Tuesday, July 13, 2010

Giliran Nazri pula tolak PERKASA! Tidak seiring 1 Malaysia

By: Bro Jinggo

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata Barisan Nasional (BN) memperlihatkan isyarat jelas bahawa perikatan itu tidak bergandingan dengan Perkasa.

Beliau menegaskan, Umno tidak sama sekali menyokong atau mengiktiraf pertubuhan yang mendakwa perjuangkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera!

Umno menentang amalan sebarang bentuk sikap perkauman, Oleh itu, idealisme Perkasa, pertubuhan yang berusia hampir dua tahun itu, tidak selari dengan fokus pentadbiran Najib yang menekankan pluraliti dan perpaduan.

Nazri juga menyifatkan cadangan naib presiden MCA, Datuk Donald Lim supaya satu pertubuhan Cina yang menyerupai kumpulan pejuang Melayu PERKASA ditubuhkan sebagai 'mengarut'.

Katanya, cadangan seumpama itu akan hanya menyebabkan ketegangan kaum antara Melayu dengan Cina memuncak, sedangkan pada masa sama kerajaan berusaha mengendurkannya.

"Kita mahu mengetepikan PERKASA dan dia pula mahu menjadi pelampau,” kata Nazri.

Mengulas saranan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno sewajarnya membabitkan pemimpin PERKASA dalam perbincangan, Nazri berkata BN tidak mewakili orang Melayu sahaja.

“Siapa rakyat negara ini? Adakah mereka semua Melayu? Ada juga bukan Melayu. Adakah beliau maksudkan mereka tidak mempunyai hak? Adakah mereka rakyat kelas kedua? Ini yang terjadi jika anda bersetuju dengan kenyataan (Mahathir).

“Tak boleh! Kita tidak boleh terima cadangan seumpama itu meskipun ia datang daripada bekas perdana menteri atau sesiapa sekalipun.

Nazri juga memberi amaran bahawa kerajaan akan bertindak jika PERKASA membuat kenyataan berunsur hasutan.

Dalam hal ini, katanya, rakyat yang tersinggung atau berpendapat yang PERKASA adalah ancaman kepada negara perlu membuat laporan polis.

Nota : Kekuatan orang Melayu terletak di bahu Parti UMNO itu sendiri... KERANA MEMANG UMNO ITU PARTI MELAYU! Datuk Ibrahim Ali tak perlu ugut BN!

Azmin-Anwar ibarat dalam Keluarga 69


By: Pemerhati politik

Azmin Ali mungkin sudah berangan-angan tentang Istana Mestika, tentang kerusi panas MB Selangor yang baru. Riwayat seorang Khalid Ibrahim kini di muka surat akhir.

Tokoh korporat yang mengaku dirinya kurang cerdik politik itu dilihat akan disembelih sebelum habis penggal.

Tiada lagi kelebihan anak emas Anwar Ibrahim buat beliau. Tiada lagi puji-pujian, puja-pujaan dari Anwar Ibrahim kepada beliau. ADUN Ijok itu bagai sudah jatuh ditimpa tangga terpijak tahi ayam pula, dibuang dari menjadi ketua PKR negeri kini kerusi MB pula dijangka pergi.

Tumpuan pemerhati politik mula mengarah kepada ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PKR yang juga isteri beliau untuk buat pengumuman.

Pemerhati politik berpandangan bahawa Anwar hanya ada dua pertimbangan. Mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim yang didokongi oleh pemimpin Cina, India, Dayak dan sosialis dalam PKR atau melantik orang paling kanan, paling setia beliau iaitu Azmin yang dilihat didokongi oleh pemimpin Melayu dalam PKR.

Cita-cita Azmin untuk jadi MB Selangor adalah normal. Beliau layak serta cukup syarat untuk memasang angan-angan tersebut.

Di samping kedudukan beliau sebagai orang paling kanan Anwar, beliau juga pengasas PKR dan telah lama berkhidmat kepada Anwar. Azmin untuk Anwar ibarat Ibrahim Din untuk P Ramlee dalam cerita Keluarga 69.

Azmin dikata punya kuasa sakti yang boleh digunakan untuk menekan Anwar. Namun dalam pergolakan ini Azmin lebih dilihat anak jantan yang melawan daripada mengguna kuasa sakti politik menundukkan ketua pembangkang itu.

Ketika PKR menang pilihanraya umum lalu dan membentuk kerajaan bersama DAP dan PAS, Azmin adalah calon terbaik sebagai MB Selangor.

Pengorbanan beliau kepada Anwar selama ini adalah cop mohor paling kuat untuk beliau menjadi MB Selangor negeri paling kaya. Namun angan-angan itu hancur apabila Anwar memilih Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor dan mengenepi impian dan harapan Azmin untuk menjadi MB pertama dari PKR.

