Thursday, July 28, 2011

Shamsul Hantar KL Gangster Serang Najib


Shamsul yang aku maksudkan sebenarnya bukanlah pengarah filem "KL Gangster" tu... Ini Shamsul Iskandar Mat Akin, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Samseng Kg Dusun.


Ape macam cuti panjang best? 
Cuti sudah habis bro~~


Sekarang gua tak kira lu abang long ka lu ayahanda ka, 
KL gua pegang!


mUSUh Tetap MusUh ~
kAwan x Kawan SapA Kacau Aq Pecah


InI AbanG Long Dil La a.k.a Mael lambung?


Kau tak payah nak azankn aku,
aku rase ko lagi teruk dari aku


Muke lu same cam tapak selipar jepun gua la der !
So jangan bajet bagoz ok ?


‎AbanG bEsAr sUdaH kuAr wA iNgAt lu SuDaH mAmPos!!

Adakah ini yang diajar oleh pemimpin-pemimpin PKR? Kejadian seperti ini tidak boleh dibiarkan. Tindakan samseng puak-puak PKR ini perlu dihentikan.

KJ: Perhimpunan Haram Bukan Amalan Rakyat Negara Maju


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata adalah tidak benar bahawa perhimpunan haram menjadi perkara biasa dan diterima oleh masyarakat kota raya besar di negara lain.

Beliau berkata memang wujud demonstrasi di bandar raya lain tetapi ia bukannya boleh diadakan sesuka hati, dan jika adapun, ia tidak menimbulkan masalah dan pesertanya tidak melakukan provokasi terhadap polis.

Bercakap di seminar Gagasan 1Malaysia, Rembau Negeri Sembilan, pada Rabu, beliau berkata hujah pembangkang kononnya kerajaan menyekat kebebasan bersuara ternyata tidak tepat kerana di Amerika Syarikat misalnya, penganjur demonstrasi perlu memohon permit untuk perhimpunan walaupun perlembagaan negara itu memberi jaminan mengenai kebebasan bersuara.


Khairy berkata agenda pembangkang di negara ini dalam mengadakan perhimpunan adalah untuk melakukan provokasi terhadap polis dengan niat untuk menunjukkan keburukan pihak berkuasa jika polis bertindak balas.

"Perhimpunan haram yang dianjurkan tempoh hari sebenarnya sudah lari dari matlamat asal...tajuk dulu ialah untuk pilihan raya yang adil tetapi semasa berhimpun, sudah jelas bahawa mereka mempunyai motif politik yang buruk," katanya.

Siapa Dalang Rumah Urut Di Shah Alam ?

Rakyat mahukan Rumah Kos Rendah bukan Rumah Urut, Pusat Hiburan...

Bayangkan rumah urut hanya beberapa meter sahaja daripada pejabat di Syeksen 23, manakala hotel bajet pula bukan sahaja tumbuh bagai cendawan di lot-lot kedai, malah di taman perumahan. Itu belum cerita lagi soal penjualan arak dan sebagainya.

Untuk siapa perkara ini dilakukan… apakah rakyat di negeri ini terutama di Shah Alam memerlukan rumah urut dan pusat hiburan atau kedai serbaneka yang berleluasa menjual arak?

Sebelum pilihanraya umum 2008, Shah Alam dipertahankan daripada sebarang anasir sedemikian rupa dan berusaha untuk menjadikan ianya lebih Islamik agar pembangunan seimbang dapat dilaksanakan sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat.

Namun setelah kerajaan negeri bertukar tangan kepada pakatan pembangkang pada 2008 yang lalu, Shah Alam telah berubah sekelip mata. Jika dulunya karaoke dan pusat-pusat hiburan kita akan banteras, rumah-rumah urut dihalang dan sebagainya. Baca lagi disini...

Persoalanya sekarang mengapa PAS Selangor amnya, Hasan Ali  tidak memainkan peranan dalam membanteras rumah-rumah urut dan sebagainya di kawasan majoriti Islam di Shah Alam

Siapa dalang rumah urut di Shah Alam, sehingga PAS Selangor menghalalkan kegiatan maksiat tersebut?