Monday, July 25, 2011

Khalid Selangor Gagap Ku Ku... Tiada Rumah Kos Rendah Untuk Rakyat Selangor

Khalid dan Eli wong, "Teman Tapi Mesra"


Sepanjang tiga tahun kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor memerintah sehingga kini gagal membina rumah kos rendah di negeri itu... sedangkan di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan sahaja, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membina lebih 6,000 unit rumah kos rendah sepanjang 10 tahun lalu.


Khalid: "Inilah membuktinya, Selangor Aku ku.. ku.. yang Punya"! Lagi pendedahan kerakusan Khalid Ibrahim. Klik pada tajuk :Khalid Selangor Ku Atau Selangor Gagap Ku... Ku...


Contoh kerajaan prihatin bantu golongan muda, hasil dari Makmal Pemuda Barisan Nasional (BN). Nilaikanlah yang mana baik untuk masa hadapan anda...

Tiada Lagi Keraguan: Kerajaan Setuju SPR Laksana Sistem Biometrik

Sistem tercanggih digunakan masa PRU Akan datang.. Kalau Bersih nak protes lagi, mesti ada something wrong kan?

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan bersetuju beri peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk wujudkan sistem biometrik bagi tentukan pengundi sah pada pilihan raya.

Menurut Perdana Menteri, ia adalah salah satu usaha untuk pastikan pilihan raya di negara ini telus dan adil.

“Pelaksanaan sistem biometrik ini juga akan dapat atasi dakwaan wujudnya pengundi hantu,” katanya.

Berikutan kenyataan beliau, sistem biometrik dijangka digunakan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Bagaimanapun, ia bergantung kepada keputusan SPR.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata BN komited kepada pilihan raya bersih serta adil dan tidak perlukan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk pastikan tindakan itu.

“Kalau nak buat penambahbaikan buat yang terbaik (guna biometrik bagi memastikan pilihan raya adil dan bersih) walaupun negara-negara maju pun tak buat,” katanya.

Beliau berkata, tidak perlu untuk adakan perhimpunan kerana kerajaan akan sentiasa membaiki sistem pilihan raya dari semasa ke semasa.

“Kita (BN) ada masa dapat undi banyak, ada masa sikit, tapi majoriti masih di tangan kita. Kalau boleh jamin kita menang, tak adalah menteri kalah dan ada negeri kalah,” katanya.

Menurutnya, selepas PRU 2008, pembangkang tidak bangkitkan mengenai pilihan raya tidak adil, tetapi sejak dua tahun lalu apabila BN banyak menang pilihan raya kecil, timbul cerita pilihan raya di negara ini tidak betul.

Najib berkata, pembangkang, apabila kalah, jangan anggap pilihan raya tidak adil.

“Di Kelantan, dari 2004 hingga 2008, pada pertengahan penggal Dewan Undangan Negeri (DUN), Kerajaan Negeri hanya berdiri atas majoriti satu DUN (kawasan Kemuning) dan DUN itu hanya menang dua undi. Kalau boleh manipulasi, tak susah cari tiga undi.

“Bagaimanapun, kita tak ganggu-gugat Kerajaan Negeri dan tak buat demonstrasi. Kita hormati suara rakyat dan prinsip demokrasi. Jadi janganlah gembar-gemburkan kita boleh manipulasi keputusan pilihan raya. Kalau boleh manipulasi, Kerajaan Pas Kelantan dah tumbang, tetapi apa yang berlaku Kelantan 21 tahun Pas pegang,” katanya.

Perdana Menteri berkata, Malaysia adalah negara contoh kepada banyak negara dan kerana itu, rakyat tidak sepatutnya merasa terpesong dan gusar sekiranya ada pihak yang cuba membangkitkan pelbagai isu seolah-olah berlaku kepincangan dalam pentadbiran di negara ini.

“Mereka menyerang institusi kita seperti kehakiman, polis dan institusi lain. Hakikatnya kita tak mungkin dianggap negara contoh jika tidak ditadbir dengan tekun dan adil,” katanya.


Dakwat Kekal vs Biometrik Mana Pilihan Anda? baca disini...

Sunday, July 24, 2011

Impak Maksima Papa Gomo VS Tun Faisal


Perang cyber diantara Papa Gomo dan Tun Faisal nampaknya semakin menjadi-jadi selepas kedua-dua blogger ini berbalas tembakan sesama sendiri melalui sesawang blog mereka. Kedua-duanya blogger Umno pro-kerajaan, kalau aku tak masuk campur... binasa maya cyber ni dek mereka bedua.

Apa yang aku nampak hebat, mantap dan meletop! sehingga memberi impak maksima yang tiada batasannya,  blogger-blogger pro-pembangkang juga turut mengikuti perkembangan perang cyber Papa Gomo vs Tun Faisal. Dia orang siap buat live update tu bro....

Ini membuktikan blogger pro-umno popular, glamer dan dikenali ramai.. Berbeza dengan blogger pro-pembangkang hanya sekadar pencacai kelas bawahan.. Aku tak tahan nak gelak jugak. Kah kah kah!

Topeng Perak, Milo Suam, Ameno World dll anda hanya sekadar blogger pencacai kelas bawahan yang tidak pernah dikenali oleh orang ramai.... siapa dia orang ni, aku nak tolong promosi blog diaorang biar orang ramai baca blog ahlul-ahlul ni dan menilai kedangkalan puak pembangang ni... jangan lupa bagi komen untuk menyedarkan mereka sekali hahaha... Wajib tu!

Aku panggil diaorang ni ahlul pembangang, sebab kesian dengan bloggers Pakatan Pembangang ini cuba menegakkan yang basah dan yang bengkok.

