Vale’s foray into Perak.
All this talk about environmentalism is mere political convenience so that Pakatan can oppose BN for the sake of opposing. A responsible opposition is clearly absent in Perak, as it is at the Federal level
As for Nizar, this episode at the Dewan may prove more damaging than the personal embarrassment he no doubt faces. It may yet prove to be a definitive blow to his chances of wrestling back the Perak state government from Zambry. Many Perakians might yet give another chance to someone who talks a good talk with or without the facts to back him up, but few would forgive a blatant opportunistic liar whose maneuvering and scheming are exposed by those very facts.
Subscribe to:
Posts (Atom)