Thursday, July 15, 2010

ADA PERMIT: KENAPA HENTI KERJA, KENAPA SOROK JENTERA?

By: Sahabat Gunung

Pendedahan demi pendedahan. Jika sebelum ini, pendedahan dibuat mengenai aktiviti perlombongan pasir yang tidak terkawal di Bukit Changgang atau lebih tepat di Kampung Olak Lempit, Dengkil, hari ini sekumpulan wartawan dibawa pula ke satu lagi kawasan perlombongan pasir di Changkat Rasah, Kuala Kubu Bharu.

Situasi sama berlaku ketika kami ke Olak Lempit, tiada sebarang aktiviti kerja-kerja perlombongan dilakukan sebaliknya sepi malah yang lebih mengejutkan, ada jentera pengorek disorokkan di sebalik pokok, seolah-olah cuba disembunyikan dari penglihatan kami.

Sehubungan dengan itu, ADUN Kuala Kubu Bharu, Wong Koon Mon meminta penjelasan dari Kerajaan Negeri, apakah aktivitivi perlombongan di situ dibenarkan atau lebih mudah, aktiviti ini telah mendapat permit dari kerajaan untuk sebarang aktiviti perlombongan pasir.

“Ada `informer’ mereka tahu kita nak turun tinjau kawasan ini, dia takut. Kalau kata ada permit kenapa sorok jentera dalam hutan, kenapa henti kerja. Kalau betul ada permit, jalanlah terus kerja, janganlah sorok jentera dalam hutan. Itu tak logik,” ujarnya YB Wong ketika mengulas mengenai tiada sebarang aktiviti kerja dilakukan di situ.

Sehubungan dengan itu, Wong berharap agar pihak-pihak berkuasa untuk memantau sebarang aktiviti perlombongan pasir di kawasan tersebut.

“Jangan biarkan aktiviti ini diteruskan kerana ia melibatkan kesihatan warga Lembah Klang memandangkan aktiviti perlombongan pasir ini berdekatan dengan Sungai Selangor. Aktiviti perlombongan ini mencemarkan air sungai yang membekalkan air kepada seluruh penduduk Lembah Klang. Bayangkan kesihatan warga Lembah Klang jika”

Dalam masa yang sama, beliau tidak nafikan wujudnya aktiviti kumpulan samseng yang digunakan untuk menggugut individu yang membuat laporan tentang akviti perlombongan pasir ini. Ia berlaku ketika seorang Ketua Kampung yang membuat laporan sebelum ini telah diugut agar tidak mendedahkan aktiviti ini kepada pihak berkuasa.

Cetusan Sahabat-Gunung

Wednesday, July 14, 2010

Khairy sedia memberi laluan kepada bakat baru!


By: Bro Jinggo

Mungkin ada ramai yang akan bertepuk tangan apabila mendengar berita khairy tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dalam pemilihan akan datang.

Walaupun belum muktamad lagi, tetapi Khairy memang menimbangkan secara serius untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda, bukan kerana dia ingin meninggalkan politik, tetapi kerana ia percaya pada parti meremajakan dengan para pemimpin muda yang lain.

Hakikat sebenarnya Khairy adalah seorang pemimpin berjiwa besar! Jawatan bukan segala galanya, keutamaan parti lebih penting baginya.

Walaupun usianya masih muda, Khairy sebenarnya sudah lama berada didalam gelanggang Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Selama tiga penggal khairy berada dalam kepimpinan tertinggi Pemuda Umno. Bermula dari exco pemuda kemudian memegang jawatan Naib ketua Pemuda dan kini sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia.

Justeru itu, Khairy sedia memberi laluan kepada bakat baru! dan beliau akan berada dalam kapasiti yang tepat, baik bergantung pada apa yang ia mendapat sokongan dalam parti.

“Saya sudah memegang jawatan Exco Pemuda selama sepenggal, begitu juga sebagai Naib dan Ketua Pemuda. Kiranya dah tiga penggal saya berada dalam kepimpinan tertinggi Pemuda Umno. Dalam politik ini dah kira lama jugalah,” katanya.