Beliau dipujuk untuk beri laluan kepada Tan Sri Khalid menjadi MB. Beliau dipujuk Anwar dengan dongeng 16 September dan dijanjikan jawatab menteri kanan dalam kabinet. Putrajaya sudah semakin dekat hanya tunggu masa dan ketikanya.

Pada Azmin ini bukan kali pertama Anwar ketepikan beliau. Ketika mahu bertanding jawatan timbalan presiden semasa pemilihan parti 2007, Anwar juga telah ketepikan hasrat beliau dengan memberi ihsan menang percuma kepada Senator Syed Husin Ali.

Namun pendam Azmin diam-diam menjadi dendam. Tragedi kena tipu dengan Anwar dek projek 16 September menjadi iktibar.

Daripada berputih mata lebih baik calar berdarah.

Pertarungan bermula sebelum pemilihan PKR sekitar September tahun ini. Desas-desus Khalid akan bertanding jawatan timbalan presiden telah menggugat cita-cita lama Azmin untuk menjadi orang nombor 2 PKR.

Peringkat parti - Khalid didokong kuat oleh kumpulan sosialis PKR yang diketuai Syed Husin dan kuncu-kuncunya, manakala dalam pentadbiran kerajaan Selangor, beliau disokong oleh Elizabeth Wong, Yaakob Sapari, Xavier Jayakumar dan Rodziah. Semua exco kerajaan Selangor adalah penyokong kuat bos mereka.

Pemerhati politik menjangkakan Khalid punya kelebihan untuk menang jawatan timbalan presiden berbanding Azmin, ini kerana ADUN Ijok dilihat lebih popular terutama di kalangan kumpulan bukan Melayu dalam PKR.

Menyedari perkara ini, dendam Azmin tidak boleh selamanya dipendam. Pergeseran antara kedua-dua tokoh PKR sudah menjadi rahsia umum. Azmin mengorak langkah menyerang Khalid dan menekan Anwar.

Serampang dua mata, langkah pertama membuahkan hasil, terpelanting anak jati Kuala Selangor dari Ketua PKR Selangor. Misi sebenar tidak berakhir dengan hanya menjadi Ketua PKR Selangor tetapi adalah menjadi Ketua PKR Selangor dan MB Selangor sekaligus.

Barangkali pada ketika ini Khalid sedang memikir nasib untung rugi politik beliau sambil mendengar lagu Kris Dayanti “Menghitung Hari”.

Nazri: ‘We should get rid of Perkasa’

UMNO melawan segala bentuk perkauman dan tidak menyokong PERKASA kata Datuk Seri Nazri Aziz.

"Kita harus menyingkirkan PERKASA," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada hari Selasa di lobi Parlimen ketika wartawan meminta tanggapannya terhadap usulan naib presiden MCA Datuk Donald Lim bahawa China harus membentuk versi mereka PERKASA.

Umno is against any form of racism and does not support Perkasa said Datuk Seri Nazri Aziz.

“We should get rid of Perkasa,” said the Minister in the Prime Minister’s Department on Tuesday in the Parliament lobby when reporters asked for his response to MCA vice-president Datuk Donald Lim’s suggestion that the Chinese should form their version of Perkasa.

"What's the point of having another extremist body? We want to get rid of Perkasa,” he said.

He said that Umno was seeking to distance itself from Perkasa but acknowledged that no action could be taken against people who proposed such extremist bodies unless a police report was lodged against them.

PAS semakin terdesak, 'halal haram made in PAS'

By: Bro Jinggo

PAS bukan lagi sebuah parti yang benar benar memperjuangkan Islam, perjuangan PAS sudah tersasar jauh dari matlamat asalnya. PAS kini semakin terdesak dan sanggup menggunakan agama untuk kepentingan politik mereka 'Halal haram made in PAS'.

Menyedari keadaan sudah pasti PAS akan menghadapi masalah berhadapan dengan PRU13. Orang melayu semakin ramai meninggalkan PAS kerana parti ini bukan lagi dianggap sebagai pembela melayu, Islam.

Terkini, BAI’AH dalam Pas menghukum ahli-ahlinya yang keluar parti atau menyertai parti dikehendaki meletakkan jawatan dan segala pendapatan wakil itu dan anggota keluarganya akan dianggap “haram”.

Bai’ah baru kepada ahli-ahli atau pemimpin Pas yang dilantik jadi ahli majlis pihak berkuasa tempatan di bawah kuota parti itu di Selangor.

