Thursday, March 4, 2010

PKR - Parti Koyak Rabak


Oleh Jebat
http://jebat2010.blogspot.com/

Panas… Panas… Panas… Belum pun sejuk cerita panas Ahli Parlimen PKR Nibong Tebal, Tan Tee Beng kelmarin keluar dari parti menyertai rakan sejawatnya dari Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohamed Hashim.... Tiba pula masa Ahli Parlimen Bagan Serai, Perak, Mohsin Fadzli Samsuri ikut jejak mereka.

Beliau juga umum serta merta jadi Ahli Parlimen Bebas.


Medan kebangkitan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebelum ini dicanang oleh PKR sebagai medan kebangkitan, akhirnya menyaksikan detik detik kehancuran apabila seorang demi seorang pemimpin PKR keluar parti. Tindakan beberapa pemimpin Parti PKR keluar parti sudah dijangkakan berikutan prinsip perjuangan parti itu yang bercelaru dan tidak jelas di dalam parti pimpinan Anwar Ibrahim tersebut.

Kehancuran parti itu boleh dikaitkan dengan tindakan Ketua umum PKR yang tidak mengotakan janji janjinya dan mengabaikan perpaduan sesama ahli.

Mereka sebelum ini menyokong Anwar Ibrahim kerana percayakan bahawa perjuangannya adalah untuk Islam dan hak orang Melayu.


Pendirian PKR dalam isu Allah oleh bukan Islam adalah mengecewakan dan bercanggah dengan perjuangan parti itu. Bagaimanapun, mereka kini sedar bahawa ketua umum PKR, Anwar Ibrahim telah mengelirukan mereka. Akhirnya kesan tindakan dan kepimpinannya menyebabkan pemimpin PKR lain tidak lagi percaya, kecewa dan keluar dari parti itu.

Tindakan 10 Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) melafazkan ikrar taat setia kepada parti itu lebih menunjukkan bahawa mereka sebenarnya mempunyai masalah, sehingga terpaksa meminta wakil-wakil rakyat mereka berikrar sedemikian rupa. Mungkin apa yang mereka lakukan rakyat sendiri boleh nilai betapa beratnya keadaan di sana sehingga orang yang setia diminta untuk berikrar. Maknanya yang tak berikrar tu tak setia kepada PKR!!!


Kalau pun parti itu terus hidup ianya akan menjadi parti batteri 3A (Azizah, Anwar dan Azmin) yang lemah. Sama ada pimpinan Anwar Ibrahim sudah hilang taring atau tidak terserah pada anda! rakyat yang berhak menentukannya.

PKR kini hadapi detik kehancuran mereka sebagai sebuah parti, tidak mustahil satu hari nanti PKR hanya tinggal kenangan, ingat PKR ingat Peliwat!!!

Kepada penyokong PKR anda sememangnya boleh mengucapkan, Selamat Tinggal PKR! Parti Koyak Rabak!

Monday, March 1, 2010

PKR semakin hancur!




Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng Isnin mengumumkan beliau keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuatkuasa serta merta kerana "kecewa dengan kepimpinan parti itu".

Mengumumkan keputusan itu pada sidang akhbar di sini, Tan berkata beliau kini seorang wakil rakyat bebas.

Pada Rabu lepas, Tan menghadap Lembaga Disiplin PKR berhubung kenyataannya yang mengecam Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, dan juga kritikannya yang mempertikaikan kedudukan Dr Syed Husin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR.

Bagaimanapun selepas dua jam menghadap lembaga disiplin, Tan akhirnya bersetuju memohon maaf kepada timbalan presiden parti, namun enggan meminta maaf kepada Lim.

Dalam pilihan raya umum lepas, Tan menewaskan calon Barisan Nasional, Zainal Abidin Osman yang juga penyandang kerusi itu dengan majoriti 3,087 undi.

Lain lain berita : PKR Pecah Berderai! Tan Tee Beng Umum Keluar Parti...

Fairus keluar PKR masuk UMNO

Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyertai UMNO.

Keputusan beliau menyertai Umno diumumkan selepas menghadiri Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bersama Perdana Menteri Malaysia yang turut dihadiri Datuk Seri Najib Razak.

Terdahulu Fairus dengan berpakaian ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong menyambut ketibaan Najib, yang juga Presiden Umno, di lobi hotel tempat berlangsungnya majlis itu.

Fairus 33 pernah disiasat kerana dakwaan rasuah melibatkan syarikat kuari di Seberang Perai.
Beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti berkuat kuasa 16 April tahun lalu.

Fairus mengambil keputusan melepas jawatan Adun bagi membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usahanya melanjutkan pelajaran ke pascasiswazah dan sekali gus memberikan masa kepadanya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasannya.

Beliau juga merupakan bekas Pengerusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat Pulau Pinang.

Fairus dalam ucapannya pada majlis itu berkata, beliau membuat keputusan selepas mengambil kira perkembangan sepanjang tiga bulan lalu khususnya selepas tercetusnya isu kalimah “Allah”.

Beliau mendakwa pendirian yang dibuat oleh PKR, salah satu komponen Pakatan Rakyat, amat mendukacitakan dan tidak menyenangkan kerana bertentangan dengan perjuangan parti.

“Saya akhirnya mendapat petunjuk yang sangat jelas dan saya dengan ini atas prinsip mempertahankan agama dan kepentingan rakyat, hari ini saya membuat pengisytiharan untuk keluar PKR dan menyertai Umno,” katanya yang menyampaikan ucapan khas sebelum Najib mula berucap.