Friday, May 25, 2012

Skandal: Pernahkah Isteri Lim Guan Eng 'Kacau' Ng Paik Kheng?


Ng Paik Kheng mungkin nama yang kurang dikenali. Dia bukan bintang filem, bintang sukan pun bukan, tapi ada sesuatu mengenai dirinya yang akan menjadikannya popular – walaupun bukan dalam skop popular seperti mana membabitkan artis dan selebriti ternama.

Dihikayatkan bahawa Ng Paik Kheng ada hubungan terlarang dengan seseorang. Siapa orang itu penulis tidak tahu tapi hubungan terlarang itu menyebabkan ADUN Kota Laksamana dari DAP, Betty Chew begitu terganggu dengannya, sehingga sanggup mengambil tindakan sendiri dengan ‘mengacau’ wanita tersebut. Khabarnya, bukan mengacau yang biasa ni, tapi ada sentuhan fizikal juga.

Isu ini sudah menjadi perbualan panas dikalangan inner circle DAP yang rapat dengan Betty Chew.

Asalnya, kita tidaklah berminat dengan masalah apa Betty Chew dengan perempuan tersebut. Tapi sebab ia membabitkan orang politik, maka kita wajiblah mengambil tahu hal yang sebenarnya. Orang politik ni macam orang seni juga, privasinya tu milik rakyat sebab yang meletakkan mereka di puncak kuasa pun rakyat juga.

Lebih-lebih lagi bila dah masuk bab-bab kaki tangan naik ni, sudah tentulah rakyat perlu tahu, paling tidak, apa hal sebenarnya yang berlaku?

Itu satu hal, satu hal yang lain ialah bila maklumat yang kita terima mengatakan, jentera propaganda DAP bersungguh-sungguh untuk menafikan kewujudan perempuan ini. Sehingga ke satu tahap, penulis dimaklumkan gambar dan nama Paik Kheng ini ditukar untuk mengelak identiti sebenarnya dari diketahui orang ramai.

Tapi kita pun hebat juga, kita ada gambar dan nama yang sebenarnya.

Kesungguhan ini semualah yang mencetuskan tanda tanya yang lebih besar. Mesti ada sesuatu yang besar cuba ditutup dari pengetahuan ramai. Sebab, kali terakhir ‘kesungguhan’ sama digerakkan jentera propaganda DAP ialah ketika salah seorang anak Ketua Menteri Pulau Pinang dikaitkan dengan cubaan meraba buah dada seorang pelajar perempuan di Pulau Pinang.

Pokok pangkalnya, jentera propaganda DAP tidak akan bersungguh seperti ini kalau kes itu tidak serius dan boleh menjejaskan parti tersebut.

Justeru, penulis rasa, wajiblah untuk Betty Chew tampil dalam satu sidang media khas untuk menjelaskan hal ini kepada umum. Betulkah dia ada ‘mengacau’ perempuan tersebut seperti mana yang digambarkan di atas. Sebab kalau ada berlaku kejadian seperti itu, rosaklah imej DAP selama ini yang berbangga dengan konsep akauntabiliti dan intergritinya.

Mana boleh letak undang-undang di tangan sendiri, Betty Chew sepatutnya tahu ini. Kalau ada kesalahan Paik Kheng ini yang menyalahi undang-undang, laporkan pada polis supaya tindakan sewajarnya dapat diambil. Penulis rasa, ramai orang dalam DAP yang boleh menasihatkannya tentang undang-undang, kot kotlah kalau dia tak faham.

Lainlah kalau kesalahan Paik Kheng ini tidak ada kaitan dengan undang-undang tapi lebih kepada peribadi?

Apa pun kita tak berminat nak bincang soal ini dari sudut kesensasiannya, walaupun kalau nak diikutkan, itulah yang menarik sekali dalam politik ini. Kita cuma mahu tahu bagaimana perbuatan yang melanggar undang-undang ini dilakukan oleh seorang penggubal undang-undang, walaupun diperingkat negeri. Hari ini negerilah, besok lusa mungkin parlimen pula. Perkara ini bukan mustahil berlaku dalam DAP, yang hanya dikawal dan dikuasai beberapa kerat pemimpin dari kalangan keluarga tertentu sahaja, sejak dulu hingga sekarang.

Apalah rupanya nanti kalau penggubal undang-undang sendiri pun langgar undang-undang?

Cerita Sebenar Baling Batu Di Ceramah Lembah Pantai!

Pemuda UMNO yang jadi Mangsa keganasan PKR di Lembah Pantai semasa ceramah Anwar dan Nurul Izzah

Pendedahan ini dibuat oleh Joe Pisang melalui laman blog beliau...

Saya berada di ceramah Ummi Hafilda malam tadi di Pantai Permai, Pantai Dalam yang bersebelahan dengan khemah ceramah PKR yang turut dihadiri Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah.

Semasa kedua-dua ceramah berlangsung, tiba-tiba Anwar Ibrahim tak pasal-pasal menjerit "Pemuda UMNO SIAL!"