“Mungkin ada orang yang cakap dia( ada pihak) tak berapa suka saya jadi Ketua Pemuda UMNO. Mungkin dalam masa setahun dua ini saya boleh mencari muka baru. Tetapi saya tidak mahu tinggalkan Pemuda kepada orang yagn sama taraf dengan saya. Falsafah saya, kalau kita nak tinggalkan, biarlah kita tinggalkan kepada orang yang lebih baik dari kita.

“Sekarang saya dalam proses mencari dan memerhati. Itulah sebabnya saya memberi banyak ruang kepada Exco kerana saya mahu melihat sama ada mereka dapat memikul tanggungjawab itu atau tidak. Kalau saya sendiri nilai, agak sukar, tetapi sekiranya mereka menonjolkan diri, saya boleh mendapat maklum balas dari rakyat.

“Saya bajet dalam dua tahun ( untuk menilai) . Saya nak selesaikan beberapa perkara, antaranya meletakkan Pemuda di peringkat centrist (kelompok tengah), membantu konsep 1Malaysia diterima semua rakyat, menamatkan program Jelajah 1Malaysia dan menyusun barisan pengganti. Kalau saya dapat selesaikan keempat-empat misi ini, Alhamdulillah,” katanya.

Selagi Khairy meletakkan sasaran hala tuju yang betul dan selagi beliau berpegang teguh pada prinsip prinsip perjuangan, tiada apa pun yang boleh menghalang kemaraannya.

Memang benar namanya sedikit tercalar berikutan fitnah dan tomahan yang berterusan. Tetapi semua itu tidak menjadi kudis yang berkekalan parutnya.

Sejarah politik di Malaysia dan di mana mana telah membuktikan bahawa yang menjadi korban fitnah atau permainan kotor politik sering kali bangkit untuk menjadi lebih besar dan lebih hebat!

Yang penting individu berkenaan mempunyai iltizam yang kuat untuk melakukan kebangkitan itu!!! Insyallah...

Gesaan Perdana Menteri wajar

By: Taminsari

KETIKA Kongres MIC berlangsung di PWTC, seorang perwakilan membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ekoran komen beliau mengenai amalan kasta dalam menentukan siapa yang harus memimpin parti itu.

Ketika membahaskan ucapan Presiden MIC, Ramasamy menyifatkan Perdana Menteri tidak wajar membuat komen seumpama itu di dalam dewan yang penuh orang India yang menghadiri Kongres MIC ke-64.

Minggu lepas, ketika merasmikan kongres tersebut, Najib menggesa MIC supaya tidak menggunakan sistem kasta sebagai faktor utama atau penentu untuk memilih pemimpin di semua peringkat. Perdana Menteri berkata, pemimpin perlu dipilih berdasarkan keupayaan, kebolehan dan kewibawaan untuk berkhidmat kepada masyarakat India.

Bagi saya apa yang dikatakan oleh Najib itu ada kebenarannya. Memang dari dahulu 'kasta' adalah duri dalam daging bagi MIC! Jika dilihat secara logiknya keadaan kaum India di negara ini, mengapa mereka memerlukan begitu banyak parti politik mewakili mereka padahal jumlah mereka cuma mewakili peratusan kecil jumlah penduduk Malaysia.

Sebenarnya masalah masyarakat India hendaklah diselesaikan sendiri oleh orang India seperti ketua-ketua masyarakatnya. Datuk Seri S.Samy Vellu mungkin telah cuba sedaya upaya semasa beliau berada di dalam Kabinet. Malangnya, masalah terbesar di kalangan pemimpin India ialah mereka tidak boleh bersatu. MIC dengan Samy Vellu-nya, IPF dengan ketua barunya, PPP dengan Kayveas-nya manakala MIUP dengan Nalakarupan-nya.