(Yang basah tu Mat Sabu, yang bengkok tu Anwar Ibrahim... "Pakatan Pembangang" aku ciplak ayat KJ.. promosi chief jugak bro...)

Bloggers pro-umno kini mempunyai pengaruh yang ramai dan menduduki rangking terbaik di Malaysia... berbanding bloggers Pembangang dan Pemimpin Pembangang Pas dan PKR.. DAP tak masuk book langsung...

Sebagai contoh, Jangan tak tahu.. Ada juga orang tak kenal siapa Chegu Bard? Sabtu, 23 July Chegu Bard turun ceramah di Taman Rantau, Negeri Sembilan beliau turun sebagai seorang politikus bacul dalam PKR tapi sayangnya kehadiran amat memalukan... klik disini..

Aku tergelak bila dengar ada makcik berbisik "sapo dio ni, artis mano? Tak ponah nampak dalam tv pon." Begitulah al-kisahnya cerita Chegu bard...

Dari segi kekuatan bloggers pro-umno! Masing masing berani dan tak takut nak berselindung, yang salah ditegur, biasalah sedangkan lidah lagi tergigit.. inikan pula panglima cyber barisan hadapan, bersedia untuk gempur siapa sahaja, tak macam blogger pakatan pembangang anguk-anguk, geleng-gelang serupa macam Presiden PAS Haji Hadi... DAP jentik sikit terus tunduk je... Tunduk lah sampai lebam!

Bloggers pro-umno Pejuang sejati, berani mati..."You kill me, I kill you!" Blogger pembangkang ada ke macam ni??? tak de, kecut... semua dah kena liwat dengan Anwar kot!

Sebagai contoh lagi tengok video Chegu Bard dan blogger Edyesdotcom lari ikut pintu kecemasan. klik disini

Bagi gua tak de hal lu orang nak berperang sesama sendiri, Lu orang ada hak untuk mempertahankan diri masing-masing. Lu pikirrrr laaa sendiri......


Gua frust betul... Megan fox tak berlakon dalam siri Transformers 3

Media Baru Bakal Dikuasai Sepenuhnya, Kerajaan Perlu Mantapkan Bloggers Pro-Umno

Tahniah... Anwar Ibrahim Terima Menantu Jambu


Nurul Ilham Anwar bersama suami Mohd Rezza Rafaie

Tahniah kepada Anwar dan DS Dr Wan Azizah kerana mendapat menantu baru pada 23 Julai, semalam. Menurut sumber dari Facebook Faekah Husin, majlis diadakan secara sederhana dan membabitkan kelurga terdekat sahaja. Menurut Anwar Ibrahim, Majlis Aqad Nikah anaknya Nurul Ilham dan Muhd Reza M Rafie dibuat di rumah Segambut.

Majlis keraian akan dibuat pada bulan Disember nanti.

Jambu juga anak menantu Anwar ni.. Aku nasihatkan Nurul Ilham supaya jaga suaminya baik-baik... Sebab Papa jahat!  Jangan jadi mangsa seterusnya sudahla... Hahaha.. Jahatnya kamu!

Kenapa PAS Jumud Menolak Perpaduan Bersama UMNO

Contoh terbaik ialah apabila PAS diterajang keluar dari Barisan Nasional pada 1977. PAS tidak menyalahkan perbuatan mereka serta sikap serakah yang meruntuhkan imej Islam yang mereka sendiri perjuangkan, sebaliknya menyalahkan sepenuhnya kepada UMNO.

Walhal kemelut di Kelantan pada waktu itu adalah akibat sengketa dua kumpulan terbesar di dalam PAS iaitu antara kumpulan penyokong Datuk Asri, Presiden PAS dengan kumpulan yang menyokong Datuk Mohamad Nasir, Menteri Besar Kelantan pada waktu itu. Punca perebutan itu ialah, serakah kuasa!

Kekecohan yang timbul serta keadaan kucar-kacir akibat 20,000 orang Kelantan keluar berarak di jalan raya, memaksa kerajaan pusat terpaksa meletakkan Kelantan dalam keadaan darurat dan pentadbiran Kelantan diambilalih oleh MAGERAN, sekaligus menyebabkan PAS dan kumpulan serpihan PAS yang dikenali sebagai BERJASA hilang kuasa.

PAS menerusi Datuk Asri menentang Akta Darurat yang mengakibatkan PAS dikeluarkan dari Barisan Nasional pada Disember 1977.

Sebelum kejadian tersebut, PAS turut menimbulkan beberapa masalah lain, termasuklah menggunakan FELDA dan para peneroka FELDA sebagai tempat mereka untuk menambah pengaruh.

PAS menerusi Nik Abdul Aziz tidak pernah menceritakan tentang kekacauan yang dicetuskan oleh para pemimpin dan pengikut PAS sendiri yang menyebabkan PAS kehilangan tempat di dalam Barisan Nasional dan kehilangan Kelantan akhirnya kepada UMNO.

Yang PAS akan selalu ceritakan ialah bagaimana UMNO menikam mereka dari belakang.

Semangat para pengikut PAS pasti akan naik apabila cerita tentang UMNO semakin kalah diceritakan. Sebarang cubaan untuk merapatkan PAS dengan UMNO pasti akan menunjukkan PAS sudah mati akal untuk terus hidup dalam survival politik negara.

Maka selagi Nik Abdul Aziz masih hidup, bermaksud, selagi itulah PAS tidak akan bersenggama dengan UMNO walaupun secara makrifat. Sebabnya, Nik Abdul Aziz akan malu besar jikalau PAS kembali ke dalam Barisan Nasional setelah dia sendiri terlibat dalam kekacauan di Kota Bharu dan perebutan jawatan Menteri Besar Kelantan pada tahun 1977.

-Info : http://apakata.blogspot.com

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone