Saturday, January 22, 2011

PRK Tenang: Gelombang Biru, Petanda Kemenangan Besar BN

Labis, seawal jam 6 pagi, gelombang biru penyokong BN telah memenuhi ibu pejabat MCA, dengan mengibarkan bendera BN dan Umno sebagai tanda sokongan kepada calon mereka, Mohd Azahar.

Lebih sepuluh ribu jentera Barisan Nasional kini berkumpul di luar Pejabat Majlis Daerah Labis, Pusat Penamaan Calon.

Azahar hadir bersama isterinya, Tuty Roshizana Tumin, diiringgi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden Umno.

Antara yang hadir, termasuk Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman and pemimpin kanan BN seperti Datuk Seri Shahrizat Jalil, Datuk Wee Ka Siong dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Syirlin.

Pusat penamaan calon untuk Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Majlis Daerah Labis dibuka pada pukul 9 pagi.

Semua calon dikehendaki menyerahkan borang mereka sebelum 10 pagi. Ini diikuti oleh tempoh bantahan selama sejam jika ada. Nama-nama calon yang layak bertanding kemudiannya akan diumumkan selepas jam 11 pagi nanti.

Setakat ini, calon BN, Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS, Normala Sudirman antara calon awal serah kertas pencalonan DUN Tenang, 9.10 pagi tadi.

Seramai 14,753 pengundi yang melibat 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos, layak memilih ADUN Tenang. - http://www.politikharian.com

PRK Tenang: Hukum Halal Haram Bukan Di Tangan Nizar – Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi ingatan bahawa, Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin tidak mempunyai hak di sisi agama untuk mengatakan bahawa mengundi calon UMNO pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang adalah haram.

Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat mempunyai hak untuk membuat keputusan bagi mengundi mana-mana parti pada pilihan raya kecil DUN Tenang.

"Dia sudah banyak keluarkan fatwa, dulu kata haram wanita bertanding tetapi sekarang telan balik. Tak tahu fatwa atau asas agama apa yang dia gunakan. Ini adalah hak untuk rakyat membuat keputusan.” "Ini bukan hak Nizar untuk mengatakan haram. Siapakah dia hendak jatuhkan hukum,” katanya selepas menghadiri majlis pecah tanah pembinaan bangunan tambahan Sekolah Agama Labis.

Parti PAS dengan nama Islamnya telah berjaya membelenggu pemikiran umat Islam sehingga menjadi fanatik dengan pegangan bersifat fatwa agama yang dikelirukan oleh pimpinan mereka.

Namun pimpinan PAS sudah tentu tidak akan mengaku mereka membuat fatwa karut, bahkan sebaliknya akan menambah kekeliruan dengan berbagal kata - bukan fatwa, hanya pendapat dan sebagainya.

Ini bukanlah tuduhan, tetapi sekadar membentangkan kenyataan. Banyak bukti yang ada dalam simpanan yang menunjukkan sebenarnya hukum-hukum agama telah diselewengkan PAS-PIS-PUS. -Politik Harian

Friday, January 21, 2011

YB Mahfuz Omar Kosongkan Parlimen Pokok Sena


Media massa pada masa kini telah melalui arus globalisasi yang mana media kini bersifat universal dan tiada sempadan. Jenis dan fungsinya juga semakin canggih selari dengan perkembangan arus modenisasi pada masa kini. Namun pendedahan tanpa tujuan serta menyebarkan gossip, khabar angin boleh menyebabkan persengketa lebih besar.

Bermula spekulasi mengenai pemergian Allahyarham Mohamad Hidhir terdapat laporan media mengatakan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa negeri itu telah meninggal dunia.

Khabar angin tersebut tersebar meluas melalui ruangan blog, facebook, twitter dan lain lain media cyber. Paling ketara diruangan twitter.

Seharusnya berita kematian tidak perlu dijadikan berita terkini dimana-mana ruang media elektronik dan media cyber. Biarlah lambat asalkan berita tersebut benar dan tepat.

Tanpa diduga ruangan twitter bergegar lagi, kali ini disebabkan kebodohan Ahli Parlimen Pokok sena, Mahfuz Omar (PAS) yang mempersendakan pemergian Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir.

Rupanya ada orang gembira, bertepuk tangan dengan pemergian Allahyarham, berpantun di twitter “semut hitam takut helang,takut helang pada harimau,bn kecut di plbuhan klang, tuttut mati pula di merlimau.” Kata Mahfuz.

Pantun biadap yang dilemparkan oleh Mahfuz tersebut menyebabkan kemarahan orang ramai, ada yang menuntut agar Mahfuz menarik balik dan memohon maaf secara terbuka, namun ianya tidak diindahkan oleh Mahfuz.

Adakah ini pemimpin Islam? mempersenda kematian saudara sesama Islam. Inikah yang dikatakan ciri pemimpin Islam?

Saya cabar Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Bin Omar, kalau YB anak jantan kosongkan Pokok Sena! Dan jika PAS Kedah anak jantan! Bubarkan DUN. Tak payah tunggu wakil rakyat Kedah meninggal.. Jangan berselindung di sebalik batang lidi.. Ayuh tiupkan nafiri Perang ini.-Politik Harian