Walaupun mewakili penduduk minoriti iaitu lebih kurang dua juta daripada penduduk Malaysia, namun pemimpin-pemimpin mereka tidak boleh duduk semeja untuk berbincang. Masyarakat keturunan India Malaysia sebenarnya masih kuat berpegang dengan 'sistem kasta' seperti yang diamalkan di negara India itu sendiri.

Perkara itu memang tidak boleh dinafikan. Kita boleh lihat sendiri cara-cara golongan bertaraf sederhana dan tinggi (kasta atasan) berinteraksi dengan golongan bertaraf rendah. Golongan bertaraf tinggi pada kebiasaan akan memandang rendah golongan bertaraf rendah.

Agak sukar untuk dipercayai apabila ada kalangan masyarakat India yang masih berpegang kepada amalan ini. Sebab itu kita boleh lihat orang kaya dari golongan bertaraf tinggi akan bertambah kaya, manakala yang miskin dari golongan bertaraf rendah akan menjadi bertambah miskin.

Yang kaya agak sukar untuk membantu golongan miskin. Mereka tiada kata sepakat dalam mencari jalan untuk membantu kaum mereka sendiri. Mungkin atas sebab inilah mendiang Tan Sri Pandithan keluar dari MIC dan menubuhkan parti IPF kerana kecewa dengan tindak-tanduk MIC tidak mahu membantu golongan miskin keturunan India. Contohnya penduduk-penduduk India di estet-estet di seluruh negara.

Saya masih teringat kata-kata mendiang Pandithan semasa beliau terlantar sakit di hospital suatu ketika dahulu:

"Saya akan berjuang dalam IPF sehingga ke akhir titisan darah saya. Ada pihak berkata Pandithan akan menjual parti, membubarkan IPF setelah kembali berdamai dengan Samy Vellu. Ini semua tidak benar. Hari ini saya jawab kesemua tuduhan yang dilemparkan ke atas saya. Pandithan akan mati sebagai ahli IPF dan tidak akan membubarkan parti ini sehingga akhir nyawa saya," katanya.

Antara kata-kata lain mendiang yang begitu menyentuh hati adalah, "Bukan pilihan saya untuk lahir dalam keluarga berkasta rendah, ini semua ditentukan oleh Tuhan yang juga menentukan siapa yang akan dilahirkan sebagai Melayu, Cina atau India. Malangnya manusia tidak menyedarinya."

Selagi ikatan 'kasta' tidak terlerai, selagi itulah masyarakat India akan berdepan dengan masalah kemiskinan tegar dan masalah lain kerana di kalangan mereka sendiri tiada kata sepakat. 'Sistem kasta' inilah yang sebenarnya menjadi batu halangan kepada masyarakat India di Malaysia untuk bersatu dalam memajukan bangsa mereka sendiri.

Dan apabila mereka gagal, mereka akan menyalahkan orang lain terutamanya UMNO seperti yang didakwa oleh Hindraf kononnya kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO gagal membantu mengatasi masalah kaum India di Malaysia. Hakikatnya orang India sendiri yang gagal membantu kaum mereka sendiri.

Suara Politik Taminsari

Shah Alam

Khalid Ibrahim tidak mampu menguruskan isu kecurian pasir - TPM

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyifatkan kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mampu menguruskan isu kecurian pasir di kawasan seluas 400 hektar berhampiran Taman Paya Indah Wetlands.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau melihat isu itu seperti terabai kerana kerajaan negeri tidak mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang terlibat sehingga menjejaskan ekosistem di kawasan itu.

“Dia ada penasihat. Dia ada pakar. Datuk Seri Anwar Ibrahim penasihat kerajaan negeri. Tapi dia tak tahu nak urus. Soal pasir sahaja. Apa susah. Tangkap sahaja sesiapa yang buat kesalahan dan ambil tindakan kalau harta tanah itu, pasir itu milik kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Asean 2010 di sini hari ini.

Muhyiddin berkata kerajaan negeri tidak boleh terus berdiam diri kerana kerana isu berkenaan di bawah bidang kuasa mereka.