Tak tipu. Anwar memang cakap macam itu. "Pemuda UMNO Sial" kata Anwar.

Rupa-rupanya dia menuduh Pemuda UMNO baling batu ke kawasan ceramahnya.

Sebenarnya yang baling batu ialah orang PKR sendiri! Lihat bukti seorang pemuda UMNO yang memakai baju Gelombang Merah menjadi mangsa keganasan PKR yang membaling batu ke khemah UMNO malam tadi. Adik ini kena 7 jahitan.



Bukan dia saja yg kena, tetapi pendengar ceramah PKR sendiri turut jadi mangsa


Rupa-rupanya di sebelah PKR pun ada yang terkena balingan, seperti yang dilapor di Malaysiakini.

Saya tak dapat memastikan dengan tepat siapa yang baling. Joe Pisang tak suka menuduh tanpa bukti tepat, bukan macam orang Pakatan Rakyat.

TETAPI!

Sebenarnya, ada beberapa eye-witness yang menyaksikan objek-objek terbang pada datang dari kawasan samseng-samseng AMK berkumpul.

OBJEK TERBANG INI BUKAN SAJA MENGHALA KE KAWASAN UMNO TETAPI JUGA KE ARAH PENYOKONG MEREKA SENDIRI.

REPEAT. ADA SAKSI YANG NAMPAK OBJEK TERBANG DATANG DARI TEMPAT PKR KE ARAH TEMPAT PKR YANG LAIN.

DAN

Takkan lah ada pemuda UMNO yang nak duduk tercongok celah-celah gerombolan AMK!!!!

Ini twit-twit dari eye-witness yang nampak objek berterbangan semasa kejadian.

dari Azrilbangsar:



Tweet semasa time kejadian


dari Zuhri Aziz



Lagi saksi yang nampak objek dibaling dari gerombolan PKR!


Ingat Bersih 2.0, di mana ada seorang yang sengaja berlakon mati, dan kemudian menghilangkan diri apabila dikesan ia hanya satu lakonan. Tetapi penyokong PR percaya habis beliau mati, dan kata polis kejam.

Sama lah dalam kes ini. Mereka baling sendiri, lepas tu letakkan kesalahan pada UMNO. Sedangkan perangai baling-membaling batu, tendang polis, terbalikkan kereta polis, bergaduh ini bukan budaya UMNO. Ia adalah budaya politik baru yang DIAMALKAN PKR DAN KINI DILIHAT SUDAH MENULAR DI KALANGAN UNIT AMAL PAS!.

Berhati-hatilah dengan apa yang anda baca di Malaysiakini. Tolong sebar cerita sebenar ini!

Nik Aziz Batal Hasrat Muzakarah PAS-Umno


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akur dengan pendirian Pas Pusat yang memutuskan tidak akan bermuzakarah dengan Umno.

Sehubungan itu, Nik Abdul Aziz berkata, beliau menarik balik hasrat untuk bermuzakarah kerana wujud terlalu banyak manipulasi.

"Tak usah, tak usah, kita berjemaah ni kena turut tok imam," kata beliau selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini.

Manusia ada tiga peringkat... Mula-mula bayi, dewasa dan tua nyanyuk... bila dah jadi tua nyanyuk jadi la bayi tua... kalau korang nak tahu itu lah Nik Aziz!

Kalau takut dengan Karpal dan Anwar... Lain kali jangan sebut pasal Muzakarah ni lagi! Aku dah BOSAN!

Nurul Izzah Kena Baling Telur Busuk Semasa Ceramah Di Lembah Pantai!


Ceramah PR di perkarangan flat di Lembah Pantai menjadi kecoh apabila beberapa individu yang tidak dikenali membaling batu, telur dan botol air ke arah hadirin yang berkumpul untuk mendengar ucapan daripada pemimpin parti tersebut.

Didapati seorang penyokong dari parti tersebut cedera selepas terkena batu yang dilemparkan daripada arah yang tidak diketahui.


Beberapa orang yang lain turut terkena balingan telur sejurus selepas Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar memulakan ucapannya pada kira-kira pukul 10.30 malam.

Serangan telur tersebut bermula sejurus bekalan elektrik kepada pentas ceramah itu terputus dan keadaan menjadi gelap.

Sementara itu di twitter, Ketua Pembangang, Anwar Ibrahim membuat tuduhan liar yang menyatakan serangan tersebut di rancang oleh parti Umno!

"Nong Chik hrs jwb!! @yimanas: @king_jason_ori: @RajaNongChik bai.hang hantaq budak baling telor n batu kat ceramah PR ker bai? awat terok sangat? @n_izzah @OtaiReformasi". Anwar dan balacinya membuat tuduhan yang tidak berasas kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik.

RT @n_izzah: "berlaku di hadapan saya & @anwaribrahim ketika beliau sedang berucap di Lembah Pantai. Inilah budaya samseng UMNO" #fb http://t.co/ItNi67bO. Anwar Retweet kenyataan Nurul Izzah.

