Wednesday, August 3, 2011

Macam Ada Yang Tak Kena - Dr. Rosti Letak Jawatan NC Unisel Dengan Notis 24 jam!


Datuk Dr. Rosti Saruwono mengambil keputusan meletakkan jawatan selaku Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) dengan notis 24 jam berkuat kuasa esok. Beliau mengesahkan peletakan jawatannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Ada keputusan yang saya tak sanggup laksanakan iaitu untuk melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa proses sewajarnya,” katanya ketika menjelaskan antara punca beliau meletakkan jawatan.

Menurut sumber, Rosti telah diarahkan oleh kepimpinan Unisel untuk melucutkan jawatan tiga pegawai – Pendaftar Rokmaa Mat, Dekan Fakulti Perniagaan Prof Dr Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Halid Hasbullah.

Berasal dari Klang, Selangor Rosti pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP) sebelum dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac, 2009.

Beliau menggantikan Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai 2008.


Macam ada sesuatu yang tak kena berlaku! Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Adakah ini kerja-kerja kroni MB Khalid dan Anwar yang hendak menyingkirkan Dr. Rosti bersama-sama 3 orang pegawai yang lain. Adakah Dr Rosti dipaksa meletakkan jawatan Naib Canselor Unisel akibat tekanan politik!

Semasa baru dilantik, Rosti berkata beliau tidak akan menjadi “Pak Turut” kepada mana-mana pihak dan ingin memastikan institusi pengajian tinggi swasta milik kerajaan negeri itu tidak dijadikan medan berpolitik. Sama-samalah kita tunggu dan lihat nanti apa yang sebenarnya berlaku.

Wasabi Oyabun..

3 comments:

Anonymous said...

akedemi pun terpalit dgn politik kotor pakatan haram!

usin said...

kalau dh ahli akademik pakat berenti maknanya ada tangan busuk & kotor yg masuk campur. tangan2 kotor ahli politik yg dh tercemar dgn najis babi kini semakin terserlah rupa dirinya di unisel. nk kata apa lg, masa ini kuasa politik di tangan dorang. kita tengok kuasa Allah akan datang...

Anonymous said...

mmg ada yg tak kena sejak tukar kerajaan.