“Mereka kata mereka kerajaan yang bersih. Ini telah terbukti. Saya tak tahu mungkin ada elemen rasuah. Saya tidak tuduh tapi apabila tindakan tidak dilakukan bermakna kita collaborate (bersubahat),” kata beliau.

Timbalan Perdana Menteri berkata masyarakat juga melahirkan kebimbangan apabila membaca laporan-laporan media mengenai kerosakan alam sekitar yang berlaku kesan daripada kerja-kerja mengangkut dan mengorek pasir.

Mengenai dakwaan bahawa tindakan beliau memberi amaran bahawa Selangor dan Wilayah Persekutuan akan menghadapi krisis air terburuk menjelang 2012 jika Abdul Khalid gagal menyelesaikan masalah perbekalan air dengan cekap adalah kerana semata-mata untuk menguntungkan kroni iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Muhyiddin berkata:

“Itu bukan soal untung. Dia ada tanggungjawab. Dia ada perjanjian. Dia ada ikatan. Dia ada persetujuan. Ini hak pertimbangan dia. Ini bukan soal kroni. Takkan soal kroni satu dua, esok rakyat ada berapa juta di Wilayah Persekutuan dan Selangor terpaksa tanggung beban kerana air tiada”.

Sehubungan itu beliau sekali lagi mengingatkan kerajaan negeri supaya lebih amanah dan bijaksana dalam menguruskan perkara itu untuk kepentingan rakyat dan juga negara selain memikirkan masalah yang dihadapi Syabas.

“Dia tak sanggup nak naikkan sedikit harga air untuk menampung kos sehingga syarikat yang mengeluarkan air (Syabas) menanggung rugi. Apabila dia rugi dia tak keluarkan air. Jadi awak tak minum, saya tak minum. Semua kena beristinjak, bertayamum,” katanya.

Muhyiddin juga yakin rakyat di Selangor dan Wilayah Persekutuan tidak akan marah jika berlaku kenaikan harga air asalkan mereka memperolehi bekalan air yang mencukupi.

“Saya tak fikir orang Selangor, Wilayah Persekutuan marah harga naik sikit kalau air ada. Tapi orang Selangor dan Wilayah akan marah dan murka kalau air tidak ada walau apa harga sekalipun,”katanya. – Bernama

Terpulanglah kepada Pas sekiranya mahu bersatu dengan UMNO...

By: Hamba Allah

Situasi perubahan arus perdana politik tanahair sekarang ini semakin menjadikan pemikiran rakyat Malaysia menjadi semakin kreatif dan kritis.. Dalam menghadapi survival politik terkini maka timbullah perbagai pandangan untuk menyatukan dua parti iaitu UMNO dan PAS.

Persolannya adakah perlu PAS KELUAR DARI PAKATAN ,jawapan bagi saya YA... PAS perlu keluar sebelum keadaan yang lebih membimbangkan demi bangsa dan agama. PAS mampu membina integriti sendiri. Adakah perlu PAS bersatu dengan UMNO. Jawapannya terpulang pada ahli PAS.

KENAPA PAS MENYERTAI PAKATAN RAKYAT ?

Apa hasrat PAS menyertai Pakatan Rakyat ?

Apa matlamat PAS bersekongkol dengan PKR dan DAP ?

Apa penting PAS menyertai PAKATAN RAKYAT ?

Pemimpin PAS mengambil risiko dalam perjuangan yang hambar, yang tidak mempunyai matlamat sebenar PAS. Seolah PAS sudah di beli oleh sebahagian dari mereka yang mengambil peluang untuk menyampai cita-cita yang karut.

Omong yang tidak menentu, omong yang memecahkan rakus. Cita-cita besar PAKATAN RAKYAT hanyalah untuk membahagikan sama rata. Meminggirkan yang hak. Apa sudah jadi Pulau Pinang. Orang Melayu yang sudah terjun laut.