"Dr prog tajaan umno @izwanfirdaus: Org2 yg mendengar ceramah DS kena baling batu dan telur? Ganasnya, siapakah yg membaling itu?" Jawapan Anwar fitnah Umno!

Lagi tuduhan tidak berasa dari Anwar melalui laman twitter, "LemPantai dgn batu! @chegubard: @mbnizar di K.Kangsar 'umno' baling cat biru ? Sindrom ujung usia.esok 9mlm Kota Masai,Pasir Gudang".

Bila berlaku perkara buruk semuanya salah UMNO!! apa celop puak Pembangkang ni! Dah kehabisan modal untuk meraih simpati dari rakyat ke?

Lamborghini In Lucky Draw On Bersih 4.0 Facebook


The Bersih 4.0 group planning to hold a market in front of the Bersih co-chairperson Ambiga Sreenevasan from tomorrow is now offering two luxury cars for grab in a lucky draw.

"I wish to announce that the Bersih 4.0 Peace-lovers group has opened a Facebook page to like-minded people.

"To show appreciation for the public support, we are happy to announce that our Facebook visitor stand a chance to win a BMW 530 in a lucky draw," the group's leader Jamal Md Yunus said yesterday.

Jamal said the 2005 model car is worth RM225,000.

Another car is also being offered in a lucky draw - a 2009-model Lamborghini Gallardo, worth RM1.2 milion.

---

  

Penganjur Bersih 4.0 menawarkan hadiah dua buah kereta mewah bernilai kira-kira RM2 juta melalui kempen 'Bersih 4.0 Cintakan Keamanan'.

Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur, Datuk Jamal Md. Yunus berkata, sebuah Lamborghini Gallardo dan BMW 530 bakal menjadi hadiah cabutan bertuah di laman peminat Facebook Bersih 4.0 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

"Kita tawarkan sebuah kereta BMW bernilai RM220,000 untuk seorang pemenang bertuah apabila laman ini mencecah 150,000 pengikut.

"Kemuncak hadiah adalah sebuah Lamborghini yang akan dicabut sebagai hadiah utama apabila pengikut mencapai sejuta orang," katanya kepada pemberita di Restoran Sekinchan di sini hari ini.

Jamal berkata, hadiah akan ditawarkan kepada pengguna Facebook yang berbelanja di mana-mana Restoran Sekinchan dengan mengemukakan bukti pembelian di laman berkenaan.

Beliau yang juga pemilik rangkaian restoran itu berkata, hadiah tersebut disediakan sebagai usaha memupuk dan mendapatkan sokongan warga Kuala Lumpur untuk menjadikan bandar raya itu bebas daripada perhimpunan haram dan rusuhan.

"Kita akan buka sebuah laman pengikut Bersih 4.0 di Facebook dan menyeru orang ramai supaya menyertai kempen 'Cintakan Keamanan' sebagai bantahan kepada Bersih yang satu lagi.

"Melalui usaha ini, kita berharap Bersih 4.0 akan menjadi penutup kepada perhimpunan Bersih yang menjadikan Kuala Lumpur huru-hara," katanya.

Sementara itu, Jamal memberitahu, pihaknya akan meneruskan perhimpunan peniaga dan penjaja di kediaman Pengerusi Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga walaupun pihaknya tidak mendapat kebenaran daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail.

"Pasar malam di Jalan Setiakasih 1 akan diteruskan sebagai protes terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap kerugian para peniaga dan penjaja pada hari perhimpunan Bersih.

"Kami golongan peniaga dan penjaja yang tidak tahu undang-undang akan berniaga walaupun petak niaga yang dicat sebelum ini sudah dipadam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur," katanya.

Jamal turut menangkis tohmahan yang mengaitkan pihaknya sebagai alat kepada parti-parti tertentu.

"Apa yang kita lakukan bukan untuk bermusuh dengan mana-mana pihak kerana kami bebas daripada pengaruh parti politik.

"Ini adalah tindakan susulan kerana pada Bersih 1.0 ramai yang masih bersabar, Bersih 2.0 mereka mula marah dan baru-baru ini Bersih 3.0 ramai yang hilang sabar," katanya.

Jamal berkata, pasar malam yang akan diadakan pada Khamis dan Jumaat ini turut mendapat sokongan daripada 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan penduduk.

Neelofa Tertarik Cara KJ Berdebat! Kemah!


Dalam Twitter terbarunya, Neelofa memuji tindakan KJ menyerang kerajaan Selangor

"As Khairy said " Negara kita akan muflis akibat janji 'bulan bintang' oleh Pakatan Rakyat"

Katanya lagi... ” I like the part when Khairy attacked Selangor state gov. Kemah!”.

Ini bermakna rakyat sedar bahawa pembangkang hanya pandai tabur janji bulan dan bintang!

Antara yang paling memalukan, sudah tentulah dalam soal “beri pendidikan pra sekolah percuma pun tak mampu di Selangor (manifesto 2008), inikan pulak pendidikan peringkat tinggi percuma“ yang disebutkan oleh KJ semasa menutup hujahannya.


print screen: AAKJ