Tuesday, July 13, 2010

Anwar Sanggup Jual Bangsa, Khianati Negara – Tengku Adnan

by: ROPIKAH AHMAD

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mencapai agenda politiknya sekalipun mengkhianati negara dan menjual bangsanya sendiri.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu bahawa sekarang ini semua keburukan Anwar terdedah sendiri tanpa perlu dilakukan oleh kerajaan dan Barisan Nasional (BN).

“Masalah berkaitan gerak kerja Anwar sudah lama diketahui. Bukan sahaja Anwar tetapi juga kawan-kawannya di dalam parti barangkali ada terlibat dengan unsur-unsur luaran kerana tidak mahu melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, sejahtera dan sentosa,” katanya yang juga ahli Parlimen Putrajaya.

Tegas beliau lagi, untuk menjayakan agenda politiknya, Anwar sanggup membantu Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat dan ejen asing untuk menjadikan negara tidak stabil, porak-peranda dan memusnahkan kesejahteraan rakyat.

“Anwar tidak peduli kerana matlamatnya hanya mahu jadi Perdana Menteri, inilah masalah orang yang kecewa. Apabila gagal capai matlamat maka mereka akan musnahkan apa yang telah dibina asalkan tujuannya untuk jadi orang nombor satu negara tercapai,” jelasnya.

Berhubung dengan penerbitan akhbar ‘Suara Keadilan’ yang akan diedarkan secara percuma, beliau menyelar tindakan sedemikian kerana sememangnya bertentangan dengan perundangan.

“Kalau mengikut tujuan asalnya akhbar ini memohon diterbitkan untuk diberikan kepada ahli sahaja tetapi ‘Suara Keadilan’ dan beberapa akhbar politik lain ternyata menyimpang dengan dijual secara terbuka di tempat-tempat awam dan kawasan-kawasan penjualan akbar. Ini sepatutnya tidak berlaku dan mereka tidak sepatutnya menjual akhbar ini kepada masyarakat,” katanya.

Tambahnya lagi, berhubung dengan tujuan memberikan akhbar tersebut secara percuma ke seluruh negara, katanya ia membabitkan perbelanjaan yang banyak.

“Kita sedia maklum bahawa ada pihak luar yang mahu menghancurkan negara kita, jadi barangkali dana dan sumber daripada agensi-agensi dari luar ataupun daripada organisasi luar yang membiayainya.”

Sehubungan itu, Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berharap orang Melayu khususnya ahli PKR sendiri buka minda dan gunakan akal fikiran untuk tidak terpedaya dengan dakyah Anwar dan pembangkang kerana mereka hanya pentingkan diri mereka sahaja dan tidak fikirkan negara serta kehendak masyarakat keseluruhannya. -MediaUMNO

2 comments:

Anonymous said...

Dah ramai org melayu tak terpedaya dgn Anwar. Masalahnya org melayu masih terpedaya dgn org UMNO macam Tg Adnan ni... terlalu ramai dlm UMNO yg korup, pecah amanah dan sewaktu dgnnya.

Anonymous said...

Lebih baik dr melutut kpd bangsa yahudi!