Pemimpin yang memimpin dengan konsep perniaga dan selepas itu monopoli segalanya. Sekarang sikit sahaja yang tinggal, untuk menangkan hati rakyat, perkara yang tak patut dia buat pun, dia akan cuba lakukan. Bagaimana orang yang sedang mabuk asmara. Sekarang apa pun boleh. Bila dah dalam gemgaman, hidung bertemu hidung pun dia tak menyapa.

PAS dengan DAP mimpi tak sama. Emak bapa pun lain. Jika kereta pun jenama lain, tak sama buatan. Warna lain, logo lain, cap lain. Cara beristinjak pun lain dah.Terkejut beruk saya bila PAS join dalam PAKATAN RAKYAT. Cuma cita-cita nak bakar kelambu masam. Kelambu yang dah lama tak basuh. Nak di sental dengan clorok terus-terusan. Nak di tukar terus dengan kelambu yang masam dan berlubang ini. Apa kata kita cuba tampung yang berlubang dan kita basuh semula, adakah lebih jimat?

PKR apa lagi... Penubuhan banyak melayu suatu ketika dulu. Sekarang dah jadi macam rojak buah timun ada, nenas pun ada, buah pauh pun juga, orang yang kecewa pun ada dalam PKR.

PAS mesti mengutarakan penarikan diri dari PAKATAN RAKYAT. Saya tidak mahu mengistilah pakatan ini secara lebih buruk dalam nawaitu saya.

PAS mesti naik sampan baru? Sampan yang ada tak kemana, kerana sampan ini juga banyak lubang. Sampan ini baru sahaja di buat, tapi kayunya reput, kayu yang tak tahan air, pakunya pun berkarat. Dayungnya akan patah. Ukuran yang tak sama. Ada yang tinggi, berat sebelah. Galanya lain. galanya pun lama.... ada ke yang tahu gala itu apa ?.

Lebih baik PAS bina sampan yang baru dengan ukuran sendiri, semua sendiri, konsep sendiri, perjuangan sendiri. Boleh pilih kayu yang baru, fiber yang berkualiti. Kita buat besar pun tak mengapa... Sebab nanti orang kita nak naik ramai. Ini kita pergi tumpang sampan orang.... Aduh tambang pun mungkin kena bayar... jadi fikir-fikirlah.

Golongan agama komited satukan UMNO-Pas

Muhyiddin, Umno sedia temu PAS jalin kerjasama

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno sedia berbincang dengan Pas sama ada secara rasmi atau tidak untuk menjalin kerjasama demi perpaduan Melayu seperti disaran beberapa pihak.

Sambil menyambut baik saranan itu Timbalan Perdana Menteri berkata usaha menjalin kerjasama antara kedua-dua parti Islam itu bukan satu perkara baru kerana ia pernah disuarakan sebelum ini tetapi tidak dapat dilaksanakan.

“Soal perpaduan antara Melayu sama Melayu bukanlah satu perkara tidak baik, lebih-lebih lagi dalam situasi pada masa kini yang memerlukan bentuk kerjasama yang lebih konkrit terhadap isu termasuk ekonomi, kebudayaan dan institusi beraja serta mewujudkan perpaduan untuk membantu membangunkan ummah dan negara,” katanya.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata terpulang kepada kepimpinan Pas sama ada bersetuju menjalinkan kerjasama itu atau sebaliknya.

Terdahulu, anggota Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Lokman Nor Adam sebagai berkata bahawa hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya Pas dan Umno bersatu.

Ketika ditanya mengenai kebimbangan sesetengah pihak sekiranya kerjasama antara Umno dan Pas terjalin, Muhyiddin berkata mereka tidak perlu takut kerana kerajaan tetap akan menjaga kepentingan semua kaum.

“Masyarakat bukan Islam jangan rasa tergugat kalau ada usaha sebegitu kerana selama ini pun dengan kekuatan perpaduan Islam, maka negera lebih terjamin selamat dan tiada masalah,” katanya.