Menurut Harakahdaily.net, parti itu mendapat 67 kerusi ahli majlis kerajaan tempatan di negeri yang ditadbir bersama dengan PKR dan DAP.

Sebagai tanda sokongan, Pas memberikan tempat kepada ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) apabila empat dari mereka dilantik menjadi ahli majlis di bawah kouta parti itu.

Mereka yang dilantik dan mengangkat sumpah di depan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr Hassan Ali adalah K. Deepakaran yang dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaran Klang, S. Arun (Hulu Selangor), S. Lakshmanan (Kuala Selangor) dan Low Hock Khieng (Selayang).

Antara sumpah atau ikrar mereka adalah mereka akan meletakkan jawatan serta-merta dan membayar ‘ganti rugi’ jika mereka tidak lagi bersama Pas.

Memandangkan ini kali pertama Pas Selangor membuat pelantikan ahli majlis kalangan bukan Islam, sesi angkat sumpah taat setia kepada parti menjadi tumpuan mereka yang menghadiri majlis tersebut.

Ahli-ahli majlis beragama Islam membacakan bai’ah manakala bukan Islam pula ikrar aku janji.

Mereka juga menandatangani surat letak jawatan sebagai langkah berjaga-jaga jika melompat ke parti lain ataupun tidak lagi menjadi ahli PAS.

Di bawah bai’ah itu, mana-mana ahli Pas yang keluar parti atau menyertai parti lain dikehendaki meletakkan jawatan dan segala pendapatan wakil itu dan anggota keluarganya akan dianggap “haram”.

Ahli-ahli bukan Islam pula dikehendaki meletakkan jawatan dan membayar balik segala pendapatan dan elaun yang diperolehi ketika memegang jawatan sebagai ahli majlis.

Janganlah PAS mempergunakan agama untuk kepentingan politik. Gunakanlah platform politik untuk sama-sama memperjuangkan kepentingan orang-orang islam di Malaysia. UMNO Tidak Akan Lupa Di Kafirkan PAS!

Anwar Sanggup Jual Bangsa, Khianati Negara – Tengku Adnan

by: ROPIKAH AHMAD

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mencapai agenda politiknya sekalipun mengkhianati negara dan menjual bangsanya sendiri.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu bahawa sekarang ini semua keburukan Anwar terdedah sendiri tanpa perlu dilakukan oleh kerajaan dan Barisan Nasional (BN).

“Masalah berkaitan gerak kerja Anwar sudah lama diketahui. Bukan sahaja Anwar tetapi juga kawan-kawannya di dalam parti barangkali ada terlibat dengan unsur-unsur luaran kerana tidak mahu melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, sejahtera dan sentosa,” katanya yang juga ahli Parlimen Putrajaya.

Tegas beliau lagi, untuk menjayakan agenda politiknya, Anwar sanggup membantu Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat dan ejen asing untuk menjadikan negara tidak stabil, porak-peranda dan memusnahkan kesejahteraan rakyat.

“Anwar tidak peduli kerana matlamatnya hanya mahu jadi Perdana Menteri, inilah masalah orang yang kecewa. Apabila gagal capai matlamat maka mereka akan musnahkan apa yang telah dibina asalkan tujuannya untuk jadi orang nombor satu negara tercapai,” jelasnya.

Berhubung dengan penerbitan akhbar ‘Suara Keadilan’ yang akan diedarkan secara percuma, beliau menyelar tindakan sedemikian kerana sememangnya bertentangan dengan perundangan.

“Kalau mengikut tujuan asalnya akhbar ini memohon diterbitkan untuk diberikan kepada ahli sahaja tetapi ‘Suara Keadilan’ dan beberapa akhbar politik lain ternyata menyimpang dengan dijual secara terbuka di tempat-tempat awam dan kawasan-kawasan penjualan akbar. Ini sepatutnya tidak berlaku dan mereka tidak sepatutnya menjual akhbar ini kepada masyarakat,” katanya.

Tambahnya lagi, berhubung dengan tujuan memberikan akhbar tersebut secara percuma ke seluruh negara, katanya ia membabitkan perbelanjaan yang banyak.

“Kita sedia maklum bahawa ada pihak luar yang mahu menghancurkan negara kita, jadi barangkali dana dan sumber daripada agensi-agensi dari luar ataupun daripada organisasi luar yang membiayainya.”

Sehubungan itu, Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berharap orang Melayu khususnya ahli PKR sendiri buka minda dan gunakan akal fikiran untuk tidak terpedaya dengan dakyah Anwar dan pembangkang kerana mereka hanya pentingkan diri mereka sahaja dan tidak fikirkan negara serta kehendak masyarakat keseluruhannya. -MediaUMNO